Orang kata Kobe Harborland cantik pada waktu malam kerana dilimpahi cahaya lampu. Lepas gempa bumi Hanshin tahun 1995, kerajaan Itali mendermakan 200, 000 lampu dicat dengan tangan kepada bandar Kobe kerana penduduk Kobe hidup dalam kegelapan selepas gempa bumi tanpa bekalan elektrik, bahan api atau air. Tak dapat nak bayangkan situasi tu. Memasang lampu menjadi simbol harapan, pemulihan dan pembaikan. Sebab tu ada Festival Lampu Luminarie Kobe yang disambut pada setiap December menarik jutaan pelancong datang ke Kobe.
Tak boleh nak tunggu sampai malam sebab malam nanti nak packing untuk balik Malaysia. Takpelah. Siang pun dah memadai. Puas hati dah berjalan sampai Kobe Port. Kobe Tower tinggi 108 meter. Dari puncak tower boleh lihat pemandangan 360 darjah Kobe sebab lantainya berpusing. Boleh nampak Kobe Port, Osaka Bay, Kobe City dll. Harga tiket lebih kurang 700 yen seorang. Tapi kami tak naik pun. Sebab dah naik Shin Kobe Ropeway tadi.
Kami menapak mencari Kobe Port ni. Kobe pun ada sakura :D Menyelusuri jalan-jalan kecil yang berbukit di sekitar Kobe. Dari pagi tadi jalan-jalan Himeji. Kemudian ke Masjid Kobe. Seterusnya ke Shin Kobe Ropeway dan ni menapak lagi mencari Kobe Haborland. Huiii memang rasa nak pecah tapak kaki.
Rupa paras penutup longkang di Kobe
Sannomiya Centre Street
Kobe Tower simbol Kobe Harborland
Mosaic tempat beli belah dan hiburan yang terletak berhadapan dengan Kobe Port
Kobe Tower dan Muzium Maritim Kobe di waktu siang
Kami lepak sat di sini, minum kopi, makan jajan sambil tengok orang tempatan bawa anjing mereka bersiar-siar menghirup udara di dermaga. Best-best anjing duduk dalam stroller. Gitu. Pastu kiteorang kena kacau dengan merpati. Jinak betul! Lapar la tu nak makan jajan kiteorang. Siang-siang buta ni tak ramai sangat orang. Cuaca nampak panas, tapi suhu sejuk sebab tepi laut. Mujurlah dah sapu vaseline kat bibir.
Selesai menikmati pemandangan petang di Kobe Harborland. Dekat-dekat nak senja kiteorang pun menapak pulang. Masa ni tak tahu nak describe perasaan macam mana. Kejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je jejakkan kaki di Tokyo. Suami kata InsyaAllah ada rezeki kita repeat lagi Jepun. Azie pun bersyukur sebab suami dapat cuti lama. Dari awal tahun dah block cuti. Ikutkan kerja sampai bila pun tak habis. Bertambah lagi ada. Huhu. Tahun 2018 ke mana pulak?
Insya-Allah tahun 2018 senyap-senyap dalam Malaysia je :D sambil-sambil menabung pergi Europe!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan