Translate

No-No-NO!

#15 Japan Cherry Blossom Day 3 : Naritaya Ramen Asakusa ada Sijil Halal Jakim


Hai semua. Hari ketiga lagi 😆 Bertabahla. Sis memang suka menaip. Hehe.

Antara nikmat travel paling best ialah MAKANAN. Selain dapat explore tempat asing, melihat cara dan budaya negara tertentu, kita juga dapat rasa makanan tempatan negara tersebut. Setiap negara ada keistimewaan pada makanan dan citarasanya. Malaysia tentulah berbangga dengan Nasi Lemak & Satay. Negara Jepun pulak sushi & ramen. 

Orang Malaysia makan pedas, makan banyak gula, banyak garam dan banyak msg dalam masakan (untuk sedap). Orang Jepun tak fikir sedap tapi fikirkan kesihatan. Mereka makin tua makin segar. Masih kuat lutut berjalan. Masakan mereka banyak reneh sayur, kentang, cendawan untuk dapatkan rasa asli. Azie perasan generasi muda mudi Jepun tinggi-tinggi belaka. Apa mereka makan? Kita di Malaysia jika mahu tinggi kena makan ubat pelangsing dan peninggi yang selalu kena spam di Instagram. Hihi. Ada sesiapa pernah cuba. Berkesan ke tidak?

Kebanyakan orang Barat pula tidak boleh makan pedas. Teringat ketika makan tengahari di sebuah pulau di Krabi, traveler dari barat mencicip kepedasan umpama tergigit cili padi. Padahal hanya ada setitik sos cili! Begitulah indahnya kejadian Tuhan semesta alam.

Azie suka Jepun. Tak sangka jatuh hati dengan makanan Jepun. Begitu juga suami. Mujurlah kami berdua serasi. Jadi peruntukkan lebih RM2k (2pax; 16 hari) untuk mencuba makanan Jepun. Ada yang tak boleh terima makanan Jepun lebih suka masakan Melayu walaupun travel 5 hari. Takpe tekak dan perut setiap insan berbeza dan istimewa. Boleh bawa stok makanan banyak dari Malaysia :D

Jadi, malam ini kita makan ramen lagi. Kami nak cuba Naritaya Ramen di Asakusa. 'Traditional Old Style Ramen' in Japan. Berdekatan dengan Sensoji-Temple.  Sensoji-Temple merupakan temple tertua di Tokyo dan sudah berusia ratusan tahun.  Satu lagi restoren Naritaya Ramen yang kami sempat cuba di Gion, Kyoto. Antara keduanya, di Gion, Kyoto adalah terbaik. 

Cara pergi :

Akihabara Station -> Asakusa Station (G19)
5 minit jalan kaki dari Asakusa Station Senso-ji Temple (Kaminarimon Gate)
Boleh juga melalui Asakusa Subway Line / Tobu Railways


Restoren Naritaya Ramen Asakusa ada di dalam shopping arcade street. Belah kanan. 


Inilah Naritaya Halal. Pekerjanya orang Indonesia. Sangat ramah bersembang :D


Ada sijil halal JAKIM. Rupanya untuk cawangan di Johor Bharu. 


Melalui research, Azie dapati Naritaya Ramen memang mengekalkan rasa tradisional ramen Jepun. Bahan asas menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti ikan, cendawan, rumpai laut, ayam dll. 

Ramen nya dibuat sendiri menggunakan tepung organik berkualiti tinggi tanpa ada bahan pengawet. Patutlah SEDAP!

Sudah lupa nama menu di atas. Harga berpatutan. Dalam semangkuk ramen ada seaweed, ada 7 minit telur rebus (yang popular di Jepun). Rasa sangat enak. Boleh tambah sambal untuk penyedap rasa. Ya betul ada sambal. Kami hanya nampak sambal selepas licin semangkuk ramen 😑

Naritaya halal di Asakusa ada 2 aras. Aras bawah tempat chef masak-memasak. Ada kaunter bar untuk menikmati hidangan di situ. Sesuai untuk orang yang datang solo atau duo macam kami. Aras atas tempat makan keluarga atau ahli rombongan ramai. Hati-hati naik ke atas kerana tangga yang sempit dan bumbung yang rendah. Orang tinggi boleh terhantuk kepala ke bumbung jika tak perasan. 

Masa kami naik aras atas memang penuh meja! Meriah dan padat. Semua rakyat Malaysia. So kami makan di bawah depan tukang masak. Lagi aman damai. Orang kata fried chicken di sini memang sedap. Tiada rezeki nak cuba sebab dah habis.


Keluar restoren, shopping arcade ni dah tutup pun. Kalau di Malaysia ni malam masih muda tau. Orang Jepun sudah tutup kedai balik rumah.

Jangan lupa jika ke Tokyo, wajib singgah Naritaya Ramen Halal di Asakusa. Sangat terkenal di kalangan pengembara Muslim seluruh dunia. Di Naritaya Ramen Halal mereka hanya menyajikan makanan dan minuman 100% halal. Tiada minuman beralkohol dihidangkan. Lagi best ada musolla/surau/prayer room untuk solat.

Jangan lupa singgah ye.

No comments:

Post a Comment