Translate

No-No-NO!

#12 Japan Cherry Blossom Day 3 : Hanami di Ueno Park


Hari ketiga di Tokyo kami berhanami di Ueno Park. Ueno Park antara park paling popular di Tokyo. Keluasan Ueno Park dalam 300 ekar. Banyak tempat menarik dalam area park. Contohnya ada temple, shrine, Ueno zoo, muzium. Sekolah pun ada dalam kawasan Ueno Park. 

Kami pergi musim bunga, tujuan utama ke sini tentulah untuk Hanami. Sayangnya cuaca pagi ni sejuk dan hari ketiga masih hujan di Tokyo. Ikut forecast, hujan akan turun pagi dan tengahari. Cuaca yang mendung dan tiada matahari menyebabkan kualiti gambar tak ok (salahkan cuaca pulak, padehal setting camera yang tak ok). Hahaha.



Bunga sakura berkembang mekar menjadikan alam sekeliling indah mempesonakan. Sejuk mata memandang. 

Kata Bonda, pernah terfikir tak kenapa negara bukan Islam, Allah jadikan sangat cantik, indah, terpesona mata hati manusia melihat alam kelilingnya. Kerana inilah syurga dunia buat mereka. Manakala negara Islam seperti Syria, Palestine dll Allah uji rakyatnya berjuang berjihad mempertahankan tanah tumpah negara mereka kerana ada syurga kekal abadi menanti mereka. In Sha Allah. Kita? 



Ueno Park




Juntaian sakura. Pokok sakura yang telah berusia.





Suhu ketika ini 6c. Hujan baru berhenti. Sejuk. 

Ueno park memang berbaloi pergi ketika musim cherry blossom. 




Dari Ueno Park kita jalan kaki pergi Ameya-Yokocho Market. Open-air market. Kami sampai ni, market belum buka sepenuhnya. Jalan masih lengang. Waktu biasa memang penuh manusia. Ada jual makanan laut seperti sotong, udang, ikan, ketam, ketam alaska, kepah. Ada juga jual buah, street food. Azie pulak duk mencari-cari beg Anello. Kot la terjumpa yang murah :D Selain tu ada juga jual pakaian tradisional Jepun. 

Masa kami lalu, tiba-tiba ada yang laung "apa khabar"! Hahha. Ok rupanya penjual kebab yang duk laung kat kami ajak kami singgah breakfast. Bukan Jumbo Doner Kebab ni. Kedai kebab lagi satu. Ada dua penjual kebab halal di Ameya-Yokocho Market ni. Di mana-mana pun ada sahaja penjual kebab dari negara Timur Tengah. Sama ada di Jepun, Korea atau Hong Kong.

Azie kurang gemar shopping barang-barang makeup. Lebih prefer invest beli skin care. Jadi di Jepun di Ameya-Yokocho ni, Azie ambil peluang beli skincare made in Japan. Boleh teka tak apa? Mahal tapi amatlah berbaloi pada kulit. 

Shopping sudah. Next, kita pergi cari ramen halal di Ueno pulak!

No comments:

Post a Comment