Pages

Khamis, 25 Februari 2016

Keberkatan & Pahala Membaca Surah Al-Ikhlas


Credit: Google Image

  • Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

  • Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam seperti di bawah.....kerana malaikat rumah akan menyahut.

Credit: Google Image

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

  • Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

  • Khatam Al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


PAHALA MEMBACANYA

Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada

"Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (Masyrik ke Maghrib)

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

(Riwayat Ibnu Abbas): "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."

Credit: Google Image

"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

#copypaste
#remindertoself

Isnin, 22 Februari 2016

5 Tempat Makan Yang BEST di Sungai Buloh


Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Masa zaman-zaman kerja office hour dulu, jalan Sungai Bulohla laluan hari-hari. Lagi pun tak jauh mana Sungai Buloh tu dengan rumah kami. Kalau orang tanya, Azie tempat makan BEST di Sungai Buloh kat mana? Nah ini listnyaaaa ya. BEST in town. Enjoiceeeee! 

1. SATE SRI SUBANG 

Sate terbaik di Sungai Buloh babe. Kalau orang Kajang tu tersohor sangat dengan Satay Kajang, orang Sungai Buloh boleh berbangga dengan Sate Sri Subang. Memang sedap. Satay kat sini tak main tipu. Lemak-lemak ayam takde letak. Ayam dan dagingnya memang tender juicy. Dibakar sempurna. Kuah kacang dia marvellous! Lokasi Sg Plong batu 16, menghala ke Kuang Sg buloh. Dari Sg Buloh jumpa traffic light Kuang tu masuk kanan. Sate Sri Subang tak jauh dari tepi traffic light tadi. Lokasinya belah kiri jalan. Pelanggan yang datang ramai Ya Rabbi. Sila datang di luar waktu puncak. Kalau tak berjanggut pulak tunggu baru dapat makan satay.

Alamat: Jalang Kuang, Kampung Cempedak Sungai Buloh
Waktu Operasi: Setiap hari 5.30pm - 11pm. AHAD TUTUP.




2. RESTOREN ASAM PEDAS SELERA MELAYU MELAKA, TSB SG BULOH 

Hoiii asam pedas MELAKA ni TERBAIK di Sungai Buloh. Merecikkkk air liur tengok asam pedas kat sini. Yes, akhirnya peminat asam pedas macam Azie tak perlu pergi jauh sampai Melaka. Start kereta pergi je di TSB Sungai Buloh. Restoren Asam Pedas ni memang nampak dari tepi jalan. Asam pedas dia macam-macam. Pilih aje mana yang berkenan di hati!

-Asan Pedas Ikan Pari
-Asam Pedas Siakap dan sayur asin
-Asam Pedas Patin
-Asam Pedas Ikan Parang dan Sayur Asin
-Asam Pedas ikan Kembong
-Asam Pedas Ayam

Selain lauk asam pedas, lauk pauk lain juga ada. Pastu jangan dilupa ulam-ulaman dengan sambal belacan. HEAVEN. Azie pernah cuba asam pedas ikan pari. Perhh! Kuahnya memang SLURP habis semangkuk. Pakcik nanti kami nak datang lagi tau!


Alamat kedai: No 89G Jalan Nautika AU/20A, TSB Commercial Centre Sg Buloh
Waktu Operasi: SELASA - AHAD. 7am - 10 pm.




3.  CUCUK-CUCUK STEAMBOAT di TSB SG BULOH

Lokasinya di TSB Sg Buloh. Cucuk-cucuk steamboat ni jual atas van aje. Van ni diorang park kat belakang signboard TSB tu. RM1 sebatang. Aneka pilihan ada. Kuah steamboat dia mengancam anak tekak betul. Ada kacang. Boleh makan kat sini atau bungkus. Selain tu, mereka ada jual ABC jugak. Kami pi ni hari Sabtu petang(kelmarin). Hari biasa tak pasti ada jual ke tak sebabnya van ni dah guna parking orang. Kalau siap letak meja kerusi tu dah banyak parking space guna. Try cari Sabtu & Ahad okey. Sabtu, Ahad kawasan TSB ni tak banyak kenderaan. 

Serious, kuah steamboat ni memang SEDAP!

Tips: WAZE: PASAR RAYA SYED.




4. ILIN CENDOL HOUSE

ILIN Cendol House ni pernah masuk dalam Jalan Jalan Cari Makan TV3. Lokasinya di Caltex Bandar Baru Sungai Buloh. Berdekatan dengan Pasaraya ECONSAVE Sg Buloh. Kedainya tak besar mana, tapi ada khemah disediakan di tepi untuk menikmati cendol Ilin. Harga pun murah. Servis pun ok. Cendol Jangung dia sedaaaapppp. Nanti kami nak repeat.




5. PISANG BAKAR / GORENG CHEESE

Boleh buat kudap-kudap minum petang ni. Tahap rangup pisang dia memang KRUP KRAP! Tak jauh dari ILIN Cendol House. Lokasinya berdekatan ECONSAVE Sg Buloh (dari Masjid Kuning lorong nak ke Caltex Sg Buloh). Dia jual pisang goreng ni bawah khemah. Kalau nampak orang beratur panjang tu yela tu. Ada macam-macam perasa. Antaranya;

Original pisang cheese - RM5
Chocolate Cheese - RM6
Messy Chocolate - RM6
Strawberry Cheese - RM6
Blueberry Cheese - RM6
Crunchy Oreo - RM7

Ada limited edition punya perasa macam butterscotch & apple. 10 flavor, RM35. Siap ada membership card (macam carwash). Penuh kesemua cop dapat free 1 set. Datang awal, cepat habis ni....





Sekian sahaja 5 senarai makanan BEST di Sungai Buloh. Tempat makan SEDAP di Sungai Buloh ni tak habis lagi tau. Ada lagi. Tunggguuuuu....

Jumaat, 19 Februari 2016

Jantung Rumah



Assalamualaikum & Salam Jumaat!



Hai semua. Dulu masa zaman-zaman sebelum kahwin nak mengaku yang Azie jarang stay lama di dapur. Hiks. Lepas kahwin pun sama. Tahun pertama bekerja sempatla jugak masak-masak. Masuk tahun berikutnya kita makan luar jela. Keluar pagi balik malam memang sekejap jela masuk dapur. Masuk dapur untuk masak air dan masak meggi je. Hihi.

My kitchen is my territory. Gitu kekdahnya. Mujurlah masa berpindah masuk ke rumah ini dulu dah siap-siap cantikkan dapur. Terima kasih suami kerana memahami. Barulah semangat sikit nak main masak-masak kat dapur. Empat ke lima tahun menabung gaji sebab nak masuk rumah baru. Nak berpindah ke rumah sendiri. Excitednya tak payah cakap. Dalam kepala ni dah macam-macam lakaran dekorasi dah. Tapi itulahhh, bila bajet ciput... lain yang difikir, lain pulak yang direalisasikan. Kesian.

Gigih keluar setiap Sabtu dan Ahad mencari idea-idea dekorasi. Selalu terjah Homedec, SSF, IKEA, Signature Kitchen dan tak ingatlah pulak. Memang dah plan dengan suami, apa-apa pun dapur kena siap dulu at least ada kitchen kabinet dan peralatan yang sesuai macam hood dengan hob. Bajet untuk dapur ciput je, tapi kiteorang sedaya upaya menjadikan dapur tempat yang best untuk bersantai suami isteri, family, kawan-kawan (yang datang) minum kopi dan makan keropok lekor. *ewah bersantai kat dapur* Sebab tu ada orang kata dapur ni JANTUNG RUMAH. 

Dan akhirnya kami pilih Signature Kitchen untuk realisasikan dapur idaman. Masa tu ada pakej promo kat Homedec KLCC (lima tahun lepas). Kitchen Consultant Miss Ai Bee memang THE BEST. Kerja dia tip top dan hasilnya memang terbaik. Dia arrange dengan baik semua pemasangan untuk jadikan dapur tu selengkapnya. Kami pun tak pening kepala. Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Mudah berurusan dengan dia. Kami happy dengan hasilnya dan semuanya berbaloi-baloi.


Pengstoran yang kemas mewujudkan dapur yang selesa dan sedap mata memandang. Azie memang request nak ruang storan yang banyak. Sebab takmo sepah-sepah semua barang atas kaunter dapur. Kuali periuk belanga, tong gas semua masuk dalam kabinet. Dapur dah la kecik. Nanti celah mana pulak nak memasak. Nak prep bahan lagi. Pastu pintu kabinet takmo cermin. Biar tak nampak isi dalam. Barulah sejuk je mata hati memandang. Nampak putih je semua.



Putih adalah warna pilihan sebab nak ruang dapur nampak lebih luas. 



Azie letak Eubiq ni kat dapur. Jadi tak perlu guna extension kalau nak guna semua plug serentak. Dan yang penting wayar-wayar tak berselirat. 




Kalau pakar dekorasi tengok ni confirm kena bebel. Kemain tinggi kedudukan microwave itu. Jangan ngomel dulu plis, meh nak explain. Sebenarnya ruang tu tempat letak peti sejuk. Peti sejuk kan tinggi. Tapi kami dihadiahkan peti sejuk kecik comel kiut miut ni. Orang bagi kita ambik ajela. Ye tak. Rugi kalau tak digunakan dan membazir kalau beli peti sejuk lain. Peti sejuk baru mau ribu riban. *fengsan*. Plus jimat letrik hakak. Jadinya, ruang yang terbiar tu, kita drill pasang besi letak kayu putih buh microwave kat atas tu. Menggunakan ruang sebaiknya. ^_^

Kaunter bar tak buat sebab tak cukup bajet. Jadi belilah meja IKEA warna putih letak di tengah-tengah dapur. Siap! Kalau perasan kaunter dapur tu semua azie lapik dengan pelapik IKEA. Sebabnya permukaan kaunter dapur Azie warna putih bersih! Kalau tak memasak sekadar deko kat dalam rumah takpe tak nak lapik. Tapi bila memasak sayangnyaaaaa kalau tak lapik. Takut calar balar. MENANGIS nanti. Bila permukaan kaunter warna putih kena extra care. Letak lapik selesai masalah. Tak perlu nak extra care sangat. Muahahaha. Azie pun bukannya rajin sangat. Kalau anda heavy memasak untuk berniaga ke apa ke kan better cari permukaan yang tahan lasak. 

Ni saja nak share jenis-jenis permukaan kaunter dapur yang Azie dapat berdasarkan pembacaan dan siri penjelajahan kedai ke kedai.

JUBIN SERAMIK
PRO: Ada pelbagai rekabentuk. Boleh disuai padan dengan macam-macam kombinasi warna. Mudah dibersihkan, mudah dijaga, tahan kelembapan dan tahan suhu panas. Selain tu mudah dipasang sendiri dan kos lebih murah. Biasa orang letak jubin seramik untuk dapur basah. Senang nak lasak-lasak. 

CONS: Yang orang tak tahu, simen yang digunakan untuk melekat jubin mudah jadi kotor dan membiak kulat. Jubin pulak mudah retak dan pecah. 

CORIAN
PRO: Kalis kotor, tahan lama, mudah dibersihkan dan terdapat dalam bermacam-macam warna, rekabentuk dan kemasan. Permukaan corian mencegah pembiakan kulat, kulapuk dan bakteria.

CONS: Senang calar dan tidak tahan suhu yang tinggi. Tak semahal granit tapi kosnya boleh tahan tinggi jugak

BATU TIRUAN
PRO: Diperbuat daripada batuan asli macam zarah quartz. Menjadi pilihan ramai sebab sifatnya tidak mudah kotor, kalis calar dan kulat tidak membiak

CONS: Kos berbeza mengikut warna dan pengeluar.

GRANIT
PRO: Kandungannya kebanyakkan batu quartza dan feldspar. Keras dan padu. Tahan lama dan pilihan terunggul untuk dapur. Selain itu, tahan suhu yang tinggi, kalis calar.

CONS: Teramat mahal

Jadi pilihan permukaan kaunter dapur kiteorang....jeng..jeng..jeng.. CORIAN. Sebab nak dapur moden tapi dengan harga murah. Mueheheh. Yang penting senang cuci. Letak lapik sebab taknak bagi calar. Kalau macam minyak atau kunyit kena lap segera. Kalau dibiarkan lama nanti warna kuning tu lekat kekal. Kalau tunggu sebulan sekali baru nak lap minyak tu jangan ambik warna putih. Ambik warna gelap. Semut berjalan pun tak nampak. Hihi. Macam Signature Kitchen ada servis untuk polish balik permukaan kaunter dapur bagi berkilat. Cuma tak tahanla nak berabuk satu rumah. 

Oklah panjang pulak menaip dah ni. Azie doakan korang pun dapat dapur idaman dan happy sentiasa sepanjang berada di dapur. Pasang ayat-ayat Al-Quran sambil memasak tu. Selamat berdekorasi kepada korang yang baru pindah rumah baru! Pindah rumah memangla sesuatu perkara yang seronok dan excited...tapi nak maintain rumah selepas tu yang jadi cabarannya. Lagi-lagi dengan anak-anak yang tengah membesar. Lepas tiga or empat tahun tengok rumah jadi apaaaa.....

Sekian tips tak seberapa dari #dapurazyyatiliah. Hiks

Khamis, 18 Februari 2016

Tip bersihkan Microwave Oven


Assalamualaikum

Hadiah kahwin dapat microwave oven. Mekaseh yang bagi tuuuu. 
Dah berusia 8 tahun ni ^_^

Arini nak bebel pasal Microwave Oven. Mak-mak moden sekarang pasti ada oven kat rumah. Cepat dan mudah nak panaskan lauk katanya. Jangan kata ibu-ibu je, student pun ada oven tau. Entry ni nak bebel pasal oven yang kotor dan berbau!

Jangan dibiarkan percikan, tompokan, lelehan makanan kering, keras, kekal dan tinggal bau dalam microwave oven. No-no-no. Microwave lepas guna kena terus bersihkan. No malas-malas. Nanti suami fengsan tengok microwave berkulat. Kesian kat microwave tu. Kalau dia boleh bercakap dah meluahkan perasaan, pasti luluh dengar keluhannya. 'Aku sejenis microwave'. Tuan aku tidak pedulikan aku. Badanku dibiarkan kotor dan berbau. Yadda..yadda... *tiba-tiba teringat karangan sekolah rendah zaman dulu-dulu*


Kredit: Google

Ada ke yang rupa microwave kat rumahnya cenggini? Ayaiyai ~

Microwave kena sentiasa bersih dan segar. Barulah kualiti hidangan terjaga dan tip top. Kalau tak nanti bakteria membiak dan bersarang pulak dalam microwave tu. Pastu panaskan lauk pauk sekali dengan bakteria tu. Errrrk lalu ke nak makan lauk tu?

Microwave korang berbau dan tidak hilang? Nah ini ada tips bersihkan microwave oven.

1. Perah sikit jus lemon dalam air dan panaskan dalam microwave selama tiga minit di dalam cawan atau bekas terbuka. Then biarkan sejuk. Gunakan air lebihan campuran untuk lap microwave. Biar hingga kering.

2. Atau campur satu sudu teh serbuk penaik atau cuka bersama cawan air panas. Ia bertindak sebagai agen pembersih terbaik untuk mengelap bahagian dalam microwave.

3. Elakkan guna berus, berus keluli atau agen menyental sebab ia akan merosakkan gelombang mirowave. Beli mahal-mahal pastu jahanam.

4. Lepas panaskan lauk pauk terus cuci setiap lelehan atau tumpahan atau percikan hidangan seawal mungkin menggunakan kain kering dan bersih. So takla kotoran tu kekal bertompok berkerak dan berbau kekal kat situ.

5. Kalau kita selenggara dan bersihkan microwave sebaiknya barulah microwave tahan lama dan hidangan yang dipanaskan bersih dari bakteria.

6. Guna agen pembersih khas berbentuk kimia atau sabun hanya di bahagian luar microwave sahaja. Jangan lap kat dalam tau.

7. Amalkan alas pinggan sebagai lapik hidangan yang nak dipanaskan. Jadi semua percikan dan lelehan lauk pauk tadi mengalir terus dalam pinggan. Mudah nak bersihkan.

8. Basuh dan lap kering piring microwave setiap kali selepas guna.

9. Pastikan bahagian luar ketuhar sentiasa kering terutama bahagian skrin LED. Matikan microwave jika tidak digunakan. 


Perah lemon dan masuk dalam microwave
Panaskan 3 minit. Then nanti keluar wap. Lap wap tu dengan kain bersih dan kering
Ni tudung yang Azie guna untuk tutup lauk pauk agar kurang terpercik

Sekian tip dari #dapurazyyatiliah Hiks. 

Rabu, 17 Februari 2016

Bayar Saman DBKL


Kredit: Google
Assalamualaikum

Apa?! 18 SAMAN dari pihak DBKL!!!! *hantuk kepala kat dinding*

Masa bila pulak kena saman ni. Time-time gawat ni saman datang berlonggok sekaligus. Check punya check rupanya di Jalan Dungun tahun 2010. Ayaiyai, dah 5 tahun berlalu baru surat saman nak sampai ka? DBKL baru upgrade sistem ke? Harga setiap saman bernilai RM150 x18 = RM2700!!!  *gulp*

Macam mana tahu kena saman? Dengan kedatangan surat cinta dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL. Surat cinta datang 8 je macam tu. Kemudian check MyEg. Baru tahu jumlah keseluruhan saman ada 18 kesemuanya.

Flashback balik detik-detik kena saman. Siapa yang pernah bekerja di Jalan Dungun, Bukit Damansara pasti maklum dengan keadaan ini. Boleh kata setiap hari pihak DBKL akan keluarkan saman ke atas kereta yang diparking di tepi-tepi Jalan Dungun, Bukit Damansara. Jika bernasib malang, kereta ditarik pihak DBKL sampai ke Jalan Jinjang. Serious memang Jalan Dungun parkingnya terhad dan berbayar. MAHAL pulak tu (lebih kurang RM15 sehari). Maka terpaksalah parking tepi-tepi jalan dekat sekitar rumah kediaman tu. Sebenarnya tak mengganggu lalu lintas pun. Dan parking pun hujung jalan. Kadang-kadang tu berpeluh ketiak parking punyalah jauh tepi rumah orang tetap kena saman jugak. Haih. PASRAH.

Jadi kalau pekerja-pekerja sekitar Jalan Dungun tu memang acapkali dah kena saman. Koleksi saman setahun masing-masing berpuluh agaknya. Situasi kereta kena tarik dengan DBKL pun dah biasa dah. Jika bernasib baik sempatlah selamatkan kereta masing-masing. Tak bernasib baik, kereta hilang kena tarik DBKL dibawa ke Depoh Unit Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Jinjang.

Kesian kan. Duit gaji tiap2 bulan habis bayar saman, habis bayar paking, belum campur bayar minyak kereta, bayar tol sebab rumah sejauh 40km dari pejabat. Maka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tiada siapa yang tahu. Sobs.Sobs.Sobs. Akhirnya kami carpool. Azie bekerja di Jalan Semantan dan suami di Jalan Dungun. Maka dapatlah reduce kepada 18 saman sahaja. Alhamdulillah, itu cerita 5 tahun lepas.

Nak bayar ke taknak saman DBKL ni? Kawan-kawan yang lain tak bayar pun. Buat dek je. Ada yang nasihat abaikan je. Jenuhla setiap tahun nak bayar saman. Kena ada peruntukan pulak untuk saman tahunan. Banyak sebab kenapa taknak bayar. Salah satunya dah tentulah takpuas hati dengan DBKL. Yang tak bayar tu selamat je setakat ni. Takde pulak yang masuk jail atau kena tangkap. Ada juga yang dapat surat mahkamah. Suami Azie prefer bayar. Hatinya tak tenang selagi tak bayar. Tak bayar dikira berhutang dengan DBKL. Hutang tetap hutang. Lepas di dunia, di akhirat nanti camne pulak? Jadi terpulanglah kepada pemikiran dan pendapat masing-masing. Peace. ^-^




CARA BAYAR SAMAN DBKL

1. Pergi ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 
(Elok datang awal pagi seawal jam 8.30am)

2. Pergi ke kaunter bayaran (sebelah lobi utama)

3. Ambil nombor giliran. Tekan C (rayuan kompaun)

4. Tunggu nombor giliran dipanggil. Tunggu di hadapan bilik pegawai kompaun (Bilik 13)

5. Setelah nombor dipanggil, masuk dan jumpa pegawai untuk sesi rundingan.

6. Suami tak bawa surat sokongan apa pun. Pergi menonong je. Setelah berunding akhirnya diberi diskaun dan perlu bayar RM30 untuk setiap saman. Kata pegawai tu, ini harga termurah yang DBKL boleh bagi. Sebabnya, jumlah saman / kompaun yang banyak dan nak langsai semua walaupun kes lama sejak tahun 2010 lagi. Jadi RM30x18 jumlah RM540 perlu dibayar. 

APA NAK BUAT JIKA KERETA DITUNDA PIHAK DBKL

1. Call/SMS/Whatsapp Unit Tunda DBKL - 0126663255 untuk semak betul ke kereta anda ditunda DBKL. 

A. TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA

Perkhidmatan: Menunda kenderaan yang menghalang kelancaran lalulintas melalui rondaan dan aduan awam


Masa Urusan :
24 Jam
Alamat Tuntutan:
Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda (Kenderaan Ditunda)
Jabatan Penguatkuasaan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Jalan Galloway Off Jalan Hang Tuah,
55100 Kuala Lumpur.

(sebelum ni di Depoh Simpanan Kenderaan Tunda di Jinjang)
No Whatsapp :
013-6663255


BIL
JENIS KENDERAAN
PENGAPITAN
(CLAMPING)
PENGALIHAN
(REMOVAL)
PENAHANAN (DETANTION)
SEHARI/PER DAY
KOMPAUN
1.
Motosikal & Motosikal beroda tiga
RM 20.00
RM 30.00
RM 50.00
RM 100.00
(Mengikut Kesalahan)
2.
Motokar
RM 50.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan















Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :
  1. Kad pendaftaran asal kenderaan (Geran)
  2. Cover note (insurans) asal kenderaan
  3. Wakil - Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik.