Translate

No-No-NO!

Sinopsis Baju Raya Aidilfitri 2017


Salam Syawal 1438H untuk semua:)

Opss Syawal telah berlalu. Ahlan Wahsahlan Dzulqaidah.

Kita mulakan topik raya dengan sinopsis baju raya Aidilfitri 2017. Tema raya kami berdua ialah shades of purple! Untuk baju raya biasanya sang suami kena beli dulu. Dah jumpa baju yang dia berkenan barulah sang isteri mencari bajunya pulak untuk matching dengan suami. Tahun lepas ayahanda hadiahkan set kurta untuk suami, jadi save duit baju Melayu. Tahun ni, takde siapa nak hadiahkan maka silalah beli sendiri. Hiks.

Jadi purple pilihan kami ialah MAGENTA & AUBERGINE.


Baju Melayu Johor by Qamilla Boutique, 
Anggerik Mall Shah Alam
Jubah ITASHA by lovetodress & shawl by Tudung People


Zoom in. Tidak seperti design jubah yang lain, pertama kali tengok jubah/dress ni terus jatuh hati. The material, the detail very exquisite. Totally fall in love! Merupakan koleksi dress yang ke-3 dari @lovetodress

Pic kredit: @lovetodress


Jubah ke-2 dari Love To Dress juga. Kalau tak silap dari SALAMAH series. Sempat posing ootd dengan my beautiful sister in law :)


Baju raya tahun lepas pun by lovetodress! Hahah.


Shawl raya dari Orchid series by Tudung People :)

Eid Mubarak 2017 untuk semua!

1 comment:

  1. usually kalo kita da suka satu satu brand tu memang kembali cari yang tu dulu kan..

    ReplyDelete