Translate

No-No-NO!

Gangguan seksual kah?



Assalamualaikum dunia!

Salam Jumaaat untuk semua. Tajuk tu hiperbola sangat kan. Pasti semua suspen kan. Apa la Azie nak cerita ni. Pernah tak korang diganggu oleh seseorang yang tidak dikenali menyebabkan anda berasa tidak selesa? Sama ada di tempat awam, dalam LRT, di pejabat atau di mana-mana sahaja. 

Well, begini kisahnya....Suami minta Azie pulang ke rumah ayahbonda sebabnya dia nak masuk ofis Sabtu, Ahad Isnin cuti Thaipusam. Risau katanya. Khuatir isteri kesayangan bosan takde teman bercakap. Azie pulak malas nak drive CikTTa. Cakap dengan suami nak naik public jela. Terasa VIP sikit. Ada orang tolong bawak. Sedar-sedar sampai je. Gitu perancangannya. Sampai di komuter, amboiiiboiboi, sejak bila tiket komuter dah NAIK HARGA! Bukan sikit, banyak pulak tu. Harga tiket komuter dah sama dengan harga tol dah. 

Sementara nak tunggu komuter tiba, check dulu FB dan IG kot2 ada feed menarik. Tiba-tiba ada makhluk Allah seorang lelaki lewat 30 macam tu bawa beg lalu depan dan tegur Azie.

Lelaki: Hai, boleh saya duduk sebelah ni (letak bag) jangan mara eh.
Azie: Ok. (Tengok sekilas then sambung semula scroll FB news feed). 

Tiba-tiba rasa tak sedap hati. Goose bumps. Terasa macam ada pandangan liar yang menyeramkan. Mamat ni tiba-tiba berdiri dan tengok semacam. So Azie pandang dia dengan pandangan ko nak apa hah?! Telepati kononnya. Dengan harapan dia faham. Huhu. Rasa nak cungkil je mata hitam tu. Dah salah guna nikmat yang Allah bagi. Takde rasa segan silu langsung tengok perempuan macam tu. Hissshhh tolonglaaa. Ambik handbag letas atas paha. Bag baju pun letak atas paha. Sambung balik scroll FB.

Lelaki: Student ke?
Azie: (Eh dia tanya aku ke?)... Hah?! Takla. Saya dah kahwin (sambil tayang cincin kahwin. Motif bagitau dah kahwin? Hewhew).
Lelaki: Nak pergi mana?
Azie: Senawang (jujur pulak kan bagitau arah tujuan. Tak reti nak menipu)
Lelaki: Suami mana?
Azie: Kerja. (Mula whatsapp suami mengadu tak sedap hati... sambil-sambil bagi hint kat mamat ni yang aku sibuk ni... tengah taip2 mesej taknampak ke. Takde mood nak bersembang laa)
Lelaki: Suami ke yang hantar tadi? (eh dia sambung lagi soalan dia. Adoii)
Azie: Ya
Lelaki: Tak kerja ke harini?
Azie: (Eh eh eh hello...yang ko sibuk sangat ni apesal. Tapi keluar dalam hati jela. Wasap kat husband laju2.)
Lelaki: Anak berapa orang dah? Dah berapa lama kahwin? Sekarang ni tinggal kat mana?
Azie: (Hoii, bertubi-tubi soalan personal keluar! MAYDAY! MAYDAY! MAYDAY! wasap husband)

Terus husband call. Fuhh lega. Sambil2 cakap dengan husband, mata dia tuuuu. SERAM! Nak bangun pindah tempat lain bimbang pulak lelaki ni bertindak lebih agresif ke. Manalah tau kan. Maka pretend berani & cool.

Mujurla kebetulan komuter pun datang. Laju2 naik KOC WANITA gerabak paling jauh sekali! Masa ni BERSYUKUR sangat ada coach WANITA KTM. Dikelilingi wanita-wanita. Rasa selamat. Phewww! Alhamdulillah. Barulah boleh bernafas lega. Mula-mula tu tak nak berfikiran negatif sangat. Mungkin lelaki ni nak beramah tamah. Bimbang juga kotla Azie ni terlebih perasan. Tapi annoying sangat bila tanya soalan-soalan peribadi macam tu. Lagi satu tak jaga langsung pandangan mata tu. Niat dalam hatinya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Mujurlah takde drama bersiri atau episod bersambung. Sebenarnya perkara macam inilah yang membuatkan menyampah, bimbang nak naik komuter KTM. Lambat sampai pun satu hal juga. Kalau area rumah Azie tu, menjelang petang yang bukan waktu puncak... sejam sekali baru komuter sampai. Terlepas je, kene tunggu sejam berikutnya. Leceh betul. Sudahnya 3 jam perjalanan baru sampai rumah! So, ingat Azie.. next time drive aje.

Azie ada terbaca ramai golongan wanita kena gangguan seksual ketika naik public pergi balik kerja hari-hari macam PUTRA LRT tu. Terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai orang dan sesak-sesak dalam LRT. Sampaikan tak sedar sama ada diganggu atau tidak sengaja. Kes raba tu macam common dah. Tapi kalau diraba di bahagian vital parts seorang perempuan then baru luar biasa. What?! Like seriously? Ya Allah jauhkanlah ahli keluarga dan kawan-kawan dari kejadian-kejadian tu. Btw Putra LRT ada tak koc untuk wanita?

Yang geramnya, walaupun dah terang dan jelas lagi sign KOC WANITA / LADIES COACH bertulisan pink pulak tu...masih ada jugak lelaki yang tersesat seorang dua. Tak FAHAM BAHASA kan. Mungkinlah warga asing. Tapi hello bahasa inggeris kan ada tu. Ok fine kalau tak faham bahasa Inggeris. Tapi orang Melayu pun ada. Kecewa sangat. Muka takde rasa bersalah pun. Takde rasa malu dan segan langsung dalam diri tu. KEBAL! Rasa macam nak jadi pengawas je halau lelaki tak reti bahasa ni keluar koc. Sheeessshh! 

Wahai perempuan dan wanita di luar sana, sentiasalah berhati-hati walau di mana jua anda berada. Lebih-lebih lagi jika anda selalu bergerak solo. Malaysia ni bukanlah negara yang selamat sangat. Jenayah berlaku sana sini. Lambakan warga asing di Malaysia ni pun sangat menyeramkan. Ladies, paling penting langkah je kaki keluar rumah bacalah Ayat Kursi sebagai pendinding diri.


Sekian, wassalam. 


5 comments:

  1. seramnye kalau kena mcm tu..bahaya tu..ramah semacam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana,
      Haah. Tak mampu dah nak bersangka baik.

      Delete
  2. erm melampau pulak kan azyy siap tanya soalan peribadi bertalu2 tu, kalau kak ana pun cuak gak dah.. alhamdulillah semuanya selamat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Ana,
      Kan. Kalau perempuan tu oklah nak jawab. Kalau lelaki ishh pelik sangat tanya soalan macam tu. Alhamdulillah semua selamat.

      Delete
  3. mmg kalau nk train, jangan la pilih yg berhimpit atau duduk sblh lelaki.
    seriau. hahaha

    btw kak, tq share resipi! emy follow hihi > Meatball Cheese

    ReplyDelete