Assalamulaikum & Hai semua. Hari ini terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang outdoor water filter atau penapis air di luar rumah. Mana tahu maklumat ini berguna buat anda yang sedang tercari-cari info tentang penapis air. Penapis air luar rumah boleh kata 'wajib' pasang di Selangor. Sebab incoming water dari SYABAS warna kuning. Kalau musim takde air lagi scary. Air karat yang keluar. Kita pulak banyak guna air dalam kehidupan seharian. So nak tak nak kena invest juga untuk penapis air luar rumah.
Suami tak gemar penapis air monthly service. Tak kiralah penapis air luar rumah mahupun dalam rumah. Kebergantungan kepada agen terlalu tinggi. High maintenance. Sesuai untuk orang-orang berkelas premium. Orang biasa-biasa macam kami tak sesuai. Kami nak cari filter yang boleh tukar sendiri atau pun tukar setahun sekali.
Masa jalan-jalan di Homedec PWTC tahun 2011 , kami berkenalan dengan brand Nesh Outdoor Water Filter. Untuk penapis air luar rumah mereka cadang Nesh Super Membran Pre-Filter EM3000. Secara ringkasnya ada 6 kelebihan yang saya suka sangat!
2. Filtration Density of 0.01 Microns
3. Self-Cleaning Backwash and Flushing Function
4. Time and Money Saver - Self Cleaning means Low Maintenance
5. Space Friendly - Horizontal or Vertical Installation
6. Anti-Rust with Stainless Steel Casing
Bila dah suka terus booked satu untuk pasang di luar rumah. Ketika itu harga untuk model EM3000 RM2,780 termasuk installation. Sempena Homedec kami dapat rebate RM400. Total bayar RM2,180 termasuk pemasangan. Filter Nesh ni perlu ditukar 5 tahun sekali sahaja. Wah, ini memang berita baik! Jadi memang berbaloi-baloi sangat. Ketika itu, tahun 2011, Nesh ada Concept Store di Sunway Pyramid & Tropicana City Mall. Tahun 2018 ni dah tutup barangkali. Boleh refer website Nesh.
Resit booking tu tersimpan selama 3 tahun! Adeh. Ini bukan cerita rekaan tau. Semua info ni saya refer pada invoice dan resit. Memang buat satu folder khusus untuk maintenance rumah. Senang nak keep track. Install Nesh Water Filter sekitar Januari 2014. Lama betul ambil masa nak install kan :)
Ogos 2018 lebih kurang 56 bulan (4 tahun 6 bulan) pakai Nesh Water Filter dah mula rasa air macam tak bersih sangat. Jujurnya suami tak berapa consistant buat backwash cleaning. Request suami call Nesh Careline dan arrange untuk service (tukar filter). Rupanya 90% membran filter dah tersumbat. Sampai masa untuk tukar filter. 56 bulan tu cost per wear lebih kurang RM40 sebulan. OKLAH kan! Cost tukar filter agak MAHAL. RM698. Berazam untuk lebih regular buat backwash cleaning. Then kita tengok sampai atau tidak 5 tahun.
4 tahun guna Nesh penapis air luar rumah ni memang kami puas hati sangat. Benar-benar low maintenance. Ada masa bila jiran-jiran complaint air karat, kami pulak dapat air putih bersih. Alhamdulillah. Lega sangat. Jadi kalau ada yang tercari-cari water filter luar rumah boleh pertimbangkan Nesh. Air bersih suatu kemestian. Dah invest lebih untuk outdoor water filter, dalam rumah kami pakai brand murah je. Tukar beberapa tahun sekali. Sebab filter luarnya masih bersih. Lambat nau nak bertukar coklat. Huhu. Nanti saya share kemudian untuk indoor water filter ni.
Ada tak yang pakai Nesh Water Filter juga?
Jika anda ada cadangan outdoor water filter yang lain jom kongsi! Nak tahu jugak. Sebab kat Malaysia ni macam limited je brand outdoor water filter. Tak banyak option. Maybe juga pengetahuan saya yang limited.
Nesh Super Membrane Pre-Filter
Lubang warna kuning maknanya dah tersumbat
Incoming water dari Syabas
Replace filter baru
Zaman sekarang mmg kne pakai water filter.. kalau tak pakai qualiti air tu tak terjamin lagi untuk buat masak. Done follow sini jugak.
BalasPadamlama tu 5 tahun skali, mmg terjamin ke
BalasPadam