Pages

Isnin, 8 Mei 2017

#9 Japan Cherry Blossom Day 2 : Takeshita Dori & Omotesando


Dari jauh nampak Takeshita Dori (Takeshita Street). Masha Allah penuhnya manusia berpusu-pusu masuk ke lorong ni. Marilah kita masuk sama tengok apa yang menarik dalam ni. Mujurlah cuaca sejuk dingin bawah 10c. Jadi tiada bau-bauan busuk kepam ketiak dll. Kalau cuaca macam Malaysia taubat memang tak masuk dah. Ibu bapa yang bawa stroller? Hmmm bertabahlah. Tengok macam padat kan. Tapi sebenarnya Jalan Tar masa bulan puasa orang shopping raya tu lagi padat yang amats. 




Takeshita Dori laluan pejalan kaki. Sini kami jumpa kedai Daiso. Daiso di Japan semuanya berharga 100Y. Saiznya lebih besar berbanding di Malaysia. Barang pun lebih banyak pilihan. Tapi bertabahlah manusia pun tersangat ramai. Beratur nak membayar pun sekian hal. 



Ada Disney Store juga. Bolehla memborong baju untuk anak-anak. Siapkan duit dengan tebal. Pastikan hutang piutang dalam credit card sudah langsai, jadi boleh tambah hutang yang baru. Hihi. Banyak barang-barang yang comel dan kiut-kiut di sini. 

Takeshita Dori ini menjadi tumpuan remaja untuk berjalan dan bershopping. Ada jual macam-macam dari pakaian, beg, phone case, stokin yang comel, barang kosmetik, makanan, crepe dll tak tersenarai dah dalam kepala. 



Antara drugstore yang terkenal dan banyak cawangan di sekitar Japan. Selain drugstore, ada juga cafe, fast food restaurant, outlets dan butik.



Harajuku Cafe Crepe. Ada macam-macam kedai yang jual crepe. Ada Santa Monica dll. Street food yang popular di Harajuku. Ramai beratur nak beli. Kami tak try pun. Walaupun orang cakap sedap-sedap dalam instagram. Balik Malaysia kami try makan di AEON Shah Alam je. Hahah. Ada kedai crepe baru buka dalam AEON Shah Alam. Yang itu pasti boleh dimakan tanpa was-was.



Baru jalan sejengkal dah berplastik sauk di lengan. Convert jangan tak convert. Masa di Japan aritu, ramai kawan-kawan yang DM/wasap Azie tanya nak kirimlah, request Azie jadi PS lah. Minta maaf banyak-banyak tak dapat nak penuhi permintaan korang. Ada banyak kekangan. Antaranya berat & ruang bagasi yang terhad. Cash di tangan pun limited. Kena beringat juga sebab ada 15 hari lagi nak survive di Jepun. Lagipun Azie stay tak lama setempat selalu bergerak merata-rata. Tak dapat nak tunggu lama untuk sesi tanya & jawab dengan anda anda semua. 



Tengahari alas perut kebab ayam. King Kebab terletak dalam food court di Harajuku. Isk isk food court di Harajuku ni jauh sekali nak sama rupa food court kita di Malaysia. Nak tahu macam mana rupa food court di Japan kenalah masuk dalam ni. Dalam food court kuperati kebanyakkan golongan muda remaja. Diorang ni makan cepat je. Tak melepak lama selepas makan. Siap makan, zasss terus angkat tray buang sampah masuk tong sampah. Terus jalan keluar. Dapatlah orang lain duduk. Begitulah seterusnya. 



Anello lebih murah di Japan berbanding harga dalam AEON Mall. Setiap tempat berbeza harga. Ku tengok Anello ni rupanya Made in China juga. Mihmih. Tapi Anello  di Japan ini semestinya original bukan fake yang orang jual murah-murah lambak di Malaysia dan Thailand. Japan memang tegas bab-bab imitation ni. Cara nak kenal Anello 'ORI' dan 'FAKE', Anello 'ORI' mesti ada tiga tag putih di bag. 



Stokin kiut-miut. Stokin macam ni 3 pasang dalam RM40 tau. Murah ke mahal?



Panjang Takeshita Dori (Takeshita Street) lebih kurang 400m. Lepas shopping sikit-sikit kita keluar dari Takeshita Dori sambung merayap area Omotesando pulak. Kalau Takeshita Dori lebih kepada fashion remaja, Omotesando lebih kepada citarasa fesyen golongan 30s and 40s. Butik pulak lebih stylo dan lebih mahal target untuk orang-orang kaya. Orang kebanyakan macam kita ni mampu pandang dari jauh. 

Orang gelar Omotesanda sebagai Tokyo's Champs-Elysees. Maknanya banyak butik high-street fashion di sini. Ada Louis Vuitton. Butik lain seperti Adidas, Nike, Lush, Mc Garret popcorn dll.



Eh The Gindaco pun ada. Rupa macam takoyaki. Ramai yang beratur. Kita boleh jeling je sebab tak halal kot. Tiada dalam Halal Navi atau Halal Media Japan. Ada yang dah tanya, katanya mayonis nya tidak halal. Wallahu'alam. Terliur punya pasal balik Malaysia terus pergi cari dalam Aeon Mall Shah Alam. Hehe.



Tak jauh pun antara Harajuku dan Omotesando. Datang Jepun elok pakai kasut yang super duper comfy untuk kaki. Banyak berjalan dan banyak guna kekuatan kaki. Untuk trip ke Jepun ni sahaja kami berjalan kaki lebih 140km selama 16 hari (iphone app). Sama macam Korea dulu pun beratus km jugak berjalan. Penting sangat untuk pakai kasut yang selesa bila travel.

Cadangan kasut yang selesa; Ugg Boot (beli masa pergi Aussie dulu). Azie Suka pakai boot bila cuaca sejuk, tak masuk air kalau hujan. Jadi stokin tak basah. Kaki maintain kering. Dalam Ugg ada bulu biri-biri yang super soft. Sebab tu kaki selesa. Kasut macam Sketchers pun ok untuk keselesaan. Memang selesa di kaki tapi kalau hujan tetap masuk air. Selain Sketchers, boleh try Adidas Ultra Boost atau Pure Boost. Ultra 100% Boost. Pure 80% Boost. Sangat selesa untuk long distance walking sebab ringan. Pun sama kalau hujan tetap masuk air. Kiteorang travel agak lama jadi memang bawa 2 pasang kasut. Gilir-gilir pakai ikut weather forecast. Hahah. Macam Azie kasut kegemaran setakat ni memang Ugg Boot & Adidas Pure Boost. Sesuai dan terbaik untuk kaki Azie. Tiada blister. Alhamdulillah. Pesanan khidmat masyarakat, belilah yang original :D




Tokyu Hands di Omotesando. Merata-rata penuh dengan orang. Masa kami sampai ni, Japanese tengah Spring Break sempena cherry blossom. Sekolah cuti, uni cuti, ibu bapa cuti bawa anak-anak keluar jalan-jalan. 



Di Jepun, di mana-mana pun beratur panjang. Ini beratur untuk masuk kedai makan kat tingkat satu tau. Gigih. Sebab tu orang Jepun makan laju. Kejap je makan. Tak buang masa melepak lama-lama tempat makan.



Basikal di Jepun :D Ada seat depan dan seat belakang. Tempat untuk kepit payung pun ada. Setiap basikal di Jepun berdaftar dan mempunyai nombor plat unik. Senang nak trace kalau basikal hilang. Kata Huda jarang ada kes-kes kecurian di Jepun. Jepun kuat mengamalkan konsep 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan