Beli-belah di Jepun sampai rebah terduduk. Aduhai masa pergi ni currency Jepun tengah mahal. Habis licin licau duit bershopping di Jepun. Kalau currency sangat murah macam sekarang ni boleh jadi duit habis beribu-ribu lemon. Walaupun harga barang di Jepun agak mahal tapi alang-alang sudah ke sana belilah serba sedikit bawa balik sebagai kenangan. Apa bende tah yang kiteorang beli. Jom kita tengok balik. Azie kongsi barang-barang yang dibeli di Jepun di sini untuk rujukan diri sendiri sebelum terlupa. Mungkin boleh jadi idea untuk korang juga yang tengah tercari-cari barang menarik untuk dibeli di Jepun dan dibawa balik ke Malaysia sebagai kenangan.
Bila meningkat usia, makeup dah tolak jauh-jauh. Mula ambil berat penjagaan kulit muka kerana kedutan telah muncul di sekitar mata. Jadi kita beli skincare made in Japan. Tidak lain dan tidak bukan the popular SK11. Top-up mana yang tiada dalam koleksi. Sebelum pergi Jepun kita dah pergi kaunter SK-11 dan buat skin analysis. Jadi SK-11 consultant cadangkan azie pakai Genoptics & R.N.A. Power (aging). Kat Malaysia mahal sangat nak beli ala carte macam ni. Nak beli set dapat size kecik je. Essence je dapat size besar. Betul2 dalam dilema. Bila gi Jepun terus beli kat sana :D
If dah habis set SK-11 ni siap-siap dah beli set Kose pulak. Buat stok. Kose diasaskan pada tahun 1946. Ini bermakna lama dah Kose berada di pasaran. For sure company ni sudah lakukan banyak R&D untuk set penjagaan kulit wajah. Harga Kose murah di Jepun! Of course excited nak cuba Kose. Beli toner, moisturizer dan serum. Nampaknya dua ke tiga tahun memang tak beli set skin care. Kene habiskan dulu yang ni :p
Tenugui. Yang tengah tu memang beli dari shop yang jual Tenugui. Masya-Allah cantik-cantik. Lagi dua yang kiri kanan beli di Daiso je. Material lain sikit. Tuala nipis kapas berbentuk segi empat tepat, kira-kira 90cm panjang. Yang menariknya sebab kain di dicetak dengan pelbagai motif dan corak yang rambang mata dan paling penting made in Japan! Di Jepun Tenugui diikat kat kepala atau untuk bungkus hadiah. So kita di Malaysia boleh guna untuk kain lap pinggan / lap tangan kat dapur. Haha. Takpun jadikan alas meja. Nanti iols fikir nak buat apa dengan kain ni k.
Jepun memang terkenal dengan pelbagai jenis pisau yang tajam dan berkualiti. Dah jadi akak-akak yang setiap hari masak-masak di dapur, maka haruslah bawa pulang pisau dari Jepun. Sebab ia made in Japan! Banyak sangat pilihan dengan pelbagai harga. Antara yang popular ceramic knives (pisau ceramik) yang sangat tajam. Ramai tourist dari Barat luangkan masa belek-belek pisau ceramic ni. Kiteorang tak beli ceramics sebab bimbang pecah. Nanti sumbing pulak. Nak beli satu set macam banyak pulak. Tak cukup duit pun. Haha. So kita beli Chef's Knife (pisau serba guna) & Utility knife sebab dua jenis ni paling banyak fungsi di dapur. Gunting pun nak beli kat Japan💆
Kai Nail Clipper. Kat Jepun dipanggil Tsume Kiri. Kami beli jenama Kai supaya kuku dibelai dan dipelihara dengan sempurna. Gittu. Yang ni boleh cari di Tokyu Hands. Harga lebih kurang 1,100 yen. Pengetip kuku ni serious tajam giler!
Pinggan viral made in Japan. Elok je balik dari Jepun, pinggan mangkuk corak begini jadi viral. Tak boleh beli banyak sebab tak muat space. Bab berat tu takpe lagi, bab space tu tak boleh nak tolerate dah. Kalau boleh taknaklah beg weols beranak-pinak. Point penting nak bagi tahu...di Jepun banyak pilihan dan berpinar-pinar mata melihat pinggan mangkuk macam ni. Nak pilih 5 ketul ni pun berjam-jam sebab rasa macam nak beli semua. Huhu.
Entah macam mana TERbeli STARBUCKS Tumbler TOKYO Original Limited Edition 2017 - JAPAN New Geography Series. Malah TERbeli juga yang KYOTO masa stay di Kyoto. Kyoto flask suami guna kat office. Rupanya berguna sebab selama di Jepun dalam flask ni lah kami bancuh nescafe, milo, kopi dll. Berjaya menghangatkan badan yang kesejukkan. Mug Gryffindor mede in Japan beli di Universal Studios Japan. Detective Conan beli di Tokyo Disneysea.
Suami suka beli vase. Di Jepun banyak jenis vase yang melambangkan identiti negara Jepun. Suami pilih Hanakessho. Flowering crystals. Yang kanan vase dari tanah liat & bercorak bunga sakura. Dua-dua handmade in Japan. Harga tak ingat berapa tapi affordable. Sesuai untuk bawa balik sebagai cenderamata.
Bag pulak.
Mula-mula nak beli yang ni
Suami cadangkan backpack ni💆
Finally saya pilih 3 ketul ni. 2 ketul Coach ni dah nak sama harga dengan seketul di atas. Baik pilih yang nih💅
Anello dalam AEON harga beratus-ratus ringgit tapi Anello dari Japan beli tak sampai seratus ringgit pun!
Suami beli juga backpack cuma tiada dalam gambar :p
Suami beli juga backpack cuma tiada dalam gambar :p
GShock satu untuk suami (tiada dalam gambar) dan Baby-G untuk isteri. Yang lain melunaskan pesanan orang yang beria-ria kirim siap bagi duit dalam yen. Baiklah saya tolong belikan.
Kasut for hubby and i
Beberapa helai baju suami
20 paket biskut kapal (souvenirs)
fridge magnet yang mahal gilss
& tak ingat sudahhhhhhhh. Apa lagi ek?
Still need more ideas?
Nah
Beberapa helai baju suami
20 paket biskut kapal (souvenirs)
fridge magnet yang mahal gilss
& tak ingat sudahhhhhhhh. Apa lagi ek?
Still need more ideas?
Nah
Sukajan atau Yakuza jacket atau Yakuza sweater. Made in Japan. Material silk or satin. Memang cantik dan rare :D
Payung ajaib. Bila terkena air atau hujan akan keluar motif bunga sakura :D
Pernah dengar orang kata Louis Vuitton sale dan murah di Japan? Yang macam ni memang murah :D
JBL ke Sony? Setelah test berkali-kali di Akihabara, JBL pilihan hati :D
Oklah that's all for now. Bercerita pasal shopping memang tak akan habis.
Assalamualaikumm..
BalasPadamTumpang tanya..berapa hrga G-shock dan fridge magnet kat sana?bcadang nak kirim kat kwn..nak sedia bgi duit
Salam. Boleh share tak beli skincare tu kat mana? Boleh dapat tax rebate?
BalasPadamG shock putih tu kalau kat jepun berapa?
BalasPadamHi dear..nak beli skincare kat jepun dimana ye kalo diosaka .
BalasPadamHi dear. Try jalan-jalan di Shinsaibashi-suji street.
PadamLv tu kat mana and range harga berapa?
BalasPadamLV tu boleh jumpa banyak tempat di sekitar Tokyo & Osaka. Gambar di atas tu dalam Don Quijote store, Japan.
Padam