Translate

No-No-NO!

SenHeng x Samsung Galaxy S8 Launch


Fuh..Fuh..Fuhh..Samsung dah lancar telefon bimbit baru. Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S+.

Lama tidak menjadi pengguna Android. Nampak dari jauh macam best. Baca review ramai yang menyanjung kehebatan telefon pintar terbaru keluaran Samsung. Betul kah. Apa yang hebat sangat Samsung Galaxy S8. Ayuh kita tengok.




Mula-mula pandang telefon pintar terbaru Samsung, jatuh hati pandang pertama, terdetik dalam hati, oh my fantastiknya design terbaru Samsung Galaxy S8

Bila pegang dan letak di tangan, mudahnya sebab panjang. Rekabentuk baru Samsung Galaxy S8 kesemua bucu phone depan dan belakang yang tepi kiri dan kanan phone mempunyai curve yang sama, jadi apabila pegang ia sangat selesa dan mudah grip walaupun sebelah tangan. Ergonomic Grip.

Jatuh hati pulak dengan kelebaran skrin dan paparan grafik yang sangat cantik dan jelas. Infinity Display katanya. Buat pencinta movies dan pemain game tegar, Samsung Galaxy S8 pasti best dan memberi kepuasan maksima untuk anda. Apa pulak Infinity Display ni? 


Perbandingan Infinify Display antara Samsung Galaxy S8
dengan Samsung Galaxy S7 edge


Tengok screen di atas, display di tepi kiri dan kanan phone ada curve. Jadi screen area lebih luas dan screen display macam tiada penghujung di tepi, itulah maksud inifinity display. Paham ke tidak? 

Siapa suka berswafoto? Mari kita cuba ambil gambar selfie. 


Samsung Galaxy S8 memang terbaik untuk penggemar swafoto. Ku agak terkesima dengan kualiti kamera depan Samsung Galaxy S8 *camera selfie yang power* Nampak tak gambar di atas, walaupun suasana agak gelap dan malap tak berapa nak cukup pencahayaan tetapi gambar swafoto ku, tetap terang, jelas dan padu! Kamera depan Samsung Galaxy S8 didatangkan dengan 8MP autofocus dengan f1.7. Maknanya, bila amek gamba tu ader bokeh. 

'Bokeh makes photographs visually appealing, forcing us to focus our attention on a particular area of the image. The word comes from Japanese language, which literally translates as “blur”.' - photographylife.com Contohnya jika ada orang photobomb gambar kita, telefon pintar Samsung Galaxy S8 automatik akan kaburkan wajah yang tidak berkaitan itu. 

Security wise, Samsung Galaxy S8 memang secure. Boleh pilih nak unlock cara traditional guna pin code atau pattern. Yang suka hi-tech, ada ciri baru iaitu unlock phone menggunakan face recognition. Wah, ini sangat cool!

Pada Azie ciri terpaling best iaitu unlock phone guna iris. Peh. Macam dalam movie. Nak masuk bilik kebal scan mata dulu. Azie suka ciri Iris Recognition berbanding fingerprint. Faham-faham lah bila guna fingerprint kadang-kadang berpeluh atau minyak/kotoran, phone sukar untuk detect cap jari kita. Agak ambil masa untuk unlock phone. Leceh di situ. Tapi dengan iris recognition memang mudah. Tayang mata kita sahaja terus unlock. Ha hebat tak hebat?


Gigih sis membelek-belek Samsung Galaxy S8. Mari kita gembar gemburkan lagi kehebatannya. 


Hebat dan gahnya Samsung Galaxy S8 sebab ada Bixby. Siapa pulak Bixby? Bixby ada banyak ciri-ciri hebat tetapi sayang di Malaysia tak semua ciri Bixby diaplikasikan lagi. Ada satu features Bixby iaitu Bixby Vision. Contohnya kita ambil gambar jam G-SHOCK. Bixby akan detect menggunakan kecanggikan teknologinya dan akan mencadangkan shopping online kat mana kita boleh dapatkan G-Shock tersebut, bukan itu sahaja Bixby tolong googlekan skali maklumat berkaitan dengan G-SHOCK tersebut. Ting! Maklumat terpapar di depan skrin. Walaubagaimanapun kebolehsediaan penggunaannya mungkin berbeza setiap negara. Perlu log masuk akaun Samsung dan perlu ada data network connection.


Bixby Vision uses the camera to analyse on-screen content or product online to display relevant information.

Selain itu, Samsung Galaxy S8 boleh interact dengan


VR videos and games with Gear VR


Pra-Pelancaran 'Unbox Your Phone' Samsung Galaxy S8 telah diadakan di senQ IOI Mall Puchong. 


Harga Samsung Galaxy S8 RM3,299 di SenHeng
Harga Samsung Galaxy S8+ RM3,699 di SenHeng

Eh-eh rasa macam banyak pulak nak swipe sekaligus, sebab nak beli biskut raya, nak shopping baju raya, nak beli tudung raya, nak pergi short vacay kan tak lama lagi nak puasa. Oh tidak mengapa, di senQ boleh bayar bulan-bulan dengan serendah;

Samsung Galaxy S8 : RM137.46 selama 24 bulan
Samsung Galaxy S8+ : RM154.13 selama 24 bulan

Bonus;

EXTRA 1 year warranty

Promo ends 30th June 2017

For more info click HERE

Jadi dah tahu nak beli phone apa untuk raya nanti?

No comments:

Post a Comment