Tahu tak cara buat Vietnamese Fresh Srpring Roll dengan mudah dan ringkas? Suka vietnamese spring roll sebab senang, mudah & ringkas nak buat dan paling penting menu sihat. Sesuai untuk menu minum petang. Bahan-bahan semua sayur segar tak perlu letak garam atau gula mahupun serbuk perasa. Paling best tak perlu goreng-goreng dalam minyak deep fry. Patutlah orang vietnam kurus-kurus. Pho atau vietnamese noodle soup yang Azie makan di vietnam dulu pun ada sayur ulam-ulaman. Yang fresh, healthy begini memang suka to the max! Lain orang lain tekaknya kan.
Vietnamese spring roll menggunakan rice paper atau kertas beras 'Banh Trang' . Kat mana nak beli rice paper? Azie beli di Jaya Grocer. Rice paper ni import dari Vietnam. So plastiknya ada tulisan vietnam. Jangan cari tempat frozen. Ia di bahagian kering.
Bahan-Bahan Vietnamese Spring Roll
Rice paper beli di Jaya Grocer
Salad hiris kasar
Daun Pudina hiris halus sebab rasanya yang agak strong
Daun Bawang potong panjang
Daun Ketumbar hiris kasar
Daun Sweet Basil hiris kasar ada di Jaya Grocer
Udang size XL dibuang kulit, dicelur sebentar dan dibelah dua
Bihun Brown Rice rendam sejam awal supaya ambil masa kejap je untuk celur
Cara buat vietnamese roll
1. Lembutkan rice paper dengan celupkan depan belakang dalam air suam
2. Letakan rice paper di atas papan kayu yang rata permukaan. Senang untuk menggulung. Hati-hati kerana rice paper mudah koyak.
3. Letak udang dahulu dan diikuti sayur-sayuran lain dan bihun.
4. Lipat di bahagian tepi dulu dan terus gulung hingga habis.
5. Hidangkan dengan sos pilihan.
Resepi ori sos nya menggunakan sos ikan, perahan lime dll. Azie just guna sos Thailand siap yang ada atas rak. Just tambah kacang tanah tumbuk dan daun ketumbar. Tadaaa siap!
Nyummmss!
Suami bagi 5 bintang untuk hidangan ni. Suka sangat dia makan. Sebab dia peminat daun ketumbar. Tak cukup sekali, esok lusa kena buat lagi. Pak incik tu dah la tak boleh makan udang dengan banyak. So untuk air azie buatkan air lemonade supaya balance dan mudah-mudahan asid urik tu keluar semua. Hahahha.
Jika anda tak suka dengan rasa daun pudina /ketumbar/ sweet basil boleh gantikan dengan lobak atau timun.
ada rice paper ni tapi tak terbuat lagi
BalasPadamAda rice paper dah boleh buat dah ni ;)) dah buat sekali pasti ketagih nak buat lagi hihi
PadamSedappnyaa viet spring roll~
BalasPadamSedap.sedap.Mehla join buat sekali ;)
Padamudang tu nampak fresh betul.
BalasPadamUdang tu beli di pasar malam. Fresh dari Kuala Selangor;)
PadamAda jual dekat Jaya Grocer ea. Nak pergi cari la nanti. Dah lama teringin nak buat spring rolls ni..
BalasPadamYup ada. Kalau tak jumpa tanya pekerja jaya grocer. Bahagian kering tau!
Padam