Pages

Isnin, 28 Mac 2016

Bon Voyage Malaysia!


Assalamualaikum

Teaser sikit....



Siapa tahu kami nak ke mana? Cuba teka =) Tempat ni sukar nak dapat makanan halal. Jadi satu bag makanan halal kami bawa dari Malaysia! Harap2 cukup. Travelogue, Azie akan update next week. Stay tune.....


Khamis, 24 Mac 2016

Cara Semak Jangka Hayat Makeup & Skincare


Assalamualaikum semua!

Nampak macam baru balik shopping dari SEPHORA kan. Tapi NO-NO-NO. Nak bagitahu yang MAKEUP ni semuanya dah EXPIRED! OMG!!!!

*rasa macam nak tampar diri sendiri*


SAYANGNYA! 

MEMBAZIR betul. Ada yang baru guna sekali dua. Ada yang masih dalam kotak. Sebenarnya terlupa ada barang-barang ni dalam laci. Letak pulak kat part dalam-dalam yang memang tak nampak. Sudahnya tahun berganti tahun dan terlupa. Aritu masa kemas-kemas laci baru keluarkan. Check punya check makeup dah expired.

Sebab Azie sejenis manusia yang tak bermakeup a.k.a tak pandai bermakeup. Kalau nak tahu itu jela barang makeup yang ada.. Keluar jalan-jalan hanya berbedak COSWAY (alah yang warna biru cap miyami tu) dan lipgloss je. Mascara & eyeliner jarang-jarang (ikut mood atau pergi kenduri). Eyeshadow & blusher memang tak pakai. TAK RETI saya. (Eyeshadow kat atas tu dapat gift).

Azie tak pentingkan sangat makeup. Yang penting cara penjagaan kulit. SKIN CARE kegemaran - SK-II (rasa dah hampir 10 tahun kot jadi pengguna setia). Serasi dengan kulit muka agaknya. SK-II kan mahal terjerut leher harganya. Jadi hanya mampu setia pada 3 item utama iaitu: Essence, Moisturiser & Serum. Pernah gak try yang lain..tapi akhirnya mencari dia balik. Huhu. Pasrah. SK-II kat Korea murah uolsss! Sila cari di airport kat sana. Ada 30% untuk tourist. Sempat beli masa kat Korea aritu. Ahaks. 

Jika hobi anda kumpul lippsstikkkk, 30 hari lipstik warna lain-lain..haaa..silalah semak expired datenya. Kang pada suatu hari bibir jadi hitamm. Baru terpanjat suami nanti =P 

Sila check expired date makeup dan skin care uols regularly. Tak elok untuk kulit muka pakai barang-barang expired ni. Ni antara kesan kalau gunakan produk kosmetik tamat tarikh luput.

1. Iritasi, radang, gatal miang atau alahan pada kulit
2. Jerawat datang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
3. Masalah kesihatan akibat jangkitan kuman
4. Tidak berkesan. Patutnya bila makeup nampak cantik, kalau nampak huduh semacam tu haaaa expired dah la tu. Hewhew.

Jangka hayat MAKEUP


Concealer 
1 tahun.


Liquid Foundation & Concealer 
6 - 12 bulan
Water-based foundation : 1 tahun
Oil-based foundation : 2 tahun
Bila perlu buang : Bila ada lapisan atau warna berubah


Powder
2 tahun

Eyeliner
Pencil eyeliner : 3 tahun
Liquid eyeliner : 3 bulan

Eye shadow
3 tahun

Mascara
2 - 3 bulan

Bila perlu buang : Sebaik sahaja maskara semakin 'clumpy' atau bau pelik. Dah boleh lempar keluar!


Lipstick

2 tahun

Lipgloss
1 tahun
Bila perlu buang: Bila perasan lipstik menjadi makin kering atau melekit atau ada bau yang tak best. Masa untuk ganti baru!


Pemerah pipi (blusher)
Powder blush : 2 tahun.
Cream blush : 1 tahun.

Nail Polish
1 - 2 tahun
Bila perlu buang: Wujud lapisan. Bila goncang warna masih tidak blend sekata. 


Minyak wangi
Jangka hayat: 8 - 10 tahun

Lotion
Jangka hayat: 2 tahun


Deodarant
Jangka hayat: 2 tahun

Sunscreen / Krim pelindung matahari
Jangka hayat: 6 bulan

Shampoo/Condition penjagaan rambut
Jangka hayat: 1 tahun

Brushes / berus
Jika guna setiap hari: Bersihkan setiap minggu
Jika guna jarang-jarang: Bersihkan sebulan sekali

Skincare
minimum 3 tahun
Sumber: seventeen.com

Ada sesetengah produk tiada tulis expired date. Beauty product dari Canada dan U.S tidak wajib ada tarikh luput tu. Jadi cara untuk semak ialah dengan check PAO - Period After Opening



 12M maknanya 12 bulan sahaja lepas ia dibuka

MAKE UP FOREVER takda tulis expired date dan tanda PAO. Tak perlu pening, boleh je semak jangka hayat makeup di

< COSMETIC CALCULATOR >

Pilih Brand. Untuk code, masukkan batch code pada product. Tadaaa terus keluar result. 

Canggih sekarang, cara semak jangka hayat makeup dan skincare guna calculator! Makeup kat atas tu maknanya ke tong sampah la jawapannya! Pfffffffttttttttt.


Rabu, 23 Mac 2016

Resepi Buang Angin Dalam Badan


Assalamualaikum

Korang banyak angin tak dalam badan? Azie selalu masuk angin terutama waktu malam atau keadaan sejuk ber-aircond. Jadi setiap malam dah acara WAJIB tidur pakai stokin. Walaupun cuaca sekarang panas lit lit tetap tidur malam berstokin. Travel long distance dengan kereta atau flight pun mesti nak pakai stokin. Memang dah standby stokin siap-siap dalam kereta. La ni tengah berlatih pergi mana-mana pun nak pakai stokin. Tapi itulaah kan, yang ke mana-mana tu kejup pakai kejup tidak. Banyaknya tidak pakai daripada pakai. LOL. Memang tidak istiqamah. Tapi takpelah pelan-pelan kayuh. Yang penting niat dah ada. Usaha tangga kejayaan. 

Ni nak share resepi buang angin dalam badan. Pun jumpa kat Mukabuku (Facebook). Terima kasih kepada yang berkongsi resepi. So Azie tepek semula di sini untuk korang juga amalkan. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang mendapat manfaatnya. Azie dah try buat. Memang ohsem sangat!!

Resepi Buang Angin Dalam Badan

Bahan-Bahan semulajadi

3 batang serai
Halia sebesar ibu jari
Suku biji lemon


Cara-cara: Rebus semua bahan di atas dengan 3 cawan air. Rebus sampai didih. Tambah madu ketika nak minum.

Azie tak mampu minum kalau takde madu. Blerrgghhh! Tak sedap. Bila letak madu haaaa baru ok. Baru boleh teguk dengan laju. Bila nak minum? Dicadangkan minum setiap kali lepas period untuk perempuan. Badan akan rasa ringan. Lenguh-lenguh belakang berkurangan. Sakit kaki naik tangga turun tangga (terutama cikgu) pun berkurangan. 



Suami pun tumpang minum sekaki. Sedap pulak dia minum. Siap tolong habiskan. Pfftttt.

Nanti kita buat lagi.


Selasa, 22 Mac 2016

Eubiq


Assalamualaikum


Pernah dengar Eubiq? The World's Most Flexible Power Outlet System.

Selamat ke guna Eubiq ni? Jangan risau ia memenuhi dan mematuhi ciri-ciri keselamatan. Power track boleh pegang dengan selamat. Tak perlu risau tentang electric shock. Lagi best tak payah nak guna berlapis-lapis extension.

"Compliance and Safety Standard


Eubiq products are designed to meet all essential international safety standards. We comply to IEC standard, Singapore Standard (SS), India Standard (IS), British Standard (BS), Malaysia Standard (MS), SASO Standard etc, and have been approved for use in various countries like Singapore, Australia, Germany, Kuwait, India, United Kingdom, Saudi Arabia, Russia, Korea, Malaysia, Japan and The Netherlands.

Eubiq is proud to have our products tested by many of the world's most reputable test laboratories. These test laboratories include; TÜV SÜD PSB Corporation, ASTA BEAB, Testing & Certification Australia (TCA), GOST.R Russia, Intertek ETL-Semko, Korean Testing Laboratory (KTL), JET Laboratory, DEKRA Certification B.V., IMQ, etc. 

Each test laboratory may be tested/certified only on selected range of products according to specific requirements." - eubiq.com 


Kelebihan Eubiq: Hanya perlukan satu power source sahaja. Power track akan dipasang pada power source tersebut. Track ni ada hadnya (kalau tak silap sampai 32A). Nak tahu lebih lanjut better tanya pada Eubiq installer. 

Azie berkenalan dengan Eubiq di HOMEDEC 2011 di KLCC. Excited nak pindah rumah..kemain sedap semua borong kat HOMEDEC. Borong pintu, kitchen kabinet, wardrobe dll. Termasuklah Eubiq ni. Konon-konon nak harga murah punya pasal. Lock harga dulu bayar kemudian. Bayar deposit je. Muahahaha. Time nak masuk rumah baru garu kepala nak cari duit celah mana. LOL terkenang pulak cerita lama. 

Masa tahun 2011 tu memang jakunla dengan Eubiq ni. Install di dapur. Selepas 5 tahun, tak menyesal langsung perabih duit pasang Eubiq. Sangat menyenangkan! Tak payah nak beli extension. Selamat dan boleh pakai semua electric appliances dengan serentak. Kat situlah nak masak air, masak nasi, juicer, oven, charge fon dll.



Pendek je power track. Tak cukup bajet masa ni


Blerrrgghhhh! Haaaa nih menyesaaaal sangat tak invest sikit untuk pasang di hall (entertainment area). Tak cukup extension ok. Takkan nak sambung extension atas extension. Bahaya tak. Stresss hakak. Sepah pun ya jugak. Sekarang ni baru duk sibuk-sibuk nak cari untuk hall. So tetamu yang nak charge fon kat rumah saya sila cari power source yang lain yaaa...^____^

Bonda pun masa nak masuk rumah baru setahun yang lepas terpengaruh nak pasang Eubiq jugak. Hihi.

Dapur rumah Bonda

Family Hall - Entertainment area. Penuh kemain! Unifi, TV, astro, cctv, tv cctv, charging fon, charging laptop semua kat sini. 


Berapa tah harga Eubiq ni sekarang. Kena pi survey HOMEDEC lah nampaknya. Takpun tunggu WAREHOUSE SALE. Terlepas SALE tahun lepas punya.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca SINI -> EUBIQ.COM

Yang nak masuk rumah baru boleh pertimbangkan pasang Eubiq ni di rumah. Sebelum pasang dapatkan consultation dari pakar okeh. Jangan aci bedal pasang je. Kan lain pulak jadinya =)

Khamis, 10 Mac 2016

Craving Yee Mee Sizzling


Assalamualaikum

Tiba-tiba....craving Yee Mee Sizzling. Maka......zamzam alakazam. Siap Yee Mee Sizzling! Huh, tak berapa nak jadi sangatlah Yee Mee Sizzling ni sebab Azie guna mee kuning. Yee mee takde pulak kat dapur. Malas pulak nak start kereta pergi cari kat Econsave. Ni memang menggunakan bahan yang ada kat dapur je. Resepi ni Azie ambik dari Facebook. 

Sekali tengok macam mee hailam pulak


Resepi Yee Mee Sizzling Senang, Mudah & Ringkas!

Bahan-bahan
6 ketul ayam dipotong kecil
4 keping halia di hiris nipis n tumbuk sedikit
8 ulas bawang putih diketuk
7 tangkai cili kering digunting kasar (1 tangkai gunting 3 bahagian)
10 biji cendawan kering (cendawan direndam dengan air panas selama sejam). Potong kasar (1 biji potong dalam 4 or 5 slice bergantung pada saiz)
5 sudu besar sos tiram,
6 sudu besar kicap lemak manis
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan (tak letak)
4 sudu besar tepung jagung bancuh dengan air (azie ganti tepung gandum sebab tepung jagung habis!) 
Yee mee
Sawi
Telur

Cara-cara
1. Masukan 3 sudu besar minyak masak. Dah panas masukan halia n bawang putih. Api perlahan dan kacau sampai kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan cili kering. Kacau dan sampai naik bau.

3. Bila dah garing masukan ayam  dan satu mug air. Letakan sedikit garam dan didihkan dalam 5 minit.

4. Kemudian masukan cendawan yang telah direndam dan dipotong tadi.

5. Kemudian masukan semua jenis kicap then tambah lagi 3 mug air. Didihkan. (Azie just letak sos tiram, kicap lemak manis cap kipas udang dengan kicap pekat cap Indah Rasa. Itu je yang ada kat dapur)

6. Bila kuah dah mendidih dan ayam telah empuk, masukan bancuhan tepung jagung.
TIPS : Buka api pada tahap kepanasan maksimum masukan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sambil kacau supaya tepung tak berketul dan apabila dah sejuk kuah tersebut tak jadi beku. Kacau sampai sesuai kepekatannya.

7. Sediakan hotplate, letakan sedikit kuah baru diletak yee mee,sayur dan telur (Azie takde hot plate so guna tefal yang lain untuk letak kuah, mee,sayur dan telur.

Alhamdulillah. Selesai masuk perut.


Selasa, 8 Mac 2016

Peminjam PTPTN? Semak Dulu Blacklisted Ke Tidak Sebelum Ke Luar Negara



Assalamualaikum


Esok flight jam 7am. Tiba-tiba kena tahan di imigresen dan tak dibenarkan terbang ke luar negara. Hancur berkecai terus moment-moment indah yang terbayang dalam kepala sebulan lamanya. Kenapa kena tahan? Rupanya nama telah diblacklisted oleh PTPTN. Pastu nak buat apa?

a. Mengamuk tak puas hati tepi gate nak fly jugak sambil tu mulut sumpah seranah PTPTN

b. Balik rumah viralkan kat media sosial seperti Faccebook atau Instagram or Tweeter. PTPTN Yada..Yada..kejam...tak bertimbang rasa, tak berhati perut...

c. Check website PTPTN atau call PTPTN untuk tindakan seterusnya.

Walaupun anda bayar konsisten setiap bulan, jangan konfiden sangat. Jika anda peminjam PTPTN, WAJIB semak senarai hitam peminjam PTPTN sebelum terbang ke luar negara. Jangan ambil mudah perkara-perkara macam ni tau. Kalau sehari sebelum fly sempatlah nak settle. Boleh pergi cawangan PTPTN berhampiran/UTC dan boleh deal untuk bayar 'certain amount' atau separuh daripada tunggakan..jadi PTPTN boleh clearkan nama senarai hitam untuk sementara waktu. Tapi balik oversea bersedialah untuk dihantui PTPTN semula. Hihihi. Kalau dah kat airport beberapa jam sebelum fly baru tahu blacklist...maknanya صدق الله العظيم Anda perlu redha dan pasrah ya. Memang imigresen tak akan lepas selagi PTPTN tak clearkan status anda. 

Boleh semak;

atau 




Atas ni...Output yang keluar setelah masukkan IC no Azie. Yayyyy!! Boleh pergi ke luar negara hujung bulan ni!!! Bai bai Malaysia =P Opppsss..jangan suka sangat. Better check semula beberapa hari sebelum terbang. Mungkin sekarang 'clear' tapi pada hari nak fly 'tak clear' pulak. 

Kalau status korang 'Dalam Proses Disenaraihitam' Haaa..better berjaga-jaga...consult dengan PTPTN cepat-cepat. Status macam tu boleh berubah bila-bila masa jadi disenaraihitam.

Jika anda tiada tunggakan baru 'clear ' boleh ke luar negara. Blacklist tengok pada tunggakkan. Ingat tau korang tak boleh ambik mudah je kalau dah berhutang dengan PTPTN. (Contoh: Patut mula bayar balik PTPTN tahun 2008 ikut perjanjian, tapi mula bayar PTPTN tahun 2013 secara konsisten setiap bulan tanpa miss sekali pun. Haaaa tengok tu...tau tak?? korang tetap ada tunggakan dari tahun 2008-2013 tu). So better sebelum terbang pi PTPTN tanya. Lagipun PTPTN dah ada cawangan di semua negeri di Semenajung Malaysia. Orang ramai mudah nak berurusan dengan PTPTN. 

Tunggakan selama 6 bulan atau tunggakan lebih dari RM10,000 nama akan disenarai hitam 'blacklisted' walaupun bayar secara konsisten. Bila dah disenarai hitam oleh PTPTN secara tak langsung akan tersenarai hitam di sistem CCRIS jugak.

Kesan bila nama telah disenarai hitam PTPTN dan CCRIS 

1. Kalau belum buat passport korang tak dibenarkan buat passport atau renew passport.

2. Tidak boleh keluar negara - Backpacker / traveller sila alert!

Tindakan: Perlu bayar 'certain amount' dari jumlah tunggakan (refer PTPTN). Then baru PTPTN akan tarik balik status senarai hitam dalam tempoh tertentu.

3. Sukar mendapatkan pinjaman perumahan atau kereta menerusi bank

4. Rekod buruk dalam Bank Negara Malaysia akan menyukarkan anda membuat permohonan “personal loan”

5. Susah nak diserap ke jawatan kerajaan ( Contoh: bila berjaya ditemuduga, perkara yang akan termasuk senarai hitam CCRIS. Peluang nak masuk government tipis)

6. Korang wajib membayar keseluruhan daripada jumlah pinjaman PTPTN jika anda telah disenarai hitamkan. Jika telah disenarai hitamkan, anda perlu mengemukakan rayuan untuk penstrukturan semula bayaran ansuran PTPTN.

Fuh besar impaknya kalau dah masuk CCRIS tu...baik berjaga-jaga.

Kawan-kawan yang kena tahan di luar negara tu kebanyakkannya kes yang ada lebih dari satu pinjaman (diploma, sarjana muda dan sarjana). Tapi hanya bayar untuk satu pinjaman sahaja.  Pinjaman 2 dan 3 tu jadi tunggakan.

Ada juga member yang katanya dia telah bayar untuk kedua-dua pinjaman. Dia telah tolak gaji untuk Pinjaman 1 dan Pinjaman 2. Bayar secara konsisten setiap bulan! tapi masih ditahan di imigresen ketika nak fly (terlupa check status perjalanan di web imigresen). 

Kalau tak silap PTPTN akan tolak Pinjaman 1 dulu, selesai pinjaman 1 baru tolak Pinjaman 2 pulak walaupun anda rasa anda tolak gaji untuk kedua-dua pinjaman ni. Kalau nak bayar untuk semua pinjaman... boleh combine kesemua pinjaman, tapi perlu restructure terlebih dahulu. 

*apa-apa pun untuk pertanyaan lanjut better refer pada PTPTN sendiri okey.


P/S: Bila dah langsai hutang...leeeeegaa ya amatssss! 

Isnin, 7 Mac 2016

Resepi Jus Apple Celery & Apple Carrot


Assalamualaikum

Bertemu lagi di minggu baru. Lama tak cerita pasal juicing kan. Ok siapa yang ada juicer? Jangan bagi dia berehat sangat. Kerahkan juicer anda bekerja. Hihi. Eh dah banyak ke juicing recipe yang uols cuba? Meh Azie nak share dua resepi jus buah yang Azie dah cuba dan rasa pun sedap nyaman dan gembira anak tekak menerimanya.  

Green Machine/ Jus Apple Celery
4 biji epal hijau
1/2 lemon termasuk kulit
2 batang celery

Khasiatnya melancarkan sistem penghadaman! Epal hijau memang dikenali sebagai pembersih tubuh yang sangat baik. Khasiat lain dikatakan dapat menurunkan atau menstabilkan tekanan darah tinggi dan dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam darah. 

Rasa: Tak pahit. Sedaaap! 


Resepi Jus Apple Carrot

4 biji epal
3 biji oren
1 biji lobak

Khasiat lobat merah / carrot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita. Selain tu, memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama). Carrot juga mampu menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita. Juga bersifat anti kanser. 

Rasa: Yummmy sangat! Tak perlu campur air dan gula. Sihat sangat nih.

Semua ni Azie guna Kuvings Slow Juicer. Memang terbaik Kuvings ni. Azie suka sebab mulut juicer ni luas. Buah oren tu buang kulit aja. Then boleh masuk sebiji macam tu. Sama juga dengan epal. Perlu buang tangkai dulu (kalau tak nanti stuck kat tempat keluar serat tu) then masuk sebiji terus buah epal. Jadi epal lain confirm tak lebam sementara nak tunggu turn. Carrot pun sama boleh masuk sebatang macam tu. Itu part paling best sebenarnya. Sebab tak perlu potong-potong buah sampai kecil. Sejak ada Kuvings ni, bolehla hidang tetamu minuman yang acah-acah lavish sikit =P Jus buah gitu. Azie suka buat jus epal hijau asam boi.

Boleh ke guna blender? Boleh. Tapi kena tambah air dan blend sampai halus teksturnya. Then boleh tapis kalau nak airnya sahaja. Sebenarnya senang guna juicer. Juicer atau pemerah buah elektrik (errkkk...peliknya terjemahan!). Takperlu tambah air dan tak perlu letak gula. 100% jus diekstrak daripada sayur dan buah tu sendiri.


Jumaat, 4 Mac 2016

Resepi Ayam Ungkep Mudah & Ringkas


Assalamualaikum dan Salam Sabtu.


Lama tak share resepi. Azie nak share resepi orang Jawa yang Azie screen shot kat Facebook. Kebetulan resepi ni melintas kat wall. Bahan-bahan untuk resepi Ayam Ungkep ni pulak memang mudah dan ringkas aje. Semua ada kat dapur. 

Bahan-Bahan

Setengah ekor ayam

Sejemput cili padi *blend
Bawang besar 2 biji *blend
Bawang putih 4 biji *blend
Halia sebesar jari kelingking *blend
Kunyit hidup sebesar ibu jari ATAU Serbuk kunyit - 1 sudu kecil *blend

Serai 3 batang
Asam jawa besar bola pingpong (ambil airnya dalam 3 cawan)
Kentang sebiji belah 6

Cara masak

1. Panaskan minyak
2. Masukkan serai dulu
3. Masukkan bahan *blend. Tumis sampai naik bau dan garing
4. Masukkan serbuk kunyit 1 sudu kecik (Azie tak blend sekali sebab taknak blender jadi kuning. Hihi)
5. Masukkan air asam jawa
6. Masukkan ayam, kentang, garam secukup rasa. Tutup kuali. Biar sampai air kering.
7. Bila dah nak kering..OPTIONAL: Letak santan pekat (Azie tak letak). OPTIONAL juga letak daun salam/bay leaf
8. Siaaap! Makan dengan nasik panas-panas. 

Memang sedap di mulut nikmat di perut. Tapi agak terbakar anak tekak. Jangan lupa sediakan air sejuk di tepi pinggan. Hiks.

Selamat mencuba.