Translate

No-No-NO!

#8 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Gua Hira' (Part 6)


Assalamualaikum bakal Duyufurrahman:)

Alhamdulillah siangnya dapat merasai pengalaman Solat Jumaat di Masjidil Haram. Malamnya berpeluang mengikuti ekspedisi Gua Hira' menjejak Uzlah (memencilkan diri) Rasulullah. Pengalaman mendaki Gua Hira' merupakan pengalaman yang cukup istimewa pada Azie. Pada Azie bila berjaya mendaki Jabal Nur hingga ke puncak dan masuk ke dalam Gua Hira' bersolat sunat di dalam nya meninggal nostalgia cukup mendalam. Pada malam bulan Ramadhan di dalam gua inilah malaikat Jibril turun meyampaikan wahyu yang pertama kepada Baginda Rasulullah SAW. Di tempat inilah qalamullah pertama diturunkan. 'Iqra'.

Ekspedisi Gua Hira' ni adalah optional tidak termasuk dalam itinerary Andalusia. Jemaah yang nak pergi Gua Hira' perlu bayar 25 Riyal. Azie awal-awal lagi dah berazam nak mendaki ke Gua Hira' . Alhamdulillah ustaz mutawwif uruskan. Sambutan memang menggalakkan. Cukup satu bas dari Malak Ajyad pergi Jabal Nur. Kami memang siap-siap bawa seluar track dan Tshirt sebab pastinya berpeluh. Nak pakai jubah? Pakai je sebab ada jemaah yang pakai jubah sampai juga ke Gua Hira'. Perlu pakai kasut sukan? Tak perlu pun takpa. Ustaz pakai selipar. Suami pun pakai selipar. Azie pakai kasut yang pergi masjid. Perlu ke bawa makanan? Errrr kita bukan nak pergi berkelah. Ustaz naik berlenggang. Azie bawa coklat Sneakers dalam poket seluar track mana tahu kalau-kalau perlukan lebih gula dalam badan. Lagipun di atas puncak sana memang ada gerai makan. Tinggal lagi buka atau tutup sahaja. Paling penting siap-siap ambil wudhu dari hotel. Sebab di atas sana nanti kita nak bersolat sunat. Boleh bawa botol mineral jika bimbang terbatal wudhuk.

Semua jemaah diminta berkumpul jam 9 malam di lobi. Gua Hira' terletak di Jabal Nur. Jarak dari Kota Mekah ke Jabal Nur sekitar 7 km. Gua Hira' masih berada di dalam kawasan Tanah Haram. Sampai di kawasan sekitar Jabal Nur, dalam group 12 orang naik pula van untuk ke kaki bukit Jabal Nur. Driver yang bawa van ni kemain laju lagi bawanya. Dari bawah sampai ke atas kaki bukit tu macam naik roller coaster. Menjerit-jerit kami dalam van. Corner lipat. Corner baring semua ada. Perlu naik van kerana lorong sempit antara rumah-rumah dan kedai untuk sampai ke kaki bukit. 

Selesai van hantar semua jemaah ke kaki bukit, ekspedisi pun bermula. Suasana keliling gelap dan sunyi. Macam tiada penghuni. Yang kedengaran hanyalah suara jemaah kami yang rata-rata terkejut naik roller coaster tadi. Kami beramai-ramai mula berjalan menuju ke tangga Jabal Nur. Jalan mula MENEGAK 90 darjah. Nampak ustaz jalan terkangkang-kangkang. Lucu sangat sampai Azie terlepas ketawa gelakkan ustaz. Tak mampu nak menahan. Orang Arab naik bukit tegak tu cara ular. Naik sikit sikit dari kiri ke kanan. Di sini ramai yang dah slow down terutama pakcik dan makcik. Mengah juga nak sampai tangga sebab tapak kaki mencengkam kuat untuk imbangi badan.

Lega jumpa tangga maka pendakian sebenar pun bermula. Tangga batu yang lebar-lebar saiznya. Pada Azie, walaupun bertangga pendakian ke Gua Hira’ amat mecabar secara fizikalnya kerana bukitnya curam. Kata ustaz jalan yang kita lalui ni bukan laluan Rasulullah beruzlah ke Gua Hira'. Jalan yang Nabi lalu ialah sebelah sana bukit yang jauhhhhhhh lebih curam dan berbatu-batu. Ketika mendaki terbayang bagaimana kegigihan Rasulullah mendaki bukit ini. Terbayang juga di fikiran yang Siti Khadijah isteri Nabi yang berulang-alik ke Gua Hira' hantar makanan kepada baginda. AllahuAkbar. 

Sepanjang pendakian suasana gelap. Yang ramai-ramai tadi mula terpisah. Yang fit fizikalnya lebih laju mendaki daripada orang lain. Kami tak jauh di belakang ustaz. Memang mencabar!

Dalam hati mula rasa tak sia-sia banyak jalan kaki waktu travel, panjat Mount Hallasan di Pulau Jeju, panjat Bukit Keluang masa balik kampung baru-baru ni. Barulah fit untuk panjat Jabal Nur pergi Gua Hira'. Rupanya Allah dah bagi latihan awal. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

TIPS: Bawa note kecil riyal untuk sedekah kepada pembuat tangga batu di sepanjang jalan. Mereka sangat ramaiii! Tapi ramai yang dah tidur :) Yang masih berjaga...naik bukit mereka minta, turun bukit juga mereka minta sekali lagi. 

Setelah banyak pitt stop (semput + mengah) akhirnya kami sampai juga ke puncak Jabal Nur setelah hampir 40 minit mendaki. MashaAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar. Tak terperi indahnya menikmati pemandangan Kota Mekah dari puncak Jabal Nur. Ini baru puncak. Gua Hira' nya belum sampai lagi. 

Ada ruang untuk solat jemaah di atas puncak Jabal Nur berkiblatkan Kaabah. Kaabah tak nampak dah dari puncak Jabal Nur. 

Pemandangan malam Tanah Haram Kota Mekah cukup cantik dari puncak jabal Nur. Limpahan cahaya lampu di Masjidil Haram boleh dilihat dari kejauhan. Clock Tower dari jauh. 

Rupanya ada beberapa orang jemaah kami yang muda-muda kaki panjang tiba lebih awal dan telah selesai solat pun dalam Gua Hira'. Kata mereka takda orang ketika ni. Azie terus ajak suami turun dulu ke Gua Hira' sebelum lebih ramai lagi sampai ke puncak. Dari puncak perlu turun tangga pergi ke Gua Hira'. Perlu hati-hati. Tangga curam. Suasana gelap. Sunyi. Kempiskan perut dan badan untuk melalui celah-celah batu untuk pergi ke pintu Gua Hira'. Kami guna lampu dari Iphone. Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga depan pintu Gua Hira'. Seolah-olah tak percaya bila tiba di sini. Di sinilah tempat malaikat Jibril turun menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah.

Laluan menuju ke pintu Gua Hira'. Ustaz mutawwif ni mula-mula ikut lubang belah kanan. Tak lepas. Cuba ikut lubang belah kiri, baru lepas. Suasana gelap. Yang ni suami tolong halakan lampu phone bagi cerah. Sambil2 snap pic ustaz. Heeeee. 

Dalam Gua Hira'. Alhamdulillah tiada orang. Jadi tak perlu beratur. Alhamdulillah Allah beri privilege sampai terus dapat masuk bersolat sunat. 

Boleh solat 3 orang sahaja. Yang bersolat atas sejadah coklat tu perlu solat duduk sebab ada batu atas kepala. Tak lepas nak berdiri. Suami solat sejadah pink. Azie solat di sejadah hijau. Ada kucing hitam putih tengah duduk atas batu tengok kami bersolat. Mana pulak datang kucing tu Wallahu'alam

Selesai solat beri peluang kepada ustaz mutawwif pulak untuk bersolat. Orang lain dah mula membanjiri depan pintu Gua Hira'. Abaikan muka merah berkilat tu. Mata tak boleh buka sebab flash handphone tu buat sakit mataku.

Depan pintu Gua Hira'. Gambar diambil dari puncak Jabal Nur

Banyak perkara yang terfikir dalam fikiran sepanjang berada di Mekah mendengar sirah Rasulullah, betapa banyaknya pengorbanan Baginda untuk menyebarkan dakwah Islam. Alhamdulillah, aku hidup dalam Islam.

Nak turun Jabal Nur tidak sesukar aktiviti mendaki. Kami decide untuk turun bila jemaah makin ramai naik ke puncak. Selain itu, jemaah dari negara lain mula datang dan sampai ke puncak Jabal Nur. Seram juga bila berdua je yang turun. Suasana sunyi. Dalam gelap tiba-tiba ada suara peminta sedekah. Terkejut juga dibuatnya. Mereka ni tidur berselimut begitu sahaja di atas tangga. Di situlah tempat tinggal mereka.

Ketika turun rasa tekanan darah mula rendah. Kepala pusing-pusing. Kaki rasa sakit. Betis mula lenguh. Mujur ada sneakers tadi :) Di pertengahan jalan jumpa jemaah sama rombongan, seorang pakcik. Dia kata lama dah mendaki apesal tak sampai-sampai lagi. Kami cakap tak jauh dah sikit lagi nak sampai. Bagi kata-kata perangsang pada pakcik. Sampai di bawah, kami tunggu depan kedai yang dah tutup. Duduk beristirehat dalam gelap melepaskan lelah. 

Sejam kemudian baru ustaz turun. Rupanya ada jemaah terpeleot kakinya. Ustaz panggil teksi untuk dibawa ke hospital. Patutlah lama. Kami jumpa pakcik yang kami jumpa tengah jalan tadi. Katanya dia takda rezeki nak turun ke Gua Hira'. Baru dia sampai puncak ustaz dah panggil turun. Masa dah lewat.

Dalam bas perjalanan balik semua jemaah tidur kepenatan. Sakit badan. sakit kaki. Sampai bilik, tidur tak khabar apa lagi. Sebelum tidur Azie berdoa pada Allah mohon bangunkan Azie supaya dapat Subuh di masjid. 

Tengah malam tiba-tiba terjaga seolah-olah berada di alam lain. Perasaan takut menggigil rasa nak menangis. Mulut tak henti berdoa "Ya Allah kembalikanlah aku ke alamku semula Ya Allah. Panik. Berpeluh-peluh. Tak henti2 mohon doa". Tak lama lepas tu barulah perasan dan teringat rupanya dalam bilik sendiri! Bangun terus buka lampu. Penat sangat la tu. Kejut suami dan kami siap-siap pergi masjid.

Entry yang berkaitan dengan Umrah Bersama Andalusia November 2016;




No comments:

Post a Comment