Translate

No-No-NO!

Ikea, Duckscarves & Boat Noodle Throwback Hujung Minggu


Assalamualaikum dan selamat petang!

Seminggu berjaya detox kan diri dengan hanya minum jus dan makan makanan low carb, tibalah masa reward diri dengan The Best Thai Tea dan Boat Noodle. Thank you suami kerana berjaya memusnahkan diet ku di hujung minggu.

Sebelum Boat Noodle di Damansara Perdana lencong ke IKEA Damansara dulu. Tunaikan pesanan orang. IKEA ni sentiasa penuh kan dengan umat manusia. Bila tahnya nak lengang. 

Pasu ni ok gak jadi tempat letak sabun pinggan mangkuk kan!

Personal shopper dan handphone berpisah tiada

Begitu juga Azyyati Liah dan duckscarves berpisah tiada ^_^



Duckscarves - The Blooming Limited Edition Series (Black Roses dUCK)
Hijab kesukaan!


OOTD hujung minggu! Hijab by duckscarves; Tshirt Mickey Disneyland Hong Kong, Cullotes by AshhAnnas & Long Cardigan by Sugarscarf. Sangatlah sempoi hakak ni. 


Bangkok jauh sangat? Tak payah susah2 pergi aja Boat Noodle kalau mengidam Street Food di Bangkok. Yang penting HALAL.

Azie pernah buat satu enty khas berkenaan Boat Noodle ni. Ulang semula harga semangkuk RM1.90 (tak termasuk GST). Jadi ini just nak update yang terkini tentang Boat Noodle.

15 Cawangan TERKINI Boat Noodle di Malaysia

Level P2, Jaya One 
G-3-A, Heritage Lane, Empire Damansara 
Ground Floor, Ikon Cheras 
Fifth Floor, Klang Parade 
L2 - 550C, Sutera Mall 
L2 - 06 Gamuda Walk 
Level G3, Publika 
Second Floor, Berjaya Times Square 
Lot UG - 19, D'Pulze Cyberjaya 
Level 4, Sunway Putra
LG 3A, IPC Shopping Centre
LOT L2 19A, IOI City Mall
Second Floor, Avenue K Shopping Mall
Second Floor, AEON Mall Shah Alam
Second Floor, AEON Mall Ipoh Klebang

Letupskan Boat Noodle dah ada 15 cawangan!
Menu Thai Tea yang anda patut cuba di Boat Noodle
Selain tu cuba jugak Kra-Powwwww tau!

Kredit: Boat Noodle website

P/S: Suami (kalau terbaca ni) jom pergi Boat Noodle. Bukan kita ada voucher ke ^_^. 
Menjejes air liurla masa buat entry ni.


6 comments:

  1. belum pernah lagi try boat noodle ni sebab selalu nak masuk je mesti penuh org :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana, kat Heritage Lane ni tak ramai sgt orang. Try pergi bukan peak hour =)

      Delete
  2. sekali je makan tu pun semangkuk tak habis. tak kena dengan tekak lah T_T teringin nak teh ais tu sebab masa makan tu tengah pantang ais so minum air kosong je la. hehehehe lawa tudung tu. semua collection dia lawa lawa kan. harga pn lawo T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy Cici,
      Hihi ingatkan semua orang boleh telan boat noodle tu. Tudung tu harga dia TERLAMPAU lawa kan. Tapi itulah nafsu ingin memiliki. Haihhhhh..bilalah nak bertaubat nih!

      Delete
  3. Ramai jugak yang dah buat review tentang boat noodles ni.. Agak menjejes jugakla air liur tengok gambar.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rosmiza,
      Senang2 boleh try. Dah banyak sangat dah cawangan dia sekarang ni.

      Delete