Pages

Ahad, 31 Julai 2016

Part 2: Dulu Rabun Jauh Kini Telah Nampak Jelas!

Assalamualaikum.

Baca sini [ PART 1 ] 

Jumpa Prof Muhaya untuk consult mata 2 hari sebelum raya. Prof Muhaya bagitahu mata Azie sesuai untuk buat LASIK dan RiLEX SMILE. Jadi keputusan di tangan Azie. Lepas discuss dengan suami, buat kira-kira sikit dan tengok bajet akhirnya Azie & husband decide untuk buat RiLEX SMILE. Alhamdulillah husband sangat supportive! Meh nak reveal beberapa info dan pengalaman Azie melakukan Lasik (RiLEX SMILE) di Klinik Prof Muhaya Kajang.

Kalau yang jauh-jauh tu elok decide awal2. Sama ada nak buat LASIK atau RiLEX SMILE. LASIK memang perlu hari berbeza dengan hari pemeriksaan mata dan LASIK hanya dibuat hari Jumaat sahaja. Sebab Sabtu Ahad boleh rehatkan mata dari bekerja. Kalau RiLEX SMILE pergi check mata terus boleh buat rawatan. Dapat MC sehari. Tak perlu ulang 2x ke klinik. 

Macam kes Azie ni kena datang 2 kali sebab awal2 decide nak buat LASIK. Masa hari pemeriksaan mata tak boleh pulak nak buat keputusan. Kalau dah putus nak buat RILEX SMILE settle dah sebelum raya hari tu. Raya memang mata baru lah. Pastu mata foggy sepanjang hari raya. Hahaha. Rupanya ada hikmah juga tak dapat decide awal2 aritu. Bolehla raya sakan dulu. Hiks. Appointment  ke-2, 14 Julai 2016 jam 8.30am. 

Kos LASIK Pemium bawah 35 tahun: RM7,200
Kos LASIK Presbyond 35 tahun ke atas: RM8,200
Kos RiLEX SMILE: RM11,700
Cara pembayaran : CASH / DEBIT CARD / CREDIT CARD atau campur2 pun boleh.

RiLEX SMILE vs LASIK

Rilex Smile
1. Pembukaan kornea 2-4mm
2. Tempoh sembuh 1-3 bulan
3. Keseluruhan rawatan hanya 10 minit untuk kedua belah mata
4. Rawatan boleh dilakukan pada hari yang sama dengan pemeriksaan mata
5. Mata kurang rasa kering

LASIK
1. Pembukaan kornea 20mm dan perlu 'flap' (buka kornea)
2. Tempoh sembuh 3-6 bulan
3. Keseluruhan rawatan lebih kurang 15 minit untuk kedua belah mata
4. Rawatan TIDAK boleh dilakukan pada hari yang sama dengan pemeriksaan mata
5. Mata jadi cepat kering

SEMASA HARI RAWATAN

1. Jangan lupa bawa UBAT TITIS yang diberi ketika hari pemeriksaan mata.
2. Jangan lupa titis antibiotic eye drop pagi sebelum prosedur (seperti yang dimaklumkan dalam jadual yang diberi)
3. Breakfast yang ringan-ringan sebelum ke Pusat Lasik Prof Muhaya
4. Jangan lupa bersihkan muka elok-elok. Datang dengan wajah natural dan bau yang natural =). DO NOT APPLY SKIN CARE, MAKE UP, AFTER SHAVE OR PERFUME. 
5. Elok tanggalkan semua baranh-barang kemas.
6. Pakai pakaian longgar dan selesa. 
7. JANGAN DATANG SORANG. Pastikan berteman. Sebab TAK DIBENARKAN drive lepas rawatan.
8. Jangan lupa bawa kaca mata hitam gaya mutu keunggulan =p
9. Datang awal tepati waktu appointment
10. Sampai je terus ke kaunter register dan inform appointment anda hari ni jam berapa dan rawatan pilihan
11. Tunggu nama dipanggil untuk buat pembayaran
12. Selesai pembayaran tunggu nama dipanggil untuk rawatan
13. Masuk dalam bilik rawatan akan diprep. Keliling mata akan disapu dengan ubat sterile. 
14. Sebelum rawatan akan ada penerangan oleh STAF Prof Muhaya. Dengar penerangannya elok2. 
15. Bila tengok machine, bila tengok keliling bilik...CONFIRM masa ni jantung dah BERDEGUP KENCANG. Baca Surah AL-Ikhlas tarik nafas hembus. Ulang banyak kali sampai rasa agak cool dan reda.
16. Lepas dah siap pakai baju untuk opt dan dititis segala macam ubat, pandangan anda mula kabur perlu baring di tempat yang disediakan.
17. Baru Prof Muhaya masuk bilik rawatan dan sedia mulakan prosedur. Prof dan staf akan baca doa dulu sebelum mula rawatan.

KETIKA PROSEDUR BERLANGSUNG

Suara dan kata-kata hikmah, ayat-ayat yang baik dari Prof yang penuh kelembutan tu melegakan rasa gugup di hati. Alhamdulillah. So no worries ya uols. Ingat tips ni, kalau berdebar baca Surah Al-Ikhlas, tarik nafas dan hembus. Ulang dan ulang lagi. Azie patient pertama. Patient lain pulak ramai-ramai masuk sekali dan boleh tengok. Suami tunggu di viewing area untuk tengok live prosedur dibuat. Pastu ada pulak orang lain menyibuk sekali nak tengok. Prof minta izin Azie dulu. Kuizinkan juga dalam terpaksa. Of course...nervous to the max jugak. Azie ikut tips ni alhamdulillah jantung yang mula berdegup kencang awal-awal tadi dapat dikawal sepenuhnya. Untuk RiLex SMILE penggunaan mesin canggih tu lebih 20 saat untuk satu mata. Lasik 16-17 saat. 

Selesai sebelah mata Prof cakap excellent & tahniah sebab azie tenang, rilex, cool dan tidak nervous. Mudah kerja Prof Muhaya. Prosedur pun ikut masa yang sepatutnya. Prof Muhaya boleh detect melalui saraf-saraf pada mata kita. Kalau kita gugup sangat, berdebar, jantung bergerak laju, nervous...saraf mata kita akan jadi tegang & stress. Boleh jadi prosedur anda akan jadi lebih lama. Jadi cuba setenang ya boleh =) Kemudian teruskan dengan mata kiri pulak. Selepas lebih kurang 10 minit selesai untuk kedua-dua belah mata. Alhamdulillah. Syukurrrr Ya Allah. 





Mesti korang tertanya-tanya kan. SAKIT KE TIDAK? Berdasarkan pengalaman Azie RiLEX SMILE MEMANG TAKDE RASA SAKIT LANGSUNG. Kita dalam keadaan sedar dengan apa yang berlaku. Sebelum mula prof akan letak something dalam mata untuk tahan mata dari berkelip. Proses tu pun tak rasa apa-apa. Kemudian Azie nampak cahaya hijau. Fokuskan pada cahaya hijau sampaila ia beransur-ansur hilang. Jangan pulak mata melilau ke kiri ke kanan. Kemudian ketika Prof godek-godek mata nak buang lapisan tu pun memang tak rasa apa. Mata kita dah kabur. Kita hanya tengok pada cahaya putih sahaja (cahaya lampu). Bila tengok video memang rasa ngeri tapi kita yang sedang buat ni takde rasa apa. Siap boleh thumbs up lagi kat suami. Ok kalau itu tak cukup meyakinkan, siap toleh dan senyum lagi kat suami lepas selesai sebelah mata. Maknanya tak rasa apa-apa. And I'm OK.

Perasaan lepas selesai? Cuak Ya Rabbi! Berdebar nak buka mata. Janganla pulak expect right after lasik / rilex smile, kualiti mata terus macam channel HD. Memang tak mungkin. Buka mata.....memang foggy. Jerebu habis semua tempat. Nampak Prof nampak semua staf nampak peralatan dalam bilik tapi foggy. Tak boleh baca tulisan di dinding Prof. Nampak suami tengah melambai-lambai sambil tersenyum dari viewing area tapi foggy! Itu memang pemandangan normal lepas prosedur. Kena sabar dan sentiasa positif.

Keluar bilik...suami dah menyambut kat luar. Azie diminta tunggu di luar bilik rawatan. Nanti selesai semua patient prof nak jumpa semula untuk check keadaan mata sebelum balik. Sementara tunggu patient lain, staff prof (aunty yang baik hati) offer kiteorang roti bakar dengan milo panas. Alhamdulillah. Boleh alas perut. Kiteorang memang tak sempat breakfast pun pagi tu. Kalut. Kajang agak jauh dari rumah. Ketika tunggu Prof selesai tak lupa titis ubat ikut jadual yang diberi. Foggy teruk tadi makin beransur pulih. Dah mula nampak tulisan-tulisan. Mata yang ala-ala kemerah-merahan sejurus keluar bilik rawatan tadi main berkurangan kata suami. 

Dipanggil masuk dalam bilik jumpa Prof. Prof Muhaya cakap prosedur berjalan dengan baik. Keadaan mata sangat ok. Alhamdulillah Azie boleh baca huruf-huruf yang besar di skrin Prof. Tulisan kecik tak nampak. Foggy. Sesi bertemu dengan prof hari ni agak lama dan adalah yang paling tersentuh di hati sanubari. Kata-kata Prof muhaya, pesanan kasih sayang Prof Muhaya membuatkan Azie bukan sahaja celik mata hari tu, tapi celik hati juga. SOBS. SOBS. SOBS. Macam mak-mak beri nasihat kepada anak-anak. Sebelum keluar bilik...Prof ajak bergambar. Selesai bergambar berpeluk-pelukan dengan Prof dan ucaplah terima kasih. 

Keluar klinik, masuk kereta terus menangis sekuat hati depan suami. Menangis semahu-mahunya. Dahla baru buat rilex smile, ko menangis pulak! Air mata berjela-jela keluar. Jenuh suami nak tenangkan perasaan dan keadaan. Hahaha. Sorry en suami, saya emosi terlebih. Tak pernah terfikir dapat hilangkan rabun jauh. Ingat sampai ke tua dah kena pakai spek rabun jauh. Masa tu mata dah mula nampak lebih jelas keadaan sekeliling walaupun masih tidak sharp. Dah boleh baca tulisan di dinding klinik prof dari dalam kereta. Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH!

SELEPAS HARI RAWATAN

1. Mata kering merupakan kesan ketara lepas rawatan lasik atau Rilex Smile. Jadi penting titis ubat ikut schedule yang ditetapkan.
2. Mata akan sensitive terhadap cahaya.
3. DO NOT RUB OR APPLY PRESSURE ON THE EYE
4. Cuci tangan bersih sebelum nak sentuh-sentuh keliling mata. Kalau mata melekat atau pedih di waktu pagi, bersih dengan cotton ball menggunakan sterile water.
5. Jangan nak SPLASH air ke muka
6. Rilex Smile - tak boleh buat aktiviti air dan pakai makeup at least seminggu
7. LASIK - tak boleh buat aktiviti air selama SEBULAN & tak boleh pakai makeup at least seminggu

Overall, Azie bagi 5 bintang servis di Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya. Sesiapa yang nak buang rabun jauh silalah call untuk appointment. Minggu ni dah genap 2 minggu. Mata dah mula nampak segala-galanya dengan sempurna.

Pernah buat lasik / relex smile dengan Prof? Bila korang buat. Macam mana mata korang sekarang. Care to share? Thanks in advance ^___^



Rabu, 27 Julai 2016

Part 1: Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya


Assalamualaikum. Ya betul. Azie sebenarnya rabun jauh dan berkaca mata sejak 17 tahun lepas. Tingkatan 4 & 5 belajar di asrama. Banyak membaca dalam gelap *banyaklah sangat!* pastu tengok tv dekat-dekat *memang padan muka. Sekarang rasakan!*. Mula rabun ketika nak SPM. Masa tingkatan 5 kalau duduk di belakang dah tak nampak jelas papan hitam. Kawan-kawan hostel blok depan duk melambai-lambai pun tak nampak. Janganlah ada yang kata kita sombong.

Serabut dengan spek, zaman matrik mula belajar pakai contact lense. Huiii memang seram gila nak letak contact lense walaupun dalam mata sendiri. Sudahnya roommate yang tolong letakkan. Boleh pulak gitu? Setiap pagi my darling roommate tolong tenyeh2 kan mata iols ni. Pakai contact lense perlu rajin. Perlu hygiene. Contact lense maksimum pun boleh pakai 8 jam. Jadi bila dah pandai ber contact lense, most of the times memang pakai lense. Kadang-kadang pakai lebih 13 jam. Mujur tak dapat infection!

Zaman belajar, sedikit MALAS. Break tengahari balik bilik. Tidur sekali dengan contact lense. Memang berani. Bila tinggal solution kat bilik, mata rasa gatal2 suka hati rub dengan air dari tap water. Semua tu penjagaan yang SALAH SAMA SEKALI! Perangai buruk ni berterusan sampai uni. Bila ada kejadian lense hilang dari mata lepas bangun tidur, barulah panik habis . Mak abah cuak tak berdarah. Lepas urut2 angkat-angkat kelopak mata, baru lense turun semula. Pengajaran. Lepas tu setiap kali tidur walaupun sejam bukak juga contact lense.

Eh panjang membebel. Kita pendekkan cerita. Terjentik tangkai hati untuk bai bai spek dan selamat tinggal contact lense. Pasang impian dan angan-angan nak buat LASIK sebelum pergi umrah. Nak tengok Kaabah dengan jelas. Mudah-mudahan dapat beribadah dengan lebih baik & selesa. Pergi masjid asik terjatuh spek time nak rukuk sebab sangkut kat leher baju. Nasib tak baik kena pijak dengan orang saf depan. Selain rasa letih dengan semua penjagaan-penjagaan rapi dan kepala asik pening dengan power mata yang makin naik mencanak-canak ni...terasa keberanian dan keyakinan diri membuak-buak nak buat LASIK. Bila niat kerana Allah SWT, maka Allah SWT permudahkan jalan dan percepatkan urusan. Tak sangka secepat ini boleh buat LASIK *cry* *cry* *cry*

Bila sebut LASIK. Dalam fikiran tiada yang lain. Terus teringat Prof Muhaya. Memang tak survey dah. Bila ia berkait dengan pancaindera utama pasti kita mahukan doktor yang terbaik bukan. Jadi macam mana caranya atau step by step nak buat LASIK?

Pastikan DAH 10 hari TAK PAKAI CONTACT LENSE
sebab soalan ini akan ditanya ketika call untuk buat temujanji

Buat temujanji untuk pemeriksaan mata dan tentukan status mata sama ada layak atau tidak untuk menjalani rawatan ReLEx-SMILE / LASIK.

Call Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya
03-8741 5138 (waktu pejabat sahaja) @ 
017-8771819 (SMS/WhatsApp sahaja)
Kalau ada pertanyaan apa-apa boleh terus bertanya pada mereka ni.
Cth: Boleh tak mata juling nak buat LASIK? 
Cth lain: Saya ada diabetis, boleh ke nak buat LASIK?
InshaAllah pasti mereka boleh jawab sebaiknya.

Alamat
Prof Muhaya Eye and Lasik Centre, S-29 Ground Floor Pearl Avenue Condominium, Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
8.30 am - 5.30 pm

Appointment Azie untuk pemeriksaan mata
 ISNIN, 4 Julai 2016 jam 9.00am - 8.00am
*Rabu 6 Julai Raya uols! Tak sempat nak guna mata baru masa raya*

Kos pembayaran pemeriksaan mata
Rm660 (bawak duit secukupnya)
Kita diminta datang berteman : limit seorang sahaja untuk keselamatan& keselesaan. 

Lain-lain Info 
1) Pemeriksaan mata mengambil masa 3-4jam 
2) Kalau setuju buat LASIK, bayar deposit RM810. LASIK - perlu lakukan hari berbeza dengan pemeriksaan mata
3) Tarikh surgery klinik akan tentukan
4) Total kos : RM7,200- RM11,700 untuk  kedua belah mata 
5) Rawatan ReLEx-SMILE - boleh dilakukan hari yang sama dengan pemeriksaan mata

Step pada hari pemeriksaan mata

1. 8.30 klinik buka terus ke kaunter pendaftaran. Inform nama dan waktu appointment.

2. Then duduk sebentar tunggu nama dipanggil untuk isi borang details. Antara info yang ditanya nama, alamat, berapa lama kita berkaca mata, berapa lama kita dah pakai contact lense, most of time kita pakai spek or contact lense. 

3. Diberi 1 buku khas. ReLEx-SMILE / LASIK Post Operative Guideline. BACA & HADAM. Sila ulang banyak kali baca. Dalam tu ada details kesan-kesan selepas rawatan, details yang perlu dilakukan pada hari surgery, do & don'ts, expected visual outcome. Fahamkan sebab ia sangat PENTING.

3. Nama dipanggil untuk mulakan eye assessment. Masuk dalam bilik pemeriksaan. Anda nampak beberapa machine yang canggih manggih. Pemeriksaan dilakukan oleh mereka yang bertauliah. Berdasarkan pengalaman Azie, ada 5 mesin yang digunakan. Bermula dengan test power mata, then bola mota, kemudiaan ketebalan kornea mata. Next to measure the cross section of optic nerve head and macular. Last sekali baru jupa optometrist macam nak buat spek baru tu. Selesai semua procedure tunggu luar semula hingga nama dipanggil untuk berjumpa Prof Muhaya.

4. Sesi konsultasi bersama Prof Muhaya. Masa ni korang nak tanya apa-apa soalan silakannnn.

Alhamdulillah, selepas pemriksaan mata bersama Prof, mata Azie in excellent condition walaupun power mata naik sehingga 5.20! Mata Azie sesuai untuk kedua-dua rawatan. Kalau nak buat Relex-Smile boleh buat dah on the spot. Azie tak boleh nak decide lagi. LOL. Datang sebenarnya nak buat LASIK. Bila dengar penerangan Prof terus bertukar nak buat RELEX-SMILE. Macam mana nih? Prof cakap balik dulu, lepas raya boleh decide.

Tau dah mesti korang tertanya-tanya. Apa pulak ReLEx SMILE ni? 

SMILE - Small Incision Lenticule Extraction

Apa beza LASIK dengan ReLEX-SMILE?


Moga-moga pencerahan dari Prof membantu korang buat keputusan ^_^

Ada banyak  lagi info yang kita patut tahu sebelum buat LASIK. Ada dinyatakan dalam guideline ni. Ini hanya petikan page 3 & 4 sahaja. 
Jadi kena baca betul-betul dan hadam booklet yang diberi ni.

Eye Assessment -  Mata kena buntangkan banyak kali. Kena tahan berkelip. Kena pandang macam-macam cahaya. Proses eye assessment menyebabkan bola mata kita jadi kembang. Sebab tu prosedur LASIK perlu dibuat pada hari lain. Tapi tidak menjadi masalah dengan rawatan ReLEX SMILE.


NOTA: Kalau korang dah buat keputusan nak buat Relex-Smile, lepas pemeriksaan mata terus korang disiapkan untuk prosedur. Boleh buat hari yang sama. Jadi orang yang tinggal jauh tak perlu datang 2 kali. Tapi sila sediakan wang secukupnya untuk rawatan ini ^_^ . Pembayaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum prosedur dijalankan. Boleh secara cash / debit card / kredit card. Mahal? Jangan risau ada installment sehingga 18 bulan.



Ahad, 24 Julai 2016

Jibby & Co - Open house Raya - Day 3 Post-Operative ReLEx-SMILE


Assalamualaikum

Hai semua =)
Hari ni hari ke-3 Post Operative ReLEx-SMILE.
Terpaksa berlagak cool kehulu kehilir dengan spek hitam lambang gaya peribadi.
Kalau tidak nanti air mata keriangan berjurai-jurai jatuh di pipi.
Tak suka tapi bertabah jelakan.
Mata ni agak pedih dan tidak selesa disebabkan sinaran cahaya (matahari / lampu) yang terasa sibuk memanah-manah menusuk ke mata.
Oh btw nak bocor rahsia ni. Dah hari ke-3 tak cuci muka dengan facial foam dan keluar berjalan tanpa sebarang makeup juga bedak! Opss. Arahan doktor tau. Mujur ada shawl #duckscarves #thebloomingrose . Terus confident level naik lebih tinggi. Eh?

Hati suami pulak terus bunga-bunga bila nampak isteri pakai shawl bunga-bunga. 
Langsung berdating dan TERBELANJA makan di Jibby & Co. LOL.
Tak taula kali ke berapa pi makan sini. 
Kalau nak makan special inilah tempat we ols.
Sebab makanan di sini boleh kata majoriti sedap-sedap belaka & menepati citarasa anak tekak dan keselesaan perut we ols.
Kali ni suami order Soft Shell Crab dan Azie order Basil Pasta. 
Pasta dia sedaaap terangkat! 
Menu ni sangat sesuai untuk orang vege. Semua bahan berasaskan sayuran.

Memang saja nak tambah kg kan! Jadi kita makan lagi. 
Open house raya rumah aunty in laws di USJ. 
Masa ni semua tetamu dah pulang. 
Jadi tuan rumah yang maha peramah tu cakap buatla macam rumah sendiri. 
Makan memang bertambah. 
Menu Nasi Bukhari, Ayam masak resepi Yemen, ada lemang, ketupat, serunding daging & lontong.
Puding caramel dan air koktel sebagai pencuci mulut.
Celah mana sumbat tak tau. 
Yang Azie tau semua menu dapat rasa dan masuk dalam perut! LOL.
Terbaik & terima kasih tuan rumah. 
Tuan rumah pun kaki travel. 
Sempat dia cerita pengalaman berlasik di Cairo Mesir. 
Kos lasik di sana hanya RM1000! Yes u heard me. Only RM1000 okey. 
Murah ya amats. 10x ganda dengan kos lasik Azie. SOBS. 
Tuan rumah nak fly ke Jepun pulak hujung bulan ni. 
Happy holidays. Moga melimpah ruah rezeki tuan rumah.

Malam bukak balik kertas Lasik Medication Guide
Titik Vigamox
Titik Maxidex
Lepas solat titik Systane
Telan Carotomax Shaklee untuk kesihatan mata =)
Pakai eye mask
Pakai stokin

Good night & sweet dreams =)

Khamis, 21 Julai 2016

Terapi Mata Setiap Pagi


Salam 16 Syawal 1437H

Korang dah habis puasa 6. Azie baru harini Day 2. Wish me luck supaya dapat habiskan sebelum Syawal berlalu pergi. Dan harini juga dah genap seminggu Azie buar surgery Rilex Smile dengan Prof Muhaya untuk buang rabun jauh. Hari ni hari terakhir titis ubat No.1 & No.2. Ubat No.3 & No.4 kene continue lagi at least untuk 3 bulan.

Jadi entry blog Azie untuk 3 bulan ni pendek2 jela ya. Hehe. Taknak pressure mata lama-lama mengadap laptop. Ini pun dah siap pakai spek Blue Control (yang acah2 protect mata dari semua benda digital). Pening pulak pakai spek ni awal2 (walaupun takde power). Nanti Azie buat satu entry khas untuk Rilex Smile ni.

Rilex Smile, mata perlukan masa sebulan - 2 bulan untuk sembuh sepenuhnya. Dalam tempoh tu perlu jaga mata sebaiknya. Jika lasik masa sembuh sepenuhnya dari 3 - 6 bulan.

Jadi ini terapi mata Azie setiap pagi! Bangun pagi sejuk sangat mata tengok pokok-pokok hijau gini. I likeeeee...





Dengan harapan mata ni cepat sembuh =)

Till then wassalam.

Sabtu, 16 Julai 2016

Resepi Ikan Patin Tempoyak Temerloh Senang & Ringkas


Throwback 3 Syawal 1437H,


Harini nak makan nasi putih! Udah-udahle tu nasi impit kuah kacang rendang ayam mahupun rendang daging. Hari ni abah request nak makan ikan patin masak gulai tempoyak. Kiteorang memang suka makan gulai tempoyak ikan patin ni. Asal lalu temerloh mesti jamah menu ni. Suami pulak katanya trauma lauk pauk berasaskan tempoyak. Jadi memang tak geng lah. Untuk suami kena asingkan ikan patin untuk digoreng. Bonda tukang adjust rasa dan tukang monitor je. Hiks.

Bahan-bahan

Seekor Ikan Patin
6 sudu besar tempoyak
4 cawan air - kepekatan kuah ikut yang disukai
Segenggam cili padi merah
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam


Basuh ikan patin dengan tepung gandum bagi hilang rasa hanyir


Tumbuk cili merah + segenggam cili api merah + 1 inci kunyit


Masukkan 6 sudu besar tempoyak. Tumbuk & gaul sebati


Masuk 6 sudu tempoyak dan 4 cawan air dalam periuk. Renehkan hingga masak. Hampir masak, taburkan garam dan masukkan secekak daum kesum.


Siap sedia untuk dimakan! Makan bersama nasi panas + ulaman + budu. Nyummmssss ^_^

Kalau tengok bahan-bahan dan cara masak, macam senang, mudah & ringkas sangat. Tapi masih perlu praktis untuk dapatkan rasa yang benar-benar ori dari Temerloh. Rasa ikan patin gulai tempoyak ni bergantung pada cara pembuatan tempoyak jugak. Tempoyak mahal gile sekarang ni. RM40 sekilo! Takpe practise makes perfect. Selamat mencuba!


Jumaat, 15 Julai 2016

Nak Nasi Arab Kabsah Mudah & Ringkas?


Throwback 2 Syawal 1437H,

Harini masak nasi arab! Kita masak nasi Arab Kabsah guna rempah umi buat sendiri. Easy peasy. Ini sangat diakui oleh Bonda. Kalaulah macam ni setiap hujung minggu boleh masak nasi arab! Tidak pernah terfikir nak masak nasi arab sendiri di rumah. Tak reti nak adun segala rempah ratus tu. Kalau kat Seremban nak makan nasi Arab pergi je Damsyik. Kalau di Shah Alam start kereta pergi je Aroma Hijrah. Selesai masalah. Tapi sila sediakan wang lebih kalau nak makan 10 orang. Hiks.

Dahla sedap menjilat jari. Mudah, ringkas dan cepat siap betul nasi arab kabsah guna rempah Umi ni. I like sangat.

Inilah rempah nasi arab yang kiteorang guna. Korang pun kena ada stok kat rumah rempah ni. Highly recommended.

Beras ni 400g. Sekali masak boleh untuk 5-6 orang sekali makan. Bonda tambah lagi 1 pot beras basmathi. Jadi kiteorang berenam dapat tambah menambah dengan jayanya. Dalam sepaket ni ada rempah kasar dan rempah halus. 

Sapa nak try? Aritu balik kampung ambik 10 pek je. Lepas 2 hari langsai dirembat orang kesemua 10 pek. Boleh PM azie nanti.

Bonda masak guna periuk Noxxa. Ikut je step 1,2,3 & 4 seperti di pek pembungkus. Set kan high preassure. Tekan 5 minit. Then siap! Style nasi arab kabsah umi ni ayam buh sekali dalam nasi. Tak seperti sesetengah rempah nasi arab yang lain..ayam kene rebus, panggang dan macam2lah. Agak leceh disitu. 

Sementara tunggu nasi masak, siapkan acar seperti biasa. Timun dan lobak dipotong dadu. Potong sikit bawang besar dan cili. Jangan lupa hirisan daun ketumbar. Resepi Sos Sallatoh pulak kisar tomato, cili merah, batang ketumbar, gula, garam & perahan lemon. Ada sesetengah kedai nasi arab panggil acar sebagai sallatoh dan sos merah tu sebagai sos harrah. Terpulang ;)

Siap semua untuk dihidangkan. Perhhh memang mudah yang amats buat nasi arab macam ni. Tak sempat nak keluar peluh kat dapur. Hehe.

Jangan jeles. Terima kasih Umi. Sangat memudahkan. Semua anak2 umi pass cemerlang buat nasi arab. Hahaha.

Rabu, 13 Julai 2016

Shopping Raya 2016


Banyak ke open house korang? Hari-hari lain persalinan kah. Jenuhla orang KL raya 30 hari. Setiap kali open house perlu ada persalinan baru. Tahun ni kita tak berapa nak shopping sakan. Sebab tak balik kampung. Jadi kurang berjalan. Hanya raya di Seremban. Asalnya nak tema warna-warni juge. Tapi baju raya #teamlelaki tahun ni ditaja oleh ayahanda. My Ayahanda now dah pandai order baju raya online *sungguh ku tak percaya ini!!*. TAK ACI kan. Baju raya kita takde sapa ke yang nak taja? Ok fine. Kita beli baju raya sendirian berhad.

Bila suami bekurta. Si isteri mahu berjubah. Puas belek-belek kedai online di Instagram, akhirnya berkenan dengan jubah Love To Dress ni. Nampak modest dan elegant walaupun berjubah moden. Gigih pergi MODVIER di Bangsar sebab nak warna putih matching dengan suami tapi yang ada size hanya warna hitam seadanya. Stress. Sekejupan dah abis licin size. Padehal baru pagi tu launching. Jadi hitam pun hitamlah asalkan ada baju di pagi raya. The best part of this dress is, it has a full viscose lining. Super comfy material!

Its effortless flow! Thank you for making me extra pretty ^_^ di pagi Raya
Ellery dress : Love To Dress
Shawl : Ariani


Shawl pulak of course dari Fashion Valet. Terlalu tempting The Songket Duck. Yang akhirnya tak sempat pakai raya. Ramadan dah selamat rasmi. Packaging raya Fashion Valet kali ni memang terbaik. Siap box bagai. Terasa macam dapat hadiah hari raya walaupun dari diri sendiri. Ahaks.

Warna pilihan

Kredit: IG: Duckscarves

Lawa je bila Vivy pakai. Bila sendiri pakai?

So-so jek!

Eh itu je ke hasil shopping raya?
Haaaa la. Itu sahaja hasil belian untuk diri sendiri.
Ok bai.

Nota: 1 Syawal paling best scroll Facebook dan Instagram. Penuh dengan gambar raya keluarga sahabat handai. Macam-macam fesyen dan warna. 
Suka ;) 
Korang raya tema warna apa tahun ni?

Selesai Misi Ramadhan 1437H


Assalamualaikum dan Salam 8 Syawal!

Hai semua. Still in Eid mode, silent readers? Me too. Selamat tinggal Ramadhan 1437H. Cepatnya Ramadhan berlalu pergi. Masih bersisa rindu pada suasana Ramadhan. Pejam celik pejam celik harini dah 8 Syawal. Tak sempat nak buat banyak entry masa Ramadhan. Masa terlalu singkat. Syukur sangat sebab misi Ramadhan 1437H kali ini berjaya diselesaikan. Semuanya dengan izin Allah jua. Nak tahu ke apa misi Ramadhan kali ni? 

Sibuklaahhhh korang ni. Ok mehla nak share. 

Misi 1: Iftar bersama keluarga tersayang

Air tangan bonda adalah juadah berbuka yang terpaling sedap di dunia
.
.
.
Misi 2: Balik kampung dan iftar bersama ayahbonda tersayang

Rojak dan nasi ayam adalah menu signature bonda di Besut. Kuah kacang tu paling perfect di dunia ;)
.
.
.
Misi 3 : Khatam Al-Quran

Lama sangat dah tak khatam Al-Quran. Selalu tak berjaya habiskan dalam sebulan Ramadhan. Sobs. Alhamdulillah tahun ni Allah permudahkan dan doaku dimakbulkan *nak nanges*
.
.
.
Misi 4 : Luangkan masa dan Iftar bersama keluarga besar suami

BERTUAH teramat sangat dapat berkasih sayang dengan keluarga besar suami. Antara anugerah terindah dalam hidupku ;)
.
.
.
Misi 6 : Masak juadah iftar setiap hari

Satu pencapaian yang baik Azie! Keep it up. Hiks.
.
.
.
Misi 7 : Selesaikan amanah yang diberi

Misi menghantar sekut-sekut raya sebelum Aidilfitri 2016

Hantar semua sambal sreng sebelum Aidilfitri 2016. Pernah try tak sambal jawa berapi paling samseng abad ini? Sambal Sreng Wak Nang.
.
.
.
Misi 8 : Sedekah sebanyak yang boleh;) Jangan lupa sedekah kepada ibu bapa dan adik beradik sekali. Sedekah tak semestinya dalam bentuk duit.
.
.
.
Ok tu je. Next entry kita adalah misi shopping raya! #throwback Salah satu sunat di pagi raya adalah pakai pakaian baik/baru. Jadi nak tak nak kita kena juga shopping raya.
*baru ada masa nak update*