Pages

Jumaat, 9 Mac 2018

When in Bangkok...


Sawadee ka!



Quick update Bangkok trip baru-baru ini. Januari 2018 suami ajak ke Bangkok lagi sebab nak redeem points MAS Enrich Miles yang hampir expired. Maka kita pun fly ke Bangkok 4 hari 3 malam dari 6 - 10 Januari 2018. 



Naik kapal terbang baru dan besar airbus A350. Tiada lagi masalah kaki busuk (throwback naik MAS 2014)



Banyak movie baru dalam flight. IT horror movie 2017. Jangan harap nak tengok movie hantu ni. Iols mampu tengok 'Bisik Pada Langit' je. SOBS. Sedih pulak cerita itu.



Alas perut. Jangan tanya sis menu apa kerana sis pun tak boleh nak cam nama menu.


Sampai Suvarnabhumi International Airport beli Tourist Sim ฿255 = RM37.23

Then beli tiket Airport Rail Link (ARL SACity Line) – turun di stesen Phaya Thai. Masa perjalanan 26 minit. Harga tiket ฿45 seorang. 

Sampai di station Phaya Thai, top-up dulu Rabbit card. Di Phaya Thai, ambil SUKHUMVIT LINE (Line Hijau) berhenti di stop N4 Sanam Pao (Stesen ke-2 dari Phaya Thai) – 4minit – ฿20




BTS Sky Train Bangkok (macam MRT di Malaysia). Perlu ada Rabbit Card untuk naik BTS. Taknak beli pun takpe. Beli tiket.



Sampai hotel - check-in - letak luggage - solat jamak maghrib & isyak - siap2 keluar makan - Restoren Ali Selatan - Petchaburi Soi 7 - makan krapao


Trip sebelum ni kami menginap di Abloom, Patio dan kali ni menginap di Vic3 Bangkok. Ketiga-tiga hotel ini bersebelahan antara satu sama lain. Kenapa hotel ni jadi pilihan?

1. Paling dekat. 160m sahaja jalan kaki ke BTS Sanam Pao (BTS Sky Train public transport paling senang)
2. Cuma 4 station sahaja nak ke Station Mo Chit (Chatuchak weekend market)
3. Cuma 4 station sahaja nak ke Station Siam ( Siam Paragon & MBK)
4. Direct access dari Suvarnabhumi airport (tak perlu naik cab)


Pergi Bangkok tengok preference masing-masing. Ada yang suka stay area Pratunam. Pratunam banyak market dan tempat shopping baju. Boleh beli dengan harga murah-murah. Saya kurang gemar shopping baju sebab tak kena dengan taste 😩Jadi stay di area Sanam Pao sebab dekat dengan tempat-tempat makanan halal yang sedap lagi lazat memikat seperti di station Siam, station Ratchathewi, station Nana (kebab sedap). Paling penting dekat dengan Chatuchak (tempat fav shopping).


Esoknya kita berhajat nak jalan-jalan cuci mata sahaja sebab trip ke Bangkok kali ni lebih kepada jalan-jalan cari makan. Tapi nampaknya telah bertukar kepada shopping sampai lebam 👻 



Gigih sis cari info



Chatuchak. Datang sini pakai pakaian serap peluh sebab memang panas to the max! Kedai tiada aircond ya untuk makluman semua :D Pakai kasut yang selesa dan tidak mencederakan kaki hokeh.



Lunch di Kah Jak. Pernah review dah dalam trip sebelum ni. Pergi je di google dan buat carian : "azyyatiliah Kah Jak"



Sangkaya coconut ice cream versi Bangkok



Shopping baju-baju tak minat. Tuan suami je yang menyopping baju di Bangkok. Itupun dia cari H&M. Kakak-kakak sangat pergi jalan shopping kayu kayan



Bukan setakat kayu-kayan bawa balik. Lampu sekali angkut bawa balik. Bukan satu tetapi dua. Memang hazabedah sangat nak bawak lampu ni balik Malaysia. Azabnya masa kat airport! Kecoh jap sebab bawak lampu check-in kapal terbang😜



Kalau lampu pun boleh tapau. Setakat pasu-pasu macam ni, memang WAJIB dah tapau💁 bawa balik Malaysia. Gorgeous sangat ukiran dia. Made in Thailand. Oh dan beberapa barangan yang lain lagi. Terutama barang-barang dapur seperti paste tomyam, green curry, massaman curry, susu pekat manis teapot dalam tiub. Bangkok cookies dan lain-lain. Helok sangat naik MAS. Boleh bawak luggage 60kg. Weeeee 💃




MBK Shopping Centre. BTS National Stadium.




Teruknya lahai selfie camera Iphone 6s terutama waktu malam yang cahaya malap-malap romantik :p 



Sis saja tengok-tengok. Mana tahu wira aeroback sis boleh upgrade jadi BMW :p



BMW i8 ni memang merecikkkk. Kat mana ek nak charge kereta elektrik ni? Sis tau kat Subang Empire Shopping Centre je ada satu.



Platinum Mall. Dari BTS Sanam Pao nak ke sini memang menapak jauh gile. Kalau stay di area Pratunam dekat lah nak pergi Platinum Mall. Baju-baju di sini murah-murah.



Gaun pengantin lip lap ada kat belakang ni :D Nak belikan untuk adik sis tapi pakej kahwen sekarang ni dah cover semua.



Sawadee ka! Ada yang tanya sis McD sini halal ke tidak. Ermm ermm...nak makan McD kat Malaysia ajelah. Sah dah halal. Ni tumpang bergambar aje :D



Chanel Bangkok. Tengok gambar macam sejuk je suasana. Tetapi sebenarnya....



Fish Basil. Maknanya bukan ayam sahaja boleh digunakan. Ikan, sotong, ketam, udang juga boleh :D Be creative dalam masakan.



Mango Sticky Rice ini cukup sempurna. Melihat rupanya sahaja telah membuatkan mata sis bercahaya. Mangga kuning yang manis itu bila disuapkan dalam mulut terasa keenakan buahnya. Berselang seli dengan rasa pulut yang mampat lagi lembut, kuahnya yang secukup rasa dan kekacang rangup membuatkan diri ini rasa terapung sebentar 



Thai Green Curry. Kegemaran tuan suami. Balik rumah kalau ada lauk ni memang senyum melebar sampai ke telinga. Bila dengar perkataan 'sedap sangat' hilang semua penat jerih bertempur kat dapur :D So para suami, jangan lokek memuji masakan isteri tau.



Squid Basil & Tom Yam putih. Simple sedap dan mengenyangkan. I love thai food very much! Penat tau cari Miang Kham. Tak jumpa :( Ada yang tahu kat mana nak cari yang authenthic di Bangkok?




Tak perlu bersusah-payah berpeluh-peluh ke Lopburi. Rupanya tengah bandar pun ada banyak bunga matahari :D Cuma bunganya masih kecil dan belum membesar sepenuhnya.




Asiatique Bangkok. Nanti kita buat satu entry khas berkenaan Asiatique okeh




Halal Food di Suvarnabhumi Airport



Aneka menu disediakan. Harga standard airport. Tempat duduk terhad. Jadi order cepat, makan cepat bagi peluang pulak orang lain duduk makan.




Pad Thai. Usah dikomplen tentang rasanya. Bersyukur ada juga yang sudi buka kedai makanan halal di Suvarnabhumi Airport ni. Lebih-lebih lagi bila kena situasi flight delay. Jenuh menanti.



Jauh berjalan luas pemandangan :D Take every chance you get in life because some things only happen once. Alhamdulillah untuk semua rezeki Allah bagi pinjam sementara di dunia. 




Khamis, 1 Mac 2018

Tips Maintain Kurus Cara Saya


Assalamualaikum Malaysia.





Di pagi yang hening dan mendamaikan jiwa ni rasa terpanggil untuk berkongsi tips maintain kurus cara Azyyatiliah sendiri. Hiks. Bila Allah sudi pinjamkan usia lebih lama perlu untuk saya lebih teliti bab penjagaan makanan dan apa yang saya makan sebab makin berusia metabolisma saya makin rendah. Zaman remaja saya seorang yang sangat kuat makan. Tapi masih kurus dengan berat 45kg sahaja. Biasalah student kejap-kejap lapor. Makan sikit tak cukup. Makan setimbun nasi putih, dihiasi ayam goreng berempah letak kicap sikit sayur kacang sikit, kentang sambal sikit aduhhh rindu zaman uni. 


Bila usia mencecah awal 30-an masih kuat makan. Sibuk lagi jalan-jalan cari makan dengan suami kehulu-kehilir. Tanpa sedar berat pun makin lama makin naik sampai cecah 55 - 58kg. Orang rendah macam saya ni, dengan berat 58kg terus nampak lebar. Paha dah mula berlaga-laga antara satu sama lain. Bergegor-gegor paha bila berjalan👻Mula rasa rendah diri. Wujud perasaan tak selesa pada diri sendiri. Seluar pun dah ketat kat pinggang, kat paha dan dah rasa susah nak pilih baju. Badan makin melebar. OMG! OMG! Sebelum makin mudarat sampai cecah 60kg baik mulakan langkah mencegah dengan segera!! Sebabnya sekali berat sudah naik susah beb nak turunkan berat badan. Saya tidak mahu digelar 'kenderaan berat'! Tak tunggu lama terus bertindak....


Cara 1: Detox dengan air lemon
Tukar plain water kepada plain water + hirisan lemon. Tupperware 1 liter letak 2 -3 hirisan lemon. Cuba habiskan sebotol. Refill lagi. Letak lagi 2-3 hirisan lemon. Refill kali ke-3 dengan plain water sahaja. Maka cukuplah tubuh saya dapat 3 liter air setiap hari.



Cara 2: Stop terus air gas /air bikarbornat
Saya memang TAK SUKA air gas dari zaman remaja sebab ada kesedaran yang air gas mengandungi kandungan gula yang SUPER DUPER TINGGI. Arwah pakcik ada kena kencing manis, potong kaki dan akhirnya meninggal dunia. Jadi saya takut! Ingat kawan-kawan, gula BESTFRIEND kanser. Saya memang avoid terus. Sekarang ni jadi food police dalam rumah. Awas! Nampak je sesiapa yang beli air bikarbornat dalam rumah Bonda memang kena ceramah kesihatan dengan kak long kawasan. LOLS. Saya bersyukur sebab suami pun jenis yang avoid terus air bikarbonat. 


Cara 3: Kurangkan air manis
Saya tak stop terus. Nanti kempunan pulak. Cuma kurangkan dan tukar. Jika dulu setiap pagi mesti bancuh nescafe + susu pekat manis. Tapi sekarang sebelum sarapan, amalkan ambil 1 sudu madu untuk rasa manis dalam mulut. Khasiat madu pun banyak. Kat rumah tiada lagi nescafe & kopi (masaklahhh kalau tetamu datang, haha). Saya tukar kepada green tea organic + stevia + hirisan lemon. Jika makan di restoren saya hanya order plain water. Suami pulak biasanya order limau suam tanpa gula. Sekarang ni minuman kalau dia bancuh sendiri kat office dia tak nak gula. Alahai.  Breakfast kadang-kadang order teh tarik kurang manis. Tapi segelas kongsi berdua. Jadi taklah banyak portion masuk dalam perut :D Untuk masakan saya memang tak gunakan langsung gula putih. Saya tukar kepada brown sugar organik. Kalau suami ada sebelah masa masak, dia akan bebel jika saya letak brown sugar dengan banyak! LOLS. Jadi kalau dia masak memang tawar! Haha. 


Cara 4: Tidak minum minuman berais
Saya sejenis manusia yang sukakan air panas. Jarang sangat minum air sejuk. Jadi memang takda masalah bab ni. Mula-mula kahwin dengan suami dia pelik kenapa takda air sejuk dalam peti ais. Hahah. Memang tak pernah wujud pun air sejuk dalam peti ais sejak kecil. Jadinya bila dah kahwin memang tak buatlah. So lepas 10 tahun berkahwin suami pun kurang minum air sejuk. LOLS. Pergi restoren pun order air panas. Tabiat manusia boleh berubah 😄


Cara 5: Jaga pemakanan
Saya bukan pakar nutrisi, bukan kevin zahari dan tak reti nak kira kalori pun. Hahaha. Apa yang saya buat saya tukar diet pemakanan.

+Beras bertukar kepada brown rice (almost setahun dah kot makan brown rice). Mula-mula pelik rasanya tapi alhamdulillah lama-lama boleh terima. Orang kata alah bisa tegal biasa.

+Breakfast weekdays saya prepare overnight oat (oat organic +avocado/delima+dried cranberries+seeds. Untuk sedapkan oat saya letak madu+date concentrate+serbuk cinnamon

Seeds letak dalam oat

+Saya dan suami memang elakkan roti putih terus. Makan roti putih terus rasa gemuk. Kalau teringin nak makan roti pilih G.I paling rendah.  Lebih rendah nilai GI bermakna lebih lambat makanan tersebut diproses dalam badan (lambat rasa lapar) dan tahap gula rendah. Contohnya Sommerset Cottage keluaran Gardenia di bawah G.I : 52. Paling rendah warna purple Canadian Purple Wheat (100% multigrain) dengan G.I: 46. Glycemic Indeks ada dari skala 1 hingga 100. Ada 3 kumpulan:

GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69

GI Rendah : 0 - 55



+Menu harian dalam masakan saya tukar kepada banyakkan menu sayur terutama sayur berdaun dan ikan cencaru, kembung, selar dll. Lebih banyakkan membeli buah daripada membeli ayam daging.

+Jika nak masak menu ayam saya prefer beli ayam kampung. Ayam biasanya disuntik dengan hormon dan antibiotik untuk menggemukkan dan menyihatkan cukuplah saya makan bila makan kat luar :p Kat rumah makan ayam kampung. Telur pun bertukar kepada telur ayam kampung. Sekarang ni mudah nak dapat ayam kampung. Sekor dalam RM13. Telur ayam kampung ada di Mydin Mart. Saya paling benci bahagian dada / isi ayam. Tapi sekarang fav bahagian dada / isi ayam (sis terpaksa!)

+Kena kurangkan makanan laut sebab suami dah kena batu karang! Doktor nasihat untuk avoid terus. Paling risau if kena gout. Lagi susah tak boleh makan langsung. Better mencegah daripada mengubati kan.

+Hari daging sedunia pulak biasanya waktu Aidiladha hari Qurban. Hari tulah baru masak daging dalam setahun :D 

+Susah beb nak stop terus fast food. Kadang-kadang nak jugak cheat day! So makan juga tapi buat konsep sharing is caring. Jadi tak banyak portion masuk dalam tubuh. Haha. Contohnya order 1 set dinner plate (ayam 3 ketul) share 2 orang. 

OPPPPPSS!!

+Dessert & kek memang suka. Tapi tak reti nak makan banyak-banyak. Sekadar cukup rasa. Bonda cakap dulu masa muda-muda dia siap masuk kelas baking untuk buat kek kat kami semua. Tapi kami tak makan sangat pun. Hahah. Last2 sesekali terasa teringin beli je. Jiran sebelah rumah Bonda memang suka hantar kek, brownies, carrot cake, cake buah, red velvet dan macam2. Bila tanya katanya dia beli untuk anaknya alang-alang beli extra bagi kat kami (sweet sangat kan!) Tapi punyalah kami tak makan sangat lepas seminggu pun tak habis-habis lagi dalam peti. Bonda selalu runsing siapa yang nak abiskan. Kena tapau pi tempat kerja budak-budak nih baru habis. Pavlova dikecualikan kerana pavlova mampu bertahan 5 minit. Kemudian licin! Hahahah.

+Kudap-kudap dulu selalu ada dalam rumah. Ada cookies, biskut, kerepek, maruku, kacang2 bergaram bermsg, potato chips, jajan dll. Sekarang pergi mall tak beli semua tu dah. Tukar dengan kudap-kudap betik, nenas, anggur. Masa raya baru cheat day. Hehe.

+Kesimpulannya saya tak pantang pun. Makan semua. Still makan nasi kerabu, nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi dagang, roti canai telur, satay, kek, egg tart, fatty crab, sotong celup tepung, udang tempura, mcD, nandos, dominos pizza....phew sedap-sedap makanan di Malaysia ni, hard to resit tapi saya kurangkan kuantiti kebanyakkannya dengan share dengan tuan suami! Haha. Jihad beb melawan hawa nafsu :D


Cara 6: Jogging hujung minggu
Alhamdulillah sekarang ni kami berdua konsisten jogging Sabtu, Ahad. Kalau malas jogging pun just morning walk sampai berpeluh-peluh. Sambil ambil udara segar pagi dan tengok pokok-pokok hijau bagus untuk mata :D


Cara 7: Amalkan puasa sunat Isnin & Khamis
Jika boleh sedaya upaya amalkan puasa sunat Isnin & Khamis. Selain dapatkan extra pahala, puasa sunat juga bagus untuk rehatkan perut sebentar dari aktiviti berat memproses makanan. Almaklumlah Sabtu, Ahad memang makan macam-macam. Lagi-lagi kalau ada aktiviti makan-makan dengan family, balik kampung, pergi kenduri, hari cheat day sedunia dll. Bedal semua tanpa limit. "Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah)

Bila berpuasa, imunisasi tubuh kita kuat melawan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan yang dimakan. Ada hadith sahih bab ni. Nabi s.a.w sendiri menyebut "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim) . Jadi ustajah pulak iols hari ni.




Jadi alhamdulillah dari 58kg turun ke 52kg. Slowly but surely. Nak turun sampai ke 50kg tu memang susah betul. Pernah dapat 50kg tapi dengan cara makan di atas naik balik jadi 52kg. LOLS. So maintain kan jerlah berat 52kg di hujung-hujung usia 30-an ni. Badan selesa dengan berat 52kg. BMI masih dalam kategori NORMAL walaupun lemak-lemak degil masih banyak dalam tubuh. LOLS. Yang penting boleh makan semua benda dengan kuantiti sederhana tanpa perlu pantang-pantang. Tubuh badan kita ni dipinjamkan Allah SWT buat sementara. Amanah yang perlu dijaga dengan baik. Maka jagalah ia sebaiknya. Kita ikhtiarkan dulu. Jika terkena penyakit juga redha dengan ujian Allah. Allah uji tanda sayang. Insya-Allah :D

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31)


Kawan-kawan semua, selamat berjihad melawan hawa nafsu makan!