Hai semua. Penat dah keliling Harajuku & Shibuya seharian. Tiba masa yang ditunggu. Masa untuk isi perut berkeroncong. Malam ni kami nak cuba makan halal yakiniku restaurant in Japan. Yakiniku ni macam grill. Nama restoren ialah Sumiyakiya Nishiazabu yang terletak di Roppongi.
Dapat tahu tempat ini dari Halal Media Japan. Lokasinya tak jauh dari Shibuya. Kononya nak tengok matahari terbenam di Roppongi Hill. Tapi nampaknya hujan seharian turun membasahi bumi Jepun. Matahari pun langsung tidak munculkan diri. Batal rancangan awal terus pergi makan.
Dapat tahu tempat ini dari Halal Media Japan. Lokasinya tak jauh dari Shibuya. Kononya nak tengok matahari terbenam di Roppongi Hill. Tapi nampaknya hujan seharian turun membasahi bumi Jepun. Matahari pun langsung tidak munculkan diri. Batal rancangan awal terus pergi makan.
Lebih kurang 6 minit berlari-larian dari Stesen Roppongi kami pun sampai Sumiyakiya Nishiazabu. Hujan makin lebat. Suhu makin sejuk. Kami tiba jam 5 petang macam tu. Di Jepun ni dah masuk waktu senja. Tunggu punya tunggu tak juga buka-buka.
Akhirnya keluar pekerja kedai bagitahu, yang hari ini merupakan hari pertama mereka operasi setelah tutup sekian lama. Mereka tak dapat open jam 5 petang. Terpaksa anjak ke jam 6 petang. Oklah whatever sebab kami dah pun sampai. Tunggu jela. Hujan masih lebat turun. Angin sejuk bertiup sepoi-sepoi. SEJUK. Wap-wap sejuk dah mula keluar dari mulut. Suhu masa ini sekitar 5C. Memang sejuk. Siap pakai gloves.
Akhirnya keluar pekerja kedai bagitahu, yang hari ini merupakan hari pertama mereka operasi setelah tutup sekian lama. Mereka tak dapat open jam 5 petang. Terpaksa anjak ke jam 6 petang. Oklah whatever sebab kami dah pun sampai. Tunggu jela. Hujan masih lebat turun. Angin sejuk bertiup sepoi-sepoi. SEJUK. Wap-wap sejuk dah mula keluar dari mulut. Suhu masa ini sekitar 5C. Memang sejuk. Siap pakai gloves.
Tak tahan kesejukkan kami masuk dalam bangunan apartment tak jauh dari Sumiyakiya. Baru lega sikit sebab dalam bangunan ada heater. Masa ni, kami jumpa dengan 2 perempuan cantik warga Thailand. Seorang berhijab dan seorang lagi tidak. Mereka juga rupanya tunggu restoren Sumiyakiya ini dibuka. Jadi untuk memenuhi masa lapang bersembanglah kami bertukar-tukar cerita pengalaman di Jepun, Malaysia & Thailand. Mereka pernah sampai Malaysia. Pergi Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Kata mereka Georgetown Pulau Pinang susah nak dapat makanan halal. Eh-eh-eh banyak je makanan halal di Pulau Pinang! Mereka cari yang ada halal-certified (sama kes macam kami travel Japan/Korea/Hong Kong pasti cari yang halal-certified).
Kecil je restaurantnya. Hanya ada 6 meja sahaja. Suasana cozy..
Harga Dinner set - Sumiyakiya Course
4,000Y per pax (tidak termasuk tax)
4,320Y per pax termasuk tax
MAHALNYA!
Ingatnya nak berkongsi hidangan je dengan suami. Tapi tak boleh. Berhuhu la kami. Katanya satu hidangan untuk seorang sahaja. Sama ada ambil 2 set or ambil ala-carte.
Sambil belek-belek menu, ape ni? Semua gambar-gambar daging dengan pelbagai jenis potongan yang ku sendiri pun tak paham. Kemudian ada Korean menu. Ala-carte memang celah gigilah. Harga pun mahal lagi. Aduh-aduh sakitnya di situ. Tanya suami camne ni. Nak keluar ke atau nak stay? Nak keluar i okey je. Tutup muka dengan duckscarves. Suami kata takpe kita ambil je 2 set. Bila lagi nak cuba menu halal di tempat orang. Kita makan grill di Japan bukannya di Malaysia. Pastinya menu halal lebih mahal dari menu non-halal sebab penyediaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kita pulak bukan makan daging lembu Australia tapi Japanese beef yang halal. Tak salah catat sejarah makan makanan paling mahal seumur hidup. Hehe. Gitu.
Korean style mix vegetable pan cake. Sedap! Hilang rindu nak makan makanan Korea. Terimbas pulak memory makan pan cake sedap di Sujebi, Insadong.
Home made kimchi. Nyummss. Marvellous rasanya. Abis sepinggan makan dengan pan cake.
Menu lain green salad & bean sprout namul.
Untuk grill;
Boneless chicken thighシャモロックモモ肉
Three types of beef plates 牛の焼肉盛り合わせ(3種)
Akhir sekali menu Korea: Ishi yaki bibinba (Korean style rice and assorted vegetables heated in a stone pot) 石焼きビビンバ
Jumlah keseluruhan makan 8,640Y untuk dua orang termasuk tax. Kalau convert kos dinner kami ni berharga RM345.60. Oooomaigad! Very the expensive. RM172.80 seorang. Masha Allah. *rate 1000yen = RM40
Portion begini memang tidak digalakkan untuk orang yang kuat makan. Bagi kami just nice tak terlalu kenyang. Overall Azie bagi tiga bintang dari lima bintang. Menu semua sedap. Cuma harga mahal untuk hidangan yang biasa-biasa sahaja. Tiada menu yang 'wow' pun. Mahal mungkin sebab dagingnya. Buat yang tak pernah sampai Korea okelah nak cuba makan di sini. Kalau nak makan juga dengan harga yang lebih murah boleh pergi tengahari. Harga menu lunch lebih murah berbanding dinner.
Oklah perut dah kenyang. Kami mahu pulang check-in Lucky House di Okubo Shinjuku. Hati ni berdebar-debar. Bag yang kami pos dari airport dah sampai ke belum. Tiada apa-apa update dari host. Next entry kita masuk Day 3 pulak. Till then, selamat malam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan