Translate

No-No-NO!

4 Menu Menarik Di Teh Tarik Place Selayang | Emerald Avenue



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Hai semua. Bila dapat tahu FoodInk Malaysia ajak makan-makan di Teh Tarik Place Selayang, Emerald Avenue terus rasa teruja. Eh.. ada Teh Tarik Place di Selayang? Sejak bila? Selayang kat area mana? Apa yang istimewa sangat dengan Teh Tarik Place Selayang? Bukan ke standard menu dia di mana-mana cawangan pun? Tau dah mesti persoalan-persoalan di atas bermain di benak fikiran korang kan. High five sikit! Sama lah kita. Inilah tujuan entry ini untuk menggembar-gemburkan penemuan Teh Tarik Place yang baru!! 





Ini lokasi / alamat; 


TEH TARIK PLACE SELAYANG 
Address: Unit A8 & A9, 
Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, 
Selangor 68100 Malaysia 

Waktu Operasi 
ISNIN - KHAMIS 9.00pm – 11.00pm; 
&
JUMAAT - AHAD 9.00pm – 12.00am 
Contact No: 03-61275560 





Jadi lepas ni kalau korang ada di area Selayang, tak perlu nak pening kepala fikir nak makan kat mana. Pandu kereta terus parking depan Teh Tarik Place Selayang di Emerald Avenue. Alah shopping complex yang baru tu. Ia merupakan cawangan baru Teh Tarik Place. Selain itu, ada satu lagi di Menara UOA Bangsar. Kedua-dua cawangan ini di bawah owner yang sama iaitu En Zikri. 

Faham, anda dah selalu makan di Teh Tarik Place.. TAPI! Nak bagi tahu juga ni. Percaya tak yang masakan authentic Johor ada di Teh Tarik Place Selayang? Kerlasss kan. Sebab En Zikri orang JOHOR. 


Jom beri laluan kepada menu penting dalam tajuk entry ini


Appetizer

Kacang Pool – RM9.90
Kelopok Lekor Rainbow – RM6.00

Main Course

Nasi Lemak Sambal Strawberry – RM12.50
Letak strawbery sikit atas nasi ni sebagai hiasan pun ok kan?
Ying Yong a.k.a Kuey Teow Cantonese – RM9.50
Ohhh kenapakah anda sungguh gorgeous!

Kalau orang minta cadangan nak makan apa di Teh Tarik Place Selayang, 4 menu above would be in my top list! 

Sebab apa? Mari kita bagi ulasan satu persatu. Korang pernah makan kacang pool? (orang singapore panggil kacang faul). Rupanya kuah kacang pool ini ialah kacang parang dimasak dengan daging cincang untuk memekatkan kuah. Ada hirisan bawang, cili potong, dan limau. Dihidang bersama telur goreng mata kerbau dan roti tebal. Tak dapat dinafikan sekali ngaaaap hati terus suka dengan keenakan dan keunikan rasanya. Lepas makan mesti teringat kacang pool ni. Nak pergi Larkin jauhkan. Pergi aje Teh Tarik Place Selayang untuk semangkuk kacang pool. Settle!

Next menu is Keropok Lekor Rainbow. Keropok lekor dah biasa makan. Yang ni keropok lekor edisi khas Rainbow. Kenapa dia rainbow? Sebab menggunakan pelbagai jenis sos yang berbeza; (cheesy sos; mayonis; thousand island; blackpepper; bbq; soscili; ). Siapa yang boleh tahan nafsu tengok keropok lekor melimpah dengan segala jenis sos disirami di atasnya. Letak 2 pinggan atas meja kejup aje LICIN. Oh-oh nak buat SHOUTOUT sikit. En Zikri, buka peluang berniaga keropok lekor rainbow ni kepada yang berminat. Modal hanya RM850 sahaja! Susah tau nak start bisnes dengan modal bawah RM1,000. SILA REBUT PELUANG ini. Setakat ini sudah ada 10 lokasi Keropok Lekor Rainbow di sekitar Selangor dan KL. En Zikri juga terima tempahan untuk kendurriiii. Best kan kalau pergi kenduri boleh makan keropok lekor sos meleleh macam ni. Makin lama lepak kat kenduri. Hehe. 

Untuk pengetahuan semua Teh Tarik Place Selayang ini ada 3 jenis hidangan nasi lemak. Nasi Lemak Teh Tarik Place; Nasi Lemak Sambal Biasa, Nasi Lemak Strawbery. Istimewanya di Teh Tarik Place Selayang mereka gunakan beras basmathi untuk nasi lemak biasa. Harga RM5.50. Nasi Lemak Strawberry pulak sejenis nasi lemak yang sangat rare. Jika sambal nasi lemak biasa mencicip kepedasan, tetapi nasi lemak sambal strawberry ni rasanya manis masam masin. Memang padu rasanya! For me ini hidangan WAJIB cuba jika anda sukakan kelainan pada rasa. Aroma nasi lemak basmathi ni menusuk-nusuk hidung. Memang mengundang perut lapar untuk makan!

Pilihan lain selain nasi ialah Ying Yong a.k.a Kuey Teow Cantonese (Kuey Teow + Bee Hoon). Agak big portion. Not too watery. This is just right! Nicely done and a bit crunchy. Sedap sampai tolong habiskan sepinggan. =) . Recommended.

Cadangan menu tambahan 

Appetizer

Roti Sardin – RM4.50
Set roti sardin nampak macam big portion kan.
Dimasak panas-panas. 
Kuah pun lengkap ada kari, dhal dan sambal. 
Cicah, masuk mulut, memang TERANGKAT!


Main Course

Nasi Goreng Kampung – RM8.50 (tanpa telur) ; RM10.50 (ada telur)

Asam Laksa – RM7.50. 
Asam laksa menu standard di semua Teh Tarik Place.
Apesal asam laksa kat sini sedaaap dari Teh Tarik Place yang lain?
Tak percaya? Datang sini cuba rasa.


 Selain menu di atas, lempeng dan mee bandung juga ada. Sila penuhkan perut sebelum pulang ke rumah. Tempat makan yang cozy, selesa, dekorasi yang minimal dan santai memang sesuai kalau nak buat meeting ringkas, meeting business partner or student discussion. WIFI pun FREE disediakan di sini. Menu pun pelbagai. 


Introducing here...Mr Zikri. The owner of Teh Tarik Place Selayang & Teh Tarik Place Menara UOA Bangsar!
His first restaurant at London (so don't play-play haaaa)
And the 4th restaurant is coming soon at Rawang.
All the best to u Sir!

Us!

HIGHLIGHT


Teh Tarik Place Selayang dan Teh Tarik Place Menara UOA Bangsar boleh diadakan private event dengan kadar sewa berikut;



Private events (minimum 2 jam) - RM1,000 (tanpa makanan)
Private events (minimum 2 jam) - RM1,500 (20 orang + makanan disediakan)
Add on additional pax - RM25 seorang

Harga berpatutan kan. Teh Tarik Place Menara UOA Bangsar lebih best untuk private events. Dekorasi sana lebih mantap katanya. Oh FYI deco is up to company or event organizer. If u guys interested boleh hantar emel di ruangan CONTACT ME ya. Azie akan panjangkan no tel En Zikri nanti. 

P/S: Restoren ke-4 akan dibuka di Rawang. Speciality Johor Kitchen. Nama restoren DTalam. So, orang-orang Johor yang tinggal di sekitar Rawang yang rindukan masakan authentic Johor bolehla ke DTalam nanti. 


Jangan lupa cuba 4 menu menarik di Teh Tarik Place Selayang =)
P/S: 

Teh Tarik Place di UOA Bangsar telah ubah waktu operasi seperti di bawah;
Isnin - Jumaat : 7.00am - 9.00pm
Sabtu : 8.00am - 9.00pm
Ahad: CLOSED


6 comments:

  1. Wahh...nampak menu² tu menang sedap².....terutama tu ying yong kata JM...hihi

    ReplyDelete
  2. Alamakkkkk...nie dah petang nie...bila tgk semua nie...lapooooooo... sedap nye kalo ada depan mata ...nyum nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Riana,
      Tgahari ni pun lapoooo jugak. Teringat nasi lemak stroberi ni.

      Delete