Translate

No-No-NO!

#9 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Madinah (Part 7)

Assalamualaikum. 

Pertamanya ampun dan maaf sebab tertangguh. Mudah-mudahan dapat habiskan umrah travelog ini dalam masa terdekat.  Entry sebelum ini mengenai pendakian Jabal Nur menuju ke Gua Hira' bertujuan menyelusuri pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. Jika anda berkesempatan menunaikan umrah pada umur yang masih muda dan ada kudrat agak rugi jika tak mendaki ke Gua Hira'. Pergilah. Pergilah lihat tempat di mana Qalam Allah pertama diturunkan. Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhamammad SAW oleh Allah melalui Jibril. Pergilah melihat tempat Rasulullah beruzlah memencilkan diri. Pergilah. Pasti terkesan di hati.

Cukup mengenai Gua Hira'. Selesai expedisi Gua Hira' maknanya esok kami akan melakukan Tawaf Wida dan menuju ke Madinah. Sebelum meningggalkan Masjidil Haram kami berkesempatan lakukan tawaf sunat, solat Zohor berjemaah, ambil gambar sepuasnya dan akhir sekali baru lakukan Tawaf Wida'.

MashaAllah perasaan paling sedih dan sayu sekali masa buat Tawaf Wida'. Menangis tersesak-esak tak mampu nak berhenti. Sampai suami pun turut sedih sebab tengok Azie menangis. Sedih yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang mengetahui rasa hati. Pilu teramat sangat nak meninggalkan Masjidil Haram. Tak pasti bila pulak ada peluang kembali ke sini. Mudah-mudahan panjang umur dan sihat fizikal untuk kembali ke sini. Mudah-mudahan Allah jemput lagi menjadi tetamuNya.

Selesai Tawaf Wida' kena cepat-cepat tinggalkan Masjidil Haram balik ke hotel. Balik ke hotel makan tengahari dan bersiap-siap tunggu bas menuju ke Madinah. Perjalanan ke Madinah selama 8 jam. Selama 8 jam dalam bas bermulalah episod mual, loya, rasa nak muntah, badan masuk angin yang tidak berkesudahan. 8 jam yang sangat menyeksakan. Benar-benar menguji kesabaran. 


Dalam perjalanan singgah RNR untuk berhenti makan. Rnr mereka di padang pasir tau. Sehabis ringkas. Bukan macam rnr kita di Malaysia. Berbeza macam langit dan bumi. 


Surau di RNR

Tandas awam di RNR

Makan malam di Yamaan Al-Arab Resturant

Pelik. Salah makan kah? Suami ok je. Apa yang Azie makan suami pun makan.  Minyak angin pi letak dalam luggage besar. Bijak betul. Sudahnya terpaksa tanya kat ustaz mutawwif dan bonda-bonda dalam bas. Kebetulan pulak minyak angin mereka pun dalam beg bawah bas nuh. Mujurlah ada bonda yang baik hati ni ada minyak roll on jenis berangin. Bolehla buat hilang loya dan mual. Biasa kalau Azie kena macam ni tandanya nak cirit birit. Orang yang paling runsing dah tentu lah suami. Sepanjang jalan mengurut 😭  Time azie lena sat, dia lena jugak. Tapi Azie jaga loya loya dia pun jaga jugak. Duk picit tengkuk, belakang, kaki, tangan. AllahuAkbar. Terharu sangat. Sedih pun ada. Dahla selama di Mekah tidur pun tak cukup, Ingatkan dalam bas bolehlah tidur lena tapi tak dapat juga lelap😭  
Hadapi ujian ini dengan sabar. Ujian tanda Allah sayang. InshaAllah.

Di Madinah kami menginap di Hotel Waddah Al Waha.  Sampai hotel, suami ajak makan. Dinner. Alas perut. Sebab tak larat nak turun dewan makan, pinggan suami angkut sampai ke bilik. Mujurlah kami duk tingkat 1 je. Seperti yang dijangka memang cirit birit. Semalaman tak dapat tidur. Berjaga dalam tandas. Rasa nak menangis pun ada. Sebabnya esok pagi-pagi ustazah nak bawa pergi Raudhah 😭  

Sampai pagi masih lagi berulang alik ke tandas. Tak mampu nak breakfast. Tubuh pun dah lembik. Tubuh tak tehidrat sangat asbab ada air zam zam. Sambil minum tu, sambil mohon doa pada Allah SWT. Mudah-mudahan berkat air zam zam dengan izin Allah, sakit perut ini berhenti. Ubat cirit birit azie memang tak bawa dari Malaysia. Salah sendiri tak bawa ubat. Andalusia dah pesan minta jemaah bawa ubat-ubatan sendiri. Ketika ini, hanya mampu doa pada Allah moga Allah beri kekuatan. Suami suruh stay di bilik je berehat. Azie ni degil. Nak juga ikut rombongan pergi Raudhah. Rugi nya kalau tak pergi pagi ni, camne nak tau nak pergi lain kali. Yakin je Allah akan bantu. InshaAllah Allah permudahkan.

Kami siap-siap turun ke lobi untuk pergi ke Raudhah. Jemaah wanita akan ikut ustazah. Jemaah lelaki akan ikut ustaz. Jadi di sini akan terpisah suami isteri. Sebab risau, suami ikhtiar pergi tanya ustaz kotla ustaz ada ubat cirit birit. Takda jugak. Ustaz pun advise Azie stay di bilik. Risau melarat. Ustaz cakap ada farmasi tak jauh dari hotel. Boleh cari ubat di situ. Gigih suami pi farmasi pulak.

Dalam pada tu, Azie tunggu bersama jemaah lain di sofa lobi. Datang sorang wanita muda, mungkin sebaya ataupun mungkin lebih muda dalam lingkungan awal 30-an duduk sebelah Azie. Cam wajahnya sebab kami sama flight cuma berbeza bas sahaja. Dia tanya dah breakfast ke belum. Jadi azie pun ceritalah yang terpaksa skip breakfast sebab sakit perut cirit birit dari semalam.

Allahuakbar, rupanya dia seorang doktor 😭  kebetulan kan. Lepas dia consult dan check azie, dia minta Azie tunggu, dia naik bilik ambil ubat untuk cirit birit. Suami pun sampai dengan wajah yang amat risau. Dia cakap farmasi tutup. Bila Azie update situasi pagi tu, barulah wajah dia lega. Kami janji akan jumpa kat bilik tengahari nanti.

Alhamdulillah lepas makan ubat dengan air zam zam perut rasa okey. Sepanjang pagi tu, dengan izin Allah perut sangat okey dan tiada masalah langsung. Tak rasa nak membuang. Tak rasa sakit. Sampai satu tahap terlupa sekejap sakit perut. Berterima kasih sangat pada doktor muda tu. Lupa dah namanya MashaAllah (short term memory loss). Dengan izin Allah dapatlah fokuskan ibadah pagi tu dan berpeluang masuk ke dalam taman-taman syurga antara tempat mustajab doa. Pengalaman manis yang akan terukir di memori sampai bila-bila.

Sampai je di bilik tengahari tu, perut Azie cirit birit semula. AllahuAkbar. Masa tu rasa lega sangat sebab dah sampai bilik. Tak kisah lah berapa kali nak ulang pi tandas pun. Redha. Seharian tak makan sampai malam. Esoknya baru perut kembali pulih. Bila fikir semula, rupanya Allah Maha Mendengar. Azie ada berdoa di Mekah supaya Allah bersihkan usus dari segala kekotoran dari makanan yang Azie makan selama ini. Memang lepas cirit birit perut rasa kempis, badan rasa ringan. Alhamdulillah. 

Next entry, Azie cerita pengalaman masuk ke Raudah. InshaAllah.



Entry yang berkaitan dengan Umrah Bersama Andalusia November 2016;




No comments:

Post a Comment