Translate

No-No-NO!

The World Map Duck



Assalamualaikum jiwa-jiwa yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Malam yang sunyi baru berpeluang update blog. Moga hari ini hari yang penuh dengan caj-caj positif. Sentiasa berkasih sayang sesama insan. Fikir yang baik-baik. Cakap yang baik-baik. InshaAllah kita akan sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik. Yang negatif flush masuk dalam toilet!

Tengok tajuk dah tahu kan ^_^. Ada yang tanya tentang hijab / shawl yang Azie selalu pakai (dari gambar-gambar di IG), di blog dan bila jumpa kawan-kawan ada yang bertanya macam mana dapat beli? Macam mana berjaya beli? Dahsyat tau penangan jenama ini. Ke mana-mana orang bertanya. Meh nak reveal the brand. --> dUCk

Sebenarnya pernah share pasal hijab ni dalam post tahun 2015. Ketika itu brand ni masih baru dan tidak sepopular sekarang. Sekarang ni makin popular sampai nak beli online pun punyalah susah-susah-susah sangat.

Brand Hijab / shawl tidak dinafikan memang melimpah ruah dalam pasaran Malaysia. Banyak pilihan uols. Bermula dengan Arzu, kemudian Ariani, Sugarscarf, Bookita, Neelofa Hijab antara shawl yang pernah beli (mostly dah selamat jual preloved :p) Azie memang jenis susah nak loyal pada sesuatu brand dan jenis yang susah nak beli shawl yang tak tentu pasal. Tapi tidak dengan duckscarves. Sedar tak sedar dah dua tahun loyal dengan duckscarves ni :p 

Koleksi duckscarves ku hanya beli yang Limited Edition (LE) sahaja. Macam mana boleh beli? Battle secara online. Tapi tak berjaya pun collect semua warna & design. Ada rezeki dapat. Tiada rezeki lupakan sahaja. Move on. Tunggu next LE. Kenapa suka dengan LE? Anda cuba dapatkan satu LE Duckscarves dan anda tahu jawapannya :) 

Koleksi plain (Premium Basics) pernah beli dari range Peachskin (pun dah selamat jual preloved). Harga untuk sehelai tudung kosong dan tidak bercorak sangat mahal tau. Untuk tudung plain banyak option lain...boleh beli di pasaran dengan harga yang munasabah. Walaupun plain, The Duck Group pandai pilih warna-warna meletops. Material pun cantik dan sangat comfy. The drapes always on point. Sebab tu jenama ini ada pengikut setia. Koleksi dUCk mereka sehingga ke hari ini dah boleh bayar sebuah kereta Axia! Iols surrender. Memang tak mampu nak beli penuhkan satu almari! 

Koleksi Limited Edition dUCk terbaru dan terpanas di pasaran ketika ini ialah The World Map Duck. The Duck Group keluarkan empat warna untuk koleksi ini. Azie baru dapat 2 warna sahaja. 

Tengok packaging sahaja hati terus jatuh cinta berkali-kali. Sebelum duckscarves tak pernah lagi brand shawl/hijab di Malaysia yang buat packaging hijab exclusive begini. Kuddos to @theduckgroup team! Sekarang ni barulah banyak brand hijab di Malaysia buat packaging cantik2 macam ni. 

Banyak brand hijab sekarang ni keluarkan world map edition untuk traveler. Tapi itulah setelah dilihat-lihat dibelek-belek, duckscarves juga yang jadi pilihan di hati. Detailing sangat superb & exquisite. Siap ada nama untuk setiap negara walaupun ada sedikit spelling error. The material...memang the best! I like it very very very much!

Jatuh hati sangat pada material. Material satin silk, tapi tidak terlalu licin, tidak terlalu berkilat dan mudah dibentuk. Sangat selesa  untuk dipakai.

Pink Color. Kalau taknak pakai boleh gantung buat deco-deco kat rumah :p


The World Map Duck in Pink (omaigoddd besarnya gambar ni😷  Nampak blackhead i okey. Muka naked face sangat)

 The World Map Duck In Lilac
Kredit IG: @theduckgroup


The World Map Duck In Vintage
Kredit IG: @theduckgroup

Cantik kan?

 Mana lagi cantik? Lilac or Vintage or both? 😓💆

Kaum Adam / para suami...kalau dah takda idea sangat nak beli hadiah birthday or anniversary or pregnancy, hadiahkan je duckscarves ni pada isteri anda. Pasti mereka suka & menangis kegembiraan :) . Sebab memang susah to the max nak beli LE duckscarves ini unless korang beli dengan reseller dan PS. Reseller memang mahal. Konfirm berpeluh tapak tangan korang nak bayar. Kalau servis PS RM50 inc postage (untuk LE) tu dah consider murah tau. 

Pria yang bakal berkahwin boleh letak kotak2 yang cantik tu di atas dulang hantaran. Pasti bakal isteri tersenyum lebar tak tidur malam. Ahaks.

Kalau dah tiba masa #duckrehab dan ingin let go koleksi duckscarves anda, preloved duckscarves sekarang ni mencecah RM700-RM1k+ 😱  (terutama untuk koleksi LE Blur Lines, Pink Kaleidoskop & Blooming Series). Haih. Kenapa jadi macam ni? Sebab ada permintaan dan mereka sendiri yang offer diri nak bayar harga tu *dunia makin pelik*

Tahniah Vivy kerana berjaya jadikan jenama dUCk High Street Fashion ala-ala Louis Vuitton & Hermes. Kalau anda pakai duck seolah-olah ANDA pakai Birkin atas kepala! Gitu sekali pengkelasannya.

Dari online ke offline. Tahniah juga untuk Vivy sebab dah buka dUCk fizikal store di Pavillion.

AMARAN: Ada surat khabar melabelkan kan dUCk sebagai 'The Most Powerful LOCAL Brand in 2016' . Yang baru nak terjebak, sila jangan terjebak pleaseee... Once you get ducked you'll quack for life!

Jangan cakap i tak warning ya.


2 comments:

  1. Haritu ada murid bagi tudung duck dekat cikgu dia. saya ingatkan harganya biasa ja rupanya... perghhh kaya betul budak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Syed,
      Bertuahnya lahai dapat anak murid yang appreciate cikgu. Confirm cikgu tu tersenyum sampai telinga dapat purple box dari anak murid :)

      Delete