Translate

No-No-NO!

Video Jeffri Ramli Masuk Ujibakat The Voice UK 2016


Assamualaikum dan Salam Rabu semua!




TERUJA jugak semalam bila suami bagitahu ada rakyat Malaysia masuk ujibakat The Voice UK 2016. Dah viral dah pun. Terus cari kat YouTube. Jumpa akhirnya video Jeffri Ramli masuk ujibakat The Voice UK 2016! Rancangan The Voice ni bukan calang-calang punya program. Yang ni The Voice UK.

Pemilik nama Jefri Ramli. Berumur 35 tahun. Menetap di New Castle selama 13 tahun. Menyanyi sepenuh masa dan meminati muzik K-Pop. Boleh menyanyi dalam Bahasa Jerman dan Korea.

Dalam rancangan The Voice ni, peserta perlu lakukan 'Blind Audition' depan empat juri program iaitu Will.I.Am (bekas penyanyi kumpulan Black Eyed Peas), Paloma Faith, Boy George dan Ricky Wilson. Jeffri memilih lagu mendiang Amy Winehouse iaitu 'Valerie'.

Tetapi Jeffri tak berjaya mara ke pusingan seterusnya. Juri tak pusing kerusi pun. Btw Good job Jeffri Ramli. You did your very best! Fuhh perlu keberanian yang jitu dan keyakinan diri yang setinggi gunung nih nak pergi audition The Voice. Walaubagaimanapun part akhir bab persembahan poco-poco tu mantap! Bahahaha. Habis semua juri menari poco-poco. 

Jeffri pernah masuk program ITV's X Factor 2014 (Siri ke-11 di UK)... memenangi hadiah utama. Pernah jadi Penyanyi Terbaik pada KBS K-Pop World Festival 2014 (UK Final). Jeffri juga terlibat dengan acara Malaysian Night sejak 2014 di Trafalgar Square, London. Not bad kan uols!

Jeffri akan mencuba nasib dalam satu lagi pertandingan nyanyian di UK iaitu Beyond the Lights pada 16 Mac ini. Well...Good luck Jeffri!





2 comments:

  1. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menulis artikel ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Jangan putus asa & selamat maju jaya! =)

      Delete