Pages

Isnin, 24 Disember 2018

Cara Mudah Buat Onion Ring Rangup



Tiba-tiba suami ajak tengok movie Venom. Alamak! Nak makan apa untuk kudap-kudap nih. Kat wayang bolehla beli popcorn.

Masuk dapur, tengok ada bawang holland, ada tepung gandum, ada tepung jagung. Oklah. Kita buat onion ring rangup.

Hari ni saya kongsi cara mudah buat onion ring yang rangup atau crispy. Kat rumah jarang saya masak guna tepung gandum & tepung jagung (acah-acah gluten free). Sepeket tunggu setahun baru abis agaknya. Sepatutnya onion ring ada salutan breadcrumbs (serbuk roti). Check2 dah expired. Baru guna dua-tiga kali. Aduhhh! Be creative. Kita guna jelah bahan yang sedia ada di dapur. Takpelah tiada breadcrumbs pun. Onion ring rangup tanpa serbuk roti.


Sungguh crispy! 2 biji bawang holland dapat kuantiti banyak ni.


Bahan-Bahan
Bawang Holland 2 biji
Tepung jagung
Tepung gandum
Breadcrumbs @ serbuk roti
Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam
Air sejuk yang keluar dari peti sejuk


Cara mudah buat onion ring

Potong bawang holland 
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Seasoning dengan garam & serbuk lada hitam
Tuang sedikit demi sedikit air sejuk dari peti sejuk kacau dengan whisk sampai dapat consistency yang diperlukan. Jangan cair sangat
Celup bawang dalam sebatian tadi kemudian golek dalam breadcrumbs. Kalau tiada, terus masuk dalam frying pan.
Tunggu minyak cukup panas baru mula menggoreng. Minyak tak cukup panas nanti jadi soggy. Lembik kena serap dengan minyak.
Siap sudah onion ring rangup tanpa serbuk roti!


Nak lagi easy-peasy guna sahaja tepung bestari. Beli di tesco. Tinggal bancuh sahaja. Pastu celup dalam breadcrumbs. Then goreng.









Jumaat, 21 Disember 2018

Resepi Mudah Cendawan Celup Tepung





Resepi mudah cendawan celup tepung. Gerimis petang-petang begini sedap makan cendawan tiram goreng ra crunchy krup krap panas-panas.....cicah cili sos sambil hirup kopi panas. Menyegarkan!

Bahan-bahan
Cendawan tiram kelabu/putih
Tepung gandum
Tepung jagung
Garam
Lada hitam
Air sejuk yang betul-betul sejuk keluar dari peti sejuk


Cara buat cendawan celup tepung
Alamak sis tiada sukatan. Sebab agak-agak gitu.
Nisbah tepung jagung tu hampir sama dengan tepung gandum (or boleh kurangkan sedikit). Jangan letak tepung jagung sikit sangat. Cth: 1/2 cawan tepung gandum. 1/2 cawan juga tepung jagung.
Garam & lada hitam
Optional: Nak nampak kekuningan letak sikit serbuk kunyit
Masukkan air sejuk tadi dan kacau dengan whisk sampai sebati.
Konsistensi agak likat. Jangan terlalu cair. 
Cendawan lepas basuh, sejatkan dan keringkan. Kalau basah nanti masa goreng meletup-letup. Pastu tepung yang menyalut cendawan tadi kena tendang dan tertanggal. Maka togellah cendawan tadi. Termendaplah salutan tepung tadi di dasar kuali. Heheh.
Tunggu minyak cukup panas baru mula goreng cendawan. Minyak tak cukup panas nanti cendawan jadi soggy. Lembik kena serap dengan minyak.

Ok itu saja. Siap dah cendawan salut tepung / cendawan goreng tepung rangup!
Selamat mencuba! :D




Rabu, 19 Disember 2018

6 Perkara Penting Sebelum Ubah Suai Dapur



Sebenarnya kalau diikutkan ruang dapurlah ruang paling banyak nak invest berbanding ruang-ruang lain dalam rumah. Sebab dapur adalah jantung sesebuah rumah. Sebelum nak ubah suai dapur kena consider beberapa perkara. Macam saya sukakan dapur yang nampak luas, kemas dan tidak serabut, ada ruang storan yang banyak, praktikal dan mudah untuk diselenggara (cuci).


Sebelum masuk ke rumah baru, selain plaster ceiling, pasang lampu & kipas, saya dan suami akan peruntukan bajet untuk ubah suai dapur dulu. Bajet terhad maka yang lain tolak tepi dulu. Kita siapkan berperingkat. Tambahan pula ubah suai dapur perlukan kos yang agak tinggi dan semestinya sepanjang proses tersebut ruang udara akan berhabuk yang teramat sangat! Prefer siapkan dapur awal-awal sebelum pindah masuk. Ada 6 perkara penting sebelum ubah suai dapur.


1. Peruntukan bajet untuk ubah suai dapur mengikut rekabentuk dan bahan-bahan yang digunakan. Makin besar keluasan dapur makin tinggi kosnya. Kos juga bergantung kepada material yang kita gunakan. Contohnya untuk pintu kabinet nak guna sama ada spray paint, glass door, glossy door atau aluminium semua harga berbeza. Begitu juga counter top. Paling murah tiles. Kalau ada bajet lebih dan hendakkan dapur kontemporari dengan kemasan yang lebih cantik dan senang maintain boleh guna solid surface, quartz atau granite. Harga setiap satunya berbeza kerana durability berbeza. Begitu juga untuk kemasan pintu. Guna sistem soft close atau tidak (kalau tiada soft close memang gedegang-gedegang la bukak tutup pintu kabinet) Nak tall unit atau tidak. Nak sistem drawer atau tidak. Kalau nak letak pull-out basket tambah lagi duit :D


2. Pilih kontraktor yang bertauliah dan ada reputasi, yang hasil kerjanya elok supaya dapur kita kelak berfungsi dengan elok. Survey dan dapatkan quotation dari dua atau tiga kontraktor.


3. Peruntukan dan pertimbangkan juga untuk ubah dan alih sumber air dan elektrik. Biasanya developer bagi yang basic. 


4. Tentukan ruang storan dan penyimpanan. Macam saya memang memerlukan ruang storan yang banyak. Suka susun dan simpan barang dalam almari. Setidak-tidaknya dalam almari dapat elakkan habuk dari bertenggek. Ada yang suka susun-susun atas rak. Senang nak capai. Jadi ikutlah keselesaan masing-masing.


5. Pastikan pengaliran udara baik dan pencahayaan dapur juga cerah. Saya sukakan dapur yang ada ducting. Jadi bau masakan dan asap akan dialirkan ke luar rumah. Suami balik rumah takla bau isteri macam bau bawang! Hehe.


6. Susun atur dapur yang baik memudahkan pergerakkan kita masa memasak. Peralatan dapur juga harus disusun dengan baik. Susun perlatan dapur mengikut kekerapan yang kita guna. Kuali dan pinggan yang kerap kita guna boleh letak dari aras pinggang ke bawah. 


Saya quote kan balik kata-kata seorang wanita ni "Ada 3 keajaiban bila rumah sedap dan selesa mata memandang. Suami yang selalu keluar rumah akan jarang keluar rumah mencari ketengan di luar, kasih sayang juga akan bertambah erat, dan anak-anak juga sudah tidak menyepahkan rumah."


Tiba-tiba rasa nak throwback zaman kanak-kanak dulu. Terima kasih ibu & abah sebab beri pendidikan kepada anak-anak melalui tauladan. InshaAllah kak long dan adik-adik menjadi suri yang baik dalam rumah. Adik beradik semua perempuan...bila ibu masak semua kena masuk dapur. Bila potongan tak sekata ditegur, bila masak bersepah ditegur, lepas masak tinggal senduk kuali tak basuh atas dapur mahupun dalam sinki kena tegur. Think positive ja ya.


Ok sambung balik. Bila selesai masak dan makan semua diminta bekerjasama kemas dapur sehingga teratur. Masing-masing diminta basuh pinggan masing-masing, dilarang tinggal dalam sinki. 

Kuali dan periuk siap dibasuh disimpan di tempat asal, pinggan yang dah dibasuh siap dilap, makanan yang tak habis tidak ditinggalkan di atas meja, simpan dalam bekas dan masuk peti ais, meja siap dilap, kerusi semua disusun rapi di bawah meja, sampah basah mesti diikat rapi dan terus buang dalam tong sampah besar luar rumah (tugas lelaki). Barulah binatang macam cicak, tikus, lipas, semut dll tidak besarang dalam rumah. Diorang boleh kebuluran kalau stay lama-lama dalam rumahπŸ‘» 

Then baru ramai-ramai bergerak keluar ke ruang tamu.  Kata ibu bila ramai-ramai buat cepat siap. Sama-sama boleh tengok tv. Takla sorang je yang penat. Yup, make sense! Pendidikan melalui tauladan. Yang bestnya bila dah kahwin para suami pun terikut sama. Bila makan ramai-ramai, sama-sama bantu kemaskan dapur. Pinggan dan cawan pandai basuh sendiri lepas guna. Pandai lap pinggan. Sampah buang setiap malam. Barulah namanya team work dalam rumahtangga. Isteri makin sayang! I love you and thank you husband!


Oh si kenit Aleesya Haura tu bila datang rumah dia pandai tunjuk pinggan mana untuk tetamu....dah siap-siap basuh tahu pulak mana nak simpan! πŸ˜‚

Pokok dan bunga tu untuk photoshoot semata-mata ya!πŸ˜‚


Panjang pulak membebel hari ini. Terima kasih sudi baca tips yang tak seberapa ni. Sebab progress kondo terkini dalam proses pengubahsuaian dapur. Masa teringat ni kita update dulu.



Selasa, 18 Disember 2018

Birthday Gift!



πŸ™€πŸ™€πŸ™€πŸ™€πŸ™€πŸ™€πŸ™€


OMG! OMG! OMG!

Specialnya hadiah birthday tahun 2018 ni.

Terima kasih en.suami....patutlah dah bertahun-tahun tak dapat hadiah besday!πŸ˜‚

Inhale...
.
.
.
.
Exhale...
.
.
.


Fresh from Louis Vuitton KLCC


Menggigil-gigil tangan waktu unboxing!
*i am still pinching myself!*


Nak tau ke apa isi dalam?



Isnin, 17 Disember 2018

Harmony Zone Cafe Western Puncak Alam



Hujan lebat pun membasahi bumi. Kilat sambung menyambung. Begitulah cuaca setiap petang bulan Disember. Kejap-kejap scroll laju-laju gambar dalam gallery. Banyak betul gambar. Beribu-ribu. Nak delete terasa sayangπŸ‘»

Puncak Alam ni terkenal dengan UITM Puncak Alam. Maknanya kawasan Puncak Alam ni ramai student. Tidak hairanlah kawasan ini dikatakan food heaven. Harga pun murah-murah. Dari nasi kambing, burger meleleh, satay ikan, goreng pisang cheese banjir coklat, ayam goreng seringgit, nasi lemak seringgit, cakoi, nasi kukus Riz, somtam Mayamin, Aryana pizza cheese meleleh, KFC, McDonalds, Dominos dan banyak pilihan lagi. Ada dalam restoren mahupun tepi jalan. Tepuk dada tanya selera. 

Ni bukan food review tau. Saja nak mencadangkan satu cafe western ni. Wahai warga dan pelajar puncak alam, sis tak pasti uols dah pernah dengar atau try cafe ni. Namanya Harmony Zone Puncak Alam. Tema menu adalah western. Terkenal dengan Harmony Tower Independent & Hormony Tower Flavours.

Hamony Zone Puncak Alam
No 36 Jalan Niaga Bestari 5
Kuala Selangor

Waktu perniagaan
Isnin: TUTUP
Selasa: 2:00 PM to 12:00 AM
Rabu: 2:00 PM to 12:00 AM
Khamis: 2:00 PM to 12:00 AM
Jumaat: 2:00 PM to 12:00 AM
Sabtu: 2:00 PM to 12:00 AM
Ahad: 2:00 PM to 12:00 AM





Fish & Chips RM12
Thai Tea VS Green Tea RM6
Mee Daging. Signature of Harmony RM9.50

Sis nak tanya korang dah pernah sampai ke Puncak Alam? Apa lagi yang menarik di sana?




Jumaat, 7 Disember 2018

Hetian Foldable Mini Travel Steam Iron



Hi kaki travel! Sale 11.11 dah selesai. Kini tiba year end sale pulak 12.12.

Dah survey ke nak beli apa di Lazada atau Shopee?

Saya ada survey beberapa item. 






Produk detail:
- Ringan dan siap boleh lipat dengan size iron yang kecil molek. Mini size iron.
- Siap ada steamer. So ini adalah steam iron.
-Power: 220V ~ 240V
-Rated Power: 700W
-Suhu adjustable dengan 4 gear thermostat
-Sesuai untuk material nylon, silk, wool, cotton, linen, chemical fiber

Ok memang sesuai untuk travel iron nih!

Harga paling murah di Shopee RM25.90 tidak termasuk postage.  Kat Lazada pun harga RM25.90 tidak termasuk postage. Plug jenis 2-pin China. Oklah harga pun tak sampai 30 ringgit kan. Tak boleh nak demand quality setanding Tefal. Kalau ada budget lebih bolehla beli hat yang mahal sikit. 

Pasnih boleh bawak shawl duck pi travel πŸ‘»






Isnin, 3 Disember 2018

Watermelon Cake @ Naj & Belle Subang



#flashback1 May 2018. Satu Malaysia cuti sempena Hari Buruh  

Suami decide nak bawa kita dating or coffee-coffee di Naj & Belle Subang. Kata suami dia pernah datang makan sini dengan officemate. Jadi kali ini nak bawak wifey pulak datang makan dan rasa food di sini. 


Di mana Naj & Belle? Buka pukul berapa? Nah, info di bawah ni.


Naj & Belle CafΓ©
Hours: 10am-10pm, daily
Address: G-03A, Ground Floor, Courtyard Mall, SS15/4G
Subang Jaya (beside Harajucube)



Naj & Belle sangat terkenal dengan signature cake mereka ; Watermelon Cake. Sepotong kek tembikai ini berharga RM17.90. Suapan pertama...ohhh sejuk dan sedapnya! Tembikai kot yang ada di tengah-tengah lapisan kek dan cream tu. Kreatif bila Naj & Belle perkenalkan watermelon cake ni. At least sesuatu yang baru! 




Saya penggemar pasta. Dalam seminggu mesti sekali akan masak pasta. Muak jugak asik makan nasi. Suka cedok idea-idea dari cafe hipster untuk masak pasta di rumah. So di Naj & Belle teringin nak rasa Fettucine Smoked Salmon. Harga RM29. Wow heavy dengan napoli sauce. Makan panas-panas memang onz sangat!




Suami pula order The Belle Breakfast. Harga RM28.50. Roti pita yang biasa buat kebab tu digabungkan dengan Atlantic salmon dimasak sempurna juicy di dalam crunchy di luar dimakan bersama poached egg. Dihiasi dengan roasted cherry tomatoes & chilli labneh. Nyums! So creative la this menu! Memang sedap! 




Sekian review ringkas untuk beberapa menu di Naj & Belle. Kalau nak kan kelainan bolehla try makan-makan di Naj & Belle :) Tapi cuba elak peak hour sebab meja terhad. Naj & Belle memang sentiasa full house!