Translate

No-No-NO!

Part 2: Dulu Rabun Jauh Kini Telah Nampak Jelas!

Assalamualaikum.

Baca sini [ PART 1 ] 

Jumpa Prof Muhaya untuk consult mata 2 hari sebelum raya. Prof Muhaya bagitahu mata Azie sesuai untuk buat LASIK dan RiLEX SMILE. Jadi keputusan di tangan Azie. Lepas discuss dengan suami, buat kira-kira sikit dan tengok bajet akhirnya Azie & husband decide untuk buat RiLEX SMILE. Alhamdulillah husband sangat supportive! Meh nak reveal beberapa info dan pengalaman Azie melakukan Lasik (RiLEX SMILE) di Klinik Prof Muhaya Kajang.

Kalau yang jauh-jauh tu elok decide awal2. Sama ada nak buat LASIK atau RiLEX SMILE. LASIK memang perlu hari berbeza dengan hari pemeriksaan mata dan LASIK hanya dibuat hari Jumaat sahaja. Sebab Sabtu Ahad boleh rehatkan mata dari bekerja. Kalau RiLEX SMILE pergi check mata terus boleh buat rawatan. Dapat MC sehari. Tak perlu ulang 2x ke klinik. 

Macam kes Azie ni kena datang 2 kali sebab awal2 decide nak buat LASIK. Masa hari pemeriksaan mata tak boleh pulak nak buat keputusan. Kalau dah putus nak buat RILEX SMILE settle dah sebelum raya hari tu. Raya memang mata baru lah. Pastu mata foggy sepanjang hari raya. Hahaha. Rupanya ada hikmah juga tak dapat decide awal2 aritu. Bolehla raya sakan dulu. Hiks. Appointment  ke-2, 14 Julai 2016 jam 8.30am. 

Kos LASIK Pemium bawah 35 tahun: RM7,200
Kos LASIK Presbyond 35 tahun ke atas: RM8,200
Kos RiLEX SMILE: RM11,700
Cara pembayaran : CASH / DEBIT CARD / CREDIT CARD atau campur2 pun boleh.

RiLEX SMILE vs LASIK

Rilex Smile
1. Pembukaan kornea 2-4mm
2. Tempoh sembuh 1-3 bulan
3. Keseluruhan rawatan hanya 10 minit untuk kedua belah mata
4. Rawatan boleh dilakukan pada hari yang sama dengan pemeriksaan mata
5. Mata kurang rasa kering

LASIK
1. Pembukaan kornea 20mm dan perlu 'flap' (buka kornea)
2. Tempoh sembuh 3-6 bulan
3. Keseluruhan rawatan lebih kurang 15 minit untuk kedua belah mata
4. Rawatan TIDAK boleh dilakukan pada hari yang sama dengan pemeriksaan mata
5. Mata jadi cepat kering

SEMASA HARI RAWATAN

1. Jangan lupa bawa UBAT TITIS yang diberi ketika hari pemeriksaan mata.
2. Jangan lupa titis antibiotic eye drop pagi sebelum prosedur (seperti yang dimaklumkan dalam jadual yang diberi)
3. Breakfast yang ringan-ringan sebelum ke Pusat Lasik Prof Muhaya
4. Jangan lupa bersihkan muka elok-elok. Datang dengan wajah natural dan bau yang natural =). DO NOT APPLY SKIN CARE, MAKE UP, AFTER SHAVE OR PERFUME. 
5. Elok tanggalkan semua baranh-barang kemas.
6. Pakai pakaian longgar dan selesa. 
7. JANGAN DATANG SORANG. Pastikan berteman. Sebab TAK DIBENARKAN drive lepas rawatan.
8. Jangan lupa bawa kaca mata hitam gaya mutu keunggulan =p
9. Datang awal tepati waktu appointment
10. Sampai je terus ke kaunter register dan inform appointment anda hari ni jam berapa dan rawatan pilihan
11. Tunggu nama dipanggil untuk buat pembayaran
12. Selesai pembayaran tunggu nama dipanggil untuk rawatan
13. Masuk dalam bilik rawatan akan diprep. Keliling mata akan disapu dengan ubat sterile. 
14. Sebelum rawatan akan ada penerangan oleh STAF Prof Muhaya. Dengar penerangannya elok2. 
15. Bila tengok machine, bila tengok keliling bilik...CONFIRM masa ni jantung dah BERDEGUP KENCANG. Baca Surah AL-Ikhlas tarik nafas hembus. Ulang banyak kali sampai rasa agak cool dan reda.
16. Lepas dah siap pakai baju untuk opt dan dititis segala macam ubat, pandangan anda mula kabur perlu baring di tempat yang disediakan.
17. Baru Prof Muhaya masuk bilik rawatan dan sedia mulakan prosedur. Prof dan staf akan baca doa dulu sebelum mula rawatan.

KETIKA PROSEDUR BERLANGSUNG

Suara dan kata-kata hikmah, ayat-ayat yang baik dari Prof yang penuh kelembutan tu melegakan rasa gugup di hati. Alhamdulillah. So no worries ya uols. Ingat tips ni, kalau berdebar baca Surah Al-Ikhlas, tarik nafas dan hembus. Ulang dan ulang lagi. Azie patient pertama. Patient lain pulak ramai-ramai masuk sekali dan boleh tengok. Suami tunggu di viewing area untuk tengok live prosedur dibuat. Pastu ada pulak orang lain menyibuk sekali nak tengok. Prof minta izin Azie dulu. Kuizinkan juga dalam terpaksa. Of course...nervous to the max jugak. Azie ikut tips ni alhamdulillah jantung yang mula berdegup kencang awal-awal tadi dapat dikawal sepenuhnya. Untuk RiLex SMILE penggunaan mesin canggih tu lebih 20 saat untuk satu mata. Lasik 16-17 saat. 

Selesai sebelah mata Prof cakap excellent & tahniah sebab azie tenang, rilex, cool dan tidak nervous. Mudah kerja Prof Muhaya. Prosedur pun ikut masa yang sepatutnya. Prof Muhaya boleh detect melalui saraf-saraf pada mata kita. Kalau kita gugup sangat, berdebar, jantung bergerak laju, nervous...saraf mata kita akan jadi tegang & stress. Boleh jadi prosedur anda akan jadi lebih lama. Jadi cuba setenang ya boleh =) Kemudian teruskan dengan mata kiri pulak. Selepas lebih kurang 10 minit selesai untuk kedua-dua belah mata. Alhamdulillah. Syukurrrr Ya Allah. 





Mesti korang tertanya-tanya kan. SAKIT KE TIDAK? Berdasarkan pengalaman Azie RiLEX SMILE MEMANG TAKDE RASA SAKIT LANGSUNG. Kita dalam keadaan sedar dengan apa yang berlaku. Sebelum mula prof akan letak something dalam mata untuk tahan mata dari berkelip. Proses tu pun tak rasa apa-apa. Kemudian Azie nampak cahaya hijau. Fokuskan pada cahaya hijau sampaila ia beransur-ansur hilang. Jangan pulak mata melilau ke kiri ke kanan. Kemudian ketika Prof godek-godek mata nak buang lapisan tu pun memang tak rasa apa. Mata kita dah kabur. Kita hanya tengok pada cahaya putih sahaja (cahaya lampu). Bila tengok video memang rasa ngeri tapi kita yang sedang buat ni takde rasa apa. Siap boleh thumbs up lagi kat suami. Ok kalau itu tak cukup meyakinkan, siap toleh dan senyum lagi kat suami lepas selesai sebelah mata. Maknanya tak rasa apa-apa. And I'm OK.

Perasaan lepas selesai? Cuak Ya Rabbi! Berdebar nak buka mata. Janganla pulak expect right after lasik / rilex smile, kualiti mata terus macam channel HD. Memang tak mungkin. Buka mata.....memang foggy. Jerebu habis semua tempat. Nampak Prof nampak semua staf nampak peralatan dalam bilik tapi foggy. Tak boleh baca tulisan di dinding Prof. Nampak suami tengah melambai-lambai sambil tersenyum dari viewing area tapi foggy! Itu memang pemandangan normal lepas prosedur. Kena sabar dan sentiasa positif.

Keluar bilik...suami dah menyambut kat luar. Azie diminta tunggu di luar bilik rawatan. Nanti selesai semua patient prof nak jumpa semula untuk check keadaan mata sebelum balik. Sementara tunggu patient lain, staff prof (aunty yang baik hati) offer kiteorang roti bakar dengan milo panas. Alhamdulillah. Boleh alas perut. Kiteorang memang tak sempat breakfast pun pagi tu. Kalut. Kajang agak jauh dari rumah. Ketika tunggu Prof selesai tak lupa titis ubat ikut jadual yang diberi. Foggy teruk tadi makin beransur pulih. Dah mula nampak tulisan-tulisan. Mata yang ala-ala kemerah-merahan sejurus keluar bilik rawatan tadi main berkurangan kata suami. 

Dipanggil masuk dalam bilik jumpa Prof. Prof Muhaya cakap prosedur berjalan dengan baik. Keadaan mata sangat ok. Alhamdulillah Azie boleh baca huruf-huruf yang besar di skrin Prof. Tulisan kecik tak nampak. Foggy. Sesi bertemu dengan prof hari ni agak lama dan adalah yang paling tersentuh di hati sanubari. Kata-kata Prof muhaya, pesanan kasih sayang Prof Muhaya membuatkan Azie bukan sahaja celik mata hari tu, tapi celik hati juga. SOBS. SOBS. SOBS. Macam mak-mak beri nasihat kepada anak-anak. Sebelum keluar bilik...Prof ajak bergambar. Selesai bergambar berpeluk-pelukan dengan Prof dan ucaplah terima kasih. 

Keluar klinik, masuk kereta terus menangis sekuat hati depan suami. Menangis semahu-mahunya. Dahla baru buat rilex smile, ko menangis pulak! Air mata berjela-jela keluar. Jenuh suami nak tenangkan perasaan dan keadaan. Hahaha. Sorry en suami, saya emosi terlebih. Tak pernah terfikir dapat hilangkan rabun jauh. Ingat sampai ke tua dah kena pakai spek rabun jauh. Masa tu mata dah mula nampak lebih jelas keadaan sekeliling walaupun masih tidak sharp. Dah boleh baca tulisan di dinding klinik prof dari dalam kereta. Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH!

SELEPAS HARI RAWATAN

1. Mata kering merupakan kesan ketara lepas rawatan lasik atau Rilex Smile. Jadi penting titis ubat ikut schedule yang ditetapkan.
2. Mata akan sensitive terhadap cahaya.
3. DO NOT RUB OR APPLY PRESSURE ON THE EYE
4. Cuci tangan bersih sebelum nak sentuh-sentuh keliling mata. Kalau mata melekat atau pedih di waktu pagi, bersih dengan cotton ball menggunakan sterile water.
5. Jangan nak SPLASH air ke muka
6. Rilex Smile - tak boleh buat aktiviti air dan pakai makeup at least seminggu
7. LASIK - tak boleh buat aktiviti air selama SEBULAN & tak boleh pakai makeup at least seminggu

Overall, Azie bagi 5 bintang servis di Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya. Sesiapa yang nak buang rabun jauh silalah call untuk appointment. Minggu ni dah genap 2 minggu. Mata dah mula nampak segala-galanya dengan sempurna.

Pernah buat lasik / relex smile dengan Prof? Bila korang buat. Macam mana mata korang sekarang. Care to share? Thanks in advance ^___^




28 comments:

  1. betul ke rabun yang power dia betul2 tinggi je baru boleh buat lasik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisya,
      Power rendah pun boleh. Yang penting keadaan mata mesti baik =)

      Delete
    2. salam azie, berapa kos untuk relex smile?

      Delete
    3. Salam Fadhli. Kos dah mention kat atas tu

      Delete
  2. Brapa lama tempoh untuk dpt vision yg fully clear? Brapa power pn msa buat relex smile?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aza Yana. Power saya lebih 5.00 masa buat. Lepas seminggu vision fully clear. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Wah..cepatnya..sy buat bln jun..but up to this day msh xfully clear..rsau jgk ni sbb dah spent over 10k just for this..anyway thank you for replying

    ReplyDelete
  4. Wah..cepatnya..sy buat bln jun..but up to this day msh xfully clear..rsau jgk ni sbb dah spent over 10k just for this..anyway thank you for replying

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aza Yana,
      Eh lama sangat tu. Dah follow up dengan klinik?

      Delete
  5. Blum..sy dr penang..jauh so nk kna cri msa sesuai untk pegi..dh byk kali ambil cuti untk tujuan ni sbenarnya..huhu

    ReplyDelete
  6. Allahh, seronoknyaa tak payah pakai cermin mata lagi. Saya sekarang masih belajar, jadi memang tak ada kemampuan lagi nak buat pembedahan ni. Doakan saya dimurahkan rezeki dapat kumpul duit untuk buat pembedahan ni ya kak. Seronoknya tak rabun lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hajar Nur,
      Amiin. InshaAllah moga doa2 Hajar Nur makbul :D

      Delete
  7. jika power hampir seribu macamana? masih boleh buat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shila,
      Ada limit power mata untuk LASIK & Relex SMILE ni. Tak ingat pulak berapa. Boleh sms tanya klinik prof untuk maklumat lanjut. Ketebalan kornea pun penting juga. Kalau nipis mmg tak lepas.

      Delete
  8. ada rawatan ulangan/ rawatan ulangan percuma kalau jd balik rabun tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi En Ramli
      Rawatan susulan lepas procedur ada. FREE.
      Kalau rabun balik after a few years tu memang takde. Pakai spek balik la jawabnya.

      Delete
  9. Hi Azie! Mcm mana keadaan mata sekarang?
    Juz nak tanya, lepas buat Smile :
    1. Azie pergi kerja pakai spec hitam ke? Berapa lama tempoh pakai spec hitam?
    2. Kalau dekat rumah, mcm mana pula? Adakah lampu2 di rumah boleh beri kesan sampingan?
    Contoh, waktu malam mesti kena buka lampu utk masuk bilik air dan sebagainya. Ahh susah pulak nak buat soalan ni, tp kiranya mcm mana nk hadapi pencahayaan di rumah? Haa lebih kurang mcm tu lah kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Teacher Hanim,

      Mata sekarang Alhamdulillah. Nampak dunia dengan terang & jelas. Syukur dan gembira! Tapi kalau kurang air dlm badan, mata akan rasa kering. Sampai sekarang azie masih standby eye drop dlm handbag. Just incase rasa tak selesa.

      1. Ya, setiap masa berkaca mata hitam. Lebih kurang sebulan. Untuk lindungi mata dari cahaya, aircond, habuk dll. Ohh dan tak memasak juga lebih kurang sebulan. Bukan apa takut bawang & cili masuk mata. Masa nilah nak manja2 lebih sikit dengan partner :P
      2. Dalam rumah pun pakai spek hitam. Lampu? Awal2 tu ada kesan silau terutama lampu putih. Berair juga air mata kalau silau2 ni. Alhamdulillah housemate prihatin. Dia pi beli lampu ikea mentol kuning. Dalam sebulan tu rumah hanya guna cahaya kuning. Baru mata rasa lega. Adakah ini jawapan yang dicari? Harap2 membantu. Hehe

      Delete
  10. Hi Azy, nak tanya boleh bayar installment ke? Or kena cash terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, guna kad kredit boleh installment :D

      Delete
  11. Assalamualaikum Azie.. sy pernah Chek mata untuk lasik.tp xlayak sbb kornea nipis.power pulak cecah 8.00 dan 7.00. Agak2 Azie,sy layak ke untuk relex smile?

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum Azie..harga kos Lasik dan Relex Smile tu utk kedua-dua belah mata atau sbelah mata saja? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baiyah. Kos utk sepasang mata.

      Delete
  13. Saya nak tanya kalau power 1000+ boleh buat lasik je ke ?

    ReplyDelete
  14. salam..harga yg tertera tu untuk dua2 mata ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diyanx. Ya untuk sepasang mata :)

      Delete
  15. lepas saya baca ni, saya baru buat appointment minggu depan turn saya. saya harap semuanya berjalan lancar power saya 8.00 semoga dipermudahkan 21 tahun bergantung pada spek+lense. saya pilih relex smile rasa berdebar plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, mudah-mudahan semua urisan berjalan lancar. No worries, tak sakit pun & paling penting kene rilex & jangan nervous. Good luck :)

      Delete