Translate

No-No-NO!

Hadiah Kawen Paling Berguna & Bertahan Lama

Assalamualaikum


Saje je nak membangkitkan memori pokok pisang. Sebab hujung minggu lepas kenduri adik iparku. Banyak yamaats hadiah kahwen dia dapat. Seronok sangat bila sesi buka hadiah pengantin. Sesi bukak hadiah bersama family adalah moment paling best sepanjang hari sebagai raja sehari TAU! Moment tu akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Masa tu semua ahli keluarga turut sama jadi raja sehari sebab tolong bukak hadiah pengantin. Merekalah paling banyak bukak hadiah dan paling laju bukak hadiah. Muehehe. Masa tu Mak Abah kita ada sama, adik-adik kita ada berkumpul, bergelak ketawa, berkongsi kejadian-kejadian aneh tapi benar masa kenduri, turut sama kongsi kebahagian dan kegembiraan raja sehari! OOOOhhmaigod sangat terimbas moment iteww walaupun telah lapan tahun berlalu. 

My adik ipar ni dapat banyak hadiah yang best-best. Antara hadiah dia yang best ialah sekotak besar (ingatkan perabot or kipas stand ke apa dalam tu) rupanya ada variety of kitchen tools dalam tu macam set pisau, mangkuk penyejat, tudung saji dan macam-macam lagi dalam kotak besar tuh. Macam poket doraemon. Eh teruih lengkap dapur pengantin baru! Siapa yang bagi poket doraemon tu memang COOL sangat. Hehe. 

Teruih rasa nak flashback sat hadiah kawen yang masih berguna sampai sekarang ni.

Geng UKM (Nor - Ema - Jus - Yati). Thank you very much girls! Memang berguna. Oven Pensonic kecik ni dah bakar macam-macam. Ayam sekoq, lasagna, puding roti, pizza dll. Alhamdulillah kondisi masih cun melecun. Setiap kali aku nak bakar apa2 dalam oven, terus teringat kat korang! Korang memang BEST. 

Terima kasih Kak Ngah! Microwave Panasonic pun amats berguna sampai sekarang

 Tefal ni kawan-kawan ofis suami yang bagi. Gembira sangat rasa nak meloncat sebab diorang bagi warna merah. Ya Allah amats la sangat berguna. Dah 8 tahun lenjan nih. Walaupun GoShop punya promo gila2, hati tetap setia pada yang merah ni. Muehehe. Ada lagi pan yang Azie tak masuk sini. Ikutkan macam nak tepek satu kabinet masuk dalam ni. Belum lagi periuk vision dan zebra yang diperturunkan dari Bonda. Memang tak abis guna.

8 tahun lepas sumpah tak pernah dengar nama NUODI. Walaupun cap NUODI eloknya sampai sekarang. Dah masak nasi lemak. Dah masak nasi ayam *takde can nak beli periuk nasi lain* Terima kasih Aunty Finas (kawan bonda). Ya Allah dah 8 tahun kami makan nasi dengan periuk nasi Aunty bagi ni tau! Berjasa sangat. Memang nasi teruih jadi delicious!

Set Tupperware. Dalam gambar ni bercampur2 jenis. Tau tak pengantin baru akan sangat gembira kalau dapat set tupperware. Terima kasih BFF Adra & Shima bagi set tupperware kat kami. Kawan-kawan sekolah Umi Abah (cikgu sekolah) bagi berset-set tupperware. Untuk sejuk, utk panas. Memang tak abis guna! Sebab tu la bila kawan-kawan ofis & jiran duk promote Tupperware tak dapat dah nak beli. Tumpang belek dengan tengok je katalog Tupperware tuh *tupperware yang takde isi ada dalam lemari lain* so bagilah Tupperware pada pengantin baru!

Haih ni siap sudu garfu dalam briefcase! Terima kasih TM! (hadiah ni lambat sampai dan tiba dengan poslaju. Sebab tu le teringat sampai skrg). Pengantin baru memang suka kalau dapat sudu garfu. Lagi2 yang IKEA punya. Hiks. 

Ya Allah, ni pun bijak sangat bagi bedside table. Tapi, ampun terlupa sangat siapa yang bagi ni. Lampu tidur IKEA pun bijak jugak. Tak pernah terpikir nak bagi lampu tidur kat pengantin baru. Hihi. Terima kasih Ata. Ang kan bagi lampu tidoq ni kat aku. Sampai sekarang menyala lagi tau!

Tabung Spaghetti ni datang sekali dengan reben merah tu. Sampai la ni reben tu duk kekal kat situ. Haha. Tabung ni tak pernah kosong. Sentiasa ada isi. Sebab kami suka pasta! Terima kasih Koi :)

Maaflah kawan-kawan, tak dapat nak tepek semua. Tapi itu antara hadiah kawen paling berguna. Ada banyak lagi yang berguna dan bermanfaat untuk pengantin baru macam cadar, baju tidur seksi,  tuala, kain batik, kain pelikat, bahan bacaan, pasu bunga, kipas stand, telekung solat, set pinggan mangkuk, set cawan panas, set cawan set, bowl2, pyrex, bodum, dvd player (pada zaman itu), album, frame gambar dll

Terima kasih semua :) Kad korang masih tersimpan elok dalam 'kotak memori'

Hadiah kawen yang teringin tapi tak dapat =P
.
.
.
.
.
.
.

1. Gift kad ratus2 ringgit dari Parkson / AEON / Jusco
2. Kad IKEA dengan point unlimited
.
.
.
.

BEST-BEST je kan.

Terus lengkap rumah pengantin baru. Hihi.

So apa hadiah kawen korang yang paling berguna? Ermm..yang akan jadi raja sehari teringin nak hadiah apa untuk kahwen nanti? Cer citer...


5 comments:

  1. sekecik kecik hadiah pun semuanya ada kegunaan kan. hadiah kitorang dapat macam biasalah set pinggan mangkuk, set periuk, frame, dvd player etc. tapi sebab duduk rumah mak, memang dah complete semua so semua benda tu dalam kotak lagi. kot lah boleh recycle >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Duduk rumah mak tu lagilah hadian paling best! Memang dah complete semua. Takpe hadiah2 tu nnanti perturunkan kat anak2 pulak. Hihi.

      Delete
  2. Aku nmpk nama aku...aku pun x ingat bg ko ape dulu, lama dah...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adra,
      Memang tak ingat sebab aku pun xingat apa yang aku bagi kat orang. hehe. Tapi aku penerima, aku ingat apa yang korang bagi =P

      Delete
    2. hehehe...alhamdulillah berguna hadiah yg kitorang bg, aku mmg suka bg hadiah yg boleh digunakan

      Delete