Translate

No-No-NO!

Selamat Pengantin Baru Diya & Anas!


Entry khas untuk pengantin baru dalam family kami!

Anas, Welcome to Sanusi Clan =)

Buat Diya & Anas 
Selamat Pengantin Baru! 
1 May 2016 

Enjoy the pictures!

Jakun dengan peralatan sejenis manusia bergelar photographer sekarang ni. Mula-mula ingatkan kipas yang takda bilah ala2 Dyson tu. Rupanya, alat bulat ni untuk dapatkan efek bulat pada mata. Gittewww. Dah ada..marilah kita berposing sekeping dua dengan alien  thing ni =p

Villa keluarga Sanusi. Konsep sangat klasik kontemporari gittew. Bumbung depan rumah bersambung dengan bumbung rumah depan untuk dapatkan efek kawasan majlis yang lebih luas. Kipas lampu semua siap. Lepas majlis sini lah tempatnya kaum keluarga berkumpul untuk sesi karoke. Eh!

Pelamin putih bersih macam ni adalah idaman kebanyakan pengantin. Cantik kan!

Majlis akad nikah di malam hari. Excited I tunggu Tok Kadi. Bukan. bukan. Excited nak dengar khutbah nikah. Ini efek pelamin di waktu malam. Romantiknya.

Selesai dah majlis akad nikah. Finally, adik iparku Diya bergelar isteri orang! Diya, ingat nih..sebaik-baik perhiasan dunia adalah Isteri Solehah ^_^

Seronok dan meriah bila adik beradik semua ada. Meriah sangat Villa Sanusi hari ni. Ini keluarga besar kami ^_^ . Ya Allah, ramainya adik-adikku! Anak sedara pun makin ramai! *terasa aging sangat* 
Yang pastinya mereka semua memang ohsem!

Kenduri maksudnya makan sedap dan banyak! Yay.

Ini menu untuk majlis akad nikah;
Agar-agar 'Carnival' warna warni hasil tangan Umi.
Ikan Gulai Kuning 'Lagu Jiwa Lagu Cinta'
Ayam Percik 'Terukir Di Bintang'
Kerabu Paru 'Aku dan Dirimu'
Semua lauk kenduri memang marveles dan ohsem! Burrpppp! Alhamdulillah.

Backdrop untuk para tetamu bergambar! Sebelum pengantin rasmi, izinkan budak kecik ni rasmikan dulu ^_^

Anak panah perlu ada, nanti tak jumpa pulak cendol nya. Kat sini Azie rasa cendol labu. Air tangan Uncle2. Masha Allah. Unik. Tapi sedaaaap yang amats terkenang sampai sekarang.


Maaf ye, semua sudah berpunya kecuali yang depan tuuuu. Hiks. 

Allah! Nawra, awatla lagu tuhhh. Hihi.

Lauk kenduri!


Ayam Golek 'Ku Pinang Kau Dengan Bismillah'. Tau tak ayam golek di Besut ni harga RM25 seekor! Huiii mahal Ya Rabbi. Kat Somban, baru RM16 sekor.

 Sira Labu 'Falling In Love With You' ni memang champion! Ohhh amat sedap to the max.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar semuanya. Moga penuh barakah. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan suasana. Moga-moga semua balik dengan kenyang perut senang hati.

Congrats Diya & Anas. We love you.
Padamkan api kemarahan dengan bertoleransi. Jangan hanya pentingkan diri sendiri dan banyaklah muhasabah diri.



4 comments:

  1. kak azy! suka gambar adik beradik perempuan tu~ ^-^

    ReplyDelete
  2. sukanya pelamin tu babeee. btw bagus nya ada signage. takdelah orang confuse mana nak letak pinggan cawan sebagainya <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Belajar melalui pengalaman =D

      Delete