Pages

Khamis, 28 April 2016

Snek Pagi Yang Ringkas & Berkhasiat


Assalamualaikum

Jam dah pukul 11pagi. Nak tunggu lunch lambat lagi. Perut dah berkeroncong irama malaysia. Walaupun dah minggu gaji, klik sana sini hujung jari, bank akaun dah mula kosong kembali. Muahahaha. Samalah kita semua~

Kalau sebelum ni, snek pagi kemain lagi..minum kopi dan roti di The Loaf...takpun sandwich di O'Brien..kalau tak berbelas hingga puluhan ringgit memang tak sah. Nak belanja teman sepejabat minum pun pikir 20 kali. Kalau snek pagi di mamak tu lain citer. Itu tader hal punya. Tapi dah sah-sahla kureng berkhasiat! 

Jadi nah, ini snek pagi yang ringkas & berkhasiat untuk anda. DIY sahaja.  Jimat duit. 


Sandwich Pisang

Bahan-bahan

Roti wholemeal
Pisang berangan
Madu makanan sunnah
Kacang almond (3biji) tumbuk dan tabur

Itu je resepinya. Mudah dah ringkas sangat. 3 minit SIAP!

Kenyang sampai tengahari. Pisang ada 6 biji. Jadi 6 hari ulang snek pagi yang sama. Tak ke jimat namanya tuh ^_^




Selasa, 26 April 2016

Apa Yang Menarik Di AEON Mall Seksyen 13 Shah Alam


Assalamualaikum

Mac 2016, kecoh sekejap warga Shah Alam bila AEON Shah Alam baru dibuka di Seksyen 13. Berpusu-pusu orang pergi sampai jem jalan. Heeeee tak kuasa akak nak menyemak sekali di situ. Jadi kita tunggu dah reda sikit baru kita pi. Hujung minggu baru ni, hajatnya nak cari baju untuk wedding, tapi spek pulak PATAH. Yang spare pun PATAH jugak. Adoiii. Langsung divert ke AEON Shah Alam. Gagau mencari FOCUS POINT.

Keadaan memang dah reda, jalan pun ok boleh senyum sampai telinga nak parking pun mudah. AEON Shah Alam terletak di Jalan Akuatik Seksyen 13 Shah Alam. Berdekatan dengan MSU, GIANT Seksyen 13 dan Stadium Melawati Shah Alam tu. Ni alamatnya;

AEON MALL SHAH ALAM
1, Jalan Akuatik 13/64
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: 10AM - 10PM




Parking space memang banyak betul! Ada 2,400 parking space. Walaupun bunyi macam banyak, car park tu kelip mata je dah penuh kalau hujung minggu. Kiteorang sampai jam 12 tengahari macam tu. Open space kat bawah memang penuh. Malas nak melilau terus je naik ke rooftop. Alhamdulillah parking masih ada. Parking masih lagi percuma. Next kita cari Directory AEON Mall. Nak tahu juga apa menarik di dalam AEON Mall Seksyen 13 Shah Alam ni.

Ground Floor
AEON Supermarket

Fashion Tenant Accessories & Beauty Tenant Speciality Tenant F&B Tenant
Valentino Rudy
The Body Shop Lovely Lace Nando's
Uniqlo
Bonia Caring Pharmacy Vivo American Pizza & Panini
Skechers
Selectiv by Sasa MyNews.Com Aunti Anne's
Giordano
Asterspring Kamelah Tobacco House The Coffee Bean & Tea Leaf
Padini Concept Store
AWG Fine Watches Eco Flora Forest Famous Amos
Levi's
Focus Point Signature Kenny Rogers Roasters
Cotton On
Camel Active Sizzling Stone Grill
Fila
Watch Engine Chatime
Hush Puppies Apparels
Clarks The Manhattan Fish Market
H&M
Everbest Red Lobster
Adidas
Baskin Robbins
NY Steak Shack
Windmill
Juice Works





AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - H&M dan Uniqlo. Amboi makin rancak la student MSU menyopping. 


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Padini Concept Store (Seed, Vincci, P&Co)  - SKECHERS


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Clarks - FILA


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Levi's - Uniqlo


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - The Body Shop - Aster Spring - Lovely Lace


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Famous Amos - Kimogi


Food Market di Ground Floor

1st Floor
AEON Department Store

Fashion Tenant Accessories & Beauty Tenant Speciality Tenant F&B Tenant
Belle Hair+ Guardian Sushi King
Polo Haus Soxworld Akemuchi Gindaco
Nyla City Chain Daiso Mister Donut
Brands Outlet Celebrity Mode Animex Vanguard Café
Smart Master Pretty Mindy Index Livingmall Hukara Style Café
H&M Megane Samurai Japan Yoshinoya & Hanamaru Udon
Ashura Scent Galerie
TopGirl Barry
New Look Fashion Sembonia
Tomei
Poh Kong
Kickers
Carlo Rino
Benang Hijau
Wonder Glow
Leathermade
Tomaz

AEON MALL SHAH ALAM - 1st Floor - Indexlivingmall

Tempat feveret nih!!! Azie boleh habiskan masa berjam di sini sahaja. Belek setiap satu! 

Haikara Style Cafe di 1st Floor - Japan Street . Ada sijil halal dipaparkan.

Yoshinoya & Hanamaru Udon berada di Aras 1. Japan Street.

GINDACO di Japan Street. Takoyaki diaaaa SEDAP.

Ini Original - 8pcs harga RM15.90. Esok nak pergi beli lagi.

Di Aras 1 di ada Japan Street. Terasa acah-acah di Japan dah. Huii memang teringin sangat nak pi Japan. La ni tengah menabung. Taktaula bila tabung ayam penuh. Patah balik cerita AEON Shah Alam, banyak juga cafe-cafe dari Japan ada di sini. Mister Donut pun ada. Paling menarik ada Japan Travel Bureau di sini. Bolehla ambik segala brochure tentang Japan. Selain itu ada juga Daiso, Doraemon merchandise, Manga dan macam-macam lagi. 

Japan Travel Bureau. Boleh cari macam-macam info berkenaan Japan di sini.


Peminat Manga meh datang sini!!

Tempat makan dalam AEON Mall ni memang banyak pilihan. Taknak yang makanan ala Jepun, makanan lain yang berjenama pun ada. Rambang perut nak pilih tempat makan. Ada Teh Tarik Place, Secret Recipe, KFC, Seoul Garden, The Chicken Rice Shop, Boat Noodle, Dapur Penyet, Food Avenue dan sebagainya. 

Antara makanan Ready-To-Eat dalam AEON Mall

Dalam AEON Mall ada Relaxing Corner bertemakan 4 musim di Japan. Iaitu HARU (Spring), NATSU (Summer),  AKI (Atutumn) , FUYU (Winter). Yang atas ni HARU ^_^

SECOND FLOOR pun ada tau. Tak habis tawaf =P Konklusinya memang AEON MALL SHAH ALAM ni memang BEST! Mall yang luas, selesa, banyak kerusi disediakan untuk duduk. Makin best bila AEON Mall Shah Alam ni ada Japan Street. Tak sempat la nak tawaf dan nak belek setiap sudut dan penjuru. Confirm akan datang lagi. Banyak makanan Jepun yang nampak sedap, menarik dan ready-to-eat ada di sini. Excited nak cuba. Barang-barang keperluan rumah di Indexlivingmall pun sangat menarik. Selamat tinggal IKEA. Takperlu dah ke The Curve or Bandar Utama lagi dah. Ke AEON Mall sahaja sudah mencukupi!

Nota:
AEON Member Customer Service ada di GROUND FLOOR & SECOND FLOOR
Baby ROOM ada di SECOND FLOOR
ATM Center ada di GROUND FLOOR
Surau akan update semula nanti

Sekian. Wassalam.

Isnin, 25 April 2016

Oh Volkswagen!


Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Siapa peminat Volkswagen atau nama manja VW? Sedar tak yang sekarang Volkswagen Group Malaysia VGM tengah buat harga runtuh "Drop Everything Sale". Harga yang ditawarkan memang TERLAJAK MURAH daripada biasa!

Polo Hatch RM70k
Passat RM116k
Jetta RM89k

Masa suami wasap Azie harga baru ni rasa macam nak fengsan!!! Terlajak murah ni! Seolah-olah jom beli VW! Bila baca detail, sebenarnya harga tu untuk penghabisan stok bagi model buatan tahun 2014 dan 2015 yang semuanya pemasangan tempatan! Eh tak juga...

Volkswagen Polo Hatchback CKD (The Polo 1.6) ada REBATE penurunan harga sehingga RM20,000. Harga normal model hatchback lima-pintu ini ialah RM89,888 . Harga promosi model 2014/2015 hanya RM69,888.

Bagi Passat sedan segmen-D, harga terdahulu ialah RM173,888, kini ditawarkan pada RM115,888, iaitu REBATE atau DISKAUN sebanyak RM53,000! (Pesaing Honda Accord & Toyota Camry).



Manakala Jetta sedan segmen-C pula, daripada harga asal RM134,888, kini berharga RM88,888. Iaitu melibatkan REBATE atau potongan sebanyak RM46,000! Tapi latest news yang dealer bagitahu JETTA dah SOLD OUT. Tak pasti pulak satu Malaysia ataupun hanya dealer di Glenmarie sahaja. (Jetta pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla).

Eh, ada "Bug" Edition. Harga dari RM135,888.


Perempuan sukalah Volkswagen Beetle nih. Kan. Kuning dia cun.


Yang uniknya Beetle ni Dashboard nya ikut kalor badan. Ahaaa, comelnya.

Volkswagen ni sangat dekat di hati sebab apa? Sebab kami sendiri punyai kereta keluaran Volkswagen. Zaman U pakai kereta jenama proton. Dah kerja upgrade sikit pakai kereta sport putih jalur biru kat tengah yang limited edition keluaran Ford (tekalah kereta apa). Merempit pergi kerja 50km sehala setiap hari, haruslah kereta sport! Hiks. Kini kereta tu berada di Utara!!. Then Alhamdulillah ada rezeki upgrade pakai kereta VW. Lebih selesa untuk travel long distance.

Dah alang-alang tu meh nak bagi review sikit tentang kereta Volkswagen yang mungkin anda tak tahu. Kami beli yang CBU. Apa itu CBU? Apa pulak CKD? Complete Built Up-CBU (diimport sepenuhnya) atau senang cerita datang seketul dari Mexico. Sekarang VW seperti Passat, Jetta, Polo Sedan, Polo Hatchback adalah Complete Knock Down-CKD (pemasangan di Malaysia). Masih ada lagi edisi CBU seperti Golf, Beetle dll.

Enjinnya ialah 1.4 liter TSI (1,390cc) pengecas berkembar (supercharge & turbo) yang menghasilkan kuasa maksimum 160PS dengan tork mencecah 240 Nm. Dengan transmisi ‘Direct Shift Gearbox’ (DSG) tujuh kelajuan memang selesa meluncur laju di lebuhraya dan tak sedar pun kelajuan dah cecah 190 kilometer sejam (km/j)!! Pengendalian kereta ini cukup memuaskan. Kalau jalan beralun, suspensi menyerap keadaan jalan yang tidak rata dengan baik tanpa lantunan. Pengendalian stereng tepat. Kalau nak selekoh pada kelajuan tinggi juga tiada masalah! (Azie selalu buat dan selalu kena marah dengan suami!! Hiks). Naik bukit pun relax je. Tak perlu nak force-force. Maklumlah rumah atas puncak!

Ciri-ciri keselamatan Volkswagen sangat baik. Saya SUKA! Stereng kuasa sensitif kelajuan, ada enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC) atau Kawalan Kestabilan Elektronik, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Brake Assist (BA), hill-start assis dan Sistem Park Jarak Kawalan untuk depan dan belakang kereta . Cermin sisi elektrik boleh laras yang swing ke bawah apabila memilih gear reverse (R) untuk memberikan pandangan sisi yang lebih baik dan jelas.

Ciri-ciri lain yang Azie suka sangat ialah lampu dan wiper automatik, ada alat pengesan hujan, built-in turbo timer, paddle shifter. Selain tu ada 'coming home and leaving home lights'.

Sejak ia keluarkan edisi CKD, ada juga google sikit2 tengok perbandingan antara keduanya. Bezanya ialah CBU yang datang seketul dari Mexico tadi ada 

- Tyre Pressure Monitoring
- Paddle shifters on the steering wheel
- Driver and Passenger vanity mirror lights
- 8 speakers (Front and Rear Tweeters, Front and Rear Door mounted speakers).
- leather based adjustable arm-rest.

Itu yang ketara. Lain-lain beza kena rujuk dengan dealer VW lah okey.

Tahap penggunaan petrol boleh kata jimat jugak dengan purata bacaan enam-tujuh liter bagi 100 km. Full tank minyak lebih kurang 55 Liter. Kalau harga minyak ron95 RM1.70 seliter lebih kurang RM93.50 untuk full tank.

SERVIS SEKALI SETAHUN atau 15,000km! (yang mana tiba dulu). Servis pertama kali dalam RM460. Normal servis antara RM400-RM600. Major servis mencecah RM1000+ (tukar macam-macam). Betul, waranti 5 tahun, rosak apa semua diganti kecuali 'wear and tear' macam oil filter, mechanical, wheels, tyres dll (bayau sendiri okeh!).

Lupakan pasal servis tu, kereta ni roadtax RM70 aje. Yang ni memang BEST! 

Kecoh pasal gearbox bagai tu kan? Taktaula, setakat ni dah 3-4 tahun pakai. Alhamdulillah takda masalah. Performance kereta masih tip-top! Masih gagah di lebuh raya (pleaseeee VW be nice to meeee! Jangan macam-macam ok). Nanti I beli make-up baru untuk you kay VW? *wink wink* :)

KECUALIIIIII... 

Ada sekali baru-baru ni, engine tak boleh start. Mujurlah kereta ada kat porch rumah je. Call VW customer service, dia ambik details, then hantar tow truck ke rumah ambik kereta tow ke pusat service berhampiran (FOC). Rupanya battery kong! Tukar battery kene charge RM700-RM800! Dem.





Ikhlas review dari saya pengguna VW =)) Kalau korang pengguna VW juga meh share pengalaman bersama Volkswagen. Thanx in advance!!! ^_^

Khamis, 21 April 2016

Cuaca Panas Ular Keluar Berhijrah


Asslaamualaikum


Awal minggu ni gempar juga satu Malaysia bila murid sekolah rendah meninggal dunia dipatuk ular. Hari ni gempar lagi bila murid sekolah rendah tahun dua di Rembau pula jatuh pengsan dipatuk ular. Mujur murid tu tiada apa-apa dan boleh bangun seperti sedia kala.

Bila sebut pasal ular teringat pulak baru-baru ni jiran sebelah rumah Azie ni ternampak ular warna hitam gelap lepas balik jemput anak-anak dari sekolah. Terus dia wasap Azie bagitau. Masa tu sedap-sedap je buka pintu rumah seluasnyaaaa bagi angin masuk. Panassss katakan. Lepas dia wasap terus panik tutup pintu tingkap segala!!! Takut weh. Dia pun panik jugak. Nak turun kereta tak berani. Mujurlah terlintas pakcik guard yang berjaga di taman ni. Terus dia pi roger pakcik guard. Balik-balik je tengok dah hilang. Azie pulak berjaga dari sliding door depan je kotla nampak ular tu kemana-mana kan. Tapi memang tak nampak. Pak guard cari pun tak jumpa. Heeeee takutnya. Harap2 dia dah masuk longkang besar dan pergi ke dalam hutan. Jadi kite selamat dia pun selamat. Huhu.

Cuaca panas lit lit macam sekarang ni merupakan musim binatang berbisa seperti ular mencari tempat perlindungan ke tempat yang dirasakan sejuk dan selamat baginya. Bila kena berhijrah sebab panas ni.. mereka dikatakan sangat sensitive dan agresif (garang). Tempat berhijrah kegemaran mereka ni macam bawah dapur, dalam atau bawah almari, bawah kerusi, atas almari dan bilik air.  Ular boleh masuk rumah melalui saluran longkang, paip, bawah pintu, celah tingkap dll. Mungkin juga boleh masuk dalam kereta. Jadi kite semua perlu beringat sentiasa dan alert dengan keadaan persekitaran. Selalu periksa rumah dan kereta juga bila parking di tempat-tempat semak atau rumput panjang-panjang tu.

Ular berbisa macam tedung, selar, kapak boleh membunuh dengan cepat. Mereka membunuh dengan bisa patukan pada taring. 

Jom amalkan doa di bawah ni. Doa ni untuk menghindari kita dari haiwan berbisa. Ajarkan pada anak-anak kita. Pada ahli keluarga kita. Moga kita semua sentiasa di lindungi-Nya.

Selain itu, boleh taburkan garam kasar dan belerang/sulfur untuk keselamatan dan mencegah ular dari masuk rumah. Jadi hati-hati ya semua. Balik je periksa rumah. Periksa kereta. Periksa bilik air. Kalau keluar rumah tutup segala tingkap dan pintu.

Kredit: Mr Suffie Studi0

Rabu, 20 April 2016

Resepi Jus Untuk Kurus Dengan Cepat!


Assalamualaikum

Pssstttt....psstttt...

Nak share resepi jus untuk kurus dengan cepat. Bonus kulit cantik dan glowing! 

Lama dah Kuvings ditinggalkan kesepian di bucu dapur. 

Muka pun sunburn teruk sebab balik Boracay, tubuh badan pun dah lari shape (makin lari lepas makan nasi Arab homemade adik ipar. Siap tambah 2x!).

Jadi gigih google resepi jus yang boleh menghilangkan berat dalam masa yang singkat dan paling penting dalam masa yang sama kulit pun nak glowing jugak! TAMAK. Akhirnya terjumpalah satu resepi ni. Azie dah cuba, rasanya amat sedap sekali!


Penuh buah dan sayur sebakul! Ada timun, celery, nenas, kiwi, halia dll. Scroll resepi di bawah.


Sepatutnya warna hijau pekat. Sayur bernama KALE tak jumpa di TESCO mahupun ECONSAVE di area rumah. Makanya jadilah warna hijau cair macam ni. Hiks. Jaya Grocer Bukit Jelutong ada tak? 


Tanpa gula dan tanpa air. 100% dari ekstrak sayur dan buah.

Lepas minum ni terus buang angin dengan cemerlang dan sendawa kekenyangan! Burrrppp! Alhamdulillah. Harini dah masuk 3 hari tak makan nasi!! Tunggu seminggu naaaaa. Nanti Azie update result okeyyyy.

Terinspirasi dengan cara hidup sihat Prof Muhaya. Aritu ada terbuka siaran Astro Ria. Rancangan apa tak pasti. Tapi Dahlia (Pengacara hLIVE) ada melawat rumah Prof Muhaya. Ada KUVINGS Merah juga di dapur Prof Muhaya. Dia buat jus dari segala sayur hijau dan bagi Dahlia rasa. Nampak enak je. Resepi jus hijau tu takdela Prof kongsi. Jadi Azie ambil inisiatif untuk google dan cari resepi yang fokuskan 2 perkara;

1. Weight loss
2. Glowing skin

Dan inilah resepinya;

2 potong nenas
1-2 batang of celery/saderi
2-3 genggam daun KALE or baby spinach (terpaksa skip sebab tak jumpa!)
1 biji timun
2 biji green apple
2 inci halia (besar sikit dari ibu jari)
2 biji kiwi
1/2 biji lemon

Banyak betul kan bahan-bahan nya. Khasiatnya pun banyak! Patutlah kenyang! Jus homemade macam ni pastinya lebih sihat kerana tiada pengawet, tiada gula dan perasa tiruan. dan amat sedap berbanding jus-jus yang ada di pasaraya. So apalagi...belilah satu juicer untuk rumah sendiri. Pasti BERBALOI ^_^

Kalau korang ada resepi jus hijau yang sedap rasanya silalah kongsi kongsikan. Sharing is caring =)

Sekian.