Translate

No-No-NO!

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Ke-2


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Siapa tengok Gegar Vaganza Musim ke-2? Me.Me.Me. Tertengok pulak yang Musim ke-2. Musim pertama tak layan pun. Satu episod pun tak pernah tengok. Maybe sebab peserta kali ni best. Straight to the point.. Tahniah Nana a.k.a Siti Nordiana kerana menjadi Juara Gegar Vaganza Musim Ke-2.

Juara Gegar Vaganza Musim Ke-2
Kredit: FB Astro Gempak


6 Finalis yang berentap di pentas akhir ialah Siti Nordiana, Ezad lazim, Acong, Farahdhiya, Nasir Wahab dan Haiza. Berikut lagu tugasan mereka;


Siti Nordiana : Putus Terpaksa ( lagu Ziana Zain)

Ezad Lazim : Nur Nilam Sari ( lagu Awie)

Haiza : Puisi Cinta (lagu kumpulan Ilusi)

Farahdhiya : Janji Manismu (lagu Aishah)

Acong : Seruan (lagu kumpulan Lefthanded)



Juara
Siti Nordiana

Hadiah:
Wang Tunai RM100,000
Pakej Percutian ke Madrid, Sepanyol
Sebuah single terbitan astro
Trofi GV


Naib Juara
Farahdhiya

Hadiah:
Wang Tunai RM50,000
Pakej Percutian
Trofi GV


Tempat Ke-3
Ezad Lazim

Hadiah;
Wang Tunai RM30,000; Pakej Percutian; Trofi GV

Tempat Ke-4
Nasir Wahab

Hadiah;
Wang Tunai RM15,000; Pakej Percutian; Trofi GV


Tempat Ke-5
Acong

Hadiah;
Wang Tunai RM10,000; Pakej Percutian; Trofi GV


Tempat Ke-6
Haiza

Hadiah
RM5000; Pakej Percutian dan Sebuah Trofi GV

Persembahan Terbaik Pilihan Penonton
Siti Nordiana

Hadiah: RM5000 


I is #teamsitinordiana. Sebab tu rajin tengok tiap-tiap minggu. Terbukti Nana seorang penyanyi yang berkualiti dan TERRRRbaik.  Tahniah Nana. Tak sia-sia follow dari Episod 1. Lagipun peserta kali ni hebat dan berkualiti belaka. Orang lama tetap diminati dan dirindui. Pemilihan Nabil & Jehan sebagai pengacara memang tepat. Lawak yang tidak membosankan dan tidak mengecewakan =P Memang bergegar seisi rumah dibuatnya. Aduh.



Kredit: FB Astro Gempak

Tahniah kepada semua pemenang! Kita tunggu siapa pulak peserta tahun depan. Kalau ok bolehla nak tengok lagi =) #bintangkembalimenyengat

2 comments: