Translate

No-No-NO!

Demam Star Wars: The Force Awakens


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!



Du du du du du du du du.... du du du du du du du du....
Amende tu? Lagu Star Wars la, penah dengar? Hohohoh.



Siapa lagi yang tergolong dalam 1% ni? LOL. Sama. High five sikit! 

Oppsss. Itu dulu. Tapi sekarang suami berjaya bawa me keluar dari kelompok di atas. Tahniah husband! Jujur memang tak pernah tengok Star Wars. Apa barang cerita angkasa2 ni. Dengan watak2 dalam movie muka kelaut semua kan. Sorry, i tak layan okey cerita pasal zaman-zaman gelap ni. Tapi disebabkan suami hasut tengok sama Episod 1,2,3,4,5,6, di ASTRO PRIMA (3 minggu ASTRO marathon movie ni setiap malam Sabtu baru-baru ni) eh, mengapa BESST pulak nih. Nak confess...tak layan SEBAB TAK FAHAM. Bila dah faham konsep dan jalan cerita movie ni lain pulak ceritanya yaaaa. Feel terlebih sudah.

Korang yang lahir tahun 90-an tau dak citer ni? =)
Uniknya STAR WARS ni movie dia start dengan Episod 4 shooting tahun 1977. Then episod 5 seterusnya episod 6. 16 tahun kemudian baru keluar Episod 1. Masa ni barulah faham kenapa kejadian dalam episod 4,5,6 itu berlaku. Bijak kan. 

Sekuel filem STAR WARS ikut tahun ditayangkan. Memang orang akan konfius.

Episode IV: A New Hope (1977)
Episode V: The Empire Strikes Back (1980)
Episode VI: Return of the Jedi (1983)
Episode I: The Phantom Menace (1999)
Episode II: Attack of the Clones (2002)
Episode III: Revenge of the Sith (2005)
Episode VII: The Force Awakens (2015)

Citer ape Star Wars ni sebenarnya?
Mengisahkan kisah perang angkasa lepas. Watak utama Mark Hamill, Harisson Ford, Carrie Fisher. Kisah pasal perang antara puak Rebel Alliance (orang baik) dengan yang jahat (dulu panggil Trade Federation pastu Galactic Empire, sekarang latest movie; New Order).

Episode 1-3 tu mengisahkan Anakin Skywalker membesar jadi Jedi di bawah bimbingan Obi Wan tapi akhirnya bertukar jadi Darth Vader di bawah bimbingan Sith Lord, Darth Sidious. Sebab apa bertukar? Sila tengok sendiri. Sith Lord ni memang musuh geng Jedi dari dulu lagi ni.

Episode 4-6 mengisahkan kebangkitan balik puak Resistance di bawah bimbingan Luke Skywalker dan Princess Leia. Dua-dua ni anak Darth Vader. Eh Darth Vader pernah ada isteri? Siapa? Sila tengok sendiri. Akhirnya puak Empire dikalahkan dalam Episode 6 (Darth Vader mati). Macam mana dia mati? Sila tengok sendiri. Ahaaaks.

Eh lepas tu ape jadi? Lepas Empire dah kalah, they live happily ever after? The End.

Sebab tu kena tengok Episode 7 ni hehehe. Episode 7 ni best. Banyak action sampai tak sedar 2.5 jam berlalu begitu sahaja. Macam tak terasa. Tiba-tiba je habis. Bagi yang FAHAM confirm akan rasa feel dan enjoy gila tengok sambungan Episod 7 ni setelah tunggu 32 tahun dari Episod 6. Betul tak. Tak nak bagi spoiler ape2, gi tengok citer nih.

Masa nak tengok STAR WARS ni, ada aunty2 yang warga emas pun datang tengok. Siap bawak kusyen lapik belakang lagi. Sempoila aunty. Mesti aunty tengok dari masa zaman muda kan. Yang bawak lightsaber pun ada. Dalam pawagam, memang gamat! Siap tepuk tangan. Giteww sekali semangatnya. Dah habis wayang, ofkosla ramai pengulasnya. Hahaha. 

Disney dah beli francais Star Wars dari Lucasfilm. Mesti banyak merchandise Star Wars di Taman Tema Disneyland =)

Update: Oh! Sebelum terlupa ada lagi 2 episod seterusnya Star Wars ni;

Episod 8: 2017
Episod 9: 2019




P/S: Suami cakap, kecik-kecik dulu lampu kalimantang jadi lightsaber. Sekian demam Star Wars dari saya. 


6 comments:

  1. Farah tengok tak paham pon.siap nak tetido. Haha..kena wat marathon jugak lah gamaknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah,
      Marathon utk next episod nanti ajelah. Tahun 2017. Hehe. Taklama dah.

      Delete
    2. Eh nanti ade lg ke taun depan?ha3 xtau pon

      Delete
    3. Farah,
      Ada lagi 2 episod. Episod 8- 2017. Episod 9 - 2019. Hehe.

      Delete
  2. bahahaha hai kakak.. im back =)

    tak kisah pun kalo ada spoiler sebab tak pernah tngk 1 pun movie ni..
    tapi dudududududu tu tau ahaha.. music tu universal.. but the movie nope..
    x pernah tngk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Tak berani akk bagi spoiler. Jangan memain. Hohoho. Kat negara mana tah, siap kena pukul sebab bagi spoiler. Takutttttt hakak! Nanti kena kecam oleh kumpulan2 kipas susah nak mati =P

      Delete