Pages

Rabu, 27 Januari 2016

Short Gateway ~ The Grand Beach Resort Port Dickson



Assalamualaikum & Salam Rabu semua


Alhamdulillah selamat sampai rumah semalam. Cuti panjang balik kampung (Terengganu) sat jenguk nenda. Bahagia bila tengok wajah nenda suka riang. Hilang rindu nak makan nasi dagang ikan tongkol dengan laksam kuah masak Terengganu! Hilang rindu pada bayu laut china selatan. Gitu! Eh entry ni bukan nak update cerita pasal balik kampung. Tapi nak throwback cerita bulan Disember. Hihi.

Adik kesayangan ada kursus di The Grand Beach Resort Port Dickson masa cuti sekolah tahun lepas. Suami kesayangannya pulak tiada di Malaysia. Makanya habis satu keluarga dikerah datang bersama ke The Grand Beach Resort! Terus jadi short gateway gitu.

Sebelum ni dikenali dengan Selesa Beach Resort bersebelahan dengan Regency Tanjung Tuan. Kebetulan ramai orang bercuti hujung minggu juga. Boleh kata hotel PENUH. Check-in pulak, memang slow tahap kura-kura. Kura-kura pun tak slow macam tu. Terpaksa pulak berebut bilik. Yerla semua yang datang nak checkin awal kan. Akhirnya kul 2.30pm hampir jam 3pm baru dapat bilik. Bilik ok. LUAS. Mintak twin bed. Sebabnya yang nak tidur malam tu 5 orang dewasa 1 kanak-kanak. Suka hati je kan sumbat ramai-ramai dalam satu bilik! Yang agak rare, jadual waktu solat dan sejadah juga disediakan dalam bilik.

Budak kecik yang umur 4 tahun ni terus bergetar tapak kaki bila nampak kolam. Kat lobi tu jugak tukar baju renang muslimah bawak pelampung lari-lari masuk kolam. Tak menyempat nak tunggu petang. Bilik tak check-in lagi dah terjun kolam. Untungla budak-budak sekarang, umur 4 tahun dah mandi kolam. Azie kecik2 dulu 4 tahun mandi dalam kolah bilik air je ^____^

Kolam renang ada 2. Satu untuk dewasa. Satu untuk kanak-kanak. Aleesya terjun dalam kolam kanak-kanak. Rupanya cetek je. Paras pinggang dia je. 

The Grand Beach Resort ada tiga tingkat. Selain tangga, lift ada disediakan


Kolam mandi yang sangat meriah! 


Swimming suit muslimah gitu!


Eceh, eksyen la tu, boleh mandi kolam WALAUPUN tengah panas bendering!


Muka puas hati lah tu. "Kolam renang ni aku yang punya!!"


Ada private beach 


Curi-curi captured gambar kami! 


Boleh layan sunset dengan jelas dari private beach The Grand Beach Resort Port Dickson



Overall, hotel ni OK untuk bercuti bersama keluarga di hujung minggu!

Alamat/lokasi
The Grand Beach Resort Port Dickson
5th Mile, Jalan Pantai Teluk Kemang
Taman Orkid, Port Dickson, Negeri Sembilan



Khamis, 21 Januari 2016

Resepi Air Mata Kucing


Salam Zohor untuk semua!



Kredit: Google

It's scorching hot nowadays *menggelupur kepanasan*. Dapat air sejuk memang boleh bergetar tulang rusuk kanan kiri ni! Craving air mata kucing. So tada! Siap air mata kucing. Bukan mata kucing di atas tu ya. 

Bahan-bahan untuk resepi air mata kucing
Buah mata kucing segar dari ladang secukupnya
Gula Melaka / Nise
Gula
Air secukupnya
Daun pandan

Cara-cara



Buang kulit. Cuci buah mata kucing hingga bersih.




Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana. Masukkan gula melaka dan gula. Masak sampai gula melaka hancur. Perasakan dengan gula. 



Siap! Boleh hidang 'air mata kucing buat sendiri' yang telah disejukkan. 
Kalau ada biji selasih boleh letak sama. Biji selasih kat rumah ni dah expired. Takut pulak nak letak.

Selamat mencuba DIY Air Mata Kucing!


Rabu, 20 Januari 2016

10 Jenama Paling Unggul di Dunia | 2015



1. APPLE




Brand paling mahal dan bernilai di dunia ialah Apple! Bernilai 145.3 bilion tu. Pheww! Hebat bukan. Siapa yang tak kenal Apple? Jenama Apple ni merupakan jenama teknologi paling diterima di dunia ni. Fcourse sebab ada... produk yang kreatif (iTunes) dan inovatif seperti The iPhone, the Mac, the iPod, the Apple Watch. Siapalah yang tak teringin memiliki jenama Apple (jika anda gila gadget). Kereta mewah seperti Mercedes dan BMW pun siap ada port khusus untuk Ipod! Nampak tak kepentingan Apple di situ. Are you an Apple lover? I am a big fan of Apple!


2. MICROSOFT
Bernilai 69 bilion! Microsoft cukup banyak digunakan manusia di seluruh muka bumi ni. Bill Gates dan Paul Allen mewujudkan Microsoft sejak tahun 1975. Bill Gates ni sejak umur 13 tahun dah boleh akses komputer. Pernah jadi hacker. Akhirnya buka company menggunakan nama Microsoft. Fcourse banyak rintangan dan cabaran mereka hadapi untuk berada pada tahap ini. Kejayaan awal Microsoft ialah lesen sistem operasi MS DOS diberikan kepada IBM. Bermula sejak itu, kedua-duanya Microsoft dan IBM seiring sejalan menjadikan jenama tersebut terkemuka dan unggul di dunia.


3. Google
Tahun 2015 Google bernilai 65.6 bilion! Merupakan enjin carian terhebat abad ini. Dan juga pengumpul kandungan maklumat TERbesar di planet muka bumi ni. Google ada segala-galanya! Asalnya enjin pencarian BackRub dibangunkan oleh dua sahabat Sergey Brin dan Larry Page. Kemudian ditukar kepada Google (Googol bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya). Siapa pernah tengok filem The Intership? Lakonan Vince Vaughn dan Owen Wilson. Azie Suka tengok sebab mereka jadi intern di Google headquarters. Working environment di Google nampak cool gitu! Google Malaysia Sdn Bhd terletak di Quill 7 KL Sentral. 


4. COCA COLA
Jenama ini bernilai 56 bilion tahun lepas. Di mana-mana negara pelusuk dunia ada Coca Cola. Rasa dan nikmat coco cola ini tak dapat ditandingi mana-mana soda pun di dunia ni. Coca cola dilahirkan di Atlanta, Georgia tahun 1886. Pengasasnya Dr John Stith Pemberton seorang ahli farmasi. Berilhamkan pengalaman cedera di medan perang dan kebetulan ketika itu permintaan terhadap ubatan dan tonik tinggi di Amerika Syarikat. Menyebabkan Dr Pemberton mencipta minuman tonik (minuman sirap bercampur air berkarbonat) dan jual di farmasi. Nama tonik tu Coca Cola. Taglinenya 'Yang Lazat & Menyegarkan'. Ketika itu dijual dengan harga 5 sen sahaja. Siapa sangka tonik Coca Cola ni diminati ramai sampaila ke hari ni pun!


5. IBM
Bernilai 49.8 bilion. 3 huruf sahaja! Mudah untuk diingati. Ingat komputer di pejabat, ingatlah IBM. Hihi. IBM wujud dari penggabungan 3 syarikat pada tahun 1911.


6. MC DONALD'S
Jenama yang terkenal dengan tagline: I'm Lovin' it ni bernilai 39.5 bilion. Dua beradik Ricard dan Maurice Mc Donald memulakan perniagaan kafe pandu lalu dengan nama McDonald's Bar-B-Que pada tahun 1940. Selepas 8 tahun beroperasi mereka hanya fokuskan kepada burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai sahaja. Tahun 1954 Ray Kroc beli pulak keseluruhan McDonald kafe. Dalam masa 8 tahun telah ada 500 cawangan. Kini McD dah ada 32 000 cawangan di seluruh dunia!*Cries*


7. SAMSUNG
Samsung kini bernilai 37.9 bilion! Asalnya sebuah kedai runcit pada tahun 1938. Bila perniagaan makin maju ia dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Polisi di Korea tidak membenarkan syarikat asing menjual barang-barang elektronik di Korea. Sukalah SAMSUNG! Selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee, tiada pesaing langsung! Dari Tv, mesin basuh, peti sejuk, aircond, handfon...bla..bla...bla.. semua jenama Samsung!


8. TOYOTA
Toyota menghasilkan kereta pertama dengan Model A1 pada tahun 1935. Sebelum kereta pertama terhasil, founder toyota telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk belajar selok belok pembuatan kereta. Kini nilai Toyata adalah 37.8 billion. Toyota salah satu brand kereta pilihan ramai rakyat Malaysia! Siapa pengguna Toyata? Comfort driving gitu.


9. GENERAL ELECTRIC


GE acronym untuk General Electrik. Jenama ini bernilai 37.5 bilion. Asalnya hanya mencipta mentol lampu sahaja. Kini dah macam2 barang elektrik dihasilkan. Pengasasnya Thomas Edison.


10. FACEBOOK
Semua tahu pengasas FACEBOOK adalah mahasiswa Havard yang bernama Mark Zuckerberg. Faebook muncul tahun 2006. Kini merupakan jaringan media sosial terunggul di dunia. Mark lahir tahun 1984 (baya adik Azie je). Tapi kini dah bergelar jutawan. Rupanya Mark ni sejenis manusia buta warna. Dia tak dapat lihat warna merah dan hijau dengan jelas. Yang terang di matanya ialah warna biru. Sebeb tu biru jadi warna utama FACEBOOK. Lifestyle Mark sangat simple dan sederhana. Tengok tak filem The Social Network. Azie tengok dah. Agak bosan tapi dari situ boleh faham asal-usul Facebook dan Mark Zuckerberg ni orangnya macam mana. Microsoft pernah offer nak beli Facebook dengan harga 15juta USD. Dengan sarkastiknya Mark offer balik untuk beli Microsoft dengan harga 240 juta USD. Hihi. Murah sangat kalau nak jual 15juta USD tu. Tengokla nilai Facebook sekarang bernilai 36.5 bilion! 


10 jenama berikutnya

#11. Disney
#12. AT&T
#13. Amazon.com
#14. Louis Vuittton
#15. Cisco
#16. BMW
#17. Oracle
#18. NIKE
#19. Intel
#20. Wal-Mart

Inilah 20 jenama paling unggul, paling bernilai, paling kaya dan berjaya di dunia untuk tahun 2015. Harap-harapnya suatu masa nanti adalah jenama dari Malaysia yang menduduki 20 carta teratas ni. 

Sumber: FORBES.com

P/S: verangan juga nak ada jenama sendiri! Tapi nak buh nama apa ni? 


Isnin, 18 Januari 2016

Nasi Kak Wok Shah Alam di Kedai Nasi JJ TTDI Jaya



Assalamualaikum dan selamat tengahari!



Siapa ore Kelate sini? Kelantan memang famous dengan Nasi Kerabu, Nasi Ulam, Nasi berlauk (Ya Allah sedapnya!) Korang kalau pergi Kelantan wajib makan Nasi Berlauk ayam atau ikan untuk breakfast tau! 

Pernah dengar tak Nasi Kak Wok? 


Nasi Kak Wok asal dari Kelantan. Restoren Nasi Kak Wok turun temurun originally dari Jalan Lundang (belakang Kota Bharu Medical Centre, KBMC), cawangannya di Kubang Kerian (depan USM). Foundernya Mek Wok Hassan atau Kak Wok berniaga nasi ni sejak 35 tahun dulu. Lately ni nampak banyak gila jenama Nasi Kak Wok bertebaran di merata Shah Alam, Saujana Utama, Puncak Alam pun dah ada. Kuala Lumpur tak pasti. 

Baru-baru ni husband ajak makan Nasi Kak Wok Shah Alam di Kedai Nasi JJ TTDI Jaya. Katanya SEDAP! Officemate ya yang perkenalkan. Tak pasti adakah ini cucu cicit Kak Wok atau tidak. Atau tumpang glamour nama Kak Wok mungkin juga. Yang berniaga ni memang orang Kelantan. Tak kisahla, yang penting hilanglah rasa kempunan dan rindu nak makan Nasi Kok Wok Kelantan. Gitu. 

Kedai Nasi JJ Kak Wok ni terletak di TTDI Jaya. Tak jauh dari Restoren Arab Sedap Aroma Hijrah. Konsepnya layan diri. Beratur, order, ambik air, bayar. Harga sebungkus RM5. Tidak termasuk air bandung hijau. Portion dia banyak. Tak kalau tak cukup sebungkus takpa. Boleh tambah. Nasi tambah RM1.50 (nasi + sambal belacan).

Formula nasi Kak Wok -> Nasi putih + berlauk gulai yang berlemak sedap menjilat jari + ketulan-ketulan kecil ayam goreng + sambal belacan = NASI KAK WOK. Kunci KESEDAPAN nasi KAK WOK ni terletak pada GULAI & SAMBAL BELACAN nya. 


Restoren JJ punya Nasi Kak Wok ni memang sedap sambalnya. Bukan itu je, YA ALLAH..memang tak kedekut dengan ayam. Ayam memang banyak! Serious. Selalu makan nasi tak cukup ayam. Nasi Kak Wok JJ ni terlebih-lebih ayam. Siap ada balance untuk ratah lagi. Betullah sekali pergi aritu tak cukup. REPEAT dah untuk kali Ke-2. Tak cukup lagi. Nanti nak ajak suami pergi lagi. Hiksss. Sebab tu ramai yang cakap dan bersetuju Nasi Kak Wok di Kedai Nasi JJ TTDI Jaya ni paling sedap di Shah Alam (kalau ada yang lagi sedap tolong info ya. TQ =)).

Officemate suami, dari JAPAN suka GILA nasi JJ Kak Wok ni. Katanya "Nashi Kawok have the best sambaru. OISHI! OISHI! " maknanya....Nasi Kak Wok punya sambal paling BEST. Oishi tu maksudnya SEDAP. Hihi. Suami cakap siap bertambah-tambah lagi sambal belacannya. Memang HANTU SAMBAL!

Lokasi / Alamat:

Kedai Nasi JJ Kak Wok
50, Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, Shah Alam
Waktu Operasi :8.30pagi – 6petang (Isnin ke Jumaat), 8.30pagi ke 3petang (Sabtu).

TIPS: Jangan datang waktu puncak! Memang beratur panjang la jawabnya. Meja dan tempat duduk terhad.
P/S: Kepada Encik Suami, jom kita makan lagi minggu ni boleh tak? 


IKEA Cheras, Akhirnya Aku Datang!


Assalamualaikum & Hi.
Kredit: Google Image

Dulu masa tinggal di Damansara Perdana, memang sejengkal je rumah dari IKEA Damansara tu. Tahun pertama duduk situ boleh kata kerap sangat pergi IKEA. Bukan nak beli barang sangat pun. Nak cuci mata dan nak menghabiskan masa sebenarnya. Masuk tahun kedua..ketiga..dah jarang-jarang jejak IKEA. 

Tapi itulah kalau ke IKEA memang takkan keluar berlenggang. Ada je barang yang masuk troli tu nanti walaupun takde keperluan. Lagi satu IKEA ni memang tak pernah tak ramai orang. Hari bekerja pun penuh sentiasa. Sabtu Ahad jangan cakapla. Kesimpulannya IKEA ni lokasi terbaik untuk keluarga jalan-jalan hujung minggu.

Jadi memang bijakla IKEA buka satu lagi cawangan di Cheras. Terbesar di Malaysia pulak tu. 3 Jan baru-baru ni, bonda hello...hello...ajak melawat kawasan IKEA Cheras. Sebab lain nak pinjam Kad Keahlian IKEA. Rasanya crowd mesti dah reda sikit. Maka ke IKEA Cheras lah kita. 

Sedikit info pasal IKEA Cheras ni, mula dibuka 19 Nov 2016. Cawangan terbesar di Malaysia. Keluasan 42,000m persegi. Ruangnya 20% lebih luas dari IKEA DAMANSARA. Ada 56 bilik pameran 8500 jenis barang! Restoren Ikea Cheras ni ada 780 tempat duduk dan 1,700 tempat letak kereta. Yang best ada tempat letak kereta khusus untuk WANITA/LADIES. Surau pun ada. Berdekatan dengan tempat makan. 

Alamat / Lokasi

IKEA Cheras
No. 2A, Jalan Cochrane,
Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi IKEA
Isnin - Khamis: 9:30am - 10pm
Jumaat - Ahad & Cuti Umum: 9.30am - 11pm

Waktu operasi Restoren IKEA
Isnin - Khamis: 9am - 9.30pm
Jumaat - Ahad & Cuti Umum: 9am - 10.30pm 
Menu sarapan pagi mula 9am - 11am 

Halal ke restoren IKEA ni?
Ini jawapannya. 



Kalau betul dah tiada bahan meragukan, ramai yang mencadangkan IKEA Malaysia dapatkan sijil HALAL JAKIM. (Ha'ah kan. Kenapa dari jaman IKEA Damansara dulu lagi diorang tak apply?)





Oke finally dah sampai dah IKEA Cheras. Keserabutan dan kepadatan manusia dah berkurangan. Takdela macam hari pembukaan tu. Rasa tak sanggup bila tengok gambar-gambar yang dipaparkan masa pembukaan IKEA Cheras tahun lepas. So scary! Berasak-asak. Berhimpit-himpit. Restoren IKEA memang penuh dan padat dengan manusia. Kiteorang keluar dan lunch kat tempat lain. Dan seperti biasa ada je barang yang masuk dalam troli! (walaupun takde benda nak beli pun pada asalnya! )

Tau tak mana datang nama IKEA tu?

I - Ingvar

K - Kamprad (Ingvar Kamprad nama founder IKEA)

E - Elmtaryd (nama ladang tempat dia membesar)

A - Agunnaryd (kampung halamannya di Småland, south Sweden)



Sehingga Ogos 2015, IKEA dah ada 373 gedung di 47 buah negara di serata dunia. Ini membolehkan Ingvar Kamprad tersenarai sebagai antara manusia TERKAYA di dunia! Hebat bukan business IKEA ni.


Sabtu, 16 Januari 2016

21 Tempat Menarik di Melbourne Australia


Assalamualaikum dunia...dan Salam Ukhuwah kepada yang baru bertandang!



G'Day mate!

Hello Melbourne. Tiba-tiba rindu Melbourne. Dalam banyak-banyak kotaraya di Australia, simpan angan-angan ke Melbourne. Sebab apa? Sebab rata-rata beri REVIEW yang best tentang MELBOURNE. Melbourne ibu kota Victoria terletak di selatan timur Australia. Ada lebih 4 juta penduduk di sana. Nama Melbourne Australia, tapi penduduk kat sini, dari pelbagai warna kulit, agama dan keturunan. Campur habis semua. Rata-rata muka orang Asia. Paling unik cuaca di Melbourne. Kerap berubah sehingga dipanggil tempat empat musim dalam satu hari!

7 hari Azie & suami backpack ke Melbourne (2014) memang akan terpahat dalam ingatan. Kat sini Azie nak share 21 tempat menarik yang patut anda pergi jika ke MELBOURNE Australia. Let's check it out! 

1. Flinders Street Station

'"Meet me under the clocks". Gitulah ayat pasangan kekasih jaman dulu. Tempat pertemuan di Flinder Street Station. Kini bangunan ni dah berusia 114 tahun (sejak dibuka tahun 1909). Bangunan ini dah macam mercu tanda utama di Melbourne CBD. Bagi yang tak tahu, ini adalah station keretapi. 




Gambar di ambil dengan GoPro

2. Federations Square & ACMI - Australian Centre For Moving Image 

Orang Melbourne panggil Fed Square. Public space tumpuan ramai untuk pelbagai aktiviti. Menjadi tempat beristirehat atau lepak pelancong juga penduduk tempatan. Memang dibuka sepanjang tahun. Australian Centre for the Moving Image (ACMI) terletak di Federations Square. Ada galeri, teater, panggung wayang dan studio digital & animasi. 



3. Hosier Lane 

Legal untuk bergrafiti di tempat-tempat tertentu sekitar Melbourne CBD. Contohnya Hosier Lane, Rutledge Lane, Union Lane, Caledonian Lane, Centre Place. Paling ohsem ia PERCUMA. Boleh cuci mata dan bergambar sepuasnya. Jalan sempit warna-warni inilah menjadi tempat mereka mencurahkan kreativiti mereka. Macam-macam lukisan ada kat sini! Grafiti lama telah pudar sentiasa diganti dengan grafiti baru. 



4. The Nobbies Phillip Island 

Nak tengok kampung halaman Thor (Chris Hemsworth). Sinilah tempatnya. Menjelang matahari terbenam boleh tengok berduyun-duyun penguin terkedek-kedek naik ke pantai pulang ke sarang. Comel sangat sangat. Tapi ada caj dikenakan. Boleh memandu sendiri atau pergi dengan tour. Kami pergi dengan Australia Melbourne Tour. Pakej Phillip Island 90AUD per person. 



5. Maru Koala & Animal Park 

Nak selfie dengan kangaroo boleh datang sini. Jika ambil Philip Island Tour anda akan dibawa ke sini. Mula-mula seram. Takut kena tendang. Bhahaha. Rupanya kangaroo haiwan baik, jinak, tidak agresif dan kiut. Bulunya kasar. Kangaroo suka pegang tangan ketika diberi makan. Awas, kuku kangaroo tajam tau! Walaupun berkaki dua, tapi boleh berlari dengan laju ni. Berani setelah dipaksa oleh Mr Bob si tour guide. Hiks. 



6. Kennet River 

Jaraknya 174km dari Melbourne. Anda boleh jumpa tempat ni dalam perjalanan ke Great Ocean Road. Kennet River merupakan tempat terbaik untuk lihat hidupan liar di Australia seperti burung corella, burung warna warni macam pensil color luna, koala dan juga kookaburra di hutan tepi jalan. Cool kan. Takperlu ke zoo nak tengok semua binatang ni. Jinak pulak tu. Eh seronok pulak layan burung ni. Terima kasih Mr Bob sebab siap sedia makanan burung. S.E.R.O.N.O.K tak terkata. 



7. Wye River 

Sebuah pekan kecil di Victoria yang terletak lebih kurang 155km dari Melbourne. Terletak di antara Lorne dan Apollo Bay. One of the most spectacular sections of the Great Ocean Road. Anda boleh juga memandu sendiri ke sini. Tak perlu buat IDP (International Driving Permit) untuk ke sini. Cara memandu mereka sama dengan di Malaysia (belah kanan). Yang perlu ada hanyalah Terjemahan Lesen. Pergi sahaja ke JPJ dan katakan mahu terjemahan lesen ke B.Inggeris. 



8. Great Ocean Road 

Kalau pergi Melbourne route WAJIB pergi ialah Great Ocean Road. The Great Ocean Road is one of the world's MOST SPECTACULAR drives. Jalan ini dibina antara tahun 1919 dan 1932 sepanjang 243km dari Torquay hingga ke Allansford. Nak tahu menakjubkan yang macam mana? Kena datang tengok dan feel sendiri. Kami ke sini dengan Melbourne Australia Tours. Pakej ke Great Ocean Road 75AUD per person. 



9. Port Campbell National Park - The Razorback Formation 

Keajaiban pembentukan dan formasi batu-batan yang terjadi akibat hakisan angin dan ombak. Batu ni rupanya macam mata pisau cukur. Sebab tu nama Razorback. Ahaks. Jangan risau anda akan dibawa ke sini jika ikut tour. Cuaca di sini panas tapi sejuk dingin. 



10. Port Campbell National Park - Loch Ard Gorge 

Sebahagian daripada Port Campbell National Park. Boleh turun ke bawah dengan tangga yang disediakan untuk melihat batu-batu secara dekat. Seronoknya dapat jejakkan kaki di pasir. Pasir di sini kasar dan dalam. Memang memerlukan stamina nak menapak sampai ke gigi air. 



11. Twelve Apostles 

Tunggul batu macam ni pun tersangat cantik tau. Ini bukan sebarang batu. Batu di sini ada 12 semuanya. Kini tinggal 7. Batu terakhir runtuh 10 tahun lepas disebabkan hakisan dan angin yang kuat. Lagi unik tengokla tebing di sini berjujukan. Boleh naik heli untuk lihat pemandangan spectacular dari atas udara. Rugi sangat tak naik aritu. Sebab tak tahu dan tak cukup bajet. Boleh request kepada tour. Tour akan bawa ke tempat heli. 



12. Puffing Billy Steam Train 

Kalau pergi Melbourne, silalah pergi sini. Sebab ini keretapi lama dari zaman 1900 dulu. Dah lebih 100 tahun umurnya! Walaupun dah tua tapi mampu bawa beribu-ribu penumpang setiap hari. Pastu keretapi kat sini ada keluar asap kepol-kepol dari serombong! Memang klasik sangat. Paling best boleh julur-julur kaki sambil layan scenery hutan Australia yang lawa gile dan angin sejuk dingin menyapu-nyapu pipi gebu korang. Dalam perjalan jangan lupa lambai dengan meriah kepada penduduk tempatan yang lalu lalang atau di dalam kereta yang berhenti untuk beri laluan kepada keretapi. Mereka sangat excited melihat anda! Entrance fee 29AUD per person. 



13. Grant's Picnic Ground

Tak jauh dari Puffing Billy Steam Train. Tempat berpiknik. Kat sini kami makan mee goreng dengan sandwich roti gardenia. Aman damai tenang sejahtera rasanya. Tiada sampah sarap dan sangat bersih. Lepas makan semua pelancong kemas sendiri tempat berpiknik dengan bersihnya. Kenapa orang-orang kat sini boleh buat macam tu tapi tidak orang-orang di Malaysia? Masalah attitude. Oh, boleh solat di sini. 



14. Tesselar Tulip Festival 

First time tengok, sentuh dan bau tulips. Tak payah Amsterdam dah nak tengok tulips. Ada setengah juta tulip di ladang ini. Meh ke Melbourne. Tapi hanya dibuka untuk waktu tertentu sahaja. Tahun 2016 bermula 8 September - 4 Oktober 2016. Make sure terbang ke Melbourne pada waktu itu! Kalau tak melepas la nak tengok tulip. Harga tiket 22AUD per person.



15. Shrine Of Remembrance 

'Shrine' bermaksud kuil, tempat keramat atau tempat suci. 'Rememberance' bermaksud ingatan atau kenangan. Di Australia, Shrine of Remembrance untuk menghormati pengorbanan prajurit ANZAC (Australia and New Zealand Army Cops) yang terkorban di medan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kiranya macam Tugu Negara la kalau di Malaysia. Dibuka setiap hari mulai pukul 10 am - 5.00pm. Tempatnya luas dan senibinanya unik. Macam Piramid pun ada. Katanya ia diinspirasikan daripada satu dari tujuh keajaiban dunia iaitu The Mausoleum di Harlicarnassus. Ada Eternal Flame kat sini. Dinyalakan oleh Ratu Elizabeth II pada Februari 1954. Sampai sekarang masih menyala! Oh dan Shrine ni simetri dari setiap sudut! 



16. Flagstaff Gardens 

Flagstaff Gardens. FYI, ini merupakan 'oldest park' in Melbourne. Taman tertua ni selalu menjadi tempat lunch pekerja-pekerja sekitar Melbourne City. Macam seronok je kalau hari-hari dapat lunch kat park macam ni. 



17. Bathing Box Brighton Beach 

Orang kata tak sampai Melbourne kalau tak bergambar kat sini. Sini rumah kecik warna-warni. Ada di tepi pantai. So boleh ambik gambar kat sini dari kotak pertama sampailah berkotak-kotak sampai lebam. Kata Bob (tour guide) colourful bathing boxes ni kepunyaan pemilik-pemilik rumah agam yang berhadapan dengan pantai ni yang akhirnya bertukar menjadi tarikan pelancong yang datang ke Melbourne ni. 



18. Queen Victoria Market 

Orang tempatan panggil 'Queen Vic' ataupun 'Vic Market'. Inilah tempat kegemaran pelancong yang datang ke Melbourne. Lubuk beli souvenirs. Queen Vic ni besar jugak. Dah siap segmen ikut bahagian. Ada Fresh Fruit and vegetables, Meat, Poultry and Seafood, Gourmet and Deli foods. Hai kalau tengok buah dengan sayur dia memang segar bugar dan murah2. Gebus! Tak lupa juga bahagian yang paling popular di kalangan tourist iaitu bahagian yang jual baju, kasut, jewelleries, art dan banyakla lagi. Queen Vic buka 5 hari seminggu. 



19. Bourke street 

Tempat SHOPPING! Ada H&M (Hennes & Mauritz Pty Ltd). H&M sini besar! Baju untuk kids kat sini HEAVEN! Lokasi: Melbourne's GPO, 350 Bourke Street. Sempat masuk David Jones & Myer. Ala-ala Robinson & Istetan. 



20. Mercy Mission Madinah di Melbourne CBD 

Lokasi : 47 City Road, Southbank Victoria
Tempat solat yang sangat sempurna. Bilik air bersih. Ada pantry. Tempat solat wanita di tingkat atas. Sesiapa pun boleh datang solat di sini. Ada bahan-bahan bacaan. Ada sofa jugak. Bolehla baring-baring membetulkan tulang belikat yang dah bersimpul ni. Pada bulan Ramadhan di sinilah pelajar-pelajar Malaysia datang berbuka puasa beramai-ramai. 



21. Yarra River



Travelogue boleh baca di sini *sentiasa dikemaskini ikut mood*

Thank you for reading ^_^ . Selamat bercuti ke Melbourne, Australia!