Translate

No-No-NO!

Shopping Di The Duck Store


Assalamualaikum. Salam 1 Rejab 1438H untuk semua.

Tajuk 'Shopping di The Duck Store' tu sebenarnya nak bolot search keywords kat google :p 

Mesti ramai yang tengok Love, Vivy 2 di Astro Ria kan. Ini lah The Duck Store yang menjual tudung duck yang digayakan Vivy dalam TV tu. Sejak masuk dalam TV ni makin glamour tudung duck. Dah lama duckscarves buka offline store di Pavilion, baru hari ini berkesempatan nak jenguk. Walaupun jarak dari rumah 50km lebih nak ke Pavilion, tapi pergi Pavilion lima tahun sekali. Ini tempat bermain orang ada-ada ni. Tempat kita AEON Mall Shah Alam aje. 

Selalu tengok di Instagram kan. Hari ni boleh letak dalam blog!

Duck Limited Edition (LE) Collection

Dekorasi The Duck Store bertemakan warna putih. Nampak luas. Hari ni butik kosong dan lengang. Cuba kalau New LE Launching, mahu beratur berlingkar-lingkar. 

Koleksi warna Georgette. Banyak pilihan warna. Duckscarves memang banyak bermain dengan warna. Nak raya nanti bawak baju raya boleh terus matching kat sini. Itu pun kalau banyak stok. Harga sehelai tudung kosong (size standard shawl) ni RM130. Kalau saya tak beli lah. Opt tudung plain yang lebih murah. Hahah. Ok bye! 

The Swarovski KL Duck. Ada 200 biji swarovski di tudung ni. Harga RM800 ya. Ok Bye!

Style style Vivy le ni ambik gambar belakang2, tepi tepi. 


Alamat: Lot 6.29 Level 6 Pavilion. Kalau nampak Tokyo Street ni ya lah tu. Kalau nak tengok dan rasa sendiri tudung duck bolehla ke sini.

Ok ingat tau sekali TERbeli 'DUCK' selamanya terjebak dengan 'DUCK'. So, lari jauh-jauh! Saya pulak tengah duck rehab. Moga terus kebal!

5 comments:

  1. Mahalnya.. yet i admit some of the tudung design ada cantik2

    ReplyDelete
  2. Design tudung jenama Duck memang rare..Lain dari lain

    ReplyDelete
  3. akk bersyukurrr sgt sbb tak friend dgn any shawl2 types..so dengan mudahnya boleh menepis dUck ni..hiyap2.. akk pesen bokitta, sarung serelum tu ye bff.. hehehhe.

    ReplyDelete
  4. baca lelama... best la ur blog... mula dr search engine terus rasa nk
    follow... dah jarang dah orang update blog zaman skrg ni kan kan! but blog is still one of my fav mediium :)

    ReplyDelete
  5. Cantik konsep kedai dia.. nampak sangat WOW..

    ReplyDelete