Petang ini ada pasar malam. Shopping time! Lately selalu beli ikan di pasar malam sebab fresh datang dari Kuala Selangor. Tengok ikan, sotong, udang segar bugarrrr belaka geram! Petang ni nak cari siakap lagi untuk buat Siakap Stim Thai pulak.
Azie nak share resepi simple dan mudah Siakap Stim Lemon. Menu ni antara kegemaran suami. Dah banyak kali buat. Setiap kali buat Azie akan try and error dengan bahan-bahan masak yang lain. Memasak kena kreatif. Supaya tak bosan makan menu yang sama dengan rules yang sama. Azie pun masih belajar dan explore mempelbagaikan lagi resepi.
Resepi Siakap Stim Lemon ni gunakan bahan-bahan yang ada di dapur ketika ini. Masak dari hati with iman..InsyaAllah hasilnya sedap menjilat jari.
Bahan-Bahan
Ikan Siakap
Bawang putih
Halia
Serai
Bawang besar Holland
Cili merah
Cili merah
Daun bawang
Tomato cherry
Sos ikan
Brown Sugar
Lemon
Cara buat
1. Azie guna magic pan Idaman Suri Langkawi. Hehhe. Pemberian mother in law. Terima kasih umi. Suka ya amats. Sangat berguna untuk bakar dan stim. Dah berpuluh-puluh kali guna masih mantap!
2. Ikan siakap basuh bersih, toreh sikit badannya depan belakang dan tos.
3. Bawang putih dan halia cincang halus. Lumur bawang putih dan halia pada seluruh badan ikan. Sumbat banyak2 sikit tempat toreh tadi. Fungsi untuk perasakan ikan dan hilangkan hanyir ikan.
4. Serai potong dua sumbat dalam perut ikan.
5. Perah sebiji lemon (buang biji nanti pahit) letak dalam mangkuk. Campur sedikit sos ikan. Agak-agak. Gaul sebati. Tuang atas ikan dari kepala sampai ekor.
6. Cherry tomato belah dua then taburkan sahaja. Daun bawang, bawang besar holland (potong bulat) & cili merah pun tabur.
7. Letak sehiris atau dua lemon atas ikan
8. Masukkan air. Jangan terlalu sedikit. Yang ni consider sikit sebab tak dapat nak hirup kuah.
9. Azie tak guna garam jadi azie tambahkan lagi sikit sos ikan. Taburkan brown sugar. Agak-agak jelah. Kalau suka manis tabur lebih sikit. Sorry takda sukatan spesifik. I adjust ikut tekak sendiri sahaja.
10. Tutup rapat dan slow cook atas dapur. Azie guna api yang paling slow.
11. Nak tahu bila ikan masak? Akan keluar aroma siakap stim lemon yang menyegarkan.
Mudahkan nak buat siakap stim lemon ni? Tabur je semua dalam pan dan biarkan pan yang bekerja.
Tadaaa siap. Makan dengan Eco brown rice dan kacang botol goreng. Bon apetit!
selalu jugak cuba resepi ni ,memang feveret food
BalasPadam:D
Padam