Translate

No-No-NO!

#12 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Kebun Kurma, Pasar Kurma & The Holy Quran Exhibition (Part 10)



Assalamualaikum

Di Madinah antara tempat ziarah yang paling ditunggu para jemaah adalah ladang kurma dan pasar kurma. Heeeee...Masa inilah untuk habiskan sisa-sisa Riyal. Esok lusanya sudah nak balik Malaysia. Alhamdulillah umrah dah selesai, yang wajib semua dah selesai, now boleh fikir pasal shopping tanpa rasa berdosa. Hiks.

Kami di bawa ke ladang kurma. Ladang tak berapa besar, tempat shoppingnya yang besar. Mungkin banyak ladang-ladang di sekitar Madinah ni. Kami dibawa ke ladang ini (tak tahu nama). Kami sampai je dah berpuluh buah bas sedia parking di tempat parking yang sangat luas. 

Tidak melepaskan peluang haruslah turun cuci mata dan bergambar. Bulan November mungkin bukan musim buah kurma. Jadi yang ada hanyalah pokok kurma. Tiada buah kurma berjuntaian seperti yang dibayangkan. Hehe. Sekali tengok pokok kurma ni macam pokok kelapa sawit. 

Captured by our Ustaz Mutawwir (out official photographer :p) Syukran Ya Ustaz.

Ladang kurma di Madinah. Selain penjualan buah kurma macam-macam jenis barang ada di jual di ladang ni. Kami tak pi belek pun. Rugi pulak tak tinjau barang apa.

Buah kurma frozen fresh yang manis dan sedap. MashaAllah! So tempting. Harga 10 Riyal tapi tak ingat untuk sekilo atau setengah kilo atau 100g. 


Rangup & sangat juicy. Ada aunty tu pesan, basuh dulu sebelum makan. Jangan makan tanpa di basuh. Khuatir buah tidak bersih dan mungkin ada chemicals pada buah. Wallahu a'lam.


Inilah tempat beli belah di ladang kurma. MashaAllah penuh dengan jemaah shopping. Rata-rata jemaah Malaysia. Macam-macam kurma, jenis manisan dan kekacang ada di sini. Rambang mata. Mula-mula ambil jugak bakul isi-isi barang-barang nak beli. Bila tengok beratur yang panjang terus cancel. Hehehe. Ustaz hanya bagi masa 20 minit di sini. Risau pulak tertinggal bas. Sudahnya makcik pakcik tu sakan shopping sampai 45 minit jugak lah kami di sini. Huhu. 


Kurma ajwa pelbagai gred di Madinah ni. Harga antara 40 - 60 Riyal. Di sini jangan risau boleh rasa semua kurma. Jangan sauk buh dalam poket jubah sudahla. Tak baik tau. Mereka bagi kita rasa di sini sahaja. Hatta banyak mana pun nak rasa. Dengan suasana begini akhirnya kami hanya beli kurma frozen tadi sahaja.

Seterusnya kami di bawa ke pasar kurma. Kata ustaz, bas Andalusia memang bawa jemaah Andalusia ke kedai ini. Kedai no 25 kalau tak silap. Mokcik pokcik yang borong sakan di ladang tadi tak turun dah. Heheh. So ini masa kami pulak. Apa lagi memang borong sakan la kat sini. Aneka kekacang, kurma dan coklat juga di sini. Harga jauhhhhh lebih murah di sini berbanding di ladang kurma. Kalau banding dengan harga di Malaysia lagilah kan. Malaysia mahal tau harga kurma lagi-lagi kurma Ajwa atau dikenali dengan kurma Nabi. Kami beli 2 kg Kurma Ajwa untuk kudap-kudap kat rumah nanti dan buah tangan untuk keluarga. Tengok ustaz andalusia pun borong di sini. Ternyatalah murah kan. Ada juga jemaah yang sudah kehabisan Riyal, punyalah baik hatinya mereka...mereka terima juga duit RM. Contohnya kalau harga 15 Riyal. Mereka ambil RM15. Untung jemaah Malaysia. Hihi. Masa ni tular (viral) di Malaysia yang kononnya duit Malaysia tak laku di sini. Kurma ajwa di sini 30 Riyal sekilo. Sedap dan rupa kurma pun elok sangat. Kekacang ada yang 10-15 Riyal untuk 500g & 1kg tengok jenis.


Di waktu senggang yang lain ketika di Masjid Nabawi sementara menunggu Asar dan Maghrib kami ambil kesempatan ziarah Muzium Al Quran / The Holy Quran Exhibition yang sedang berlangsung di pintu 5 Masjid Nabawi. MashaAllah di sini berpeluang tengok naskah Al Quran yang dah berusia beratus malah beribu tahun tetapi tetap terpelihara dan di jaga dengan baik. Uniknya ia merupakan tulisan tangan.


Al-Quran paling besar dalam Muzium ini. Salah satu Al Quran tulisan tangan dengan berat 154kg. Size 143x80cm. Ditulis tangan pada 197 tahun yang lalu.


Mempunyai salutan emas di muka surat Al Quran ini


Ada satu lagi muzium yang yang berdekatan Masjid Nabawi iaitu Muzium Asmaul Husna Nabawi. Maaf tiada gambar sebab terlalu menikmati dan menghayati bahan-bahan pameran dalam galeri Asmaul Husna. 99 nama-nama Allah dipamerkan. Setiap satu dikupas dan diberi maksud secara terperinci dan jelas. Nak khatam 99 nama semua memang ambil masa yang lama. Bahan bacaan dalam bahasa English dan Arabic. Subhanallah bukan itu sahaja, diperjelaskan lagi dalam bentuk skrin besar dengan kualiti HDR. Gambar-gambar yang unik dari seluruh dunia menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Pelbagai kejadian alam direkod dan dipamerkan. Subhanallah. Agak ternganga kami di sini. Sungguh Allah Maha Besar. Maha Agung.  Silalah pergi. Highly recommended. 

Sebelum terlupa suami dan jemaah lelaki yang lain ada bayar extra Riyal untuk lawatan ke Kilang Al Quran terbesar di Madinah. Sayangnya sesampai di sana tidak dibuka dan tak boleh masuk. Tiada rezeki. Tapi suami ambil kesempatan beli naskah Al Quran untuk kenangan. Untuk umrah ni kami beli 3 naskah Al Quran. Satu bersaiz besar, senang nak baca dah tua nanti dan 2 naskah bersaiz sedang. Harga Al Quran ni MashaAllah tersangatlah murah. Size sedang hanya 17 Riyal. Al Quran saiz besar dah beli siap-siap kat Mekah. Harga 100 Riyal. Di kilang Al Quran harga nya hanya 32 Riyal 😭 Jadi kalau nak beli Al Quran beli di Kilang Al Quran di Madinah. Okeh.

No comments:

Post a Comment