Translate

No-No-NO!

Pengalaman Menginap di Executive Suite 5 Bintang DoubleTree by Hilton | Kuala Lumpur



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Tahniah kepada Selangor yang menjadi Juara Piala Malaysia. Hari ini Selangor coti! Tapi itulah kan disebabkan suami ni pekerja cemerlang, makanya ofis jugak yang dia cari. Jadi bolehla update belog hari ni. Kalau tidak sampai ke Ipoh dah kiteorang ni. Hihi. Oke, tajuk kat atas tu dah macam nak bolot keyword search engine. Hehe. AMARAN: Entry ini sangat panjang & banyak gambar! 

Pengalaman menginap di Executive Suite 5 Bintang di DoubleTree by Hilton memang tidak akan dilupakan. Ceritanya begini, once upon a timeee....I booked Executive Room (Include Breakfast & Evening Cocktails, Access to Executive Lounge). Tak kisahla bila-bila tarikh pun asalkan dalam bulan Disember ni. Bilik yang available hujung minggu hanya pada Sabtu, 5 Disember (my birthday!). Eh macam nak bagi can celebrate birthday kat DoubleTree by Hilton aje. =P 

Hari nak checked-in, dapat mesej bilik itu diupgrade kepada Executive Suite! Sobs.Sobs. Hakak rasa nak menanges terharu nih. Dapat merasa menginap di Suite Mewah hotel bertaraf 5 bintang di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Begitulah jakun dan terujanya seorang rakyat marhaen yang bayar tol pun semput, tinggal di rumah teres aje di Selangor, pakai pun minyak Ron95, bayar GST dan segalanya. Hihi.

Harga Executive Suite di Booking.com RM1,800. Ini memang rezeki turun dari langit. Dahla Azie booked bilik Executive Room pun dengan harga jauh lenih murah!!! Sepatutnya harga RM588. Terima kasih tidak terhingga kepada seorang hamba Allah ni. Hanya kenal di media sosial. Ok cerita lanjut kat bawah nanti. 


1 KING BED EXECUTIVE SUITE at DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

50-62 sq. m./538-667 sq. ft, Executive Lounge access, separate kitchenette area, WiFi.

Unwind in this spacious Executive Suite, larger than the Deluxe Suite by 80% measuring 50-62sq.m/538-667 sq. ft.

The suite features our king-sized Sweet Dreams® bed with hypoallergenic down pillows. Enjoy your exclusive access to the Executive Lounge offering complimentary breakfast and evening cocktails.

Relax on the sofa in the separate sitting area and watch satellite TV channels. Work at the large desk with ergonomic chair and stay connected with WiFi (fees apply). The stylish bathroom features a range of modern amenities to make you feel refreshed and relaxed. 


Room Amenities List 

  • For your Comfort 
Air Conditioning
Bath Slippers 
Bathrobe 
Dining Table and Chairs 
Ergonomic Desk Chair 
LCD Flat Panel TV 
Non-Smoking 
Sweet Dreams Sleep Experience 
TV - 32 Inch LCD HD 
TV - 37 Inch Flat Panel HD 

  • For your Convenience 
Complimentary Hot Breakfast 
Connectivity Panel 
Hairdryer 
Hand Held Shower 
High Speed Internet Access 
Iron/Ironing Board 
Mini Bar 

_Doubletree Hilton

DoubleTree Room Key Card 


Buka aja pintu...wow! Masha-Allah.  Suite begitu luas mempunyai kawasan lounge yang berasingan. Ada ruang kerja yang ergonomik. Ada 2 unit TV Skrin Rata 32 inci (di kawasan lounge dan di bilik tidur). Ada pulak sofa yang mesra postur. Kesimpulannya, suite ini lagi besar dari kondo tempat kami sewa dulu di Damansara Perdana. Ahaks! 


Verangan dapat ofis cantik macam nih. #beranganisfree
Best nih boleh update belog sampai lebam =)


Katil yang empuk ni memanggil-manggil pulak. Kemudianlah kita update belog. 
Sweet Dreams® bed with hypoallergenic down pillows
Baring aje tenggelam dalam keempukan tilam dan bantal. 


Boleh pilih mahu bantal jenis apa.
Nak bulu itik? Nak jenis rubber? Nak bantal anti-microb?
Sesudah buat pilihan please press CareLine. Terrrbaikkk!


Setiap tetamu yang datang check-in akan diberi signature chocolate chip cookie dari Doubtletree by Hilton. Makan panas-panas. Nyumsss!
Dalam bilik ada lagi 2 biji diberi extra. Kenyang dengan cookies je. 


Kuih dengan buah aje ke. Takde pastry & bread?
Hamboi ko kan dah beri betis nak peha. Manusia... Manusia... =P 


Dilmah Tea! Salah satu teh kegemaran selain Teh Akbar.
Errrk, boleh tak bawa bekas ni balik rumah?? Macam cantik je. LOL.


Toiletries yang nampak mewah. Teruja!
Ada kapas muka juga sabun untuk muka. Elokla, lupa pulak bawak pencuci muka!
Bilik mandi en suite yang begitu besar, ada pancuran mandian air hujan dan bath tub. Ada pengering rambut juga disediakan. 


Toilet dalam bilik 

Ada 34th floor. Our honeymoon suite at 33rd floor

Lokasi / Alamat 

The Intermark 348 Jalan Tun Razak, 
Kuala Lumpur, 50400, Malaysia 


DoubleTree by Hilton terletak di dalam kawasan Segi Tiga Emas di Kuala Lumpur. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Ampang Park, 15 minit berjalan kaki dari Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower) dan lebih kurang 1 jam perjalanan jika memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tempat strategik untuk merasai penginapan mewah di Kuala Lumpur.

Executive Room & Suite boleh dapat exclusive access ke Lounge Eksekutif untuk sarapan pagi percuma dan koktel waktu malam. Evening cocktails bermula jam 5.30pm - 7.30pm. Ia terletak di aras paling tinggi iaitu aras 34. Perlu touch room key card dalam lif untuk ke Executive Lounge. Jom tengok apa yang ada. 


Boleh menikmati keindahan Kuala Lumpur. Alhamdulillah. 


Pemandangan dari aras 34 DoubleTree 



Bam Bam nya muka. Tula makan banyak sangat. 



Banyak jugak makanan. Alhamdulillah. Kenyang. 



Nachos 


Kenyang perut senang hati. Marilah kita berjalan cuti mata dalam The Intermark Mall. Ada Jaya Grocer, SportsDirect.com, Lotus Jewellery, Guardian dll. Restoren yang ada di dalam The Intermark antaranya Makan Kitchen DoubleTree by Hilton, BEAST, In Colonial Restaurant, Hanare (Japanese), Red Lobster Seafood Restaurant, Juan Valdez Cafe dll.




Tim Tam buatan Indonesia sangat murah harganya berbanding Tim Tam buatan Australia. 
Siapa pergi Oz lagi? Nak kirim Tim Tam!! 


In Colonial Restaurant (Western) 




Red Lobster Seafood Restaurant (Chinese) 


Jambatan untuk pejalan kaki di Jalan Tun Razak.
Bersambung dari The Intermark ke Ampang Park Shopping Centre 






Ya Tuhan lamanya tak jejakkan kaki di Ampang Park Shopping Centre. Masuk dalam Ampang Park suasana sunyi aja. Banyak kedai yang tutup. Dan rata-rata terpampang mesej 'Please Save Ampang Park' di pintu-pintu kedai dalam Ampang Park. Ampang Park Shopping Centre merupakan pusat membeli-belah tertua di Kuala Lumpur. Tidak lama lagi akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada (MRT ) Stesen Ampang Park Mass Rapid Transit.


Keesokan harinya breakfast di Makan Kitchen. 



Pastry Station 



Noodle Station 



Nasi lemak ada sambal ikan bilis, sambal rendang, sambal mussels. 



Alhamdulillah, kenyang. Makan Kitchen Halal certified by JAKIM 


Pool 


Sendu melayan perasaan 


Selain pool, ada juga gym yang besar dan luas lengkap dengan peralatan!


The Intermark. DoubleTee by Hilton.


Valet parking: 20.00/night 
Self parking: 0.00/night 

Percaya tak untuk semua di atas kami hanya bayar RM300 sahaja! Kami book dari Hilton HHonors yang berstatus GOLD. Kebetulan pulak hamba Allah ni iklan dalam closed group. Tanya mana-mana tarikh yang available dan terus booked. Hari nak check-in dapat upgrade kepada suite, hamba Allah ni datang sendiri checked-in kan untuk kami. Katanya memang our lucky day! Dia sendiri pun jarang nak dapat upgrade ke Suite. Kiranya hari bertuah la 5 Disember ni. Hehe. Moga Allah murahkan rezeki beliau. Amiin. Macam mana nak jadi Hilton Hhonors? Ada borang di kaunter check-in.

Alhamdulillah untuk peluang penginapan mewah ini. Perjalanan hidup masih panjang (jika Allah panjangkan umur). Moga dengan umur yang semakin bertambah ini diberkati dan diredhai Allah. Alhamdulillah di atas segala nikmat, kebahagiaan dan rezeki kurnia Nya selama 33 tahun lebih hidup di muka bumi Allah ni. Sesungguh Nya aku memohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan berkat juga amalan yang diterima. Amiin. Banyak lagi misi-misi kehidupan yang masih belum terlaksana. Doakan Azie panjang umur ya, . Terima kasih. =)

Have a blessed Monday everyone!

Publish!




12 comments:

  1. entri yang banyak info ;) singgah malam ke sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anajingga;
      Terima kasih sis sudi singgah. Hugs and kisses!

      Delete
  2. wah seronoknya dear. bilik besar macam tu Rm 300 je ? so lucky of you :) btw makanan tu semua sangat tempting . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy Cici,
      Betul tak tipuuuu. Nanti nak tanya hamba Allah tu kot2 dia izinkan reveal no contact dia kat sini, bolehla yang lain2 pun merasa jugak =)

      Delete
  3. bestnye...untunglah dapat duk sana :)

    ReplyDelete
  4. Best jugak sesekali g honeymoong...

    ReplyDelete
  5. memang rezeki yang amat.. RM300 je.. hehehe kat Penang ni RM300 dapat la bilik sekangkang kera hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Kat Penang tu teringin nak duk Hard Rock. Tapi tengok rate dia...adoiiila

      Delete
  6. Besarnya bilik dia....memang rezeki ni dik dapat menginap di Executive Suite 5 Bintang ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mardiah,
      Alhamdulillah. Moga lebih murah rezeki kepada encik yang baik hati tu =)

      Delete