Check-out Khoasan Guesthouse pagi ni. 2 malam di Kyoto tak cukup okeh! Banyak tempat cantik-cantik di Kyoto tak sempat nak explore. Entah bila dapat kembali ke Kyoto. Tak puas. Masa cepat sangat berlalu.
Rasa macam dah keluar awal tapi sebenarnya lambat. Nak kejar train pi Nara. Dalam 800m menapak dari guesthouse ke station keretapi. Bila luggage berat ya amat...800m terasa 8km jauhnya. Suatu tragedi ngeri berlaku. Tayar bag sebelah rosak. Maybe sebab lasak sangat heret atas jalan tar. Tak pasal-pasal melambatkan perjalanan. P. A. S. R. A. H.
Rasa macam dah keluar awal tapi sebenarnya lambat. Nak kejar train pi Nara. Dalam 800m menapak dari guesthouse ke station keretapi. Bila luggage berat ya amat...800m terasa 8km jauhnya. Suatu tragedi ngeri berlaku. Tayar bag sebelah rosak. Maybe sebab lasak sangat heret atas jalan tar. Tak pasal-pasal melambatkan perjalanan. P. A. S. R. A. H.
Kelam kabut beli tiket train dari Kyoto ke Nara. Jarak dari Kyoto ke Nara dalam 45km. Tak perasan rupanya ada mata yang memerhatikan kiteorang. Kami perasan bila dah settle. Ada seorang pakcik duk tengok kami :D Pakcik ni pandai cakap English. Dia tanya kami datang dari mana. Bila mention Malaysia dia just angguk-angguk. Dia cakap muka saya macam Japanese dan suami macam pinoy :p
Dia ajak kami jalan sama. Nak pergi melawat kubur wife dia (patutlah ada roses dalam paperbag). Pakcik yang peramah ni berusia 74 tahun dan ada 4 orang anak. Fizikalnya masih kuat. Sekarang ni sedang belajar di Universiti Kyoto dalam bidang Philosophy. Masya-Allah! Gigihnya. Dia kata Islam sebagai salah satu subjek. Alhamdulillah. Jujur je dia tanya sama ada kami ni sunni atau syiah. Dia suh teka agama Shinto ni ada berapa ramai tuhan. Alamak, berteka-teki pulak iols dalam train ni. Semua tekaan pun salah. Jawapannya 800,000,000 tuhan 😱
Jom tengok apa yang menarik di Nara!
Cute drain cover. Kawaii desu ne?
奈良へようこそ Nara e yōkoso!
Sampai di Kintetsu Station Nara, terus cari tempat simpan bag. Memang banyak giler ok. Tapi kiteorang cari size locker yang paling besar sebab nak muatkan luggage yang bersaiz besar. Locker untuk beg yang bersaiz besar agak terhad. Siapa cepat dia dapatla kan. Kami sampai agak awal jadi masih ada kekosongan. Coin lockers di Japan memang kebanyakkannya guna coin 100 yen. Atau pun boleh touch guna suica card. Kalau tiada coin..no worries...ada money changer. Tukar je di mesin money changer. Nanti keluar duit syiling 100 yen!
Kintetsu Nara Station. Nara City Tourist Information Center terletak di belah luar station berdekatan kolam ni. Kami singgah untuk ambil map dan tanya apa-apa yang patut. Nak pergi Nara Park boleh je naik bas. Tapi kami prefer menapak. Exercise lebih sikit. Makin lama stay di Japan, makin chubby iols :D
Kofukuji Temple - Landmark & Symbol of Nara
Lovely & Friendly Deer
Yay, sakura di Nara pun tengah kembang meriah. Warna pink di sana sini. Cantik sangat!
Deer cracker banyak jual di tepi jalan dengan harga 150yen. Anehnya, rusa-rusa ni tidaklah menyerbu si penjual cracker. Penjual cracker pulak rilek je tayang-tayang deer cracker depan rusa-rusa ni. Cukup ajaran. Terdidik dengan sempurna rusa di Nara nih :D
Rusa ni hanya menyerbu pembeli cracker sahaja. Tengok tuh! Berebut-rebut nak makan. Rusa di bawah ni... siap hidu-hidu dalam handbag.
Beratus-ratus ekor rusa berkeliaran di Nara Park ni. Bayangkan kita jalan-jalan bertembung dengan rusa, berselisih dengan rusa, berselfie dengan rusa di tengah jalan. Rusa ni rusa liar. Tetapi mereka dah biasa dengan manusia. Makanya jadilah rusa yang peramah dan jinak. Kalau ada yang curious, tanduk rusa telah dipotong demi keselamatan manusia sejagat. Serious, pengalaman ni menarik sangat.
Berpusu-pusu orang menghala ke Todaiji Temple. Kiteorang tak sampai sana pun. Cukup setakat Nandaimon Gate sahaja. Nandaimon Gate ni binaan diperbuat daripada kayu. Tidak menggunakan sebarang paku.
Alololo..ambil gambar kelas berlatar belakangkan flora dan fauna gitu
Suami tidak melepaskan peluang selfie denga Pattah
Pattah yang sangat sporting!
Tak mampu nak belama-lamaan dengan rusa. Busuk meh! Maybe sebab hujan dan kawasan Nara Park jadi berair. Jadi aromanya sangatlah tidak menyenangkan. Area Nandaimon gate tu memang bersepah-sepah taik rusa. Sama ada yang keras atau pun fresh from oven. Bila melangkah sila berhati-hati okeh. I lebih prefer kolam-kolam begini berbanding rusa-rusa jinak tadi. Huhu.
Higashimuki Shopping Street
Tak sempat ronda cuci mata dan laburkan duit di sini. Kami nak cepat-cepat ke Osaka dan tak sabar nak explore Osaka pulak! Apa yang menarik di Osaka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan