Pages

Selasa, 26 Disember 2017

#30 Kyoto Day 2 : Keunikan The Kimono Forest of Arashiyama



Assalamualaikum. Hari ke-2 di Kyoto hujan turun renyai-renyai. Lepas mandi, solat dan breakfast rasa bertenaga nak mulakan explorasi seterusnya. Destinasi seterusnya Arashiyama. Keluar dari guesthouse jam 6.30am. Perh semangat giler! 6.52 am dah tunggu train. Sebab awal sangat kami kena ambil route yang berbeza. Jadi dapatlah kami merasa naik tram lama di Japan.


Secara tidak sengaja terjumpa pulak The Kimono Forest Arashiyama :D The Kimono Forest terletak di Randen Arashiyama Station. Apa yang menarik di Kimono Forest? Di sini ada koleksi tiang setinggi 2 meter berbentuk silinder yang di dalam nya ada kimono pelbagai design yang cantik dan menarik. Katanya di sini ada 600 tiang Kimono dengan 32 corak yang berbeza. Idea ni agak brilliant dan sangat unik. Letak Kimono di stesen tram lama untuk menyuntik suasana baru dan nak attract lebih ramai pelancong datang ke sini.



Mestilah tak lepaskan peluang bergambar di Kimono Forest Of Arashiyama



Jika anda berjalan terus ke hadapan di lorong kimono ni akan jumpa kolam kecil yang dipanggil Ryu-no-Atago. Ryu no Atago is the energy spot of Arashiyama Station



Lorong ni nampak sangat dramatik. Marilah kita kembali ke jalan yang benar. Tak boleh nak berlama-lamaan di sini. Malam pasti lebih cantik sebab ada lampu LED dipasang di setiap pillar. Pasti rupanya lebih dramatik dan sangat romantik. Gitu.


The Kimono Forest berdekatan dengan Tenryu-ji Temple - UNESCO World Heritage Site. Kami tak masuk pun. Nampak dari jauh je hutan warna pink! Tenryu-ji Temple dibina pada tahun 1339. Dah berusia 678 tahun. 

"Tenryuji (天龍寺, Tenryūji) is the most important temple in Kyoto's Arashiyama district. It was ranked first among the city's five great Zentemples, and is now registered as a world heritage site"

Nak masuk kene bayar 500Y. Nak masuk dalam temple extra lagi 300Y. 



Tuan kedai pun tak bangun lagi



Seronok dapat jalan pagi-pagi di Kyoto yang sunyi. Aman damai betul di sini. Kereta pun jarang-jarang lalu. Ok kita dah sampai destinasi seterusnya. Mesti dah boleh teka kan kita nak ke mana lepas ni. Hmm..nampak sunyi je lorong ni. Yes! orang lain tak sampai lagi. Marilah kita snap gambar laju2 sebelum orang berduyun-duyun datang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan