Translate

No-No-NO!

#7 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Masjid Siti Aisyah di Tana'im & Solat Jumaat (Part 5)


Assalamualaikum semua penghuni syurga :)

17 Nov 2016 (Khamis)



Andalusia bawa kami ke Masjid Siti Aisyah di Tana'im hari ni untuk berniat umrah kali keempat. Masjid Aisyah diambil dari nama isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah ra. Jarak dari Masjidil Haram ke Masjid Tan'im lebih kurang 7.5km. Tempat miqat paling hampir dengan Masjidil Haram selain Ji'ranah dan Hudaibiyyah. Merupakan salah satu mercu tanda istimewa di Kota Mekah kerana rekabentuk masjid yang unik dan lain dari masjid yang lain. Rekabentuknya bersegi-segi.


Masjid ini disebut Masjid Aisyah kerana pada haji wada', tahun 9 Hijrah isteri Rasulullah SAW Aisyah binti Abu Bakar ra, tidak dapat melaksanakan umrah bersama-sama kerana sedang uzur (haid). Setelah Aisyah habis uzurnya, Rasulullah meminta Abdurahman bin Abu Bakar (adik Siti Aisyah) bawa Aisyah ke Tan’im (di luar kawasan tanah haram) bagi berniat ihram. Jadi, di sinilah Aisyah binti Abu Bakar ra berniat ihram untuk umrahnya.

Pintu Masjid Siti Aisyah


Ustaz ada cerita mengenai sahabat Rasulullah SAW bernama Hubaib bin Adiy. Sahabat nabi ini dibunuh di Tan'im oleh orang kafir Quraisy. Tahun 4 Hijrah, Hubaib bin Adiy dan beberapa orang sahabat telah dihantar oleh Rasulullah ke Bani Lahyan untuk menjadi guru atas permintaan penduduk di sana. Tetapi sebenarnya merupakan muslihat. Kerana pada ketika itu, sesiapa yang dapat menangkap Hubaib akan diberi ganjaran oleh kafir Quraisy. Dalam perjalanan ke Bani Lahyan, sahabat lain dibunuh manakala Hubaib ditangkap oleh orang kafir. Mereka sepakat untuk membunuh Hubaib. Sebelum dibunuh, mereka tanya Hubaib, apa permintaan akhirnya. Hubaib menjawab mahu bersolat 2 rakaat. Pemintaan Hubaib dipenuhi. Hubaib bersolat 2 rakaat dengan tenang dan tanpa sedikit gentar pun. 

Lakukan solat sunat

Bergambar kenangan di Masjid Siti Aisyah di Tan'im


Ustaz cakap di sini ada batu sempadan antara Tan'im dan Mekah. Jemaah umrah ramai yang datang sendiri ke sini untuk berniat ihram dengan menaiki teksi. Ustaz cakap kena hati-hati sebab kadang-kadang ada teksi yang berhenti masih di dalam Tanah Haram. Jika begitu niat umrahnya tidak sah. Jadi kena pastikan teksi berhenti di belakang batu sempadan.  Selesai niat ihram naik semula bas dan bas berhenti terus di Masjidil Haram. Umrah kali ni kami ikut ustaz mutawwif juga. Ustaz lead dan kami ikut rapat di belakang ustaz. 

Selesai umrah. Macam nilah suasana ketika Sa'i

Solat Zohor berjemaah dalam Masjidil Haram

Ini shopping mall di dalam Zam Zam Tower. Lari kejup pergi Zam Zam Tower sementara menunggu Asar.

Hajatnya nak try Al Tazaj Fakieh BBQ Chicken. Tapi tengoklah beratur yang panjang itu. Kalau nak tahu di Mekah ini mereka memang separate queue. Lelaki dan wanita diasingkan. Sama juga Starbucks. Nak lepak minum kopi ada section lelaki sahaja dan section wanita sahaja :)

Akhirnya kami try test KFC yang harga RM16 sebiji (ala carte). Memang KFC Malaysia jauh lebih awesomelah rasanya!

Kami tapau kebab juga

Khamis malam Jumaat dataran Masjidil Haram penuh sesak dengan manusia. Ramai keluarga Arab hampar sejadah dan kain beristirehat bersama keluarga dan anak-anak. Memang TERLALU RAMAI!

Selesai solat fardhu beginilah suasananya


18 Nov 2016 (Jumaat)


Pagi Jumaat ada ceramah, taklimat, bacaan Yassin dan tahlil di dewan makan selepas makan pagi. Seusai itu, kami bergegas pergi Masjid untuk tawaf terlebih dahulu. Hari Jumaat suasana di Masjidil Haram sudah sesak dan ramai manusia sejak jam 9am lagi. Memang cabaran nak lakukan tawaf sebelum solat Jumaat. Kami ambil masa sejam lebih untuk selesaikan 7 pusingan. Sebelum ni 45 minit dah boleh selesai tawaf. Suasana manis ketika bertawaf, berpanas di bawah matahari yang terik, berpeluh-peluh, kadang-kadang berhimpit, kadang-kadang ditolak dan tertolak terutama di depan Hajarul Aswad, laungan bacaan doa jemaah Indonesia & Sri Lanka yang sangat kuat adalah antara moment paling indah sepanjang umrah. Suami kata Azie sangat cekal dan kental sepanjang melakukan umrah. Alhamdulillah :))

Selesai 7 pusingan dah nak hampir dengan waktu solat Jumaat. Sewaktu nak keluar tawaf untuk lakukan Solat Sunat Tawaf, Azie terlepas pegangan suami. Mula-mula nampak kelibat suami pastu lepas berjaya keluar dari kelompok yang tawaf terus hilang kelibat suami. Azie keluar jauh dari Maqam Ibrahim. Aaaaaaa sudah! Tengok kiri kanan pun dah sesak dengan manusia.

Syukurlah Allah bagi ilham lakukan solat sunat tawaf dahulu. Biasa dapat solat di belakang Maqam Ibrahim. Kali ni Azie terpaksa solat agak jauh dari Maqam Ibrahim sebab ada yang dah buat saf untuk solat Jumaat. Selesai solat Azie mohon doa pada Allah agar pertemukan semula dengan suami. Selesai solat sunat tawaf, Azie pergi semula ke tempat air zam zam berdekatan dengan Maqam Ibrahim. Sebab selalunya selesai tawaf berhenti di situ untuk minum air zam zam. 

Alhamdulillah tak lama lepas berpusing-pusing nampak muka comel suami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kata suami lega sangat bila nampak Azie. Dia kata dia tak henti2 mohon doa agar "Allah kembalikan isteriku". Hihihi. Comel je.

Azie cakap pada suami, tadi rasa panik dan cemas juga bila suami tiba-tiba hilang dari pandangan di celah ribuan manusia. Azie pulak tak fasih sangat pintu-pintu di Masjidil Haram. Nak balik tang mana pun tak pass. Sebab semua pintu seolah-olah nampak sama. Suami cakap balik itulah perasaan dia bila Azie tiba-tiba hilang dari pandangan mata dia masa pergi shopping mall😅

Kemudian lepas minum air zam zam suami hantar Azie ke tempat solat An-Nisa. Memang penuh! Merata-rata cari tempat yang sesuai. Akhirnya jumpalah tempat wanita berdekatan dengan Bukit Safa. Khutbah Jumaat dalam Bahasa Arab! Memang tak faham langsung. TAPI....masa lalu dalam masjid tadi ada pak arab baik hati bagi kami free earphone dan frekuensi untuk dengar khutbah dalam B.Inggeris.
Akhirnya dapat juga merasai pengalaman bersolat Jumaat di Masjidil Haram. Pengalaman itu memang priceless. Azie doakan anda semua sampai ke Makkah dan berpeluang merasai pengalaman dan rasai apa yang Azie rasa. Amiin. 

Entry yang berkaitan dengan Umrah Bersama Andalusia November 2016;



2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Saya baca semua entry pasal umrah ni. Insyaallah minggu ni ke sana. Dapat membantu info serba sedikit. Jazakillahukhair jaza'.

    ReplyDelete
  2. Jakallah atas info. Moga mabrur umrahnya.

    ReplyDelete