Translate

No-No-NO!

Size XXS Hingga 5XL ada di MCC MuslimahClothing.Com | Bangi Sentral


Assalamualaikum semua terutama wanita Muslimah yang santun anggun! 

Moga semua sihat sejahtera di bawah lindungan dan keberkatanNya.



Berasa sangat terpanggil untuk update belog tentang Muslimah Clothing.Com MCC di Bangi Sentral. Peminat jubah muslimah pasti familiar dengan jenama MCC Muslimah Clothing.Com kan. Terutama orang Bangi dan orang Shah Alam. Jenama ni rupanya menjadi sebutan ramai dan ramai peminat MCC rupanya! Rupanya kawan-kawan pun dah berkenalan lama dengan jenama MCC nih. Hiks. 

Azie baru tau yang rupanya MCC Bangi Sentral ni ada jual jubah muslimah dari sekecil size XXS hingga 5XL. Jadi wanita-wanita comel plus size di luar sana tak perlu runsing dan bimbang. Sebab mereka juga berpeluang menggayakan jubah dari desain-desain terkini tanpa runsing tentang size mahupun bentuk badan! Ohsem bukan.

Disebabkan baru tau, maka Azie teringin sangat nak jenguk Muslimah Clothing.Com MCC di Bangi Sentral. Kalau check kat FB diorang, rating mereka 4.4 dari 5 bintang! Rata-rata review customer pun amat memberangsangkan!


Yang Azie pergi ni di Bangi Sentral. Kat mana lokasinya?

Alamat: 2-17-1 Ground Floor,Jalan Medan Bandar 8,
Bangi Sentral (berhadapan dengan Minaz)


Antara aktiviti PALING BEST di hujung minggu: SHOPPING!!!  Ada OFF Season SALE uols!


Cak! Masha Allah, banyak baju raya cecantik nih! Jubah bersulam, bermanik-manik bling..bling.. yang bercorak. Hakak dah mula rambang mata ^_^ nak pilih


Alang-alang dah sampai sini, terusla pilih sepasang untuk dijadikan baju raya 2016! Raya tak lama lagi dah ni

Ada diskaun yang bisa meruntun jiwa. Blouse, tunic, palazo pakaian harian juga ada
Yang pastinya semua 0% Konvensional ; 100% Muslimah


Situasi mencuba jubah-jubah tak perlulah dipaparkan di sini. Walaupun tengah bulan (orang kata poket kering) tapi pengunjung tak putus-putus masuk dalam MCC Bangi Sentral ni. Tak percaya? Tengoklah kat belakang tu. Sekali tiga orang kat kaunter tunggu turn nak bayar. Cik Puan Aisyah kat belakang tu senyum manjang je melayan pelanggan. Gadis-gadis ayu di bahagian fitting room pun santun je melayan kerenah pelanggan yang macam Azie ni. Macam-macam kerenah. Dekat sepuloh kali ulang alik fitting room cuba try test jubah. Haih! Saiz di sini sedikit berbeza dengan size jubah di luar sana. Biasa size jubah Azie S atau M. Tapi di sini size Azie adalah XXS atau XS. Azie prefer satu size lebih longgar, jadi perfect size for me adalah XS. Akhirnya berjaya juga memilih Jubah MCC Koleksi Raya 2016 dari material yang Azie rasa paling selesa, santun, cutting yang longgar, decent look supaya boleh dipakai bila-bila masa dengan selesa. 

Terima kasih En.Nizar owner MCC Muslimah Clothing.Com kerana bagi peluang untuk shopping di MCC. Dapat merasai pelbagai material MCC, tengok dan pilih Jubah Koleksi Raya 2016 dan seterusnya memiliki Jubah MCC dari Koleksi Raya 2016. Saya amat suka! ^_^ Koleksi Raya Muslimah Clothing.Com MCC boleh lihat di SINI


TIPS memilih jubah dengan betul;

1. Menutup bentuk fizikal tubuh badan
2. Tidak ketat
4. Tidak jarang

 Raya dah dekat, masa untuk BAJU BARU ^_____^


1 comment:

  1. betul tips tu. sebab kebanyakkan baju yang diberi nama jubah ni ketat and jarang. takde ciri ciri tutup aurat langsung. kualiti kain tu kena titik beratkan jugak

    ReplyDelete