Pages

Khamis, 30 November 2017

#24 Japan Cherry Blossom Day 8 : Keseronokan di Tokyo DisneySea Japan




Hi everyone! Kita sambung lagi travelog di Japan. So far dah khatam semua kah? Ada ke tidak yang baca ni atau sekadar scroll gambar untuk cucian mata ๐Ÿ˜… Macam ni punya panjang boleh buat buku kata seorang teman. Buku tak boleh google. Journal online boleh google. Senang nak baca di masa hadapan. Kan!

Okeh. Mari kita sambung episod pengalaman di DisneySea. Sambungan SINI. Mercu tanda paling popular di Disneyland dah tentu Cinderella castle warna biru yang megah berdiri. Mercu tanda DisneySea pula adalah gunung berapi atau volcano paling aktif di dunia. Setiap hari selama 365 hari meletus.

Paling dekat dengan pintu gate masuk adalah AMERICAN WATERFRONT dan tarikan utama di sini adalah TOWER OF TERROR. So kami try naik TOWER OF TERROR!




Wajah yang tiada perasaan lepas turun Tower of Terror. Photo di atas bukti dah naik ya. TIPS: Jangan duduk tengah nanti gambar tak nampak! Sebelah kiteorang tu budak sekolah tinggi. Siap bertali leher bagai. Heran betul. Sebelum pergi sekolah sempat masuk DisneySea naik Tower of Terror. Jeleslah macam ni.


Selama ini hanya tengok kalian berkongsi gambar di instagram mahupun facebook berlatarbelakangkan Tower of Terror DisneySea. Senyap-senyap simpan azam dalam hati. Kemain kan. Akhirnya ia tercapai!


Ni antara benda yang WAJIB cuba kalau pergi DisneySea. Terkejut weh naik benda alah ni. Nasib baiklah tiada lemah jantung. Part lift jatuh acah-acah terhempas tu memang menjerit sekuat hati. Bukan sebab seram ke apa. Sebab terkejut punya pasal. Gile kentang betul!



Lepas tu kiteorang ambil Fast Pass Toy Story Mania. Sekali tengok jam 4.55 pm daaa. Ades. Lama betul nak tunggu. Nak print Fast Pass yang lain dah tak boleh selagi tak lepas jam 4.55pm tu. Sementara tunggu 4.55pm kiteorang just ronda dan ambik gambar area Disneysea.


Sempat juga tengok show bertajuk 'Out of Shadowland'. Pengalaman di Disneyland Hong Kong, bila ada show semua orang keluar phone record video walaupun diorang mention no record. Tapi di DisneySea Japan, sangat aneh kerana dalam lautan manusia depan stage tu, tiada seorang pun yang record video setelah mendengar arahan emcee. Sungguh aneh sekali. Kenapa semua orang begitu behave?


Pastu beratur buang masa hampir 2 jam lebih untuk naik INDIANA JONES ADVENTURE : Temple of the Crystal Skull. Sis redha.



Sila cuba okeh!



Sambil menyelam minum air. Jadi tourist sambil tu jadi part time photographer. Japan ni lah negara paling banyak jadi part time photographer. Boleh kata setiap tempat kena tolong ambilkan gambar๐Ÿ˜‚ Gambar diorang helok je hasilnya. Bila time gambar kiteorang, tah apa-apa je hasilnya. Siapa selalu kena macam ni?




Teringat pulak Macau. Ala-ala macam ni juga view nya. Cuma di Macau tu dalam bangunan. View ini di luar bangunan berbumbungkan langit biru yang semulajadi.



Tokyo DisneySea banyak sangat benda comel. Muda mudi tempatan yang datang pasti sedondon dengan rakan-rakan. Pelik tapi comel gaya mereka ni. Tak jemu mata memandang. Merchandise yang diorang beli or pakai tu memang comel gile. Ada jual dalam DisneySea. Geram je nak beli. Tapi bukan murah. Harga mahal boleh tahan. Kita nak beli pun fikir 20 kali. 


Smile you are on candid camera! Hehe.

Penat berjalan di DisneySea mana pulak nak cari makan?


Banyak tempat makan di DisneySea tapi tiada satu pun yang certified halal. Frustrated. Kami jalan-jalan cari makan dalam DisneySea ni sambil tunjuk Muslim Support Card & Muslim Dietary Card. Boleh check SINI. Malangnya mereka geleng kepala. Maknanya tak halal. Sedih giler weh. Perut lapar mencerut. Penat gila baboon pulak tu. Takda energy nak berjalan. Mujurlah kiteorang seludup juga makanan dalam backpack buat alas perut.  Seharian di DisneySea of course lah habis bekalan. Ades la. Nak nangis rasa.


Tak putus asa kiteorang pergi New York Deli. Tak lupa tunjuk Muslim Support Card. Staff kaunter yang baik hati minta kami tunggu sat dia nak roger manager kat dalam. Tak lama kemudian, keluarlah abam manager kawai siap bersuit tali leher bagai bawa iPad di tangan dan tanya kiteorang. Lepas dia check senarai bahan-bahan menu via iPad, jawabnya menu yang ada semua tak halal. Tapi dia boleh sediakan halal version punya. Fries kosong; deep fried dalam vegetable oil dan bagel inti sayur. Air teh panas. Alhamdulillah. Masya-Allah. Syukur sangat Allah SWT permudahkan. At least adalah energy nak teruskan perjalanan ke Kyoto pulak malam ni. 


Time kami makan ni lepak depan cermin cafe. Orang yang lalu lang especially pak dan mak Arab yang berhijab duk tengok-tengok. Mesti tertanya-tanya halal ke? Halal ke? Dalam cafe tu memang takda orang yang berhijab langsung. 



Makanan halal di Disneysea


Lepas makan kami nak solat pulak. Memang tiada prayer room di DisneySea.  Kami nampak ada Muslim solat di park.  Tapi takpelah nak try dulu guna kaedah yang sama seperti di Disneyland Hong Kong. Kami pergi di Guest Relations kaunter dan request nak solat. Alhamdulillah mereka sediakan VIP room sebagai prayer room. Wudhu kena ambik siap-siap di bilik air.  Alhamdulillah kami berdua dapat solat dengan privacy dalam VIP room. Lupa nak ambil gambar. Tapi Azie ada buat instastory di Instagram ketika itu. Lega sangat dapat sempurnakan kewajipan kepada Allah SWT :D


DisneySea serious besar yang amats. Ada sekali tu kiteorang macam sesat. Tiba-tiba tukang sapu sampah DisneySea (Japanese) belakang kiteorg tegur dan bantu. Bukak map dan explain๐Ÿ˜ฑ 


Kalau datang dengan anak-anak elok ambil tiket 2 hari dan menginap di hotel berdekatan Disneysea/Disneyland.  Atau kalau budget lebih boleh menginap di hotel di bawah. Tokyo Disneyland Hotel. Hotel ini mengadap Tokyo Disneyland Station.  Harga untuk satu malam seribu lebih.  Tak dapat menginap masuk dalam jap ambil feel sementara nak tunggu night bas ke Kyoto sampai. 







Cantik sangat kan. Bilik dalam hotel ni ada yang ikut tema Disneyland :D


Jika kalian berpeluang ke Tokyo bolehla buat lencongan ke Chiba dan masuk ke DisneySea theme park paling padat dengan manusia! Once in a lifetime experience :)


Khamis, 23 November 2017

Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat





Rumahku syurgaku. Hari ni saja nak kongsi idea dekorasi rumah teres 2 tingkat yang telah kami diami selama lebih 6 tahun. Konsep rumah kami simple dan minimalis sahaja. Gitu. Perasaan mula-mula nak masuk rumah baru memang teruja habis tak terkata. Gigih pergi Homedec, Home & Living, Home Harmony dan semua Home lah kami pergi. Tu belum masuk lagi jalan-jalan tengok rumah contoh. Meleleh air liur tengok rumah contoh yang disiapkan oleh interior designer. Tiba-tiba rasa menyesal tak ambik course interior design zaman uni dulu๐Ÿ™† 




Kamar tidur yang bertemakan warna putih. Dressing table juga putih, wardrobe juga putih :) Saya memang suka warna putih supaya bilik nampak lebih lapang dan luas. Cadar juga kalau boleh mesti warna putih atau cream supaya mata senang dan lapang memandang. Tempat istirehat untuk menunaikan hak jasad setelah suami penat bekerja seharian mestilah selesa, bersih dan wangi :)



Ruang makan yang simple. Saya letak cermin supaya ruang makan yang bersebelahan dengan ruang tamu rumah nampak lebih luas. Kotak duckscarves diatur teliti jadi penyeri ruang makan. Boleh nampak melalui cermin. Kerusi makan warna purple untuk suntikkan elemen moden di sini. 



Bersebelahan ruang makan adalah ruang tamu. Ruang tamu pun simple. Meja tv dihiasi dengan pasu-pasu yang dibeli dari pelbagai negara ketika travel. Saya & suami memang suka collect pasu-pasu bersaiz mini & unik buatan tangan sebagai kenangan. Boleh tengok identiti sebuah negara pada pasu yang diukir.



Ini pula dapur tempat mengisi perut lapar. Masih mengekalkan warna putih secara keseluruhan supaya nampak lapang dan luas, Kontraktor dapur ni ialah Signature Kitchen. Kitchen consultant dulu Mrs Ai Bee. Dia benar-benar kitchen expert. Arrangement, location semua diatur dengan baik tanpa sebarang masalah. Sangat puas hati dan berbaloi buat dengan mereka. Sehingga hari ini semua bahagian berfungsi dengan baik dan sempurna. Saya memang request nak kitchen kabinet sampai siling supaya tiada habuk berhabitat atas kabinet. Lagipun bila banyak tempat simpanan macam ni, semua barang boleh sorok dalam kabinet. Mixer, blender, food processor, juicer, periuk belanga semua ku masuk dalam kabinet. Untuk elakkan habuk bersarang jugak. Suamiku resdung. Orang resdung allergic dengan habuk. Saya pulak bukan rajin nak lap tiap2 minggu :D


Saja pepagi ni nak berkongsi dekorasi dengan korang. Sebab kebetulan gambar ada dalam laptop. Moga jadi inspirasi dan semangat buat anda juga untuk menghias rumah seadanya.

Muda-mudi zaman sekarang suka scandinavian design. Me dah terlambat nak tukar konsep sebab semua barang pun dah beli. Haha. Mampu tengok jela orang share dekorasi scandinavian yang cecantik tuh. 

Next project kami nak renovate bilik air, bahagian belakang dapur & letak laminated floor. Insya-Allah. Itupun kalau tak pindah rumah :D *mari menabung*

So ada cadangan kontraktor yang elok?


Ahad, 12 November 2017

Harga & Spesifikasi Myvi Baru 2018



Tiada lagi rahsia mengenai harga dan spesifikasi My Baru 2018. Semua telah dibongkar. Adik bongsu pemandu MYVI generasi kedua. Jadi dia boleh tengok jelah MYVI generasi ketiga yang serba baru on the road nanti ๐Ÿ˜…




Myvi Baru 2018 boleh mula ditempah 9 November 2018. Harga Myvi baru 2018 ini bermula dari RM44,300 hingga RM55,300 tanpa insurans.


5 jenis varian ditawarkan. Harga Perodua Myvi Baru 2018 mengikut varian;


1.3G Standard (MT) berharga RM44,300


1.3G Standard (AT) berharga RM46,300


1.3X Premium (AT) berharga RM48,300 


1.5 High (AT) berharga RM51,800 


1.5 Advance (AT) berharga RM55,300 



Ciri Keselamatan Terkini

Setiap model Myvi baru 2018 dilengkapi ciri keselamatan terkini dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta.

Kesemua model Myvi baru ini disempurkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Empat beg udara untuk Perodua Myvi 1.3G Standard (MT/AT) & 1.3X Premium (MT)


Enam beg udara untuk Perodua Myvi 1.5 High (AT) & 1.5 Advance (AT)



Reka bentuk terkini Myvi Baru 2018


Ciri standrad Perodua Myvi Serba Baru; Lampu hadapan LED, akses pintar dengan butang mula/henti enjin dan enjin empat silinder DOHC Dual VVT-i.


Bentuk kereta Myvi yang lebih panjang, rendah dan lebar dari generasi sebelumnya


Roda aloi 14 inci untuk varian 1.3L dan 15 inci (two-tone) untuk varian 1.5L


Kesemua varian dilengkapi lampu utama LED dengan fungsi follow me home dan larasan ketinggian, Smart Entry dan Push Start Button, kerusi belakang dengan lipatan 60:40




Disempurnakan dengan enam (6) pilihan warna;

Hitam granite
Hijau peppermint
Merah lava
Ungu mystical
Perak glittering 
Putih ivory. 




Rupa Myvi gear up atau full spec. Premium package tambah lagi RM1,250 untuk aksesori. Yang ni memang cun. Cuma warna putih tak cun. I lagi suka Hitam Granite. 




Tayar spare Myvi baru



Dashboard Myvi baru - push button engine


Seat belakang yang agak lapang dan luas


Harga sangat reasonable. Yang advance punya varian pun siap ada built in Smart Tag. Haih tertawanlah macam ni. Anda macam mana? Tergoda tak?

Mesti ramai yang beli lepas ni pastu mekap keta cantik2. Nampak banyak jugak aksesori Myvi orang jual online.


Jumaat, 10 November 2017

6 Tempat Menarik Bercuti Bersama Anak-Anak dan Keluarga Di Bangkok, Thailand



Hi everyone. Nampaknya ramai mencari tempat-tempat menarik di Thailand. Kali ini nak bagi 6 cadangan tempat menarik bercuti bersama anak-anak dan keluarga di Bangkok, Thailand.


Kidzania Bangkok

Rupanya bukan di Malaysia sahaja ada Kidzania. Di Bangkok juga ada. Kidzania Bangkok terletak di Siam Paragon. Bolehla anak-anak merasa pengalaman bekerja seperti orang dewasa. Mereka boleh jadi pakar bedah, ahli bomba, juruterbang, model, doktor, polis dan banyak lagi di bandar kecil ciptaan Kidzania :D Pasti kanak-kanak seronok dan teruja. Nanti boleh jawab soalan cikgu cita-cita nak jadi apa? Boleh beli tiket di SINI

Kredit: google



Safari World Bangkok

Kanak-kanak mesti suka binatang kan. Penat dah asik beli binatang plastik di Toys "R" us. Apa lagi bawa lah anak-anak berjalan ke Safari World Bangkok! Confirm kanak-kanak suka to the max. Lokasi terletak jauh sedikit dari bandar Bangkok. Safari World binatang-binatang dilepaskan kepada alam. Dah masuk Safari World jangan lupa pergi Marine Park sebab ada 8 show yang sangat ohsem. Antaranya Sea Lion Show, Dolphin Show, Orang Utan Show, Bird Show dan banyak lagi. Selain itu ada Jungle Cruise River Ride yang membawa anda menyelusuri sungai dengan pemandangan hutan disempurnakan lagi dengan animasi dan pelbagai efek yang mengkagumkan. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com



SEA LIFE Bangkok Ocean World

Nak bawa kanak-kanak selami ke dasar laut dan kenali lebih banyak hidupan akuatik? Marilah pergi ke Sea Life Bangkok Ocean World. Dulu dikenali dengan Siam Ocean World. Dikatakan Aquarium terbesar di Asia Tenggara. Ada lebih 30 ribu jenis hidupan laut. Di sini senang-senang habis masa 2 ke 3 jam tanpa sedar. Terletak dalam Siam Paragon. Hidupan akuatik di sini benar-benar mengkagumkan. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com



Siam Park City

Siam Park City merupakan taman tema terbesar di Thailand. Tempat hiburan riadah bersama kanak-kanak dan seisi keluarga. Kalau nak ke sini bersama keluarga better ambil sekali tiket + transfer. BTS Skytrain tiada akses ke sini. Ada 5 attractions utama dalam Siam Park City iaitu;

Water Park
X-Zone
Family World
Fantasy World
Small World

Yang menariknya dalam Water Park ini ada wave pool terbesar di dunia. Mesti teruja nak main Super Spiral, Speed Slide, dan Mini Slide. Di sini juga ada pantai buatan untuk kanak-kanak mandi manda. Jika nak sejukkan badan di Bangkok..sinilah tempatnya. Jika nak adrenalin rush boleh naik Boomerang Roller Coaster! Fuh, boleh semput tengok track nya. Menarik kan. Jangan lupa masukkan Siam Park City dalam itinerary anda. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com


Dream World Bangkok

Dream World Bangkok merupakan tempat percutian terbaik bersama keluarga. Acah-acah Disneyland pun boleh. Disneyland paling dekat nak pergi sama ada Disneyland Hong Kong atau pun Disneyland Tokyo. Tapi jiran sebelah kita...Bangkok pun ada amusement park seperti Disneyland. Tiada akses BTS Skytrain di sini. Jadi better beli tiket beserta transfer lebih mudah. Susah juga kalau nak harapkan teksi per meter. Ada 4 zon utama;
Dream World Plaza
Dream Garden
Fantasy Land
Adventure Land
Dream World Plaza

Dalam Dream Garden ada love garden yang sangat romantik. Di Fantasy Land kanak-kanak akan jumpa Sleeping Beauty, The Giant House dll. Adventure Land merupakan zon terbesar dalam Dream World. Snow world juga ada di sini tetapi ada caj tambahan. Boleh beli tiket di SINI

Kredit: google



Art In Paradise Bangkok

Art In Paradise Bangkok atau lebih mesra diketahui sebagai 3D Art Gallery. Muzum 3D ini berada di aras 4 Esplanade Shopping Mall di Ratchada Bangkok. Boleh diakses dengan MRT. Waktu operasi setiap hari bermula jam 10 pagi. Di sini bolehla beraksi gila-gila atau berswafoto dengan keluarga. Boleh ekspresikan diri bila bergambar berlatarbelakangkan grafik atau imej 3d yang menarik yang hasilnya gambar anda akan kelihatan amat luar biasa! Hehe. Tiket sekarang berharga RM32. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com

Semoga bermanfaat
Hujung tahun dah tiba, selamat bercuti!



Isnin, 6 November 2017

Cafe Klasik Kedai Kopi Bungaa Di Puncak Alam



Siapa pernah sampai Puncak Alam? UITM Puncak Alam? Kawasan Puncak Alam sekarang sedang rancak membangun dengan pesat. Projek perumahan macam lalang tumbuh lepas hujan. Bersepah dengan lori keluar masuk mengangkut tanah dan sebagainya. Betul-betul projek mega! Kesian warga puncak alam cuci kereta pastu berbedak tebal. 


Ini bukan episod perumahan di puncak alam tapi episod tentang sebuah cafe hipsturrr klasik yang  menjadi pilihan warga puncak alam. Terutama student. 


Cafe klasik ini bernama Kedai Kopi Bungaa. Lokasinya sederet dengan Domino's Pizza Puncak Alam. Apa yang menarik?


Baiklah. Mari kita lihat.




Tiba-tiba tersampai Kedai Kopi Bungaa, terparking, termasuk dalam, terduduk di bangku. Maka teroderlah nasi lemak ayam goreng, char kuew teow dan tauhu bergedil seperti di atas. Tersenyum.



Tengoklah pinggan nya cukup klasik. Teringkat set pinggan mangkuk arwah nenek. Sebijik sama seperti pinggan di atas. Kecik-kecik dulu memang ingat sangat balik kampung makan lauk cicah budu dalam pinggan ni. Sobs. Semua kenangan itu tidak dapat diulang kembali. Hanya meninggal kan memori yang paling manis di lubuk hati. Sobs.


Kita review sikit makanan teroder di atas. Nasi lemak ayam goreng sedap sambalnya tapi nasinya sejuklah tak warm. Dah pukul 2 kot. Tauhu bergedil tu goreng panas-panas ok sesedap rasa sebab sosnya sesedap rasa. Sikit sangat sosnya tak cukup. Pastu malu nak mintak tambah. Hehe. Char kuew teow tu sedap menjilat pinggan. Bias! Sebab saya suka char kuew teow lagi-lagi yang banyak kuah dan banyak telur hancur2 macam tu. Nyumsssss! 





Menu dan harga makanan di Kedi Kopi Bungaa Puncak Alam. Ada juga lontong dan soto ayam johor. Nanti kami cuba ye. 





Semua makanan standard RM6. Kopi Ais Vietnam tu wajib cuba. Best seller! Saya suka kopi panas Vietnam. Perhhh kaw kaw rasa kopinya. Tak perlu pergi vietnam untuk minum kopi Vietnam :)




Feature wall yang menjadi signature utama Kedai Kopi Bungaa




Inilah kedai nya


Jika ke Puncak Alam jangan lupa singgah tau!



Khamis, 2 November 2017

Oh Volkswagen! Part 2




Sambungan  Oh Volkswagen!

Ok azie bukannya car savvy tau semua benda. Tahu sikit-sikit sahaja itu pun sebab suami selalu kongsi maklumat-maklumat penting ni. Jadi i'll try my best untuk share dengan anda semua tentang pengalaman menjadi pengguna VW okeh. 


Bulan 3 tahun depan 2018 genaplah 5 tahun umur Cik Ta kami nih. Manufacturer warranty 3 tahun dah habis. Extended warranty 2 tahun tak tak lama lagi habis.


Bulan 5 baru nih dah servis Cik Ta. Mujurlah Cik Ta ni nak maintain sekali je setahun. Sekali maintain RM1,200 (major servis). Ambik kau. Servis biasa Cik Ta dari RM600 ke Rm800. 


Sekali lagi Azie tekankan, pakai kereta Volkswagen better ikut schedule servis. Jangan nak acah-acah busy atau acah-acah terlupa. Tiada maaf bagimu. Gitu. SERVIS SEKALI SETAHUN atau 15,000km! (yang mana tiba dulu). Kalau tak memang masalah di kemudian hari dan lebih malang kalau void warranty. Pakai kereta Vokswagen tanpa warranty agak mengerikan. Bukan kereta vw je. Samalah kereta jenama lain pun seperti Ford, Mitsubishi, Mazda, Kia dll.


Hampir lima tahun ni, Alhamdulillah tiada apa major problem cuma aritu roof lining drop atau runtuh ke bawah. Maybe sebab cuaca panas ke apa tak tahulah. Alhamdulillah masih dalam warranty. Cuma perlu tinggal kereta beberapa hari di Volkswagen Service Centre. Jadi tukar roof lining Cik Ta FOC. Jika tiada warranty, harga mau cecah 2 ke 3 ribu (jika tukar di Volkswagen Service Centre). *boleh sesak nafas weh* 


Baru-baru ni tiba-tiba Cik Ta buat hal tak boleh start pulak. Kali ni tiada apa-apa warning dipaparkan di skrin dashboard. Teringat dulu, masa kes bateri habis at least ada warning error. Mujurlah kat porch rumah je kan. Kali ni di shopping mall. Aduh. Aduh. Bertabahlah.



Apa nak buat kalau vw anda jadi macam ni?


Langkah 1 : Call Volkswagen Assist Hotline Nanti dia akan ambil details kereta. Jika tiada masalah VW akan hantar mekanik dari bengkel berdekatan ke tempat kejadian.


Langkah 2 : Tunggu mekanik sampai. Nanti dia akan check dan advise apa yang patut kita buat. Sign form. Yang ni FOC. 

Macam kes Cik Ta ni sekali lagi bateri kereta dah nyawa-nyawa ikan. Hanya tinggal 13%. Dia cadangkan pi cepat-cepat tukar bateri di Volkswagen Service Centre. So, dia jumpstart je Cik Ta guna power bank khas untuk kereta (laaa kereta pun ada power bank ๐Ÿ’) 

Sambil-sambil tu sembang dengan uncle (mekanik) yang datang. Dia cakap bateri kereta sekarang tak tahan lama. Kalau pakai sampai 2 tahun tu bonus lah tu. Korang punya bateri kereta tahan lama mana? Please share.... Kata Uncle lagi, bateri Mercedes je yang tahan lama sampai lima tahun. Eh yeke? ๐Ÿ˜ Btw kalau u guys curious nak tahu bateri Cik Ta umurnya lebih kurang setahun 7 bulan. 


Langkah 3: Cari Volkswagen Service Centre yang berdekatan

Alhamdulillah Allah SWT permudahkan semua urusan walaupun hari Sabtu tapi ada Volkswagen Service Centre yang masih buka dan tutup jam 5 petang. Macam biasa kena tinggal sehari dua. Lepas VW check rupanya bateri ni ada warranty selama 2 tahun. So yeah lucky for us tukar battery free of charge! (kalau tak terbang melayang lagi 700 ratus). They said effective 2016 bateri warranty hanya setahun sahaja. Pftttt. Tahun depan sila menabung 700.


Dah alang-alang tinggal Cik Ta di service center terus request untuk buat EKG Test. EKG stand for Electro Kardiograms. Sebab ada judder sikit-sikit bila bawa slow. Terutama di trafik light masa lampu dah hijau. Tak kerap sangat. Pakai dual clutch DSG performance kereta memang best. Macam Cik Ta performance tip-top. Pickup terbaik sangat. Comfort driving. Sedap je nak tekan minyak tapi selalu mendebarkan hati sampai tak tidur malam. Ok over.  Sebab rosak gear box mahu tukar 5-6k woooo kalau takda warranty! *pengsan* Itu harga vw service centre. Kalau warranty dah habis bolehlah cari bengkel luar. For sure harga lebih affordable.


EKG test FREE untuk kereta VW yang registered 2013 dan ke bawah.  EKG test untuk test jika ada faulty pada dual clutch ni. Boleh buat tiap-tiap tahun tapi kena request. VW tak buat automatically masa service kereta anda. EKG ni link dengan sistem di germany katanya.  Perbezaan masa menyebabkan kena tinggal kereta di service centre.



Hasil test tiada faulty. Tak tahu nak rasa lega ke takut. Huhu. Mecha VW cakap tahun depan boleh request EKG test lagi. Gear box ada warranty selama 7 tahun dari tarikh registered; 5+2 (tak cover labour cost).  Jadi untuk gear box masih ada warranty lagi 2 tahun :D 



Rupanya baru perasan Volkswagen branch/service centre under banyak company rupanya. Ada HICOM Auto Sdn Bhd, F.A Wagen Sdn Bhd, Wearnes Automotive Sdn Bhd dll.  Macam mana tahu? tengok resit yang diterima. Pastu spec kereta pun lain. Ada yang cetak CBU. Ada yang cetak CKD.  Dah kenapa? Setiap kali service atau hantar di service centre berlainan beri pengalaman yang berlainan. Boleh kata depa punya sistem ni tak link agaknya. Ada yang mintak geran la. Ada yang mintak resit warranty la. Haih macam-macam. Better buat satu fail kereta buh semua resit dalam tu. Senang nak cari. 



And setakat ni berdasarkan pengalaman sendiri the best service centre untuk VW ialah under Wearnes Automative Sdn Bhd (Jalan Klang Lama or Sg Besi). Puas hati. Kereta siap mereka akan call. Bukan kita yang call tanya kereta dah siap ke belum. Sebab diorang ni kereta dah siap tak call! (annoying!)



Ok tu jelah nak bagitau. Terutama untuk muda mudi yang minat sangat dengan VW. Fikir banyak dulu sebelum beli. 


Nak tanya ada tak owner volkswagen yang simpan vw sampai 8-10 tahun? Please share pengalaman u guys bersama VW juga.  Thank you :D