Translate

No-No-NO!

Jamuan Raya Paling Meriah Tahun 2016


Salam everyone. The time has come for me to reveal my favourite jamuan raya a.k.a jamuan raya paling meriah this year #ohmyenglish

Dam dam dum bunyi mercun, semarak hari raya ini tahun buat suspens oh em to the gee siapakah pemenangnyaaa*


Tahniah kepada.....

Cik Puan Wan Nor Diyana *tepuk tangan laju-laju*

Bolot untuk 2 tahun berturut-turut. Tahun lepas pun ye jugak.

(my oh my harap-harap dia tak baca entry ku ini)

Kambing yang sedang bergolek di situ kelihatan begitu seksi

Orang pantai timur memang macam ni. Keropok Lekor Asli Terengganu wajib ada!

JZ Cendol ni memang penyelamat ramai anak tekak yang sedang kepanasan di bawah khemah akibat cuaca terlampau panas

Char Kuew Teow udang.. telur lebih udang banyak SATU!

Lori putih di hujung sana menyediakan mee rojak terenak. Tak cukup sepinggan. Nak tambah i is MALU!

Bukan ini je hidangan untuk para tamu. Ada nasi putih lauk macam-macam. Weeeh kalau tengok lauk macam nak kaut semua. Sabar Azie. 

Ada roti jala.

Ada mee sup cili pedas menyengat.

Ada roti john di masak panas-panas. Oh my feveret. Boleh makan sampai sepuas hati.

Tiada gambar sebab tiba-tiba rasa malu nak ambik gambar. Ku rasa macam kalah official photographer pulak. Snap sana sini majlis orang.

Ok bab makan memang no.1. Habis dah bab makan.

Okayyy..inilah keluarga besar Pn Diyana kita. Errrkk untuk makluman bukan semua anak-anaknya tau! Produktif nau-nau kalau semua anaknya. Yang batik hijau sedondon mak ayahnya itulah anak-anaknya *sila cari orang tersembunyi*

Kek dia warna PINK! Diyana I curik satu bunga kat kain pwincess ni. U perasan ke tidaakkk?

Happy 10th birthday beautiful girl! Moga membesar jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat seperti ibu bapanya ^_^

Mommy cantik lawa Pn Diyana kita

Tau dah korang memang busybody kan!

Pn Diyana ni classmate kita masa di Matrikulasi Perlis

Sekarang pemilik Bella Hana di Bangi Gateway

Butik dia lawa cantik & luas. Bisa rambang mata korang melihat baju dan tudung-tudung yang tergantung di situ. Siapa ke Bangi Gateway sila jenguk2 plisss. Kalau tokei cantik ni ada sampaikan salam pada dia yer. Hehe.

OMG rumah dia.... boleh masuk anjung seri ataupun glam deco kot. I dah siap tour rumah dia *pakej termasuk sekali tour dalam walking wardrobe*

Oklah itu je. Bai. Nak tour spa sendiri dalam mimpi. Hiks.

1 comment: