Pages

Selasa, 27 November 2018

Belai Tubuh Dengan Almond | L'OCCITANE Malaysia





This set includes:

Almond Shower Oil 250ml
Almond Milk Concentrate 50ml
Almond Supple Skin Oil 100ml
L'OCCITANE Slimming Massage
& Lots of samples!


Pertama kali berkenalan dengan L'Occitane 10 tahun sudah. Tuan suami hadiahkan L'Occitane Almond Supple Skin Oil dalam dulang hantaran. Sejak itu mula jatuh cinta dengan L'Occitane. Almond Supple Skin Oil ni pakai lepas mandi. Kulit akan jadi lembut dan anjal. Bau almond sangat best dan menyegarkan. Masalah mula timbul bila suami kita pun jatuh cinta sama๐Ÿ’


10 tahun kemudian, Julai baru-baru ni... suami order di L'Occitane Malaysia Official Online Store dan hadiahkan semula sebotol L'Occitane Almond Supple Skin Oil. Kali ni bukan solo. Tapi trio...ditemani Almond Shower Oil 250ml & Almond Milk Concentrate 50ml. Alahai so sweet :) Rupanya bukan masalah tapi rezeki. Mohon terus sweet untuk 10 tahun akan datang. oh! oh! Pastu disweetkan lagi oleh L'Occitane Malaysia dengan bagi samples dan packaging yang cantik dan esklusif! Kotak kuning diraja gitu. Unboxing time buat sis terkedu !

Oklah taknak buat review panjang-panjang. Bagi sistur belai tubuh dengan almond dulu okey. Just nak bagi tahu Hari Natal bakal menjelang tiba. Memang banyak gift set time-time ni. Bolehla pilih satu atau dua hadiah sebagai reward diri. Dah penat bertungkus-lumus setahun. Tak salah splurge untuk diri sendiri setahun sekali. Kalau dah splurge tiap-tiap bulan, mohon insaf. Marilah kita menabung untuk tahun 2019!


p/s: Psssttt....korang shopping apa masa Black Friday & Cyber Monday?



Sabtu, 24 November 2018

Scrub Muka Paling Best & Murah




All the love for St Ives Fresh Skin Apricot Scrub! 


Kulit rasa bersih dan segar lepas scrub dengan St Ives Fresh Skrin Apricot Scrub. Teksturnya agak kasar. Diperbuat daripada 100% natural walnut shell powder.  Sebab tu lepas scrub habis semua minyak-minyak termendap kat kulit muka terutama hidung habis dikautnya. Hasilnya kulit muka licin selicin satin, lembut seperti kulit bayi & feeling alive! Bau pun sodap. Wangi! Terus kucanangkan ia sebagai scrub muka paling best.


Tapi...harus diingat, hasilnya mungkin berbeza bagi setiap individu. If kulit tiada masalah ok je nak pakai scrub St Ives Apricot Scrub ni. If kulit sensitif sila berjaga-jaga. Takut mendatangkan iritasi. Bagus jugak kalau St Ives ni keluarkan size jenis sample. Bolehla orang try dulu sebelum beli yang full size kan. Full size 170g. Kalau tak sesuai...hmmm...


Harga untuk 170g agak murah. Check sini harga St Ives Fresh Skin Apricot Scrub. Scrub ni boleh beli di Watson & Guardian juga. 


Ni second tiub dah pakai. Suka dengan new look ni. Yang pertama dah guna setahun lalu sampai sekarang tak habis-habis lagi. Sekarang dah jadi scrub badan pulak. Ganti scrub badan yang dah habis๐Ÿ˜… 



How to use St Ives Fresh Skin Apricot Scrub:


1. Squeeze a dime sized amount of Fresh Skin Apricot Scrub onto your fingertips and massage onto damp skin.

2. Spread in small circular motions, applying gentle pressure to wake your skin’s natural circulation.

3. Work all over, right up to your hairline and onto the sides of your nose.

4. When you’re done, rinse and pat dry with a clean towel.

5. Use 1 to 2 times a week (depending on skin).



Kalau tak silap zaman remaja dolu-dolu... memang pakai scrub St Ives bawak pi asrama. Toilet asrama perempuan dulu..mesti ada baldi-baldi kecik bersusun kat koridor. Kebanyakkannya memang ada St Ives :)


Khamis, 22 November 2018

Menara Condong Teluk Intan | Cuti-cuti Perak




Acekeme baca ni Yob. Dengan tersipu-sipu malu, segan nak habaq..pertama kali kita masuk dalam Menara Condong Teluk Intan nih! Yeah. Yeah *lompat bintang*
Menara ni sudah berusia 133 tahun tetapi masih berdiri kukuh di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak. Terletak di sudut Jalan Selat. Betul lah kata orang.. dari jauh menara ini 1 darjah lebih condong ke arah barat. Patutlah namanya pun Menara Condong Teluk Intan.





Kini, menara ini berstatus sebagai menara condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Fuh, bangga negara Malaysia. Katanya Menara Condong Teluk Intan ini asalnya tidakla condong. Banjir besar pada tahun 1985 di Teluk Intan menyebabkan menara ini tenggelam. Kerana bebanan air yang berat, menara mula condong ke arah barat.



History / latar belakang mengenai Menara Condong Teluk Intan. Pada awal abad ke-20, menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan 8,000 penduduk setempat.



Ada 110 anak tangga dibina secara melengkung dan menghubungkan setiap tingkat. Ketinggian menara 25 meter. Dari jauh nampak seperti pagoda 8 tingkat. Tapi sebenarnya hanya ada 3 tingkat sahaja. Dalam menara ada ditepek gambar-gambar lama menara dan suasana sekitar menara. Banyak perubahan ketara :)



Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan batu.




✅Menara Condong Teluk Intan dan tiba-tiba jam di menara ini berbunyi dengan kuat....oh berbunyi rupanya jam besar di atas tu. 

P/S: Siapa lagi yang tak pernah sampai? Hehe.
Boleh share tempat makan sedap di Teluk Intan tak....aritu tak tahu nak makan mana



Rabu, 21 November 2018

Hemeed Pata Mee Sotong & Jawi House Cafe Gallery, Georgetown Penang



Hameed Pata Mee Sotong Special Padang Kota


Semasa di Penang sempatlah nak merasa Hameed Pata Mee Sotong dan makan di Jawi House Cafe Gallery. Kita ni jarang-jarang ke Penang. Time cuti umum je lah dapat ke sana. Jadi bertabahlah.



Pasembor sebelah kedai Hameed Pata Special Mee Sotong Padang Kota Georgetown Penang. Sebelah Pasembor kedai coconut shake cair. Bolehla kalau nak order.




Mee Sotong Goreng Special Penang Hameed Pata. Kalau nak jenis rebus pun boleh.
Gigih cheq beratur demi nak merasa sepinggan mee goreng special ๐Ÿ˜ญ




Kedai Mee Sotong Hameed Pata terletak di Padang Kota. Nak cari parking memang harus ada kesabaran yang tinggi. Parking berbayar. Cabaran pertama berjaya diatasi...sekarang tibalah cabaran kedua. Beratur panjang gila baq hang! Cheq beratuq dari pintu depan. Jauh nun di sana lagi nak sampai depan kedai Hameed Pata Mee Sotong tuh. Cheq tak kira. Dah beratur panjang harus order untuk makan dan tapau sekali bawak balik. Makanlah ko sampai lebam!



1 jam 45 minit beratur baru sampai depan Hameed Pata Special Mee Sotong ni. Kegilaan apakah itu? Awatlah semua pakat nak makan mee pata kejadah nih. Perut dah masuk angin keluar asap. Cabaran seterusnya ialah mencari meja kosong! Akhirnya setelah melilau-lilau jumpa la corner meja. Setakat 2 orang.. duduk ajelah celah mana-mana kan. Cheq tobat dah nak mai makan sini. Cukupla sekali merasa. Keluar dari Padang Kota sis jadi bingung kejap. Huhu.


Jawi House Cafe Gallery, Georgetown Penang


Better pergi makan di Jawi House Cafe Gallery di Armenian Street. Berdekatan dengan Penang mural art tourist hot spot. Nak cari parking dah tentu-tentu challenging. Tapi saat jejakkan kaki dalam Jawi House cafe Gellery, jadi tenang dan sejuk balik. Cafe beraircond uols. Tempat makan yang sangat cozy. Suasana macam dalam gallery. Banyak gambar, handcraft lama bersejarah digantung dalam cafe ni. Ikut nafsu memang nak cuba macam-macam. Akhirnya kita order dengan mengukur perut sendiri. 

Peranakan Muslim Heritage Cafe Gallery. Mesti sedap nih. Tengok menu tempting sungguh. Nak order macam-macam!


Order Heritage Rice Nasi Lemuni sebab tak pernah cuba. 'Rice cooked with lemuni leaves, blue telang flowers flavoured with garlic, ginger, lemongrass, onions & coconut milk'. Alamak aiii, sedap betul rasanya. ..........served with chicken curry, cucumber, fried anchovies and sambal or chilli paste. It is a traditional confinement food for Malay women, to improve blood circulation, replenish iron in blood after delivery and increase energy . Lemuni is also an ancient 1,000 year old Ayurvedic alternative medicine for enhancing blood flow, asthma, joint pains and normalising digestive systems. Currently its anti-cancer properties are being extensively researched. Lemuni is featured in W.J.Karim’s book, “Feasts of Penang: Muslim Culinary Heritage”, MPH, 2013) in Chapter 4 on ‘Rice’. Credit: Jawihouse.com


Order Chicken Curry untuk dimakan bersama Nasi Lemuni. Alahai chicken curry peranakan style ni memang sedap. Suka! Minuman kami cuba Arabian Sherbet. Sedap jugak!


Untuk dessert kami cuba Almond Pineapple Coconut Tart. Aduhhh duhhh rasa sekali jatuh cinta berkali-kali. Kenapa sedap sangat ni?


Sangat menepati citarasa. Insya Allah kami pasti datang lagi! Dah tahu kat mana nak makan sedap di Georgetown Penang.




Harga/Price Keseluruhan

Nasi lemuni - RM10
Chicken Curry - RM13
Almond Pineapple Coconut Tart - RM15
Arabian Sherbet - RM12

2 tempat ni ja sempat makan di Georgetown๐Ÿ™†


Isnin, 19 November 2018

Kenapa di Hotel Royal Chulan Penang? | Cuti-Cuti Malaysia








Sungguh lama overdue. Kini dibawakan khas sebagai salah satu memori 2018. Trip ini berlaku pada September 2018. 


Kenapa pilih Hotel Royal Chulan Penang? Mari saya justify. Sebab lokasinya strategik. Terletak di tepi laut dalam kawasan Weld Quay, Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town. 


4 minit jalan kaki ke Swettenham Pier Cruise Terminal dan Queen Victoria Clock Tower. Jalan kaki je kalau nak pergi Muzium Pinang Peranakan dan Muzium Wonderfood. Jalan kaki dalam 500m (7 minit) kalau nak ke Hameed Pata Mee Sotong di Padang Kota. Ford Cornwallis pun area yang sama. 


Harus diingat ya.. pergi Penang time cuti-cuti Malaysia mahupun cuti sekolah memang stress boleh buat bergaduh. Walaupun 500m boleh makan sejam perjalanan. Belum lagi nak cari parking. 


Bilik hotel yang bersih & luas. Free Wifi.


Lengkap dengan wainscoting kayu. Macam gaya klasik Eropah.




Free Parking. Parking di bangunan sebelah ya bertentangan dengan Royal Chulan. If banyak barang boleh drop dulu depan lobi. Kemudian baru parking. 


Check-in bermula jam 2pm. Check-out 12 tengahari. Bilik tiada lipas. Harga bilik termasuk breakfast. Breakfast ok. Size kolam renang pula comel je. Memang penuh budak-budak dengan pelampung๐Ÿ˜‚ Takde celah nak join mandi. 

Royal Chulan Penang
No 1 & 2 Pengkalan Weld, George Town, Penang



Khamis, 15 November 2018

The Banjaran Hotsprings Retreat Ipoh | Cuti-cuti Malaysia


Assalamualaikum & Hi semua.


Pernah dengar The Banjaran Hotsprings Retreat? Kita tak tahu pun ada tempat gorgeous macam ni di Ipoh. Patutlah harga dia boleh tahan mahal. Rupanya one of the luxury spa resort hotel in Malaysia! Alhamdulillah berpeluang merasai pengalaman menginap di sini sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-10. Baru 10. Hehe. Jauh lagi perjalanan.


Buat suami-suami yang mati kutu tiada idea nak bawa isteri tersayang bercuti ke mana, boleh pertimbangkan bermalam The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh. Tak perlu naik flight jauh-jauh. Duit flight dah jimat, jadi boleh spend lebih sikit pergi resort cantik dikelilingi kehijauan yang mendamaikan, diaksesorikan dengan bunyi bunyian unggas dan paling penting cukup privacy. 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan menginap di The Banjaran. Kanak-kanak cannot. Ia bertujuan memelihara privasi. Sebab kebanyakan tetamu yang daftar masuk The Banjaran adalah pasangan baru berkahwin (oh tak lupa juga pengantin lama) yang bertujuan untuk honeymoon. Jadi suasana harus sunyi sepi mendamaikan.


Jadi memang tidak syak lagi The Banjaran Hotsprings Retreat tempat yang paling sesuai untuk bermanja-manja dengan isteri tersayang! Pasti isteri tersenyum comel sampai ke telinga nanti :) *saya lah tu*




The Banjaran Hotsprings Retreat terletak di Ipoh. Lebih kurang 208km memandu selama 2 jam 30 minit dari Shah Alam melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Kemudian exit 138. 


Lebih kurang 15 minit memandu jika dari Bandar Ipoh. Selepas bertemu dengan signboard The Banjaran seperti di atas, anda akan berjumpa dengan guardhouse yang ada palang. Biasalah soalan yang ditanya, ada book ke penginapan? Kalau ada sila bagi nama. Checked✅Nama ada, boleh terus masuk dan parking di tempat yang disediakan. Parking adalah percuma dan berbumbung gitu. 


Kala itu hujan renyai-renyai. Eh tiba-tiba muncul seorang staf The Banjaran datang dengan senyuman mesra dan payung di tangan menyambut ketibaan kami. Wahhhhh! Sis terkesima.




Bag siap diangkat dan dibawa ke lobi resort. Tatkala berjalan masuk ke lobi kelihatan dua orang budak perempuan (sekolah menengah agaknya) siap berpakaian ala-ala zaman kesultanan Melayu Melaka duk senyum-senyum kat kami sambil main caklempong bertalu-talu. Bersemangat je. Comel. Suami pula diminta pukul gong besar dengan kuat sebanyak 3 kali. Simbolik kedatangan tetamu. Kemudian diberi minuman & manisan seperti di atas. Alahai so sweet lah The Banjaran. Terasa ekslusif layanan yang diberi kepada tetamu. *dapatlah sis merasa*




Sebelum dibawa ke villa, mereka bawa pusing-pusing dulu melawat kawasan sekitar The Banjaran dengan buggy-car. Memang cantik betul persekitaran. Dijaga dengan rapi. 

Ada 3 jenis penginapan di The Banjaran. Garden Villa, Water Villa & Lake Villa. Suami pilih Garden Villa. Setiap kami diberi ala-ala bracelet-room-key. Hala gelang kat pintu terus terbuka. Tak perlu runsing nak simpan mana room key ni. Boleh pakai sepanjang masa sebab waterproof! Terkesima lagi....

Warm welcome note :)


Ok, jom kita tengok apa keistimewaan Garden Villa


Saiz Vila: 261 m². Vila yang luas ini terletak di dalam taman-taman tropika persendirian, serta mempunyai kolam renang peribadi, tab mandi panas geoterma, dan pancuran mandian hujan luaran. Katil bersaiz king mempunyai tilam bulu setebal 4 inci yang selesa. 

Kemudahan Vila:
  • • Minibar
  • • Pancuran mandian
  • • Peti deposit keselamatan
  • • TV
  • • Telefon
  • • Penyaman udara
  • • Pengering rambut
  • • Tab mandi panas
  • • Jubah mandi
  • • Radio
  • • Meja kerja
  • • Kemudahan menyeterika
  • • Ruang duduk
  • • Kelengkapan dandanan diri
  • • Pemain DVD
  • • Pemain CD
  • • Kipas
  • • Tandas
  • • Bilik mandi peribadi
  • • Bilik persalinan
  • • Selipar
  • • Saluran TV satelit
  • • Saluran TV kabel
  • • TV skrin rata
  • • Pintu masuk peribadi
  • • Sofa
  • • Perkhidmatan bangun tidur
  • • Ruang makan
  • • Cerek elektrik
  • • Tuala/linen (bayaran dikenakan)
  • • Kolam renang peribadi
  • • Mesin pengering
  • • Almari
  • • Bidet
  • • Bebas alergi
  • • Mesin kopi
  • • Tuala
  • • Meja makan
  • • Perabot luaran
  • • Outdoor dining area
  • • Seluruh unit terletak di aras bawah
  • • Rak keringkan baju
  • • Tisu tandas
WiFi percuma! *Yassssss!*

Kolam renang peribadi. Bestnye boleh mandi kolam tak perlu pakai tudung! Lagi best boleh acah-acah berenang tanpa ada orang judge ๐Ÿ˜‚Puas hati dapat praktis kuak rama-rama versi Azyyati Liah. Terima kasih coach en suami yang beri kelas renang dengan percuma. Kelakar habis coach ni sepanjang sesi pembelajaran. Haha.


Sink For Her & Sink For Him. Tak payah berebut.


Lengkap dengan facial mist, mouth refresher, insect repellent spray. Terbaik sangat!


Bilik persalinan yang luas!


Jacuzzi with natural geothermal hot springs waters @ The Banjaran Garden Villa. Malam baru dapat berjacuzzi dalam air panas ni. Memang best! Pastu makan McD :D Nasib baik monyet tak kacau!


Villa 1, Garden Villa. Memang luas betul villa ni.


Penjaga Villa 1, Mr Rimau. Sini ada monyet tau. So makanan sila simpan elok2 dalam villa dan tutup pintu. Alhamdulillah takda kena kacau dengan monyet. Bayang monyet pun tak nampak.


Travel buddy with free wifi. Mereka pesan bawak phone ni ke mana sahaja kita pergi. Just in case sesat dalam The Banjaran boleh call :)


Suasana pagi yang mendamaikan dan menenangkan perasaan. Garden Villa @ The Banjaran mengadap batu kapur yang dah berusia jutaan tahun. Rasa tak nak bangun! Rasa tak nak balik!


The Banjaran Hotspring Lake


The Banjaran Hotspring Lake


Geothermal Hotspring Lake @ The Banjaran


Mineral rich geothermal swimming pool. Bila takda budak, memang sunyi sepi je swimming pool. 


Geothermal Naturally Heated Pool


Meditation Cave


Steam Cave


Jeff's Cellar @ The Banjaran Hotspings Retreat has been recently named one of the five most magnificent bars in the world by CNN Greece.


Jeff's Cellar tempat paling unik di dunia terletak dalam sebuah batu kapur Paleozoic yang berusia 260 juta tahun. Kagum bila melihat stalagmit yang indah. Pencahayaan yang romantis dengan air semulajadi yang menuruni batu kapur menyebabkan tempat ini sesuai untuk menikmati fine dining. Restoran ini dibuka pada pukul 6 petang sehingga pukul 11 malam. Kami tak makan pun dalam ni. Makan McD je kat bilik!๐Ÿ˜œ


Kemudian kami dibawa masuk ke satu bilik khas berkunci menempatkan koleksi peribadi. Ada yang dah berusia ratus-ratus tahun. Harga pun cecah ratusan ribu untuk sebotol wine. Makin lama disimpan makin mahal harganya. 


Breakfast @ The Pamelo. Pomelo nama buah yang terkenal di Ipoh. Buah pamelo ni kalau di Japan harga ratus-ratus ringgit nih. Restoran ini beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam dan menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.


Antara menu for breakfast


Hot Dipping Pot 40c


Reflexology Pool


Menarik di The Banjaran: Dr.Fish, Gym, Hot Dipping Pots, Jungle Walk, Meditation Cave, Reflexology Pool, Spa & Wellness Centre, The Pamelo



Terima kasih suami bawa retreat dalam hutan. Bukan sebarang hutan ni :) Bangga sebagai rakyat Malaysia ada tempat yang sebegini indah untuk diterokai. The Banjaran antara resort yang cantik di Malaysia. Mostly guest yang menginap di sini tourist dari pelbagai negara. 

Ketika daftar keluar, tetamu dihadiahkan miniature labu sayung, cookies & voucher photobook percuma untuk abadikan memori manis selama di The Banjaran. Perlu bayar postage sahaja. Oh jangan lupa ambil buah Pamelo (yang disediakan dalam villa) untuk dibawa pulang! Memang tidak syak lagi tempat bercuti paling best di Ipoh semestinya di The Banjaran Hotsprings Retreat. Saya bagi ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Dah hujung tahun ni. Selamat cuti-cuti Malaysia :D

*Happy 1oth anniversary to us!*