Pages

Jumaat, 8 September 2017

Cara Semak Pendaftaran Haji Secara Online


Musim haji tengok orang pergi haji rasa bertuahnya mereka semua ni terpilih menjadi tetamu Allah SWT untuk lengkapkan rukun Islam ke-5. Bila pulak giliran aku? 

Dari kecik memang dah buka akaun tabung haji. Ayahbonda memang potong tiap-tiap bulan duit gaji masuk dalam Tabung Haji. Duit raya, duit hadiah pelajar cemerlang, duit simpanan menabung semua masuk dalam Tabung Haji. Tabung Haji dah siap-siap kira dan tolak zakat. Jadi tidak perlu susah payah nak buat kira-kira untuk pengeluaran zakat. Lepas kahwin baru dapat pegang buku TH sendiri. Ayahbonda memang kawal ketat bab-bab duit simpanan ni. Penting untuk simpanan masa depan. (Kami tiada ASB).

Rupanyakan walaupun dah buka akaun Tabung Haji perlu juga buat pendaftaran pergi haji di mana-mana cawangan Tabung Haji dengan simpanan sekurang kurangnya RM1,300 maka layak untuk masuk giliran pergi haji buat pertama kali secara Muassasah dengan Tabung Haji TH. Harga atau kos pergi haji secara Muassasah dengan Tabung Haji TH ialah RM9,980 seorang. Tabung Haji TH akan locked amaun RM1,300 tadi dan tidak dibenarkan untuk buat pengeluaran. Kemudian anda akan diberi cetakan slip dan tahun peruntukan haji.

Korang sudah daftar haji ke belum? Jika belum daftar boleh buat pendaftaran haji dulu. Azie rasa macam dah daftar haji dulu-dulu tapi kat mana nak semak status pendaftaran haji secara online?

Alhamdulillah Tabung Haji kini dah ada Portal Rasmi Online Tabung Haji -->  https://www.thijari.com.my/ Jadi lepas ni dah boleh buat semakan pada bila-bila masa. Azie dah login website dan godek-godek aplikasi ThiJARI. Selain boleh semak pendaftaran haji korang juga boleh;

1. Semak Tawaran Haji
2. Semak Jadual Penerbangan
3. Cetak Slip Pendaftaran Haji (just in case yang dulu-dulu punya dah hilang)
4. Semak Baki Akaun
5. Buat pindahan simpanan
5. Semak sejarah transaksi

dll.

Rupanya aplikasi ThiJARI 2.0 baru sahaja dilancarkan pada 10 Julai 2017 baru ni.




Cara Semak Pendaftaran Haji Secara Online

1. Dapatkan terlebih dahulu NO.PIN THiJARI di mana-mana cawangan TH

2. Pergi cawangan TH, terus ke informasi kaunter bagitahu nak dapatkan NO.PIN thijari. Mereka akan minta IC untuk semakan. Diberi borang untuk diisi dan diberi no giliran

3. Isi borang & tunggu giliran dipanggil

4. Di kaunter nanti perlukan cap jari. Jadi tidak boleh wakil. Sendirian berhad kena pergi okey

5. Dapat No.PIN.

6. Masuk website https://www.thijari.com.my/

7. Daftar dulu. Masukkan no pin yang diberi. 

p/s: Jangan risau TATACARA PENGAKTIFAN THiJARI akan dilampirkan sekali bersama NO.PIN yang diperolehi dari Tabung Haji. Korang just ikut step by step.



😱😱😱😱😱

Ni dah boleh pergi kursus haji ke camne?

9 ulasan:

  1. No pin tu sama dngan no pin kad ke?

    BalasPadam
  2. Knp bila sy akses laman web ni x naik apa2 pn...

    BalasPadam
  3. Knp bila sy akses laman web ni x naik apa2 pn...

    BalasPadam
  4. X dpt akses laman web ni.. madih diperbaiki.. lamamyer

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ka.. sampai hari ni pun x boleh nk akses

      Padam
    2. lama dah x dpt akses...
      lama sungguh upgradenya..hmmm

      Padam
    3. Ha'ah. Saya pun tak dapat akses. Portal THiJARI diberhentikan sementara waktu untuk pembangunan sistem baru :(

      Padam
  5. https://www.thijari.com.my/ dah boleh akses semula bermula hari ini :)

    BalasPadam