Translate

No-No-NO!

#11 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Masjid Quba & Bukit Uhud (Part 9)

Assalamualaikum

Salah satu aktiviti di Madinah ini; kami dibawa ke Masjid Quba. Masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam berdasarkan takwa dan iman yang utuh.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar ra bahawa Rasullulah SAW selalu pergi ke Masjid Quba pada tiap-tiap hari Sabtu samada dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Adakalanya Rasullulah SAW pergi pada hari Isnin dan Khamis. (Hadis Sahih Al-Bukhari No.1193). 

Sebelum kami di bawa ke sini, ustaz mutawwir minta semua jemaah siap-siap ambil wuduk di hotel.

Rasullulah saw juga bersabda : "Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah (Sunan Ibnu Majah no.1412.Lihat : Fadhail Madinah 542, sahih al-jami' as-soghir no.6154 (sahih).

Masjid Quba ini merupakan masjid pertama yang dibina Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah ke Madinah


Masjid Quba boleh menampung sehingga 20 ribu jemaah

Ruang solat lelaki

Kenal tak siapa ini? Legend ni. Rashid Sidek😁

Peniaga yang berniaga di depan Masjid Quba. Selesai solat cuci mata di sini. Meriah betul. Buah kurma fresh pun ada dijual di sini.

Masjid Quba berwarna putih dan memiliki empat menara yang tinggi

Berpusu-pusu jemaah umrah datang menunaikan solat d Masjid Quba. Sempat ambil gambar untuk kenangan. 


Selesai solat di Masjid Quba, kami ke Jabal Uhud. Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. MashaAllah. Jika kita ingin melihat bukit yang akan ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga"(H.R. Bukhari)


Turun dari bas, keadaan di sini agak panas dan debu berterbangan. Kena menapak sikit untuk pergi ke Makam Para Syuhada

Uhud terbentuk dari batu granit warna merah yang memanjang dari tenggara ke barat laut dengan panjang terletak kira-kira 7 km dari Madinah dan lebar hampir 3 kilometer. Ia tidak bersambungan dengan gunung-gunung lain, nama Uhud bermaksud tersendiri. Bukit Uhud merupakan bukit terbesar dan tertinggi di Madinah. Di kaki bukit terdapat makam para syuhada, salah satunya adalah Sayyidina Hamzah bin Abdul-Muththalib pakcik Nabi Muhammad SAW. Dikatakan, jasad Sayyidina Hamzah yang dimakamkan di sini tetap utuh, abadi dan tidak hancur dimakan tanah.

Ada pasar juga di kaki bukit Uhud. Pelbagai jenis kurma ada di sini.

Di belakang ini merupakan Jabal Rumat, yang bererti bukit/gunung para pemanah. Ketika perang Uhud, Nabi menempatkan beberapa orang pemanah di atas gunung Uhud. Dalam perang tersebut umat Islam mendapat kemenangan. Pasukan Quraisy lari meninggalkan harta benda yang melimpah. Pemanah tadi turun bukit untuk melihat dan mengumpul harta rampasan perang sehingga mereka lalai terhadap arahan Rasulullah. Rasulullah telah berpesan jangan tinggalkan posisi perang. Ketika inilah tentera berkuda Quraisy menyerang semula sehingga umat Islam mengalami kekalahan dan seramai 70 orang sahabat gugur sebagai Syuhada'


Perkuburan Uhud kini dikelilingi tembok. Antara 70 orang Syuhada' tersebut termasuklah pakcik Nabi, Hamzah bin Abdul Muththalib, yang digelari Asa­Dullah wa Asadur Rasul (Singa Allah dan Rasul-Nya), Mush'ab bin Umair, dan Abdullah bin Jahsyin. Nabi Muhammad SAW sendiri dalam peperangan tersebut mendapat luka-luka. Dan sahabat-sahabatnya yang menjadi perisai untuk Rasul gugur karena badannya dipenuhi anak panah.

Sempat bergambar kenangan bersama jemaah bas yang sama dan ustaz mutawwir berltar belakang Jabal Rumat

Alhamdulillah, baru dapat gambaran visual berkenaan sirah atau sejarah perang zaman Nabi yang kita belajar masa sekolah-sekolah dulu.






No comments:

Post a Comment