Pages

Jumaat, 18 Januari 2019

Marie Kondo Wanita Terkemas Di Dunia Memperkenalkan Konmari Method



Sumber: Pinterest


Pernah dengar nama Marie Kondo? Namanya makin menjadi sebutan mutakhir ini sejak disenaraikan antara 100 orang paling BERPENGARUH oleh TIME Magazine tahun 2015. Bukunya yang berjudul 'The Life - Changing Magic of Tidying Up' ; the Japanese art of decluttering and organizing pula tersenarai antara buku paling laris dijual di New York dengan cetakan lebih 6 JUTA naskah. Pastu bermula 1 Januari beliau dah ada rancangan sendiri di NETFLIX; Tidying Up With Marie Kondo. Dalam rancangan The Ellen Show, Ellen The Generes memberi jolokan Marie Kondo sebagai Wanita Terkemas Di Dunia. Fuhh, hebat sungguh wanita Japan ni.


Memang tidak hairan kalau wanita Japan ada sifat pengemas dan pembersih macam ni. Kalau anda pernah sampai di Japan, anda mesti rasa amazing sangat dengan tahap kebersihan negara matahari terbit tu, apatah lagi guesthouse tempat menginap. Tandas awam dia fuh bersih berkilat kurasakan bebas kuman! Haha. 


Konmari method bermula dengan menggunakan kotak. Bila sebut pasal kotak, teringatkan adik perempuan saya sukakan kotak especially kotak yang cantik dan keras. Rupanya my sister ni dah lama guna konmari method. Haha. Dulu sebilik dengan dia. Memang dia gunakan kotak untuk simpan dan susun barang. Terutamanya dalam drawer. Sangat kemas dan tersusun rapi. Barang disusun ikut kategori yang sama. Tenang sungguh mata bila buka drawer dia. My drawer pulak agak berterabur. Semak! Zaman itulahh. And then slowly saya belajar dan tiru sifat pengemas my sister ni. Thank you sis! I love u...


Method seterusnya ialah 'Jangan Gantung Baju'. Lipat semua baju. Alamak yang ni tak dapat nak tiru. Sebab di rumah memang sudah ada ruang untuk gantung baju.  Jadi kita maintain je lah👅Awal dulu kenapa prefer gantung sebab saya boleh overview semua baju yang ada. Baju kerja rotate setiap hari. Jadi merasa pakai semua baju ikut giliran. Adil untuk semua baju. Lagi pun suka iron semua baju siap-siap. Sebab itu, lebih suka jika digantung. Cuma saya tetapkan syarat, kalau beli baju baru...baju lama kena keluar. Masuk 5 helai yang baru, 5 helai yang lama kena keluar. Supaya space tidak bertambah. Jadi mentaliti shopping kita juga berubah. Kita beli bila perlu. Bukan sebab jualan murah. Oh syarat ni tidak terpakai untuk tudung duckscarves ya. Matilanak kalau setiap kali beli shawl baru shawl duck yang lama kena keluar👻


Seterusnya ialah lipatan kecil kaedah konmari. Yang ni ibu saya ada ajar sejak kecil. Memang jadi amalan.  Cara lipatan lebih kurang sama. Cuma Konmari style letak secara vertically. Saya letak horizontally. Maklumlah almari kat Malaysia ni jenis tinggi-tinggi bukan jenis banyak laci. Jadi baju disusun bertingkat. Bila nak tarik pakaian keluar, pasti ada yang terurai dan akhirnya menjadi longgokan. Pastu, lupa pakaian yang di kedudukan terbawah kerana tidak dilihat. Jadi saya rasa kaedah Konmari yang letak secara vertically ini sangat praktikal. 


Sumber: Pinterest


'Sneak peek'


Section suami



Section isteri


Saya rasa kebanyakkan rakyat Malaysia ni memang suka simpan barang. Tak pakai, tengok pun tiada perasaan tapi nak buang sayang. Kot-kot pakai satu hari nanti. Walhal 10 tahun dah ada dalam almari! Jika itulah konsep yang dipegang, memang akan penuh barang satu rumah. Barang nya dah ada..tapi ingatkan tiada sebab tak jumpa cari dalam simpanan.  Ataupun..masa beli dulu beli extra. Kalau nak guna terus ambil je. Tapi sebab tak ingat dah ada spare. Pi beli jugak yang lain. Maka bertambah-tambahla barang dalam rumah. 



Konmari method: make sure everything you own makes u happy (sparks joy) and get rid of everything that doesn’t.




Jom kita mulakan dengan proses decluttering (buang/donate/let go barang yang tak perlu). Simpan barang yang bila kita pegang rasa 'spark joy'.  Spark joy di sini ialah emosi gembira terhadap sesuatu material kerana sama ada kita amat suka atau ia membawa makna (ada memori tertentu) kepada kita. Jika tidak wujud percikan kegembiraan, maka belajarlah untuk melepaskan...


Kemudian organize. Susun barang dengan rapi. Setiap barang ada tempatnya. Setiap tempat ada barangnya. Setiap barang diberikan rumah. Ia perlu diletak balik serta merta agar kita tidak bersusah payah kemas berkali-kali. Melatih kita jadi disiplin. Jika ada anak kecil boleh dilatih sejak kecil attitude begini. 



Macam Marie ni minat mengemas dia sejak dari kecil dari usia 5 tahun. Kini, aura positif yang dibawakan Marie telah menyelusup ke setiap negara. Kata Marie, rumah bukan sahaja tempat perlindungan malah tempat kita berehat, mencari ketenangan, meluangkan masa dengan keluarga. Hari ini kita tiru Marie, nanti dah besar nanti anak kita pulak akan mencontohi kita :D




Weekend ni cuti 3 hari...Jom kita mengemas!


Rabu, 9 Januari 2019

Jawapan Teka Teki




Sebelum Abu Yazid Al-Bustami menjawab persoalan tadi...beliau bertanya dulu.."Jika aku dapat menjawab semua pertanyaan kamu itu dengan betul dan benar, maukah sekalian kamu beriman kepada Allah yang Maha Esa dan mengikut agama yang benar yang diutus kepada Nabi Muhammad (selawat)?

Jawapan kesemua pendeta Nasrani..."Ya, kami semua akan beriman kepadanya!"


Soalan 1
Terangkan kepada kami tentang satu tak ada duanya, 
Itulah kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya

yang dua tak ada tiganya, 
Malam & siang. Bila pergi malam datanglah siangnya dan bila pergi siang datang malam menggantikannya

yang tiga tak ada empatnya, 
Kursi, Qalam & Arasy Tuhan

yang empat tidak ada limanya,
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran

yang lima tanpa enamnya,
Agama Islam telah memfardhukan penganutnya bersolat lima waktu; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isya'

yang enamnya tanpa tujuhnya, 
Hari-hari Allah telah menciptakan bumi & langit, hal ini disebut dalam kesemua kitab suciNya

yang tujuh tanpa delapannya,
Tujuh petala langit & tujuh petala bumi yang disebutkan dalam kitab suciNya juga

yang delapan tanpa sembilannya,
Mereka itu adalah Malaikat-Malaikat pemikul Arasy Tuhan kamu pada hari kiamat itu nanti adalah delapan orang Malaikat

yang sembilan tanpa sepuluhnya,
Mereka adalah kaum perosak bumi Allah, sebagaimana yang ada dalam kitab suci, terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak di bumi dan mereka tidak pernah melakukan yang baik

sepuluh yang sempurna,
kefardhuan puasa sepuluh hari ke atas orang-orang yang berihram haji, sebagaimana firmanNya: Maka hendaklah dia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga (3) hari di masa haji dan tujuh (7) hari lagi apabila dia kembali ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna

yang sebelas,
saudara-mara Nabi Yusuf a.s

yang dua belas,
nama-nama bulan dalam setahun

yang tiga belas,
iaitu apa yang dimimpikan oleh Nabi Yusuf a.s sebagaimana disebutkan dalam kitab suci. Berkata Yusuf: Sesungguhnya aku lihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Semuanya bukankah tiga belas

dan yang empat belas
Firman Allah: Maka Tuhan berkata kepadanya yakni kepada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, datanglah kepadaKu secara patuh terhadap perintah, ataupun secara terpaksa. Maka berkata langit dan bumi: Kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.


Soalan 2
Siapa dari golongan yang membenarkan, namun dimasukkan ke dalam neraka,
Mereka itu adalah kaum Yahudi dan kaum Nasrani

Siapa dari golongan yang mendustakan, namun dimasukkan ke dalam syurga?
Mereka itulah saudara-saudara Nabi Yusuf a.s kerana mendustakan ayah mereka (Nabi Yaaqub a.s) bahawa Yusuf telah dimakan serigala, mereka membawa pakaiannya setelah dilumurkan dengan darah kambing.

Soalan 3
Di manakah tempat roh di jasad?
Ia berada di antara kedua telinga kamu pada gambaran wajah

Soalan 4
Apa itu Adz-Zariyaati Zarwan,
Dia adalah nama dari macam-macam angin yang empat

Al-Hamilaati Waqran,
Dia itu adalah awan gemawan yang tersebar di dada langit

 Al-Jaariyati Yusran,
Dia itu adalah perahu-perahu yang sedang belayar di muka laut

Al-Muqassimaati Amran?
Mereka itulah Malaikat-malaikat yang bertugas untuk mebahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban

Soalan 5
Jelaskan kepada kami tentang sesuatu yang bernafas namun tanpa roh?
Iaitu waktu Subuh

Soalan 6
Tentang kubur yang berjalan bersama penghuninya?
iaitu ikan besar yang menelan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus berada di dalamnya sebagai kuburan, dibawanya ke mana-mana sehingga dimuntahkannya di sebuah pantai dengan izin Allah

Soalan 7
Tentang air yang tidak turun dari langit dan tidak berasal dari bumi?
Air yang dikirimkan Ratu Balqis (Ratu Negeri Yaman) kepada Nabi Sulaiman a.s di dalam sebuah botol, iaitu air keringat kuda.

Soalan 8
Tentang empat (4) golongan yang tidak tergolong manusia, jin, malaikat dan tidak pula berasal dari pungggung seorang lelaki dan tidak keluar dari perut sang ibu?
1. Ia adalah kambing kibasy yang dibawa Jibril a.s untuk menjadi korban ganti Nabi Ismail a.s
2. Unta Nabi Allah Saleh a.s yang disembelih oleh kaumnya.
3. Nabi Adam
4. Siti Hawa

Soalan 9
Siapakah seutama-utama kaum wanita,
Hawa, ibu kepada sekalian manusia. Kemudian Khadijah r.a kemudian Aisyah r.a kemudian Asia (isteri Fir'aun) dan Maryam binti Imran

seutama-utama lautan,
Sihum, Jihun, Furat dan Nil

seutama-utama gunung,
Tursina

seutama-utama binatang,
Kuda

seutama-utama bulan
Ramadhan

dan semulia-mulia malam?
Malam Lailatul-Qadar

Soalan 10
Jelaskan sebuah pohon yang mempunyai dua belas cabang, setiap cabangnya memiliki tiga puluh daun, setiap daun memiliki lima bunga, dua di antaranya di matahari sedang tiga lainnya berada di bayang-bayangnya.
Yang pohon itu ialah 'tahun' dan yang dua belas cabang ialah 'dua belas bulan' dan yang tiga puluh daun ialah 30 hari dan lima kembang itu ialah lima waktu solat, dua di waktu siang ketika ada matahari dan tiga di waktu malam.

Sebenarnya soalan yang ditanya banyak lagi. Lebih kurang 23 soalan kesemuanya. Saya catat di sini 10 sahaja.

Kita sambung...
Kata pemimpin pendeta.."kami setuju terhadap semua jawapan-jawapan itu" 

Giliran Abu Yazid Al-Bustami pulak bertanya kepada semua pendeta yang ada. Soalannya: Beritahu aku akan kunci syurga dan kunci langit?

Tiada seorang pun yang tahu jawapanya kecuali pemimpin pendeta tadi. Tapi teragak-agak nak kongsi jawapan. Akhirnya beri jawapan setelah didesak oleh sekalian ramai anak buah bagi menghilangkan rasa malu.

Jawab ketua pendeta: Ketahuilah bahawa kunci syurga dan langit tiada lain melaikan Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah (tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah).

Apa lagi terkejut dan hampir tidak percaya kesemua yang mendengar. Keadaan menjadi hiruk-pikuk.

Kata Abu Yazid: Selama ini mungkin dia menyembunyikannya kerana bimbang kamu semua tidak mahu mengikutinya nanti.

Kata Pemimpin Pendeta mendedahkan rahsianya: Kawan-kawan sekalian, percayalah apa yang saya beritahu itu benar. Saya tidak terdesak oleh mana-mana tekanan pun. Memang sudah lama saya fikir hendak sampaikan perkara ini tetapi bimbang kawan-kawan sekalian tidak percaya kepadaku lagi. Saya hanya menunggu waktu saja. Saya mengetahuinya dari ketua pendeta sebelumku. Sebelum dia meninggal dia bersumpah apa yang dikatakan itu adalah benar. Saya sendiri memang sudah Islam tapi saya tidak terangkan.

Dengan hidayah Allah kesemua pendeta tadi memeluk Islam :)


Khamis, 3 Januari 2019

Teka-Teki



Assalamualaikum & selamat pagi! Antara resolusi 2019 ialah setiap hari buat 'To Do List' supaya masa dihabiskan dengan lebih berkualiti dan bermanfaat. Salah satu 'To Do List' untuk hari ni ialah membaca.

Sedang membaca buku Islamik. Asalnya suami pinjam dari rumah Tok dan baca buku ni sejak kecil. Katanya dah khatam 3 kali. September 2008, 11 tahun dulu suami pi semula kedai buku dan cari buku yang sama. Hadiahkan pada saya supaya saya pun baca sama. Guess what?! Sampai sekarang tak habis-habis lagi. Sadis sungguh! Sekarang ini baru sampai m.s 105. Cerita 27 berkenaan sebuah teka-teki. Terdetik nak berkongsi dengan kalian pulak. 

Saya ringkaskan cerita. 

Ada satu kisah dalam buku ni, diceritakan oleh wali Allah bernama Abu Yazid Al-Bustami r.a. Ketika sedang tidur, beliau mendapat bisikan supaya pergi ke sebuah gereja Sam'an dengan berpakaian seperti seorang pendeta Nasrani. Kerana ketika itu sedang berhimpun 500 orang pendeta Nasrani. Pemimpin Nasrani tiba-tiba jadi gagap ketika nak berucap di hadapan ramai pendeta. Dapat kesan ada seorang Muslim yang menyamar di antara mereka. 

Abu Yazid Al-Bustami tidak dapat mengelak, berdiri dan terus berjalan ke tempat pemimpin tadi. Lisan beliau tak lepas dari bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil. Pemimpin pendeta tu berkata: 'Wahai pengikut Muhammad, saya akan ajukan pertanyaan. Jika dapat jawab dengan betul saya akan ikut agama anda. Jika anda tidak mampu menjawabnya, maka kami akan bunuh anda!

Soalan 1
Terangkan kepada kami tentang satu tak ada duanya, yang dua tak ada tiganya, yang tiga tanpa empatnya, yang empat tidak ada limanya, yang lima tanpa enamnya, yang enamnya tanpa tujuhnya, yang tujuh tanpa delapannya, yang delapan tanpa sembilannya, yang sembilan tanpa sepuluhnya, yang sempurna dari yang sepuluh, yang sebelas, yang dua belas, yang tiga belas dan yang empat belas?

Soalan 2
Siapa dari golongan yang membenarkan, namun dimasukkan ke dalam neraka, siapa dari golongan yang mendustakan, namun dimasukkan ke dalam syurga?

Soalan 3
Di manakah tempat roh di jasad?

Soalan 4
Apa itu Adz-Zariyaati Zarwan, Al-Hamilaati Waqran, Al-Jaariyati Yusran, Al-Muqassimaati Amran?

Soalan 5
Jelaskan kepada kami tentang sesuatu yang bernafas namun tanpa roh?

Soalan 6
Tentang kubur yang berjalan bersama penghuninya?

Soalan 7
Tentang air yang tidak turun dari langit dan tidak berasal dari bumi?

Soalan 8
Tentang empat (4) golongan yang tidak tergolong manusia, jin, malaikat dan tidak pula berasal dari pungggung seorang lelaki dan tidak keluar dari perut sang ibu?

Soalan 9
Siapakah seutama-utama kaum wanita, seutama-utama lautan, seutama-utama gunung, seutama-utama binatang, seutama-utama bulan dan semulia-mulia malam?

Soalan 10
Jelaskan sebuah pohon yang mempunyai dua belas cabang, setiap cabangnya memiliki tiga puluh daun, setiap daun memiliki lima bunga, dua di antaranya di matahari sedang tiga lainnya berada di bayang-bayangnya.



Fuh, soalan tahap tinggi! Apa agaknya jawapan Abu Yazid Al-Bustami. Dapatkah beliau jawab semua soalan? Kalau saya dalam situasi tersebut nampaknya ucap dua kalimah syahadah siap-siap pastu standby kena bunuh! Sungguh cetek ilmu pengetahuanku....huhu...


Ada yang boleh jawab?


........bersambung......