Pages

Khamis, 26 Oktober 2017

#22 Japan Cherry Blossom Day 7 : Shopping Adidas & Misi Mencari Sushi Halal



Assalamualaikum. Masih lagi di hari yang sama kami pergi Gala Yuzawa. Balik dari Gala Yuzawa kami balik guesthouse dulu untuk berehat, solat, cuci muka dan apa-apa yang patut. Kemudian kami keluar semula untuk cuci mata, survey apa-apa yang patut. Siang hari dah seharian pergi tempat-tempat menarik dalam itinerary. Belah malam kami free kan diri dengan merayap sekitar Central of Tokyo. 

Malam semalam dah sambar jam babyG. Malam ni sambar apa pulak?

Ya betul!

A.D.I.D.A.S

Murah ke Adidas di Jepun? Bergantung pada currency. Waktu kami pergi ni currency agak tinggi. Swipe pulak kredit kad. Biasalah, currency bank lebih mahal dari duit cash yang kami tukar di money changer. Jadi harga kasut Adidas ni mahal sikit sahaja dari harga di Malaysia. Baru-baru ni duit yen turun dan jadi murah, jadi murahla kasut Adidas di sana. 



Memang ada plan nak cari kasut Adidas di Japan ni. Tapi tidak lah survey harga di Malaysia. Pakai beli je nih. Sis redha. Boleh pulak Ultra Boost takda size. Lama dah mencari Ultra Boost warna putih. Ada di sini tapi tiada size pulak. Staff Adidas ni kata kaki orang Jepun kecil-kecil comel je. Memang tiada rezeki untuk kaki size McDonald macam aku ni. 

Layanan mereka ini sangat bagus. Masuk butik terus disambut dengan senyuman, assist kita dengan baik. Sebelum cuba kasut mereka bagi socks dulu untuk pakai (hygiene). Kang dapat customer kaki busuk haru je. Pastu siap sarungkan macam Cinderella dah ku rasa. Terkejut badak awal-awal. Aiseh segan pulak. Bila dah banyak kali cuba tak bagi dah dia pakaikan. 




Akhirnya settled dengan Pure Boost Biru. Sebab Pure Boost sahaja yang ada size UK7 1/2.



Terus senyum dapat kasut baru. Kasut sedia ada yang sedang kupakai ini pun beli masa travel di Melbourne 3 tahun dulu. Beli tak sampai 10AUD. Sampai sekarang masih bertahan walau dah lenjan naik bukit broga, travel dan kadang-kadang jogging sana sini. Berbaloi-baloi sangat. 

Sling bag hitam yang comel tu dapat dari LAZADA MALAYSIA. Seluar heat tech yang kupakai tu dari Uniqlo. Serious super comfy pakai untuk travel. Love it very much! Thank you Uniqlo produce pants yang sangat ohsem to the max ni :D


Strawberry dan milk tea murah di DON QUIJOTE ni. Louis Vuitton pun! Haha.



Dinner malam ni kami nak try restoren sushi halal yang pertama di Japan iaitu Asakusa Sushiken. Sebab ada Tokyo Wide Pass jadi FREE naik JR line. Jadi kami pakai je sampai ke Asakusa ni. TIPS: Bila travel asingkan duit untuk penginapan, makanan, shopping dan kecemasan dalam envelope yang berbeza. Supaya dapat monitor duit keluar dan tidak terlebih guna. Biasa azie akan pegang half dan suami akan pegang half. If anything happen salah sorang masih ada duit cash. 




Di Jepun hidangan untuk lunch lain, dinner lain pulak. Begitu juga dari segi harga. Biasanya menu lunch lebih murah dan harga dinner lebih mahal. Macam azie mention sebelum ni, tak boleh order satu set kongsi dua orang. 2 orang makan mesti order 2 set. 

Tengok harga terbuntang sat biji mata. Keluar air mata darah weh. Ni kalau convert boleh makan buffet sampai kembung di hotel terkemuka di Malaysia. Adatlah bila travel budaya dan culture setiap negara berbeza. 

Teruja sangat nak makan sushi di Jepun. Kami tak tahu tempat sushi halal yang lain. Bila googled yang halal certified hanya keluar yang Asakusa Sushiken sahaja. So layan jerla. Mohon share di ruangan komen ye kalau anda tahu restoren atau tempat makan sushi halal, murah dan sedap di Jepun. Lain kali pergi boleh cuba. Terima kasih :D



Kami order;
SET A - 2,376yen
SET D - 2,376 yen








Pengalaman kami dinner di Asakusa Sushiken ini sangat menyenangkan. Buka pintu sahaja penuh Japanese sedang dinner di ruang bawah restoren. Tempat makan ala kaunter bar. Chef buat sushi fresh dan live depan mereka. 

Kami disambut mesra oleh staf restoren dan di bawa naik ke aras atas. Naik tingkat atas susunan meja lebih kepada Japanese style. Barulah nampak wanita berhijab orang Malaysia mungkin Indonesia atau Brunei sedang menikmati dinner dengan teman-teman. Mungkin traveler. Mungkin pelajar atau pekerja yang menetap di Japan. Kami di bawa ke sebuah sudut dan diberi meja yang agak privacy bersebelahan dengan Japanese yang baru balik kerja. Siap offer untuk ambilkan gambar. Bagussnya dan peramah! Japanese memang suka sembang dengan pelancong kan. Bila jumpa pelancong barulah mereka boleh asah skill English mereka :)

Lepas order tak tunggu lama hidangan sushi yang ditunggu pun sampai. First sushi yang masuk mulut....Ya Allah Ya Rabbi. Sedapnyaaaaa....patutlah mahal harganya. Bahan-bahannya sangat terasa kesegarannya. Tak terasa hanyir dan of course tak sama dengan rasa sushi yang azie pernah makan di Malaysia. Sekelip mata je habis. Tak cukup. Berebut dengan suami. Huhu. Nak order lain mahal pulak. Oh btw prayer room juga ada di sini. Apa-apa pun misi mencari sushi halal certified di Jepun telah tercapai. Alhamdulillah 😀

Alhamdulillah selama kami di sini tiada masalah cirit-birit muntah-muntah salah makan. Semuanya baik dan ok sahaja walaupun pertama kali kami makan authenthic japanese food. Sebelum ni dah praktis makan tapi makanan Jepun di Aeon jelah. Usus besar sangat bekerjasama. Balik guesthouse baru rasa nak membuang. Bangun awal pagi dapat membuang dengan jayanya juga. Sebelum keluar perut dah kosong dan boleh isi dengan makanan tempatan :)


"You have to taste a culture to understand it"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan