Pages

Jumaat, 29 November 2019

Hotel Review: Cameron Highlands Resort



Cameron Highlands Resort
Cuba cari makhluk tersembunyi?

🎶Road trippin' with my favorite person
Fully loaded we got snacks and supplies
It's time to leave this town it's time to steal away
Let's go get lost anywhere in the Cameron Highlands🎶

Teruja nak menikmati percutian dingin di Cameron Highlands Resort selepas diberi peluang menginap di Pangkor Laut Resort dua tahun lepas yang juga merupakan rangkaian hotel milik YTL Hotel. Teaser di SINI.

1. Check-in

Parkir sahaja depan resort sudah ada staff menanti bukakan pintu kereta. Servis lima bintang sungguh. Pastu beg baju, baju gantung siap gosok, beg telekung sampai beg makeup pun nak dibawanya ke lobi check in. Sudahnya kami masuk berlenggang sahaja. Untuk makluman dari tempat parkir bertangga nak ke lobi resort. Waktu check in jam 3pm. Sementara tunggu check in kami diminta duduk sebentar, diberi hot towel, dihidangkan segelas teh panas. Very relaxing.

While waiting for check-in

Reading Room tempat baca paper


2. Deluxe Room

Buka pintu bilik kelihatan kesemua luggage sudah tersedia di dalam bilik. Bilik wangiiiiiii. Oh no wonderlah sebab ada diffuser. Pastu ada strawberry dan lavender teacake disediakan atas meja. View bilik mengadap golf course. Cameron Highlands Resort terletak betul-betul di tepi jalan. Bunyi kenderaan lalu lalang agak terkesan. Siap-siap request iron dan sejadah. By default kedua benda ni tidak disediakan. Rate untuk Deluxe Room Cameron Highlands Resort boleh check di SINI.



3. Sarapan Pagi

Ada buffet dan juga ala carte buffet menu yang kita boleh order. Kalau rasa malas nak turun boleh request untuk mereka sediakan breakfast di balcony bilik. Bila bilik berhadapan pokok pine. Bolehla feeling oversea. 



4. Aktiviti

Apa lagi spa lahh..

Sental-sental buang daki..massage-massage betulkan urat bersimpul. Spa di sini banyak menggunakan ramuan daun teh. Sis tak lepaskan peluang beli essential oil untuk diffuse di rumah nanti. Bau dia argghhhh... it smells divine.



Afternoon tea in the Jim Thompson Tea Room..

Pergi Cameron mesti nak try scones. Nak feeling British bolehla try scones di Jim Thompson Tea Room (very elegant setting). Serving afternoon tea from 3pm to 6pm daily. Freshly baked scones served with homemade strawberry jam and clotted cream. Then listen to the pianist playing the music. Very relaxing place. Tak menginap di sini pun boleh walkin sahaja. Scones sini shooo sedap! Tak cukup scones...nak tambah lagi? No problem. Sebiji RM10 *pengsan*



Koi Fish Feeding..


MasyaAllah! Jinak-jinak belaka. Sis kehulu koi ni pun ikut sama ke hulu. Sis jalan ke hilir. Nak jugak dia follow. Terhibur...:) Time Koi makan 8.30am. Minta saja makanan ikan di kaunter reception.




Jim Thompson Mystery Trail with Mr Madi 


Aktiviti yang disediakan pihak resort. Rugi tak join. Pangkor Laut dulu dengan Mr Asri. BESTTT GILER. Di Cameron Highlands Resort dengan Mr Madi. Tak kurang hebatnya. Mr Madi born and breed in Cameron Highlands. Jadi beliau memang arif tentang hutan di sini. Banyak ilmu alam sekitar dan ekosistem di Cameron yang dikongsi sama. Pertama kali sis tengok pokok bunga cengkih dan bunga cengkih yang masih hijau. Yang dua orang dari Republic Czech tu betul-betul excited masuk hutan Cameron. Bila Mr Madi share laluan Panther dan Rimau Malaya, cuak dah dua-dua itu. Hehe. Uniknya Malaysia hutan hujan Khatulistiwa. Hutan kita ada canopy. Jadi banyak tumbuhan renek yang unik tumbuh kecil-kecil di bawah (lantai bumi) akibat terlindung dari cahaya matahari.




Ada apa dengan Jim Thompson Mystery Trail? Actually Jim Thompson hilang secara misteri ketika jalan-jalan dalam hutan Cameron. Siapa Jim Thompson? Seorang businessman dan arkitek yang lajen. Kalau di Thailand famousla Jim Thompson. Tak silap pernah ada butiknya di KLCC satu masa dahulu. Terkenal dalam industri pembuatan Thai Silk.  Kehilangan beliau masih misteri sehingga kini.

Ada satu aktiviti dengan Cameron Highlands Resort yang kami terlepas dan sepatutnya menjadi highlight of the trip. But it's ok. Tiada rezeki. Overall memang best dan worth sangat stay di Cameron Highlands Resort. At least buat new activity. Sis takmo dah ulang lawat Cactus Farm, Lavender Farm, Strawberry Farm, Madu Farm dan lain-lain farm. Mati kutu hubby sis nanti. Ahahha. Next trip ke Cameron InsyaAllah nak penuhkan dengan aktiviti hiking. Jangan tak tahu dalam hutan Cameron ada 13 trails kesemuanya! 

Oklah until then wassalam....


5 ulasan:

  1. Hari tu naik CH tengok je hotel ni. Penuh masa cuti sekolah, lagipun dtg ramai² masing2 tak nak duduk hotel. Haha

    BalasPadam
  2. speechless..cantik sgt resort ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! No wonder tourist yang datang CH suka menginap di sini :)

      Padam
  3. bestnya hotel dia.. lama pula tak naik CH ini.. Tapi mengenangkan kesesakkan dekat atas tu, buat kepala fikir beribu kali untuk naik.. hehehe..

    BalasPadam