Pages

Selasa, 26 November 2019

Jalan-Jalan di Cameron Valley Tea Cameron Highlands




Hey guys! Salam. As a nature lover tahun ni hubby and I decided untuk bercuti di Cameron. Tanah tinggi ni merupakan destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia dan pelancong luar negara. Tips ke Cameron Highlands, elakkan pergi pada hari Jumaat, Sabtu dan musim cuti sekolah. Melainkan tahap kesabaran anda sangat tinggi. Waktu terbaik ke Cameron ialah weekdays. Pastu jangan pergi hari Isnin sebab ladang Boh Sungai Palas dan Ringlet tutup. Rugi k datang jauh-jauh. 

Kul 8am gerak dari Shah Alam. Jam 10am tiba di Lata Iskandar. So tak jauh mana dalam 2 jam perjalanan sahaja. Park kereta tepi jalan jap untuk turun tengok dan dengar bunyi air terjun. Sometimes fresh air is the best therapy. Dah alang-alang turun kita snap sekeping dua picas untuk blog.

1st attempt: Bila kau mintak tolong orang lain ambilkan gambar berlatar belakang air terjun. Pastuuu kan mana air terjunnya bro..krik..krik..

 2nd attempt: Alahai simpati kita kat photographer bidan terjun ni...terkial-kial nak carikan angel terbaik. Bila #thestruggleisreal member kat tepi memahami dan pantas datang memberikan pertolongan. Ahaha. OK. Yang ini much better. Thank you bros. You guys memang sporting sangat.


Lata Iskandar terletak di pertengahan antara Tapah dan Cameron. Bertolak awal supaya sampai lebih awal. Seronok ni mandi manda dalam air terjun sejuk dingin. Air terjun nya jernih dan bersih. Tempat parkir kereta memang tiada. Jadi park sahaja di tepi-tepi jalan. Banyak juga kedai kraftangan, jual goreng-gorengan di tepi jalan. Kalau waktu peak season faham-faham sajalah. Perjalanan diteruskan.


Waktu check-in lambett lagi, maka kita luangkan masa dengan hirup teh panas (a cup of tea is like a hug) makan donut sambil mengadap view ladang teh. Kurasakan Cameron Valley Tea makin melebar dan makin cantik pemandangannya berbanding 7 tahun lepas. Cameron Valley Tea atau Bharat Tea ni terletak di tepi jalan sahaja kita jumpa on the way ke Tanah Rata (dalam 3km) . Bharat Tea merupakan ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands selepas Ladang Boh. Kini Bharat Tea mempunyai dua (2) cafe. Jarak keduanya tidak jauh antara satu sama lain. Cafe yang pertama jauh lebih kecil dan tempat duduknya terhad. Kalau terasa nak hirup teh masala dan buah pelaga di sini bolehlah ferfeeling Sri Lanka. Tiberr.


Selain tu, korang boleh masuk jalan-jalan mahupun lari-lari dalam ladang teh ni. Tapi bayaran dikenakan sebanyak RM2 seorang dewasa. Kalau nak naik Buggy, sila bayar RM12 seorang. Naik, duduk atas buggy dan wallaaaa anda dah sampai di bawah tanpa menyeksa lutut dan kaki. Bayaran buggy adalah dua hala. Saya pergi naik Buggy, panjat balik guna kaki. For me kalau anda masih muda mudi tak berbaloi naik Buggy. Jalan kaki pun ok. Walaupun panas cuacanya sejuk. Jadi peluh-peluh manja sahaja. Yang bawa anak kecil, ibu bapa atau OKU disaran naiklah Buggy. 


Argghhh memang sukalah view hijau-hijau ni..
Lokasi: Bharat Cameron Valley Tea Plantation
Hours: 9am - 4pm


Okeh Next. Bila perut lapar
.
.

200 Seeds Cafe by Abang Strawberry Tanah Rata

Rasanya nasi lemak sambal strawberry memang popular di Tanah Rata Cameron. Pertama kali mencuba. Feeling dia tak macam makan nasi lemak. But more to ala-ala nasi briyani warna pink. Agak heavy dan big portion for me. Sambal nasi lemak yang diberi consider sikit sangat untuk portion nasi banyak macam ni. Sekejapan sahaja sambal dah habis. Hubby terpaksa pergi kaunter minta extra sambal nasi lemak supaya kami boleh habiskan nasi sepinggan. Luckily mereka bagi semangkuk sambal extra. Itupun habis licin. Thank you guys. Sambal strawberrynya small portion sahaja dalam pinggan. Itu sudah memadai. Dipadankan dengan rasa manja-manja ikan masin. Sis tengok rata-rata memang nasi tak habis dalam pinggan pelanggan. Maybe sebab tak cukup sambal. Kering nak makan nasi sahaja. Sekitar 200 Seeds Cafe ni ada a few cafe-cafe yang lain. Maybe korang boleh cuba juga nanti. 

Okey guys, until then..

8 ulasan:

  1. yes. aida pernah ke sini.
    nice.
    turun & naik aida & family jalan kaki.
    best. relaks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aida memang bijak sebab turun & naik jalan kaki (save RM10 per pax) hehe

      Padam
  2. sambal stroberi tu depa ada jual dalam botol jugak kan ?
    penah nak beli masa tu kat bawah bukan kt atas.. tapi x terbeli
    sebab macam xleh brain rasa dia. but nxt time jumpa nak tryla.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak nampak dalam botol. dalam freezer depa nampak yang dalam plastik besar je. Next time kena try :)

      Padam
  3. Kak azieeeeee mana beli jubah/dress cantik2 nii. Hahaha. Sori lari topik~ 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyeeeeee. Ohh terima kasih *tunduk sambil flip tudung* hehe. Dress beli di Ariani RTW. Pergi cari now now....

      Padam
  4. kih kih kih..x semua org tahu nak snap pic yg cantik...kena pergi kelas tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak pi kelas pun. Takde bajet. Hihihi. Kene kreatif nak snap pic yang cantik kan. Pastu editing pun memainkan peranan :)

      Padam