Pages

Selasa, 31 Mei 2016

Serlahkan Senyumanmu Dengan ADELE


Olla semua wanita di luar sana!



Dari jauh bibir nampak gemilang berseri-seri laksana purnama sehari. Ewah. Gitu pancaran bibir wanita yang memakai ADELE tau. Pengganti lipstick. Bukan lip gloss. ADELE memperkenalkan Lip Krim 'Matte' yang wudhu friendly. Ohsem bukan?

Selain mesra solat, ADELE diformulasikan daripada minyak argan dan kolagen yang melembapkan bibir supaya  kekal lama lebih 8 jam dan tidak melekit. Diperkaya Vitamin C dan E supaya bibir sihat dan gebu.

Azie dah try ADELE pada bibirku yang TAK mungil dan tak berseri ni. Terus nampak berseri. Berira ringan seakan tidak memakai apa-apa kerana teksturnya sangat ringan dan lembut. Lip Creme jenis 'Matte' akan kering dan melekap elok di bibir. Kalau anda tak suka jenis glossy..Haa inilah lip cream pilihan terbaik untuk anda. ADELE jenis MATTE pasti melekap cantik pada bibir. 

ADELE 100% milik bumiputera diasaskan oleh Puan Nor Ainna Ibrahim dan suami En Azman Mohd Salleh. ADELE dilancarkan pada 29 Mei 2016 bertempat di Bangi Golf Resort. Wakil media seperti Utusan, Kosmo, Mingguan Wanita juga hadir.


Laman web rasmi ADELE: www.adele2u.com.my
Facebook: ADELE HQ
Instagram: ADELE_HQ

Press Release ADELE


ADELE kini dah ada 100 leader dan agen di seluruh Malaysia. Stok pertama 5,000 unit telah habis dijual pada hari pelancaran. Woooow! Woww!


Didatangkan 12 pilihan warna cantik

01 Red Haute
02 Audrey Pink
03 Creamy Nude
04 Nude Naturel
05 Peach Blossom
06 Coral Mauve
07 Pandora
08 Red Velvet
09 Pink Frost
10 Cranberry Rouge
11 Scarlet Red
12 Rose Amour

(No. 08 & 12 tu cantik sangat!)

100% TANPA
-Parabens
-Plumbum
-Phthalates

Buatan Malaysia
Harga RM38 (Promosi RM35)
3 pcs RM100

TIPS Memakai Adele Lip Krim MATTE

✔ Pastikan bibir anda bersih sebelum sapuan Adele
✔ Jika bibir anda mengelupas, gunakan lip scrub untuk buang kotoran dan sehingga bibir terasa licin
✔ Jika bibir anda kering sapu lipbalm dahulu..
✔ Sekiranya nak combine 2 @ 3 warna, mix dahulu ditangan atau applicator kemudian baru sapu
✔ Adele lipcreme ada lah formulasi matte, hanya lakukan sapuan nipis sudah memadai
✔ Untuk kesan yang lebih nipis dan cantik, selepas sapu dengan applicator, gunakan jari anda dan blend
Jangan kemam bibir anda untuk mendapatkan warna yang sekata
✔ selepas 10minit..Adele berubah warna mengikut tone yang anda pilih, pekat dan terang mengikut darah Anda
✔Kalau nak lagi lawa boleh pakai lip pencil dulu
✔Senyum lebar 😃  sewaktu memakai Adele lip creme membantu anda mendapat sapuan sekata. Senyum pon sedekah juga

TIPS Bibir Lembap & Segar: Pastikan minum air masak dengan banyak supaya bibir tidak kering dan menggelupas. Jangan lembapkan bibir dengan air liur tau!


Lagi gambar Press Release ADELE ^_^




Tengoklah I ni. Sibuk lebih mengalahkan stokis kat sebelah tu! Azie ada buat #liveupdate di FB. Yang sempat order tu bernasib baik. Azie dah reserved siap-siap. Yang baru PM atau WA malam nya stok dah habis. Sorry. SOBS. Lagi 2 minggu stok baru sampai. Kalau korang nak try Adele Lip Creme boleh text atau wasap nombor berikut: Kalau nak jadi ejen boleh contact STOKIS Sg Buloh (012 276 7683).


Terima kasih Pn Ainna untuk hari Ahad yang indah. Kalau nak tahu beliau juga pemilik Ocean Hauz di Bangi dan 2 cawangan yang lain. Asalnya Pengurus Akaun di Bank Muamalat. Now dah berhenti dan fokus perniagaan sepenuh masa. Pn Ainna ni baya-baya kita jugak. Antara wanita 3 dekad yang dah berjaya. Selamat maju jaya Pn Ainna =)


Jangan lupa sapu ADELE Lip Krim pada bibirmu.....serlahkan senyumanmu.. pasti suamimu jatuh cinta berkali-kali! Ahaks. Selamat mencuba ðŸ’‹

Isnin, 30 Mei 2016

Baked Eggs In Tomato Sauce | Dapur Sihat Prof Dr Muhaya Dot Com


Assalamualaikum. Selamat Pagi Isnin!

Prof Muhaya Dot Com ni antara rancangan favorite Azie. Slot kegemaran sahih dah Dapur Sihat & Mudah Prof Dr Muhaya dengan Dr Hajar. Resepi yang mereka share semua ringkas dan resepi sihat. Memang kenalah dengan taste. Eh semangatnya!

Ini salah satu resepinya: Baked Eggs In Tomato Sauce. Menu ni sesuai untuk sarapan sebab heavy. Breakfast like a king. Jadi perut kenyang boleh tahan throughout the day. Untuk breakfast sesuai ambil makanan banyak protein kurangkan karbohidrat. Sebabnya molekul protein lebih panjang daripada karbo. Jadi perut kenyang lebih lama. Sebab tu geng2 Shaklee ni suka promote ESP untuk breakfast. Protein tinggi. Shake, shake..kenyang sepanjang hari. Gitu.

Baked Eggs In Tomato Sauce juga sesuai untuk #makbanyakanak. Sihat sebab banyak sayuran. Portion pun banyak. Prof Muhaya selalu sebut kalau boleh involvekan anak-anak ketika masak-masak di dapur. Macam Aleesya Haura. Si kecik tu memang suka menyibuk kat dapur. Semua benda dia nak tolong buat. Bukan tolong tengok. Hihi. Dapur pink comel dia tak nak. Habis dia punggah keluar penyejat, senduk, kuali, penapis sayur yang kat dapur letak kat bucu dapur masak jugak kat situ. Adoiii. 

Pernah dengar GBOMS tak? Prof Muhaya memang suka sebut GBOMS ni. GBOMS ni perlu ada dalam menu kita setiap hari untuk kesihatan tubuh badan. Tinggi anti-oksida dan boleh bantu kurangkan risiko terkena kanser. Yerlah kita ikhtiarkan. Lagi pun tubuh badan kita ni amanah Allah. Jadi jagalah sebaiknya. Okeeeyyyy.

G - Green leafy vegetables
B - Beans & berries
O - Onions
M - Mushrooms
S - Seeds


Bahan-Bahan Baked Eggs In Tomato Sauce

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Telur 4 biji
Tomato puree
kacang kuda
Ketumbar
Terung sebiji
Serbuk lada hitam
Serbuk cili kering
Serbuk Jintan Manis


Bawang besar potong dadu. Bawang putih cincang halus. Cili kering serbuk takde so Azie buh cili api. (suami suka pedas!). Tomato, terung dengan carrot dadukan (suka hati buh carrot). Kacang kuda takde pulak. Oh yang sebahagian lagi tomato tu blend sampai hancur (suka hati jugak blend sebab takda tomato puree. Nak buat Puree..periuk NOXXA tak sampai lagi. Hiks).

Tomato: Kaya dengan sumber likopena. Likopen anti-oksida. Jadi boleh kurangkan risiko untuk dapat kanser. Tomato yang dimasak pulak lebih baik berbanding dimakan mentah.


Buh sesudu minyak zaitun, then tumis bawang merah, putih & cili atas dapur. Kemudian masuk carrot, carrot dah lembut sikit masuk terung & rempah ratus tadi macam jintan manis, serbuk cili, serbuk lada hitam. Nak bagi cepat layu bahan-bahan tadi pinch kan sedikit garam. Kalau budak-budak tak boleh makan pedas letak sikit je serbuk cili tu. Kemudian masukkan tomato & tomato blend (rempah ratus tadi tu untuk balance kan rasa macam tomato). Air dah kering. Tutup api buh dalam mangkuk macam ni.  Pecahkan telur. Kalau oven besar macam Prof boleh masukkan terus je kuali tadi dalam oven. Oven besar baked dalam 8 minit (suhu 200C).


Tadaaaa. Siap! Tabur daun ketumbar a.k.a coriander. Boleh cicah tortilla (yang ni jenama Mission. Halal & tiada MSG) atau makan dengan roti. Nyummmss! Selang dua hari berikutnya suami request nak lagi... 

Nampak ok ke? Oklah kan. Selamat mencuba =)

Jumaat, 27 Mei 2016

Tengahari di Jibby & Co


Assalamualaikum

Throwback lunch date bersama suami nampaknya. Pagi-pagi Jumaat yang indah ni kan T_T Sekali sekala lunch date dengan suami seronok jugak. Hari tu kami berdating tengahari di Jibby & Co di Subang Empire (paling dekat dengan ofis suami). Tak sempat pergi makan jauh-jauh. Lagipun lama dah tak ke Jibby & Co. Kami suka makanan di sini. Ni dah masuk kali ke-3 rasanya. Berbaloi dengan apa yang dibayar. Rasa pun sedap. Suasana pun best. Bila suami bayar lunch itu paling best. Hakhakhak.

Previous post;
Jibby & Co 1
Jibby & Co 2

Lunch tengahari ni kita try menu lain pulak.


Mine. Shredded Duck with house made semi sundried tomatoes & baby spinach RM29
Azie nak try Basil Pesto. Tapi takde pulak. Kreatif betul chef kat sini. Itik mix dengan pasta okeh! Shredded duck tu cukup banyak dalam pinggan. Fokus gais! Kalau nak try lain dari yang lain boleh cuba menu ni.

Chic Breakie (Poached eggs served with smashed corn, grilled zucchini, crispy hashbrowns, smoked salmon, ikura & hollandaise sauce - RM28

Telur cair kat dalam. Yang orange kecik-kecik tu nama Ikura (Salmon caviar). Rasa? Taktau camne nak describe kesedapannya. Meh sini try sendiri =)

I am coming back Jibby & Co!

Khamis, 26 Mei 2016

Bestnya Travel!


Assalmualaikum uols!

Siapa suka travel? Azie suka travel. Dari darjah satu dah simpan azam nak travel (terpengaruh dengan peta atlas =P) . Pastu siap simpan cita-cita nak jadi pramugari sebab boleh travel around the world! 

Pasti ramai pun suka travel. Sekarang ni, backpack dah jadi satu trend di Malaysia. Ramai yang dah mula bergerak ke luar negara kan. Yang muda mudi, masih bujang lagilah kan. Panjang langkahnya. Bila ada tiket tambang murah, dengan pelbagai kemudahan seperti booking hotel online, booking kenderaan online, booking nasi lemak online.. backpack dah jadi lebih mudah. Banyak dah info berlegar di alam maya. Tinggal GALI je. Azie dan suami, Alhamdulillah diberi peluang merasa backpack.

Saja nak share tip persediaan sebelum bermusafir. Ini yang Azie dan suami buat.

1. Pilih lokasi. Lokasi semestinya selamat.

2. Cari teman backpack. Macam Azie ni, suamilah mahram Azie ketika musafir. Bila travel backpack ni pasti ada je masalah dan dugaan yang timbul.  Ini la masanya nak menguji tahap kesabaran, komunikasi, kerjasama dan sebagainya. Jangan bergaduh laki bini, salah menyalahkan antara satu sama lain pulak! Kalau travel bersama kawan-kawan kena cari yang satu kepala. Kalau tak memang MIMPI NGERI.

3. Study lokasi (google map) dan maklumat tempat destinasi. Yang ni MEMANG PENTING! Suami Azie memang suka google map kan destinasi. Belum sampai sana dia dah cari jalan. Letak pin point. Tempat kita nak pergi tu ada tiket masuk ke tak. Ambil tahu lebih awal. Senang katanya. Kalau pergi dengan Travel Agent (TA), sahih tak perlu buat ini semua. Hulur sahaja wangnya, semua beres.


4. Sediakan itinerari perjalanan. Kerja-kerja siapkan itinerari ni memang tugasan Azie. Dari situ, dah boleh tahu bajet. Adjust ikut keperluan dan aktiviti. Kalau backpack kos untuk tempat tinggal, makanan biasanya akan bajet seminima yang boleh (bergantung style backpack korang macam mana). Duit kena cukup. Jangan berhutang dan susahkan travel mate yang lain. Penting itinerari ni print/emel sesalinan pada ahli keluarga. Senang untuk mereka tahu jadual perjalanan (worst case mereka tahu kita kat mana pada hari tersebut). Flight itinerari pun akan emel/wasap pada ahli keluarga jugak.

5. Beli Travel Insurance. Terasa penting bila dengar cerita suami ni. Suami cerita, kawan dia travel ke Korea satu family. Ditakdirkan umur ayahnya tidak panjang. Meninggal ketika solat di Seoul. Kos untuk bawa pulang jenazah ke Malaysia adalah RM30K lebih! Eh travel insurance cover ke kes yang macam ni?

6. Pastikan passport masih sah sepanjang tempoh travel. 6 bulan dari tarikh tamat passport dah tak boleh travel tau. Sila renew.

7. Tukar duit secukupnya sebelum travel. Money Changer kegemaran pastinya Mid Valley. Jauh jugak nak pergi..jadi kami selalu tukar di Subang Parade atau NU Sentral.

8. Travel light. Azie dan suami masih tak cukup light lagi. Hahaha. Baju memang bawa banyak, tudung dan anak tudung pun tukar setiap hari. Cuaca sejuk tapi berpeluh jugak bila dah banyak bergerak dan asik nak cepat je. Cuma macam azie yang dalam-dalam tu pi beli pakai buang (ada jual di watson). Baju, seluar dan tudung pilih material yang ringan dan selesa.

9. Bila travel bangun awal. Lepas Subuh tu mata tak boleh nak pejam dah. Bercampur dengan perasaan excited lagi kan. Banyakkan berjalan..explore benda baru sambil menikmati pemandangan sekitar. Rugi pergi destinasi jauh-jauh tapi banyak masa berehat dalam bilik. Setiap destinasi ada istimewa dan uniknya. Manfaatkan fotografi dan video. Capture setiap momen berharga. Share di IG atau FB untuk tatapan sendiri, kawan2 dan ahli keluarga. Belum tentu dapat ulang destinasi yang sama kan.

10. Bila travel tetap perlu jaga agama. Itu yang selalu bonda ayahanda pesan. Yang wajib tetap perlu dibuat. Jaga aurat. Jaga pandangan mata. Tujuan asal kita bermusafir untulk melihat agungnya ciptaan Ilahi dengan pelbagai rupa dan kejadian. Bab makanan pun sama, Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah ^_^

11. Korang ada sedia pelan kecemasan tak? Jangan lupa salin no telefon ahli keluarga dalam buku. Simpan jugak no kedutaan Malaysia. 

12. Dah balik jangan lupa share pengalaman. Dah tua esok-esok boleh baca semula. Hihi. Kalau tidak hilang begitu saja kan. Semua info atau apa-apa yang bermanfaat elok ditulis dan dikongsi. Gunakan # yang berkaitan dan bersesuaian agar kembara kita ni kot-kot la boleh jadi panduan dan semangat untuk orang lain. Rugi kalau simpan sorang-sorang. Barangkali untuk avid traveller ia perkara biasa je, namun untuk orang yang baca, belum pernah backpack, belum pernah ke luar negara pasti ada sesuatu yang bermanfaat dan boleh ambil pengajaran kan. #sharingiscaring


Semoga kita semua diberi peluang bermusafir tempat jauh-jauh. Selamat bermusafir!

Kalau korang...teringin nak bermusafir ke mana. Erkkk kawan-kawan kaki travel ada tips lain tak nak share?

Isnin, 16 Mei 2016

Seharian Memanjakan Diri Di SPA Mayfair Bodyline


Assalamualaikum

Olla semua. Sejak balik bercuti dari Boracay, rasa macam tak sanggup nak tengok muka sendiri di cermin. Nak selfie di Instagram? Lupakan saja niat suci itu. Dahla sunburn, gelap, berminyak dan terasa banyak lopak-lopak minyak atas hidung ni. Rasa lama sangat dah tak pergi SPA untuk rawatan wajah. Rawatan badan apetah lagi. Tiba-tiba rasa macam nak pergi SPA servis muka dan badan.

Muncul lah Mayfair Bodyline menawarkan diri sebagai penyelamat! Hai, macam paham-paham aje Mayfair ni. Terdengar jeritan batinku kah? Apa lagi terus buat appointment di Mayfair Bodyline Pavillion. Seharian memanjakan diri di sana terasa diriku begitu jelita dan berharga. Hiks. Jadi Azie terpanggil untuk berkongsi pengalaman BEST lebih kurang 4 jam di SPA MAYFAIR BODYLINE di PAVILION.

Mayfair Bodyline telah berpengalaman selama lebih 31 tahun dalam industri kecantikan dan kelangsingan badan. 


Mayfair Bodyline SPA terletak di LEVEL 7, BEAUTY HALL, PAVILION KUALA LUMPUR
Dekorasi seperti spa mewah tau!

Di Mayfair Bodyline, perunding kecantikan, beautician dan kesemua mereka sangat warm, friendly dan professional. Walaupun pertama kali, terasa seperti dah berkali-kali pergi treatment

Appointment Azie jam 12 tengahari. Setibanya di Mayfair, Azie diberi borang untuk isi butir diri. Sementara tunggu dipanggil, mereka hidangkan teh herba sebagai welcome drink! Suka dapat minum teh panas ^_^

Kemudian dipanggil masuk ke bilik rundingan untuk beauty consultation dengan perunding kecantikan bertauliah. Inilah peluangnya untuk mengomel segala jenis masalah muka dan badan yang Azie hadapi tanpa segan silu. Dengan harapan akan ada rawatan magic yang akan cure kan semua masalah di wajah dan keluar-keluar spa terus cantik jelita! 


Selesai skin check, baru tahu kondisi kulit sendiri. Selama ni tak ambil tahu okeey
Skin Type: Sensitive
Skin Texture: Dehydrated
Skin Tone: Normal
Skin Problems: Open pores, black head
Treatment yang dicadangkan ialah Orkid Kit. Di Mayfair ada pelbagai treatment wajah. Cadangan rawatan berdasarkan keperluan dan kondisi kulit masing-masing.

Next, timbang berat pulak. OOHH-NO! BERAT nya.

Kemudian Azie dibawa ke satu bilik lain untuk body consultation pulak.
Masa ni mengomel pulak tentang masalah tubuh badan yang macam buah pir ni.
Harap-harap Mayfair Bodyline pakar pelansingan badan ni ada rawatan yang membolehkan tubuhku bertukar menjadi biola *wink*

Selesai analisis wajah dan badan, Mayfair mencadangkan rawatan di bawah;

 1 rawatan wajah 
Orkid Kit

4 rawatan badan
Slim Master
Vibe Kinetic Therapy (Full Body)
CLA Chili Slimming Wrap (Full Body)
Heat Blanket (Full Body)


Bilik rawatan yang privasi dan selesa. Ada muzik yang mengasyikkan. Sebelum sesi rawatan, tukar baju dulu.

RAWATAN WAJAH


Azie jalani rawatan ORCHID. Orchid ni mengandungi 18 jenis asid amino, karbohidrat, protein, minyak biji anggur, Stabilised Hyaluronic Acid, CoQ10, Shea Butter dan ekstrak Spilanthes Acmella.

 Wajah Azie dibersihkan secara deep cleansing. Blackhead diekstrak keluar dari kulit. Selama ni picit sendiri je. Hihi. Kemudian disapu Orchid Nectar ni pada wajah. Mesin di atas tu digunakan untuk urut wajah. Jangan risau mesin ni tak menyakitkan. Sejuk dan nyaman je rasa. Akhir sekali dipakaikan cooling mask.

Kebaikan Orkid
Membersihkan sel-sel kulit mati
Melembapkan wajah secara mendalam
Mengandungi Antioksidan
Membantu mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kecerahan pada kulit
Tidak merangsang atau menukar pH kulit
Melindungi dan memperbaharui sel-sel DNA
Mengukuhkan fungsi pertumbuhan semula epidermis
Memastikan kulit sentiasa licin, lembut dan anjal

Sis, bangun sis. Rawatan dah selesai.
Selesai rawatan muka. Muka benar-benar terasa bersih, fresh, lembap & glowing
Next, kita buat rawatan badan pulak. Jom!

RAWATAN BADAN

Rawatan dimulakan dengan menggunakan SLIM MASTER MACHINE.


Slim Master Machine digunakan untuk pecahkan lemak degil yang dah bertapa lama di pinggul dan paha. Mula-mula ahli terapi akan sapu sejenis cream di kaki. Rasa sejuk. Kemudia barulah mesin digunakan. Semasa rawatan kita akan dengar bunyi berdesing dalam telinga. Beautician tak dengar. Yang dengarnya kita sahaja. Kerana bunyi itu terhasil daripada proses pemecahan lemak itu tadi. Makin tebal dan degil lemak di sesuatu kawasan, makin kuatla ia berdesing. Proses ini lebih kurang 10 minit untuk sebelah kaki.

Selesai proses pecah lemak, mesin yang sama akan guna fungsi vacum dan tarik pulak lemak-lemak yang dah pecah tadi ke sistem limfa dalam tubuh kita untuk dibuang melalui perkumuhan nanti. Proses vacum ni selama 5 minit.

Selesai rawatan boleh nampak tau perbezaan kedua-dua belah kaki. Perbezaan yang macam mana... korang sendiri kena buat dan tengok hasilnya ^_^
Kalaulah sekali buat pun dah boleh rasa beza, kalau 10 kali rawatan memang kecik peha!


Kemudian Azie jalani VIBE KINETIK THERAPY

Mesin ini gunakan vibration (rasa bergegar semua satu badan, shake your bon bon...shake your bon bon..eh!) dan infra red untuk membakar kalori dengan lebih cepat, lebih efektif compare to senaman biasa. 10 minit berdiri atas mesin ni boleh membakar 500 kalori bersamaan 2 jam senaman. Sangat membantu mempercepatkan program penurunan berat badan. Sesuai ni untuk orang malas bersenaman. Meh naik VIBE-KT nih. Meh.


Seterusnya ialah CLA CHILI SLIMMING WRAP (Full Body)

Seluruh badan  disapu dengan essence cream yang diekstrak dari biji cili merah dan capsicum. Kemudian wrap ketat-ketat dengan plastik! Ini bukan plastik wrap makanan tu tau. Tujuannya untuk merangsang penguraian dan mempercepatkan proses perkumuhan lemak badan melalui peluh.

Lepas sapu cili, masuk dalam HEAT BLANKET. Dah boleh bayang tak outcome nya macam mana? Hehe. Selimut panas ni membantu melegakan otot, meningkatkan peredaran darah & reduce fluid retention. Proses dilakukan selama 30-40 minit. Masuk minit yang ke-25 Azie dah start peluh basah kuyup macam baru lepas jogging 10km! Herrghh peluh merembes keluar tak berhenti. Hazabedah jugakla duduk dalam selimut panas ni.  Tapi rasa best lepas keluar selimut. My body feels so light and refreshing. Sebab segala toksin-toksin dalam badan tadi dah keluar melalui peluh.

Selesai sudah 4 jam memanjakan diri di SPA Mayfair Bodyline

Mayfair Award

Secara ringkas, Azie memang suka dengan rawatan wajah dan badan di Mayfair Bodyline ni. Rawatan wajah yang dijalankan ke atas pelanggan menggunakan produk berkualiti dan mesin yang canggih. Jadi pelanggan tidak perlu gusar dan khuatir tau. Bila mesin canggih pastinya rawatan wajah dan badan akan lebih berkesan dan efektif! Paling penting Azie rasa selesa. Sebab beauty consultant, beautician dan lain-lain staff sangat mesra pelanggan! Itu memang tidak boleh dinafikan. Jadi Azie memang puas hati dengan rawatan dan layanan yang diberikan. 

Disebabkan Mayfair Bodyline di Pavilion ni BEST, Azie nak buat GIVEAWAY!!

Anda mahu tak RAWATAN PERCUMA dari Mayfair Bodyline?
Kalau nak, senang je

1. Follow FBIMPIAN ANGGUN; Website: IMPIAN ANGGUN

2. Komen di ruangan bawah ni dengan jawab soalan berikut;
'KENAPA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT RAWATAN DI MAYFAIR?'

3. 10 orang commenter bertuah akan menerima rawatan khas secara percuma dari Mayfair

CEPAT KORANG. SENANG AJE NIH. Tarikh tutup GIVEAWAY ni pada 31 MEI 2016.

Thank you for reading ^_^

Khamis, 12 Mei 2016

Salmon Grill Sedap Mudah Ringkas


Assalamualaikum

Pergi TESCO Damansara beli bahan basah. Kemain jauhkan beli bahan basah sampai ke Damansara. Dulu ketika berumah Damansara Perdana, memang TESCO Damansara lah hadap hujung minggu untuk beli bahan basah. Dah tinggal jauh pun kadang-kadang masih ke sana juga. Sebabnya barang di sana murah, fresh dan banyak barang! Saya suka. Kadang2 terserempak dengan artis.

Azie ni bukanlah seorang yang pandai masak sangat pun. Buat-buat pandai je. Hihi. Masih lagi belajar memasak supaya hari demi hari makin baik. Hari ini lebih baik dari semalam. Practise makes perfect orang kata. Tapi lauk pauk Melayu tradisional memang kelaut laaaa. Jarang boleh nak praktis. 

Orang berpenyakit macam Azie ni perlu ambil Omega setiap hari. Yeah, tentulah Omega Shaklee jadi pilihan mata hati. Salmon pun tinggi kandungan Omega. Pernah terbaca yang Salmon juga tinggi merkuri nya. Tapi takpelah sekali sekala. Nampak Salmon begitu segar membugar di Tesco jadi kita beli buat Salmon Grill.

Salmon ni rupanya jangan dibasuh dengan air begitu sahaja. Nanti lendir2 dia makin banyak keluar. Lagi teruk tekstur ikan pun akan rosak. Cara bersihkan nya dengan lap-lap secara perlahan dengan tisu masakan tu. Kemudian tabur garam, lada hitam dengan bawang putih yang dicincang halus.

Bahan-bahan

2 keping fillet salmon
Sedikit garam
Lada hitam
Seulas bawang putih cincang halus

Cara: Letak sedikit olive oil (tak letak pun takpe) sebelum grill dalam pemanggang ajaib.

Bahan Dimakan Bersama

Pan untuk grill salmon tadi, grill pulak carrot, mushroom & bawang. Sebelum grill tabur dengan garam sikit dan black pepper.

SIAP!



Salmon Grill seadanya. Yang penting Sedap & Mudah & Ringkas! Sesuailah sangat untuk orang macam saya yang tengah berdiet ni.


Selasa, 10 Mei 2016

Demam, Batuk, Sakit Urat & Cirit-Birit


Salam Isnin! Selasa!

Semua datang sekaligus. Sakit Urat... demam, batuk dan cirit-birit! Faktor cuaca yang panas hujan panas, umur yang semakin lanjut menyebabkan fizikal yang makin lemah dan kurang senaman agaknya punca segala penyakit datang. Hiks.

Bila sakit macam ni bagus jugak. Barulah dapat perhatian lebih sikit dari suami. Bolehla nak manja gedik-gedik sikit. Tiap-tiap malam tolong picit kaki yang tegang urat. Dialah jadi suri rumah mengemas rumah, dialah tukang masak  (tapau) makanan kat luar.

Bangun tidur, eh ada nasi lemak sambal sotong atas katil! Alololo sweet nyerh suami saya ni

Masa ni hanya demam, sakit urat & cirit-birit. Memang habis tenaga berjuang dan berperang dalam tandas. Kalau sekali melabur takpe. Ini berkali-kali melabur dalam satu hari. Kesian Indah Water nak menampung hasil pelaburan yang tiba-tiba extra banyak dalam satu hari! Perut yang tak berapa nak maju ke depan terus jadi leper. Berat hilang 1 kg. Takkan sebab minum jus? Bagus betul. Habis semua keladak keladak keluar. Masa ni memang tengah minum jus (carrot+epal merah), esoknya minum jus (timun+lemon+garlic). Sehingga hari ni, asal makan je buang semula..asal makan je buang semula. Tandas dengan Azie berpisah tiada. Nak ke mana-mana pun risau.

Sedap ngat makan sambal-sambal tu maka, batuk makin bermaharaja lela. Hazebedah sangat kalau kena batuk ni. Ya Allah, sekali batuk rasa macam nak keluar anak tekak, perut dan usus bergoncang, tulang rusuk bergetar, hati berdebar-bedar, jantung berdegung kencang. Adess. Kalau batuk mesti anak tekak ni rasa gatal macam nak garu dengan garfu. Kalaulah bolehh memang dah kubuat. 

Setelah duopoloh kali kena paksa suami g klinik, akhirnya aku redha!

Alhamdulillah Allah beri kita sakit. Maknanya Allah sayangkan kita. Allah ingat kita. Allah bagi peringatan pada kita. Allah mahu menguji kesabaran kita. Allah nak hapus dosa-dosa kecil kita. 

Bila kita sakit, Allah telah hantar 4 malaikat! Malakikat pertama yang AMBIL SELERA MAKAN. Malaikat kedua AMBIL REZEKINYA, Malaikat ketiga AMBIL KECANTIKAN WAJAHNYA (bertukar jadi pucat tak bermaya, tak cukup tidur, tak sedap badan), Malaikat keempat AMBIL DOSANYA. Bertabahlah wahai hati. Doakan moga Azie cepat sembuh ya. Jadi kalian semua syukuri nikmat sihat SEBELUM sakit. 

Wassalam.

Khamis, 5 Mei 2016

Jus Cegah Kanser

Salam sihat untuk semua orang!

Azie nak share beauty portion yang boleh cegah kanser....guna sayur dan buah aje. Juicing ni best tau (kecuali part mencuci alat-alat juicer, renyah!). Kali ni watak utamanya ialah kubis ungu atau kubis merah, epal merah dan lemon. Resepi ni Azie dah cuba awal-awal dulu masa tengah excited baru beli Kuvings. Habis segala sayur mayur nak cuba. Peti ais comel tu penuh sayur dan buah je. Yang lain-lain terpaksa dinyah keluar dari peti ais. Sian.

Inilah pertama kali beli sebiji kubis ungu. Tau tak yang kubis ungu atau kubis merah ni bau dia Masha Allah! Bau dan rasa kuat semacam. Memang tak mampu nak telan gitu-gitu. TRAUMA SEMINGGU! Bila balancekan dengan epal merah yang manis barulah boleh minum. Jangan lupa letak juga sedikit lemon. Suami cakap, tobat dah nak minum air kubis ni....udah-udahla tu guna kubis ungu nih. Buat ler sayur lain. Terus tak jadi beauty portion lah macam ni. Terpaksala ambil supplement lain untuk cegah kanser. Haha.

Rupanya kubis unggu a.k.a kubis merah ni banyak khasiatnya antaranya;

Mencegah pertumbuhan kanser
Anti-inflamasi
Meningkatkan imunisasi
Mencegah katarak
Turunkan berat badan
Kurangkan risiko Alzheimer
Membaiki sistem penghadaman
Mencegah osteoperosis

Kubis ungu + Epal merah + Lemon

Happy juicing!