Translate

No-No-NO!

Pagi 1 Syawal 1437H


Eid Mubarak 1437H


Pagi 1 Syawal 1437H macam biasa semua wajib bangun awal untuk pergi solat sunat Aidilfitri. Tahun ni hanya kami berlima je yang ada di pagi 1 Syawal: Ayahbonda, adik bongsu, husband & I. 


Sebelum pergi masjid sunat makan dulu. Jadi pagi tu alas perut dengan juadah raya nasi impit, rendang dan kuah kacang. Balik masjid baru kita pulun nasi dagang.


Eid Mubarak semua :)


Saling bermaaf-maafan dan berkasih sayang bersama keluarga ;)

Sepatutnya tahun ni beraya di Terengganu. Apakan daya, adik perempuan masih bertugas 'ON CALL' di malam raya. Jam 10 pagi baru dapat bertolak dari Taiping ke Seremban. Adik bongsu pulak masih bertarung dengan final exam clinical after raya. Jadi kiteorang sepakat raya di Seremban sahaja. Kak Ngah je wakil yang balik Terengganu. Lepas raya baru balik kg Terengganu. InshaAllah.

Lepas solat Aidilfitri, baru makan kenyang-kenyang
Then aper lagi...mulalah berjalan raya di rumah saudara mara jiran tetangga di Seremban dan terima tetamu yang datang.

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A

6 comments:

  1. suka semua flat lay you =D rerajin update blog dengan flatlay ye. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Hehe memang suka buat flat lay nih!

      Delete
  2. salam aidilfitri. selamat hari raya..
    maaf zahir batin =)

    ReplyDelete