Pages

Rabu, 20 Disember 2017

#26 Kyoto Day 1 : Fushimi Inari Shrine | Torri Gates



Remarkable sight of some 10,000 small tori (shrine gates)


Selamat pagi Kyoto. Mari kita sambung jelajah negara matahari terbit. Hujan renyai-renyai di Kyoto menyambut ketibaan kami :D Lebih kurang jam 5 pagi kami sampai di Kyoto Station. Kyoto Station serious besar yakmat! Turun bas macam rusa masuk kampung. Mana pulak nak redah?  So ikut je lah gadis-gadis yang tarik luggage tu. Confirm mereka traveler macam kami. 


Masuk dalam Kyoto Station benda pertama yang kiteorang cari adalah tandas untuk cuci muka dan berus gigi. Yang ni kena bergilir dengan suami. Sorang masuk sorang lagi jaga beg. Mandi? Pssstt..jangan bagitahu orang. Tak mandi okeh. Stress betul tak dapat mandi sebab dah ada yang sedang tunggu turn nak cuci muka gosok gigi pagi-pagi ni. Huhu. Sis cuma mampu tukar tudung je, tepek bedak, calit lipstik & spray perfume supaya wangi dan nampak seolah-olah mandi bila bergambar :p 


Next thing yang kami berdua buat ialah cari locker untuk simpan beg. Locker memang banyak di sekitar Kyoto Station. Sangat penting untuk ingat tempat simpan beg. Ambil gambar siap2 lokasi simpan beg. Landmark semua. Jika tak ingat memang haru biru sangat weh nak carik. Sebab semua lokasi locker nampak serupa. 


Selesai simpan beg dalam locker marilah kita explore Kyoto. Kyoto sebuah bandar imperial yang terselamat daripada jatuhan bom atom. Masa perang dua ke-2, Kyoto termasuk dalam senarai untuk dijatuhkan bom atom. Tetapi last minute tak jadi. Mereka hanya jatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sahaja. Maka terselamatlah bandar klasik yang penuh dengan khazanah alam semulajadi dan cantik ini daripada musnah. Kami tak sempat explore Hiroshima dan Nagasaki sebab masa terhad. 


Ok sambung. Suasana Kyoto dengan Tokyo sangatlah berbeza. Feelingnya juga berbeza. Jika Tokyo bandar yang crowded, sibuk tetapi Kyoto bandar yang aman damai dan sangat menyenangkan. Awal-awal pagi ni nak pergi Fushimi Inari Shrine atau Torii Gates sebab ia berdekatan dengan Kyoto Station. Orang kata better pergi pagi sebelum ramai orang. Masuk percuma. 


行きましょう (ikimashou)! = Let's go!

Sedikit pengenalan Fushimi Inari dari wikipidea.

"Fushimi Inari Taisha (伏見稲荷大社) is the head shrine of the god Inari, located in Fushimi Ward in Kyoto, Japan. The shrine sits at the base of a mountain also named Inari which is 233 metres (764 ft) above sea level, and includes trails up the mountain to many smaller shrines which span 4 kilometres (2.5 mi) and take approximately 2 hours to walk up. Inari is the god of rice, but merchants and manufacturers have traditionally worshiped Inari as the patron of business. Each of the torii at Fushimi Inari Taisha has been donated by a Japanese business."


Cara pergi ke Torii Gates Fushimi Inari Shrine dari Kyoto Station;

Kyoto Station -> Inari Station (Nara Line)
Touch Suica card: 140Y

Atau pun boleh naik bus seperti di bawah


Poyo tak nak naik bas sebab risau lambat. Tapi tak jimat. Baik beli Kyoto Day Pass 1,000Y pastu pusingla Kyoto sampai lebam



Jalan kaki dari Nara Line ke Torii Gates. Alhamdulillah on the way jumpa Lawson. Beli onigiri, milk tea dan lain-lain untuk breakfast. Pagi-pagi sunyi. Harap-harap orang pun tak ramai lagi.



Gambar keseluruhan struktur binaan Fushimi Inari Shrine. Perjalanan naik sampai ke puncak dan turun semula lebih kurang 4km dengan masa 2 jam untuk complete course. Masa untuk stretching kaki! Fuh.





Orang-orang Jepun menganut agama Shinto. Shinto agama rasmi Jepun. Mereka ada berjuta-juta Tuhan. Shinto berasal dari zaman prasejarah sebagai agama dengan kaitan alam semula jadi dan tapak-tapak suci tertentu. Tapak-tapak ini mungkin asalnya dgunakan untuk memuja matahari, perbentukan batuan, pokok dan bahkan bunyi.




Shinto merupakan agama yang unik. Masa kami jalan-jalan cuci mata di salah satu shrine di Tokyo, boleh lihat semua jalan masuk ikut tepi-tepi pintu gerbang. Boleh kata kami & beberapa orang yang nampak sangat tourist jalan tengah-tengah masuk pintu gerbang. Rupanya tuhan atau dewa-dewi sedang lalu menggunakan jalan tengah. Huhu. 



Sempat I berposing sebelum dihalau oleh pak guard. Shuuushhh! Mujur tak kena saman. LOL.





Lepas ni kita ke mana?


4 ulasan:

  1. Salam...
    saya pon prefer Kansai Area compared to Tokyo... Tokyo sangat bz dan terlalu ramai umat... Sini lebih laid back...;)

    BalasPadam
  2. Sejuk je tengok gamba2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru lepas hujan dan awal pagi lagi ni. Jam 7.30 am lebih kurang :D

      Padam