Translate

No-No-NO!

Aidiladha 2015



Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah untuk semua.


Eh. Tajuk Aidiladha. Ya mari kita throwback Aidiladha 2015. Kene juga upload untuk tatapan Aleesya Haura bila dia dewasa nanti. Gitu.Alhamdulillah, Aidiladha kami disambut secara bersederhana sahaja. Balik kampung di NS sebab cuti pun sehari. Cuti suami pulak dah habis licin untuk tahun 2015 ni. Siap pinjam satu hari cuti yang tahun depan punya. Terbaiklah HR company dia. Kalau tak kene potong gaji dah! 





Back to Aidiladha story. Macam biasa, pagi raya kita ke masjid dulu untuk solat Aidiladha. Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat ini sunat muaakkad, dilakukan pada pagi 10 Zulhijah. Jadi harusla rebut peluang yang datang setahun sekali dan belum tentu kita dapat peluang seterusnya pada tahun hadapan. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Kata Bonda pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha. Itu antara adab Solat Sunat Aidil Adha. Kalau Aidilfitri sunat makan dahulu sebelum Solat Aidil Fitri. Indahkan Islam. 




Salam Aidiladha untuk semua =)



Lepas balik masjid masing-masing mulalah macam semut kerumun meja. Lapar oii. Bonda masak Nasi Dagang Terengganu. Bergetar tulang rusuk bila dapat makan nasi dagang di pagi raya. hehe.




Nasi Dagang Ikan Tongkol di pagi raya




Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga




Lepas breakfast, berkejar ke masjid tengok lembu untuk dikorbankan. Ustaz cakap dapat pahala kalau kita tengok lembu yang kita korban. Alhamdulillah sempat kami tengok. Aleesya Haura pun rilek je tengok. Tapi macam2 soalan yang keluar dari mulut comelnya tu. Balik rumah sambung balik bergambo. 



Peace budak kecik ni yang paling win. 
Pandai guna GOPRO paling tak tahan!




Apabila Aleesya pegang GOPRO. 
Penuh gambo selfie. LOL.



Rindddu dengan rendang Tok Mek




Laksam Tok Mek ni memang 5 star.
2 kali tambah pun tak cukup. 
Tapai pun. 
Tak sedar sampai ke petang pakai baju raya!




 Last but not least Nasi Arab di hari raya. 
Sebelum nasi Arab, sup tulang daging korban dulu seround!




Esoknya balik rumah timbang berat naik 3kilo!!!!! Oh Tuhan.



2 comments:

  1. Wahhhh, meriahnya hidangan hari raya, Azie! Semuanya menambat selera :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah,
      Menambat selera dan menambah berat. Hehe.

      Delete